Jump to content
Sign in to follow this  
sangchinok

Mencari 3d Freelancer Untuk Tv Animated Series

Recommended Posts

Dalam cadangan, projek ini akan berjalan pada pertengahan Januari 2006. Kami mencari freelancer 3D untuk tempoh antara 4 minggu hingga 9 bulan, dengan kebarangkalian permanent employment memandangkan kami syarikat kecik yang bercadang nak membesar.

Requirement adalah seperti berikut:

1. 3D Animator

Software - 3DS Max - kemahiran dalam Character Studio (Biped System) adalah wajib, terutama dalam penggunaan Motion Mixer, Motion Flow dan Biped Freeform Animation. Oh, dan penguasaan dalam teknik lighting sekali (3-point lighting je). Lepas tu, biasalah, pakai morpher ataupun FFD untuk lip-sync.

2. 3D Modeller

Software - 3DS Max dan Lightwave (dan apa-apa software yang boleh hasilkan output 3DS supaya boleh cross-platform dan di'share') kemahiran dalam organic modelling dan character modelling adalah satu kelebihan. Tugas wajib, phonetics expression (untuk lip-sync - A, E, I, O, U, B, P, M, N, K etc.(FFD atau morph)) dan facial expression (marah, sakit, suka, dsb). Lain-lain object modelling seperti set/location, props, dsb.

3. Map Artist

Software -

1. 3D - 3DS Max dan Lightwave

2. Bitmap - Photoshop, Photopaint

3. Vector - Illustrator, Draw

Apa-apa Kombinasi dari 3 kumpulan software di atas.

Kalau saja-saja nak antar resume pun boleh jugak, mana tau, kami KIV dulu, atau maybe boleh pass kat kengkawan kami resume anda tu.

Hantarkan resume, gaji yang dipohon, sample kerja ataupun portfolio dan juga apa-apa yang berkaitan dengan permohonan anda ke alamat berikut: [email protected]

Jangan salah e-mail pulak, ye? yahoo.co.uk, bukan yahoo.com.

Setakat yang dibayangkan, kami memerlukan 6 orang animator, 3 orang modeller dan 2 orang map artist. Mungkin juga lebih ramai, bergantung kepada beban kerja.

Perhatian: Kami akan hanya menghubungi pemohon yang berjaya. Jika anda tidak dihubungi sehingga 31 Jan 2006, anggap permohonan anda tidak berjaya.

Sekian, terima kasih.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya seorang Designer dalam Publishing.Syarikat swasta dari Kuching, Sarawak. saya salah seorang pengiat teater negeri sarawak. Selain dari tu saya juga seorang kareografi tari dan silat seni. Saya salah seorang ajk Persatuan Karyawan Sarawak ([email protected]) dan ([email protected]) kerana saya saya salah seorang penulis kreatif ( genre puisi, cerpen dan skrip drama).

Dalam senilukis saya pelukis potret dan figura... 3 tahun yg lepas saya telah membuat satu lakaran komik. Memang tujuan nak terbit komik... sebuah cerita yang ada kaitan dengan budaya, perjuangan (patriot), cinta terhadap kekaksih, keluarga, bangsa dan negara... Tajuk cerita "SANGGALANG" hasil mitos Burung Kenyalang Dewa Perang Iban diujudkan di abad ke-21...dier MUTAN dari seorang ketua polis bhg. jenayah berat(kump. Gerak Khas) yg hendak balik GAWAI KENYALANG...

Lakaran2 tersebut pernah diambil perhatian oleh sekumpulan pelajar UNIMAS Fakulti Gunaan Kreatif. Mereka tertarik dan mencadangkan untuk dibuat animasi...saya kata tunggu dulu...sehingga hari ini segalanya tinggal dalam laci...

masih kah ada peluang untuk menghantar karya seperti skrip dan animasi...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...