skye 0 Report post Posted November 22, 2005 help me... saya ni ahli baru... kat mana nak tanya soalan... tekan kt mana x faham la.......... Share this post Link to post Share on other sites
Shanai 31 Report post Posted November 22, 2005 hai skye,selamat datang ke putera.com.langkah 1: ok, mula-mula sebelum nak bertanya apa-apa soalan, kenal pasti dulu kategori yang sesuai berkenaan persoalan tu, contohnya berkenaan perkakasan ke, perisian ke, atau lain-lain. Rujuk kategori forum yg ada untuk pastikan apakah tempat yg sesuai untuk bertanya.langkah 2:bila dah kenal pasti kategori, cuba tengok2 dulu tajuk-tajuk topik yang sedang dan telah dibincangkan dalam forum tu, kalau-kalau masalah yang nak ditanya tu telahpun ada orang tanya dan/atau ada jawapannya. Kalau ada, bolehlah dapatkan melalui situ. Kalau nak sertai perbincangan dalam topik yang dah ada, klik dekat butang "add reply" atau "fast reply" dalam topik berkenaan.langkah 3:kalau benda yang nak ditanya tu belum ada, ataupun tak jumpa topik-topik yang berkaitan, bolehlah buka topik baru dengan mengklik pada "NewTopic"perhatian: 1. jangan tanya sesuatu yg tidak berkaitan dalam topik yg sedia ada2. jangan paste "soalan assignment", kalau perlu bantuan tentang sesuatu yg berbentuk tugasan, cuba usaha dahulu dengan menggunakan enjin pencari seperti Google, dan kalau dah tak boleh atau ada sangkut kat mana-mana, barulah minta pendapat ahli2 lain di dalam forum.3. secara asasnya, kita bukan bertanya dan tunggu orang jawab, tapi kita berbincang - kemukakan apa yang kita tahu dan tanya apa yang kita tidak tahu.selamat maju jaya! Share this post Link to post Share on other sites
skye 0 Report post Posted November 22, 2005 terima kasih kepada shanai kerana reply soalan saya tadi........... Share this post Link to post Share on other sites