Jump to content
matieu

Kerjaya Jualan Langsung(mlm) Dan Peluang

Recommended Posts

kalau kita nak join mlm ni, yg penting aku rasa kita kena tau apa produk. lepas tu macammana dia punya plan dan strategi. kalau sekadar masuk rasanya buang karan. tp kalau buat betul2 ikut dia punya plan tak mustahil utk dpt 5-6 angka. aku pon sebenarnya baru nak try. yg prob nyer nak tarik org tu yg leceh. baru nak ckp dah kena pangkah. hampeh toll. org baru nak masuk jarum.

betul tu

aku nak tambah sket sebenarnya kalo nak masuk MLM, jgn main masuk je...

1.mulakan dengan niat nak cari rezeki

2.pastu tengok sekeliling, kaji pasaran - tgk ape masalah yg kawan2 hadapi dan dorang perlu tak produk yg dijual oleh syarikat MLM yg ko nak join tu - tanya, tanya, dan tanya (melalui segala kepakaran time mengurat aweks :P memberi kiasan2 semata-mata nak tau isi hati dorang terhadap produk yg ko nak jual tu)

3.kalo ramai menunjukkan minat(daripada jawapan dorang la), ape lagi, join la syarikat tu

4.pastu promote, promote, promote - mulakan dengan perbuatan yang paling kecil dan tak banyak bercakap iaitu - (ni rahsia besar ni ambil perhatian tul2 ehehe) - gunakan kad bisnes, sebar kat kawan2 secara rahsia(kalau anda seorang pemalu, kalo tak pemalu pun, jgn heboh2 sgt takut org lari, ye la kan ko masih baru so cara ni paling sesuai kalo nak cover malu pasal tak reti cakap hehe) - cetak dalam 30 hingga 50 keping kat bisnes then edarkan.

5. kalo ade yg tanya, baru terang sampai kering air liur

di sini ade sedikit hint masalah yg sedang dihadapi ramai org sekarang ni:-

1. kenaikan harga minyak - produk menjimatkan penggunaan minyak

2. af4 - orang ramai nak pakai kad prepaid

itu je kot stakat ni ehehe kalo sesapa ade 'indicator' pasaran baru boleh la post kat sini ok.

p.s. - oo ya, kalo nak tau senarai produk yg syarikat MLM yang anda rasa nak join tu, atau nak tau pasal satu2 jenis produk tu sebab nak kaji pasaran, bolehlah minta kat orang yg promote kat anda. Dia pasti akan berbesar hati nak tolong anda, jgn riso.

Share this post


Link to post
Share on other sites

En Matieu.....

Saya selalu baca forum yang anda tulis tentang perniagaan MLM.....

nyata saudara seorang pengamal MLM 80% tulen :D .

Ok...

Hai....saudara memang tabah lah... agak lama tak baca apa yang saudara tulis....banyak tauladan yang saya perolehi dari saudara...yang pasti saudara melengkapi diri dgn ilmu termasuk perkara asas dlm MLM...seronok dpt maklumat dr saudara termasuk dr forum ber***** beberapa bulan lepas...

ok.. jumpa lagi nanti..

Saya jadi pengedar Susu IgG Plus. Kalau berminat, nanti kita bincang lagi.

Share this post


Link to post
Share on other sites

En Matieu.....

Saya selalu baca forum yang anda tulis tentang perniagaan MLM.....

nyata saudara seorang pengamal MLM 80% tulen :D .

Ok...

Hai....saudara memang tabah lah... agak lama tak baca apa yang saudara tulis....banyak tauladan yang saya perolehi dari saudara...yang pasti saudara melengkapi diri dgn ilmu termasuk perkara asas dlm MLM...seronok dpt maklumat dr saudara termasuk dr forum ber***** beberapa bulan lepas...

ok.. jumpa lagi nanti..

Saya jadi pengedar Susu IgG Plus. Kalau berminat, nanti kita bincang lagi.

Pertama sekali, tahniah kerana memilih bidang perniagaan bermodal kecil seperti MLM. Sebenarnya memang betul kata saudara, saya sedang dalam proses ke arah menjadi pengamal MLM 100% tetapi, MLM secara online :D kerana sebelum ini saya adalah pengamal bisnes internet online 100% dan keyakinan saya adalah terhadap internet dan menambah pendapatan secara internet.

MLM itu sendiri sudah luar biasa hebat, jika ditambah dengan kuasa internet maka terhasillah MLM Melalui Online yang sudah semestinya luar biasa daripada luar biasa hebat!!!

Kepantasan penyebaran maklumat melalui email, melalui forum, melalui ym melalui blog, ditambah dengan kecanggihan perbankan internet seperti maybank2u, bcb channel-e dan lain2, menjadikan MLM secara online sebagai DOMMINAN perniagaan internet selepas affiliate program(single level marketing secara internet) dan contextual advertising(jual ruang iklan di laman web).

Oleh sebab saya mengaku diri saya sebagai pengamal MLM secara online 100%, maka tanggungjawab saya adalah untuk menyampaikan kepada semua orang, bahawa,

MLM itu bukan skim piramid.

Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk menambah pendapatan secara 'leverage'*, elakkan menyertai skim piramid.

*Leverage (dalam istilah perniagaan) = Modal Kecil, Kerja Sikit(berbanding perniagaan tradisional) DAN Untung Besar(lebih kurang sama dengan perniagaan tradisional malah lebih).

Satu sahaja yang saya ingin tekankan, jika anda dah sertai sesuatu yang dinamakan "perniagaan", anda haruslah JANGAN BERHENTI promosi, promosi dan promosi.

Kerana promosi itu adalah nadi kepada perniagaan anda. Jika anda ada website, promote, promote dan promote website anda.

dengan begitu, barulah website anda akan terkenal dan dilawati ramai dan dengan itu mesej website anda akan dapat disampaikan kepada sasaran pasaran anda.

Itu sahaja untuk kali ini, ada masa nanti kita jumpa lagi...

Share this post


Link to post
Share on other sites

saudara aias, saya tertarik juga dengan strategi smart naco dengan IGg Plusnya... tidak susah saya tengok...jadi ahli RM50, maintain 200pv, burn CD-ROM kesan mengguna IGg Plus , tak payah pegi demo2 kat manerpun atau dengan apapun, satu kotak RM190 harga ahli (200PV kena maintain 3 kotak),kalao mahal dengan harga satu kotak boleh cuba 5 sachet (RM5.00 satu sachets)...lebih kurang gitulah

Adik saya bulan pertama mendapat jumlah bonus RM 400.00 dan bulan ke dua ni dia dapat RM6,000.00 di Kuching, Sarawak.

ini saja perkongsian saya tapi saya bukan ahli smart naco...

Share this post


Link to post
Share on other sites

hi..saya pun wat MLM.saya kira ramai yg dengar prdk dr syarikat ELKEN.Prdknya bagus.kami s,ga sumer makan prdk.Prdknya adalah satu keperluan kita hari ini.P,luang pniagaan pn hebat.ELKEN telah jadi no1 MLM msia,s,por,b,nai,thailand.Ia bertapak g m,sia dn berkembang nak berkembang ke seluruh dunia.sykt cam ini la yg kita cari.Layari laman webnya www.elken.com.my Saya nak sumer org sihat dgn amalkan prdknya dan pluang pniagaan ELKEN.

Share this post


Link to post
Share on other sites

saya terasa bangga sebab korang berpandangan positif dengan mlm di malaysia... saya baru mencebur diri dalam mlm ni.. dulu cebur tapi tak leh fokus sbb tak ada ilmu, sekarang ok laa... terima kasih laa pada yang sudi kongsi ilmu dalam forum ni... saya memang nak sangat ilmu baru dalam networking ni..

bisnes yang saya terlibat sekarang ni.. memang tengah nak top sekarang ni.. menggabungkan mlm tradisional dengan e-dagang= maka lahirlah uptrend2u. dimana boleh make money ribuan ringgit sehari..

lebihnya uptrend ni pada saya ialah, produk bagus, syarikat malaysia, bonus harian, cepat, sistem telus, automaintain, n nak jual tak nak jual atas kita, yang penting setiap penajaan ada ada penjualan secara tak langsung laaa...

saper yang berminat email la saya.. saya sudi kongsi.. tak masuk pun tak pa.. kongsi tu penting

[email protected]

012-5111990

www.uptrend2u.com

Edited by mitrandir

Share this post


Link to post
Share on other sites

saudara aias, saya tertarik juga dengan strategi smart naco dengan IGg Plusnya... tidak susah saya tengok...jadi ahli RM50, maintain 200pv, burn CD-ROM kesan mengguna IGg Plus , tak payah pegi demo2 kat manerpun atau dengan apapun, satu kotak RM190 harga ahli (200PV kena maintain 3 kotak),kalao mahal dengan harga satu kotak boleh cuba 5 sachet (RM5.00 satu sachets)...lebih kurang gitulah

Adik saya bulan pertama mendapat jumlah bonus RM 400.00 dan bulan ke dua ni dia dapat RM6,000.00 di Kuching, Sarawak.

ini saja perkongsian saya tapi saya bukan ahli smart naco...

Asalamualaikum Kelana Akira.....macam selalu tengok je nama ni....tp.... ntah. Apa-apapun yang penting rasa-rasa mesra sahaja.....terima kasih Kelana Akira...

Semua maklumat saudara tepat cuma harga satu kotak tu untuk ahli Rm109 bukan Rm190. Salah taip barang kali...

Berkenaan bonus tu,..kalau adik saudara sendiri yang beritahu bolehlah dipercayai...saya sendiri bulan kedua terima bonus hampir-hampir ribu( segan nak beritahu) . Takut orang tak percaya. Tapi tak pa lah... sapa yang join MLM Smart Naco ni dia dapat jawabannya. Jom join!

aias

o16-8980204

Share this post


Link to post
Share on other sites

askum ..

wah seronok tengok . .senior 2 MLM .. bercerita tentang product 2 yg bagus , company yg bagus .. so saya pun nak berkongsi sket ngan MLM nie iaitu DXN MARKETING SDN BHD ia adalah satu companya beribu pejabat di Kedah . Telah berjaya memperkembang sehinga ke lebih 70 negara didunia... satu sistem yg menarik . Product yg bagus dari Lingzhi.

Berminat YM saya , YM : ammbiz405

Share this post


Link to post
Share on other sites

saya bukan nak citer besar la.. tapi kalo nak buat pendapatan mustahil masuk uptrend je.. sebab mustahil boleh buat pendapatan ribuan sehari kalau tak masuk uptrend..... kikiki.. dah penah dapat... berani cakap laa..

mithrandir - 0125111990

Share this post


Link to post
Share on other sites

Di sini oleh kerana ramai rakan2 kat forum ni org. MLM maka saya ingin berkongsi dengan saudara2 ku MLM sekelian untuk berkongsi Ilmu MLM dengan saudara Razzi armansur...

Armansur.com bukan sekadar laman web. Bukan juga sekadar sempena nama penulis terkenal Razzi Armansur. Armansur.com adalah pertubuhan besar.

Sekarang ini belum besar lagi, tapi bagaimana 10 -- 15 tahun akan datang?

Armansur.com akan merangkumi pelbagai bidang perniagaan dari pendidikan hinggalah kepada penerbitan; dari IT hinggalah ke makanan.

Dan dalam masa yang sama Armansur.com mengembangkan kebajikan. Bukan sekadar syarikat perniagaan bahkan pertubuhan kebajikan.

Razzi mula menulis sejak sebelum millenium. Buku pertama tulisan beliau ialah "Rahsia Dari Damansara" yang beliau tulis secara suka-suka. Razzi tulis sendiri, terbitkan sendiri dan akhirnya dipasarkan melalui pos.

Hanya secara tiba-tiba buku tersebut menjadi laris dan menjadi sumber rujukan. Beberapa kali tersiar di media. Banyak surat yang saya terima memuji-muji buku tersebut. Razzi pun tak menyangka -- ramai yang mendapat faedah maksimum dari buku tersebut kecil tersebut.

Sejak dari itu, hanya ada 2 perkataan penting setiap kali beliau menulis: KUALITI dan IMPAK. Tulisan mesti berkualiti supaya impaknya besar dan berpanjangan.

Lagi satu,beliau pernah berkata “saya ini memang penakut. Saya takut pada Allah SWT. Sangat takut sebab itu mesti berhati-hati. Suatu hari nanti saya akan mati, tulisan saya kekal dibaca. Bagaimana kalau apa yang saya tulis itu tidak berkualiti? Bagaimana kalau apa yang saya tulis itu hanya main reka-reka? Bagaimana kalau apa yang saya tulis itu mengajak kepada keburukan sama seperti novel cinta yang laris di pasaran? Bagaimana kalau saya menulis seperti penulis lain yang sebenarnya tak layak menulis?â€

Antara 20 buku tulisan Razzi Armansur yang diterbitkan semula

 

SEJAK 1990

Beliau mula serius menulis sejak 1990. Buku kedua Razzi ialah Mendaki Puncak Kejayaan yang beliau tulis berdasarkan kisah harta di Bukit Jugra. Walaupun buku tersebut tidak selaris Rahsia Dari Damansara, ia membantu menaikkan nama beliau.

Kemudian, Razzi mengambil keputusan untuk menjadikan penulisan sebagai kariernya. Bukan sambil-sambil. Karier seperti doktor, jurutera, pilot. Bukan semua orang boleh menjadi penulis -- sama dengan bukan semua orang boleh menjadi doktor, guru, penjenayah dan lain-lain lagi.

Selepas itu berderet-deretlah buku beliau keluar. Kesemuanya non-fiksyen. Penerbit besar menghubungi beliau mahu menjadi penerbit buku-buku . Makin luaslah ruang untuk dirinya berkarya.

Seseorang berkata kepada beliau, "Tulis buku mengenai MLM (Multi-Level Marketing). Pasarannya besar." Akhirnya beliau terus membuat kajian mendalam mengenai MLM. Beli dan baca buku-buku mengenai MLM dan bertanya mereka yang berjaya di dalam MLM. Hasilnya ialah buku pertama Razzi Armansur di dalam MLM "Membina Masa Depan Melalui MLM (Multi -Level Marketing)" yang menjadi best-seller sepanjang zaman. Selepas dari itu berderet-deret buku Razzi mengenai MLM berada di pasaran. Selang di antaranya ialah buku-buku INSPIRASI (bukan MOTIVASI sebab buku MOTIVASI adalah buku karut).

Razzi Armansur menjadi penulis best-seller sejak tahun 1990. bak kata beliau “Bukan saya gipang (gila pangkat) tetapi gelaran ini diberi oleh pembaca dan pengikut buku saya. Impak? Tak guna mengaku best-seller kalau impaknya kosong. Sebagai contoh buku MEMBINA MASA DEPAN MELALUI MLM telah diulang cetak lebih 20 kali dan telah melahirkan lebih 30 jutawan!â€

Keseluruhannya Razzi Armansur telah menulis 20 judul buku non-fiksyen. Fiksyen pula hanya "Kampung Kaya" dan "Misi: Orang Kaya Baru".

sila berkunjung ke laman : http//www.armansur.com

Share this post


Link to post
Share on other sites

sebagai pemula post thread ni...

saya sebenarnya hanya nak kongsi pengetahuan mengenai peluang MLM dan MLM secara ONLINE tanpa melibatkan promosi mana2 syarikat MLM...

yang saya nak kongsi ialah bagaimana nak buat MLM secara online dan bukannya nak promote syarikat atau produk saya di sini secara terang2... (saya promote melalui diri saya dan melalui PM je jika ada orang bertanya...)

kadang2 terpaksa bitau kat post kalo ade yg tanya...

hmmm.... saya nak mintak maaf dengan pemilik forum ini sekiranya post2 kat thread ni semakin hari semakin kearah mempromote syarikat masing2 lak...

kepada mereka yang mengikuti thread ini... saya dengan baik dan sopan meminta supaya anda tidak sewenang2nya mempromosi syarikat anda di sini... kalo nak, boleh buat kat signature tapi juga tak digalakkan sangat...

apa yg penting, ialah soalan dan jawapan daripada anda mengenai teknik anda... kalo kata boleh buat duit ribu2 dalam masa beberapa bulan, terangkan bagaimana... itu tujuan thread ni...

contohnya jika teknik anda, ialah

1. cari ahli secara online

2. kemudian kirim cd kepada mereka

3. hubungi mereka serta merta melalui tepon bimbit

4. mengajak mereka ke forum syarikat anda(tanpa menyebut nama forum tu, kalo dia nak tau gak, just pm dia)

5. ajak ym conference

cam tu la...

saya percaya, jika anda kongsi ilmu, ilmu anda akan lebih bertambah. So jgn kedekut dengan hanya berkongsi dengan donline anda sahaja... kongsi la dengan seme orang walaupun org lain tu bukan donline anda...

harap kita dapat kekalkan thread ini dengan post2 yang lebih bersifat perkongsian ilmu dan bukannya tempat mempromosi bisnes masing2 ye....

kalo tak... kang pemilik forum ni tutup thread ni, kang tak de la tempat kita nak tukar fikiran dah... so mintak tolong ye... kawan2 seme...

kongsi ilmu. ok?

kongsi dan terus kongsi.

Majulah MLM dan MLM ONLINE untuk Negara!

harap memahami...

Share this post


Link to post
Share on other sites

kepada moderator forum ini mohon maaf di atas keterlanjuran mempromosi nama syarikat kat sini walupun saya tidak menyertai syarikat tersebut.

Kepada saudara matieu, terima kasih kerana mengingati sesiapa jua kat sini termasuk diri saya sendiri. Pada awal kemasukan di sinipun saya menyembunyi syarikat MLM yg saya ceburi melainkan ada sebahagian rakan kita di sini menghantar email kepada saya dan saya jawab soalan mereka.

Kini saya sudah maklum bahawa busines MLM ini bukan untyuk mereka menjadikan jutawan mee segera tetapi business ini memerlukan masa yang panjang dan bukannya masa yang banyak. Konsepnya berbeza dengan konsep Konvensional maupun francais .

Contohnya Cara perniagaan Konvensional dari segi modal besar, resiko besar, perberlanjaan besar, Pekembangan Lambat, kawasan Liputan Terhad, Masa Tetap, Pengalaman Perlu, Pekerja Perlu dan sewa menyewa lagi...

Berbeza dengan MLM di mana Modal Kecil, Resiko kecil (tak nak join dan tak nak buat) atau tiada resiko, Perbelanjaan kecil, perkembangan cepat, Kawasan Liputan Luas maupun lebih besar, Pengalaman tidak perlu dan pekerja tidak perlu dan tidak berlaku sewa menyewa pejabat, aircond, overhead dan berbagai2 lagi itu semmua tidak perlu...

tetapi dengann adanya kecanggihan teknologi maklumat hari ini iaitu IT kawasan liputan semakin luas maka perkembangan makin pantas ...

TOP 10 Syarikat MLM di Malaysia hari ini yang sudah menjangkau lebih 15 tahun cubalah kaji dari segi latarbelakang Syarikatnya, Produknya dan Plan Pemasaran. mengapa Syarikat ini makin besar, makin handal dan Kukuh?

Apa yang di maksudkan Syarikat yang "MENDIDIK" ahlinya untuk menjadi "USAHAWAN" dan bukannya Syarikat yang "MENGAJAR" ahlinya menjadi " JURUJUAL"?

Apakah semestinya seorang USAHAWAN itu seorang PENIAGA atau seorang PENIAGA itu sudah semestinya seorang USAHAWAN?

sekia terima kasih

Share this post


Link to post
Share on other sites

semalam, ada orang bertanya saya sama ada syarikat yang saya sertai mengajar saya cara2 mendiagnosis penyakit kerana menurutnya, bukankah lebih senang nak rawat si pesakit jika kita diajar cara2 mendiagnosis?

setelah berfikir dan teringat pesan upline saya, dan melalui pembacaan saya, saya pun memberi jawapan kepada orang tersebut begini...

saya menjawap: Sedangkan doktor pakar yang belajar tinggi2 pun mengambil masa 6 tahun untuk layak mendiagnosis (mengenalpasti penyakit) seseorang pesakit, kita sebagai ejen MLM belum layak untuk mendiagnosis walaupun diberi kursus selama 6 bulan.

kemudian saya menjawap lagi, tugas kita sebagai ejen atau pengedar MLM hanya boleh mencadangkan sesuatu produk kesihatan* syarikat kita... kemudian, terpulang kepada pelanggan untuk mendapatkan nasihat doktor pakar sama ada dia boleh mengambil produk kesihatan tersebut atau tidak.

*Harap dapat bezakan ye, antara produk kesihatan dan ubat. Ubat hanya boleh diberikan oleh doktor pakar sahaja. Tujuan ubat diberikan adalah untuk merawat penyakit.

*Tujuan produk kesihatan adalah sebagai makanan tambahan untuk mencukupkan pengambilan nutrien yang diperlukan badan. Pengambilan produk kesihatan lebih kepada pencegahan penyakit, kerana mengikut kajian sains, seseorang yang kekurangan nutrien boleh diserang pelbagai penyakit.

Kita sebagai EJEN atau PENGEDAR hanya boleh mengesyorkan dan memberi penerangan mengikut buku panduan atau pengalaman sendiri mengambil produk tersebut. Ingat, kita just MENCADANGKAN bukan memberi atau memaksa pelanggan untuk ambil produk tu. Kemudian, adalah menjadi tanggungjawap pelanggan untuk mendapatkan nasihat doktor(kita kene bagi tau pelanggan tu untuk dapatkan nasihat doktor) sama ada dia boleh mengambil produk tersebut di samping ubat yang doktor bagi (jika dia sedang berubat atau jika dia ada sejarah alahan kepada makanan tertentu).

Apa2 pun, walau syarikat mana pun anda sertai, pastikan anda tanya upline anda atau kaji buku panduan yang disediakan syarikat anda betul2 supaya anda tidak memberi maklumat salah kepada bakal donline atau bakal pelanggan yang akan membeli produk kesihatan daripada anda.

itu sahaja perkongsian saya untuk hari ini :D

oo ya, tidak kira anda menerangkan kepada pelanggan sama ada secara berdepan, melalui ONLINE atau melalui telefon, pastikan anda hanya bertindak sebagai PENGEDAR dan bukan DOKTOR PAKAR ok...

Edited by matieu

Share this post


Link to post
Share on other sites

Apa yang di maksudkan Syarikat yang "MENDIDIK" ahlinya untuk menjadi "USAHAWAN" dan bukannya Syarikat yang "MENGAJAR" ahlinya menjadi " JURUJUAL"?

Apakah semestinya seorang USAHAWAN itu seorang PENIAGA atau seorang PENIAGA itu sudah semestinya seorang USAHAWAN?

sekia terima kasih

MLM = Usahawan Bebas (tugas seorang usahawan ialah MENEROKA PASARAN BARU)

Internet = Info/banyak ilmu

MLM + Internet = MLM ONLINE

Oleh itu, kalo nak masuk bidang MLM SECARA ONLINE, haruslah menjadi USAHAWAN BEBAS YANG BANYAK ILMU

kemudian, di laman web anda, atau email anda, atau post forum anda, pastikan ianya PENUH MAKLUMAT

Ingat lagi tujuan utama orang ramai masuk ke internet? Ya, tidak lain dan tidak bukan ialah MENCARI MAKLUMAT.

So, untuk berjaya dalam dunia MLM secara ONLINE, berikan donline atau pelanggan anda MAKLUMAT, MAKLUMAT dan MAKLUMAT!

sekian.

p.s. begitu juga untuk MLM offline... beri maklumat(pastikan yang tepat ye).

p.p.s ye, MLM = Usahawan bebas

kaji balik buku panduan masing2 ye.. dalam buku panduan perniagaan saya, sangat jelas ditulis bahawa ejen MLM ialah usahawan bebas yang diberi hak untuk mengedar produk syarikat...

Share this post


Link to post
Share on other sites

sebagai pemula post thread ni...

saya sebenarnya hanya nak kongsi pengetahuan mengenai peluang MLM dan MLM secara ONLINE tanpa melibatkan promosi mana2 syarikat MLM...

yang saya nak kongsi ialah bagaimana nak buat MLM secara online dan bukannya nak promote syarikat atau produk saya di sini secara terang2... (saya promote melalui diri saya dan melalui PM je jika ada orang bertanya...)

kadang2 terpaksa bitau kat post kalo ade yg tanya...

hmmm.... saya nak mintak maaf dengan pemilik forum ini sekiranya post2 kat thread ni semakin hari semakin kearah mempromote syarikat masing2 lak...

kepada mereka yang mengikuti thread ini... saya dengan baik dan sopan meminta supaya anda tidak sewenang2nya mempromosi syarikat anda di sini... kalo nak, boleh buat kat signature tapi juga tak digalakkan sangat...

apa yg penting, ialah soalan dan jawapan daripada anda mengenai teknik anda... kalo kata boleh buat duit ribu2 dalam masa beberapa bulan, terangkan bagaimana... itu tujuan thread ni...

contohnya jika teknik anda, ialah

1. cari ahli secara online

2. kemudian kirim cd kepada mereka

3. hubungi mereka serta merta melalui tepon bimbit

4. mengajak mereka ke forum syarikat anda(tanpa menyebut nama forum tu, kalo dia nak tau gak, just pm dia)

5. ajak ym conference

cam tu la...

saya percaya, jika anda kongsi ilmu, ilmu anda akan lebih bertambah. So jgn kedekut dengan hanya berkongsi dengan donline anda sahaja... kongsi la dengan seme orang walaupun org lain tu bukan donline anda...

harap kita dapat kekalkan thread ini dengan post2 yang lebih bersifat perkongsian ilmu dan bukannya tempat mempromosi bisnes masing2 ye....

kalo tak... kang pemilik forum ni tutup thread ni, kang tak de la tempat kita nak tukar fikiran dah... so mintak tolong ye... kawan2 seme...

kongsi ilmu. ok?

kongsi dan terus kongsi.

Majulah MLM dan MLM ONLINE untuk Negara!

harap memahami...

Maaf kepada tuan rumah

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau kita nak join mlm ni, yg penting aku rasa kita kena tau apa produk. lepas tu macammana dia punya plan dan strategi. kalau sekadar masuk rasanya buang karan. tp kalau buat betul2 ikut dia punya plan tak mustahil utk dpt 5-6 angka. aku pon sebenarnya baru nak try. yg prob nyer nak tarik org tu yg leceh. baru nak ckp dah kena pangkah. hampeh toll. org baru nak masuk jarum.

Biasa lah tu, baru-baru. memang le kena tembak. Namun anda perlu bersabar kerana bersabar mengajar anda untuk berjaya dalam bisnes.

Nak tahu selok-belok bisnes, saya cadangkan anda semua tengok cerita The Appreantice. Cerita yg betul-betul bagus melatih kita dan mengajar kita strategi dalam bisnes.

Dalam MLM, mudah je anda nak berjaya, paling simple. anda kena rajin bercerita mengenai bisnes anda. Sabar juga penting dan saya yakin anda boleh berjaya.

Donald Trump (The Appreantice) pernah berkata, jika beliau diberi peluang dahulu untuk memulakan perniagaan, beliau akan pilih MLM. Kenapa kita taknak pilih MLM? Kerana kita tidak tahu menilai peluang. Kenapa Mr. Trump berjaya? beliau tempoh segala dugaan dan cabaran dalam perniagaan konvensionalnya. Kita nak berjaya sepertinya? Bagi saya dalam keadaan pemikiran kita sekarang yang tidak tahu menilai peluang, saya yakin susah untuk berjaya dalam perniagaan konvensional spt Donald Trump.

izwan

019-2727068

[email protected]

MULTI MILLION SYSTEMS (co. no: 1620234-H)

Share this post


Link to post
Share on other sites

:D Alhamdulillaah, seronoknya jika semua orang berfikiran terbuka seperti kalian. Abg Fahmy rasa, kalian semua sudah matang apabila berbicara tentang perniagaan yang agak mencabar nie. Sepupu Abg Fahmy ada dua org. Dah berbuih mulut Abg Fahmy ajak diorang join company yang Abg Fahmy tengah nak bangunkan ini, tapi diorang masih tak dapat terima realiti berbisnes secara MLM nie. Dua - dua graduate Accounting tapi sibuk nak buka kedai runcit yang bermodalkan RM50,000 dan yang seorang lagi bagi alasan tak percaya pada MLM. Dia bgtau lebih suka buat insurance dan rela menanti 25 tahun yang akan datang untung menikmati hasilnya kerana dia percaya pada usaha secara sedikit demi sedikit. Tapi macamanapun, Abg Fahmy percaya, rezeki ada di mana - mana dan Abg Fahmy hormat keputusan mereka. Tapi kalau budak - budak yang tak study accounting macam adik-adik sekalian pun boleh berfikir secara waras, tak tau la apa Abg Fahmy nak kata kat sepupu - sepupu Abg Fahmy tu. "...Orang lain sibuk mencari duit, kita sibuk beri alasan..."

:DAbg Fahmy tengah nak bangunkan sebuah company MLM sekarang ini, so sesiapa yang berminat bolehlah hubungi Abg Fahmy kalau nak dengar penerangan. Abg Fahmy ada di sekitar, Bdr Tasik Selatan, Sg Besi dan Bdr Tun Razak. Kat lain- lain tempat itu, kita boleh cuba setting. Abg Fahmy sekadar offer sahaja, kalau berminat boleh la call kalau nak cuba tambah pendapatan sampingan. Baik lagi dari tidur pukul 3pagi dan bangun pukul 2ptg tu. Orang tua kita pun bising, telinga pun sakit. MLM bukan sekadar memberi pendapatan sampingan, tapi juga melatih anda menjadi pemimpin.

Abg Fahmy 017 357 5726

:D

Share this post


Link to post
Share on other sites

:DMLM adalah trend business di US dan Jepun. 100,000 jutawan US adalah Jutawan MLM. Sebab itu, Donald Trump kata, kalau di zaman dia dulu ada MLM yang dinamik macam sekarang, dah lama dia buat MLM. Orang utara kata, MLM ini ialah "...meniaga larut malam..."

Jutawan kita pun banyak dari MLM, 35% dari jutawan Malaysia adalah Jutawan MLM. MLM juga menjana ekonomi kita sebanyak 20%.

Masih takde lagi yang berminat nak hubungi Abg Fahmy lagi setakat ini, kalau segan nak call, email pada Abg Fahmy pun takpe. Abg Fahmy akan bagi explaination dalam email korang. Tapi kalau kita boleh jumpa lagi best sebab Abg Fahmy akan bawa korang berjumpa dgn Pengasas dan President syarikat yang Abg Fahmy sedang nak bangunkan ini secara terus.

Ini baru best, sebab kebanyakkan kita langsung tak kenal siapa pengasas dan president syarikat yang dia join tu, betul tak?

Abg Fahmy 017 357 5726, email : [email protected]

Share this post


Link to post
Share on other sites

Satu lagi aku rasalah..X-factor pun nak kena ada dalam bisnes MLM nie.Korang kena pandai beli jiwa prospect.

Personal touching tue...x percaya..percayalah...!

Salam REVELL utk.En.Sahni dan Pn.Yati Double Diomond,Johor.

MLM = Usahawan Bebas (tugas seorang usahawan ialah MENEROKA PASARAN BARU)

Internet = Info/banyak ilmu

MLM + Internet = MLM ONLINE

Oleh itu, kalo nak masuk bidang MLM SECARA ONLINE, haruslah menjadi USAHAWAN BEBAS YANG BANYAK ILMU

kemudian, di laman web anda, atau email anda, atau post forum anda, pastikan ianya PENUH MAKLUMAT

Ingat lagi tujuan utama orang ramai masuk ke internet? Ya, tidak lain dan tidak bukan ialah MENCARI MAKLUMAT.

So, untuk berjaya dalam dunia MLM secara ONLINE, berikan donline atau pelanggan anda MAKLUMAT, MAKLUMAT dan MAKLUMAT!

sekian.

p.s. begitu juga untuk MLM offline... beri maklumat(pastikan yang tepat ye).

p.p.s ye, MLM = Usahawan bebas

kaji balik buku panduan masing2 ye.. dalam buku panduan perniagaan saya, sangat jelas ditulis bahawa ejen MLM ialah usahawan bebas yang diberi hak untuk mengedar produk syarikat...

Share this post


Link to post
Share on other sites

MLM yang praktikal adalah MLM yang memberi :

1) modal yang rendah kepada ahli,

2) mudah,

3) banyak kelebihan, unik dan tiada kelebihan tu pada syarikat2 lain,

4) pulangan yang banyak,

5) produk yang berkualiti

6) kejayaan yang cepat kepada sesiapa yang menyertainya.

7) sistemnya mestilah adil,

8) kekukuhan syarikat meyakinkan.

setuju tak? Kalau tak setuju, call Abg Fahmy.

:D

Share this post


Link to post
Share on other sites

sori nk mencelah sikit.. i ahli MLM gak same lah ngan kwn kite metheiu tu..revell terus unggul!!....

i dari gen2..hehehe

just nak tanya saper yang tahu tentang program affiliate yang sekarang mcm haram dok spam kt email orang... adakan mereka tu berdaftar?? mcm mana diaorang bole bertapak sedangkan mereka tiada produk untuk di pasarkan.. (kebayakannya la).. tapi yang pasti mereka jual marketing plan jer... dan janji dapat jadi kaya dalam beberapa mggu atau bulan jer... ramai yang terjebak tapi hasil 'tarak'!! i sedikit terkilan la coz mcm2 spam amsuk kat email..tau la nak buat bizz tapi biarla dgn cara yang bail........

so kalu ader saper2 bole cerita skit pasal program ni... tapi yang i nak highlight kat sini.. MLM adalah satu cara yang paling selamat untuk buat duit..dan tambah duit.. sebab u all x akan rugi... cuba kita perhatikan, kat luar negara..khususnya di negara maju sprt us, uk, jepun dll... mereka ni sume join MLM sebagai satu cara utk mendapat pendapatan sampingan...mereka kt sana bukan join MLM coz org datang pujuk..tapi org yang cari sykt yang terbaik..coz kos sara hidup di negara maju adalah 'maju' jgk........ so, nakx nak kenalah buat biznes sampingan mcm MLM.. bisnes lain kena kuar modal besar... u all tau x yg donald trump tu pun masuk MLm sampai sekarang.. itu contoh orang yang dah berjaya.. kat malaysia pun ramai orng yg berjaya seperti arkitek, pengusaha kilang, manager, cikgu dll join MLm utk dpt duit tambahan.. ini adalah sayu lagi conto org yang hebat.. bukan sahaja hebat dalam akademik tapi juga dalam berniaga...

ini semua adalah untuk meningkatkan lagi pendapatan kita ..sekaligus dapat membantu kita berjay dan dpt tolong orng lain bila kita dah berjay.. dapat bantu bangsa dan orang yg seagama dgn kita..bukankah itu sungguh mulia??

so, marilah kita bersama2 menigkatkan usaha kita untuk berjaya..di dunia dan diakhirat..wassalam

Share this post


Link to post
Share on other sites

hurm.. mlm... bidang perniagaan yg terbaik, ideal..!!! modal kecil.. tapi hari ni ramai yg terkena dgn company2 mlm yg kononnya mlm tapi bukan 100%... sebagai contoh company Uxxxxxx, Hxxxxxxxx dan macam2 lagi yg mengamalkan sistem binari.. tak perlu jual barang.. just cari orang buat 2 kaki ke.. apa la.. jaga2!!! kaji dahulu apa dia mlm sebelum anda menyertai mana2 company mlm..

beberapa tips sebelum anda memilih company untuk menjalankan MLM...

kaji 4 faktor ni..

1. Latar belakang company

- Kukuh atau tidak - bila start? Aset? Modal Berbayar? dan lain2..

- Berlesen yg sah, Akta Jualan Langsung

- company yg power ada Sijil DSAM (Sijil yg dianugerahkan berdasarkan syarat2 tertentu, bukan senang

sesebuah company MLM nak dpt sijil ni.. ada lebih kurang 70 company sahaja yg ada sijil ni daripada

seribu lebih company kat Malaysia. Antara company yg dapat Sijil DSAM ni adalah Lxxxx, Axxxx,

Rxxxxx dan lain2.

- Lebih baik cari company tempatan, senang nak naik.. bonus pun tinggi.. ekonomi negara meningkat..

antara company tempatan adalah Lxxxx dan lain2..

- ibu pejabat kat mana..? berapa lama ibu pejabat tu ada kat situ... kalau besar, mahal bermakna

company tu bukan cikai2..

- selain drpd MLM, company tu ada menjalankan perniagaan lain seperti peruncitan, pengangkutan,

perladangan dan lain2.. so, company mcm ni terlalu kukuh dr segi kewangan sbb byk backup dan tak

bergantung kepada bidang MLM semata-mata..

2. Produk

- Produk mesti ada byk.. bukan stakat 20, 30 jenis produk je.. atleast 100 ke atas.. kepelbagaian produk

tu penting.. lagi byk produk, lagi senang nak buat selling sbb byk choice..

- Produk mesti diinsurankan

- Ada lab report yg detail dan halal dr JAKIM utk produk2 makanan kesihatan dan makanan/minuman..

- Produk yg ada anugerah seperti Guinness Book Of Records dan lain2..

- Harga berpatutan dan logik..

- GMP

- Produk Berkualiti dan diiktiraf

- Produk makanan kesihatan yg terbaik di dunia dan yg terbukti keberkesanannya..

- Produk2 yg tak mengarut..

- Ada katalog, manual produk, testimoni yg lengkap..

- Ada pricelist yg lengkap (distributor dgn customer) dan PV list yg sempurna..

3. Marketing Plan

- yang menggunakan 100% MLM punya marketing plan shj!!! jaga2!!

- ciri2 marketing plan MLM yg betul

- ada selling (jualan) dan sponsoring (menaja).. dan servicing

- modal adalah bebas.. berapa kita nak keluar kita punya pasal.. tak ada modal minimum..

- bukan sistem binari, piramid dan skim cepat kaya

- tiada had penajaan (bukan bukak 2,3 kaki je.. 1000 kaki pon boleh)

- pembahagian bonus yg adil

- tidak menindas org bawah (x bermakna kita di atas kita paling kaya)

- bonus dikira berdasarkan PV (Personal Sales dan Group Sales)

- ada pangkat2 dan level2 yg tertentu

- selain ciri2 di atas, company tu mmg akan lingkup satu hari nanti.. haha, percayalah..

- bonus yg tinggi dan logik (org yg menaja anda perlu terangkan secara detail..)

4. Support

- support dr company dan barisan upline

- siapa upline anda.. mampu tak die tolong (kalau upline anda tak leh harap, masih byk upline kat atas

yg boleh tolong..)

- ada kelas2 dan course2 yg akan membantu, memberi ilmu dan guide anda..

- upline bukan bos, tapi dia bagaikan cikgu..

so, sekiranya anda ingin menjalankan perniagaan MLM, pastikan keempat-empat faktor ini ada.. jangan kurang walaupun satu.. kesilapan anda memilih akan menyebabkan anda lebih lambat berjaya.. jangan terpengaruh dgn company yg menjanjikan keuntungan dlm masa singkat, keuntungan hari2, kerja yg mudah (tidak perlu menjual dan sebagainya).. itu bukan MLM.. percayalah.. dah ramai yg terkena.. menindas org bawah dan mengkayakan org atas.. sekarang byk company mcm tu.. jaga2.. pergi buat yg betul2 MLM walaupun kerja lebih susah (jual brg dan cari orang).. ingat, tak ada perkara yg senang untuk jadi senang.. MLM is complicated.. bukan bisnes cikai2, kalau MLM ni bisnes cikai2 takkanlah terlampau ramai org jadi kaya kat seluruh dunia ni sebab buat MLM.. so.. jgn fikir nak kaya cepat, nak senang cepat... takut nanti naik cepat jatuh pun cepat... dah byk company yg buat MLM cara yg tak betul (tiada selling, cari orang je, bukak 2 kaki dan lain2 cara selain di atas) tutup selepas 2,3 tahun.. ini kerana tokey company tu dah untung besar dan tutup company sebelum company overpayed.. yg kaya tokey company tu dan org yg mula2 buat.. yg kat bawah2 tu jadi kuli secara tak langsung..

aku pon baru setahun lebih buat MLM.. dah ada pendapatan yg ok.. banyak yg aku belajar tentang MLM ni.. dan byk jugak aku dah kaji berbagai2 company.. aku tak kata company aku je paling bagus.. aku support sumer company yg mengamalkan MLM dgn cara yg betul.. tapi kalau yg binari, skim, dan lain2 mmg aku marah.. penipu besar.. menindas.. jadi jaga2 lah..

untuk maklumat lanjut, call aku.. aku sedia membantu : 012-9466410

Share this post


Link to post
Share on other sites

MLM yang praktikal adalah MLM yang memberi :

1) modal yang rendah kepada ahli,

2) mudah,

3) banyak kelebihan, unik dan tiada kelebihan tu pada syarikat2 lain,

4) pulangan yang banyak,

5) produk yang berkualiti

6) kejayaan yang cepat kepada sesiapa yang menyertainya.

7) sistemnya mestilah adil,

8) kekukuhan syarikat meyakinkan.

setuju tak? Kalau tak setuju, call Abg Fahmy.

:D

Fahmy aku setuju tapi yg no 2 tu kena explain betul-betul la kat org yg nak buat MLM ni. aku bukannya nak takut kan diorang tapi ini adalah fakta.

Yg "mudah" tu di antara skop of work dlm MLM adalah spt: i) selling ii) sponsoring iii) servicing

Benda ni kalau tak de experiance pun company akan ajar dan kita kena buat dan belajar dari kesilapan dan improve. Dan adalah standard setiap kali jumpa orang mesti ada penolakan seperti : "LOA - Law of Averrage" jumpa 10 org cuma sorang je yg join. Dan LOA ni kita boleh improve dari masa ke semasa sehingga bila kita jumpa 10 0rang, 9 orang akan join, cuma masa yg menentukan.

Yg susahnya adalah ketika semasa LOA kita nak improve ( jangka waktu nak improve tu bergantung kpd kekerapan kita jumpa orang). Masa ni la yg susah nak lawan dgn diri sendiri untuk maintain semangat kita agar tak jatuh. Yela.... org melayu ni mana ada basic beniaga. Walaupun impian kita tinggi melanggit tapi sekali org jentik terus tersungkur!!!

So kesimpulannya, buat MLM ni bukan senang, susah sebenarnya (bukan senang nak jadi senang). Jadi kepada sesiapa yg betul-betul berminat nak buat MLM mesti sentiasa ikut cakap up-line dan sentiasa peruntukan masa ke kelas-kelas walaupun tiada prospek yang kita bawa. Dan semangat jatidiri kena betul-betul kuat, kalau immediate up-line kluar join kompany lain ke, gi sambung study kat overseas ke , baru kawin ke, kita jangan salahkan dia, yg penting perjuangan kita mesti diteruskan. Terus jumpa up-line yg atas utk beri guide. Sebab tu la kena slalu gi kelas kenal-kenal dgn up-line yg atas dan side line.

Kalau org baru nak tahu lebih lanjut pasal MLM terus jumpa dan berbincang dgn org yg perkenalkan MLM kpd anda, dgr dgn tekun dan jgn berlagak pandai. Sebenarnya perbincangan di kedai kopi belum cukup, anda perlu pergi ke syarikat berkenaan dan lihat suasana di sana untuk memupuk minat anda dgn lebih mendalam.

Betul tak fahmy??

OK cuma nak share je. Bye

Share this post


Link to post
Share on other sites

Betul, company kita tak semestinya yang terbaik. Baik la kita buat company tempatan. Bila Abg Fahmy sebut overiding bonus tu ada pihak yang kata syubhah, jangan kata Abg Fahmy yang kata. Baca betul2 apa yang abg Fahmy sebut. Biasanya company yang bayar sekali je itu, biasanya tak lama. Dulu skybiz pun macam tu juga. Lagi ada satu yang terbaru, bayar RM6++ dapat beribu dalam masa 2 tahun. Ada ahli aktif dan tak aktif. Sapa nak bayar duit kalau kita tak kerja..? Hei, payah betul nak cakap..

Dan tak perlu la nak marah Azizan Examo semata - mata Abg Fahmy nak jual ubat penguat memori. Abg Fahmy bukan jual barang Azizan Examo pun, jangan menuduh melulu. Nak beli, beli. Tak nak beli, jangan beli. Apa yang payah. Kalau bercadang nak buat MLM yang haram pun, buat la. Jgn marah kalau Abg Fahmy sebut ciri-ciri MLM yang haram itu. Nak buat, buat. Takda sapa yang larang.

Yang Abg Fahmy maksudkan dengan mudah adalah kekangannya tak payah. Cthnya maintain rendah, mudah nak ajak org joint, modal tak banyak dan sebagainya, tak perlu buat sales banyak2 dan syarikat sanggup bg kemudahan faciliti untuk bantu kita.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...