Jump to content

crypto.md5

Members
  • Content Count

    849
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by crypto.md5


  1. lagi satu..

    Admin kita memang sentiasa appreciate setiap contributor yang ada..tolong jgn tuju kat dia jer. Aku yakin dia pemilik forum ni, tentu dia nak yang terbaik untuk forum nih. Tapi terhalang ngan sebab-sebab tertentu,..

    Hal cadangan seperti ini ata seangkatan dengan cadangan ini,..sebenarnya sudah diutarakan oleh ramai users,..include aku..

    BTW,..sekurang-kurangnya bagi la serespon dua,..sebagai penjelasan semasa..

    Ya, aku faham admin memang nak yang terbaik untuk forum, tapi takkan nak tunggu beri penjelasan sampai sebulan?dua bulan? & settle problem sehingga tahun depan? bukan setakat topik ni saja, topik lain aku perhatikan..seperti cadangan derma kat putera..dan sebagainya pun tidak ada jawapan and respon yang lambat..

    "ini mungkin login aku yang terakhir kat Putera.com jika masalah ini belum settle2 lagi"


  2. enable kan balik fungsi carian..

    letih lorh selak satu2 nak cr topik lame2 -_-

    Admin kena appreciate member2 yang banyak memberi ilmu kat putera ni, letih2 mereka bagi ilmu akhirnya topik mereka tenggelam, takkan nak pinkan semua topik? ni lah salah satu sebabnya kenapa ramai member2 pro putera hilang...dan berpindah/Aktif ke IT Forum yang lain.


  3. Sampai sekarang masih belum ada tindak balas dari admin? aku memang jarang kritik putera.com, tapi kali ni aku nak bersuara jugak, biasanya..setiap kali junior aku atau student yang tengah practical , aku suruh rujuk putera terlebih dahulu supaya mereka berusaha, search mana2 thread, betapa pentingnya berforum untuk cari ilmu tapi sungguh memalukan feedback dari diaorang, " Bos nak kami mati-matian cari jawapan kat putera?" aku tanya kenapa? "belek satu persatu thread buang masa lah bang, buka new topik nanti kena suruh google & jawapan yang menghampakan dan menyakitkan hati, lebih baik kami berforum kat ITforum lagi satu tu..Pro sikit, ada suasana macam kerja"

    aku tak tahu apa nak cakap dah... ada di antaranya komplen, dah register tapi masih belum validate, buat aduan still tidak ada respon, seriously aku cakap... jika management putera terus begini, aku tak nak jadikan putera sebagai rujukan IT walaupun namanya Pusat Teknologi Rakyat, kalau nak sembang pasal politik, cinta, gaduh2 etc.. puteralah no.1, apa dah jadi dengan putera.com , ahli professional dulu banyak yang dah hilang... putera dah hilang kualitinya...

    maaf kalau terkasar bahasa, kalau saya bersalah..silalah banned saya atau delete...

    yang benar,

    crypto.md5


  4. Aku pun berharap Fungsi Search ni enable kan balik, bila ada soalan yang sama ditanya, susah nak korek balik bagi link. Nak bagi jawapan semula, terasa malas sikit menyebabkan topik tu tak direply.. kerja pun bertimbun2 kat ofis ni, nak cut down time.. harap boleh enablekan semula fungsi search...

    Terima kasih


  5. line celcom skarang ni knp jd mcm siput.. susah betul nak bukak web.. mmg semua mcm ni ke?

    Semua macam ni... ni online pun pinjam access point orang kat shopping complex, hahaha, macam takda kerja je aku ni lepak semata2 nak dapatkan line internet, buat sementara ni tak boleh outstationlah kalau macam ni..


  6. aku semalam activatekan aku punye maxis.. lagi bagus nampaknya dari celcom aku.. aku nak pi terminate celcom aku..

    Bagus ke? camni aku pun nak try gak, 3 hari berturut2 dah ni takde line 3G..gi outstation mana2 pun camni, client aku banyak bising pasal tak reply email diaorang (nak aku call tapi tu oversea, mahal daa..), ni pun tpaksa tumpang orang punya line internet, iskkk <_< , tak jadila travelling lama2 camni, balik office lagi bagus (alasan yg bagus :lol: )

    sengsara betul hidup aku...


  7. Hmm.. seminggu dah celcom 3G ni buat hal, mana2 aku travelling pun sama hampeh...

    Problem yang aku hadapi

    1) Line connected, tapi ping tiada reply

    2) Kekadang switch to GPRS

    3) kekadang tu tidak ada langsung signal :lol:

    4) Surfing Lambat tapi download guna Download Accelerator Plus Laju

    5) Ada 3 signal bar, tapi authentication failed

    6) Ping Laju (192MS) tapi browsing, sempat aku overhaul pi toilet, balik semula masih gak loading, adoilaa, macam ada yang tak kena ngan proxy diaorang ni

    7) 3 handshake slalu gagal, kena buat request semula, baru ada reply (wireless biasalah :D )

    Celcom punya technical kena buat sesuatu, rugi bisnes kalau terus macam ni...


  8. Flash terdelete? macam ni straight to the point saja

    1) Tutup power switch

    2) Tekan Mode Button (Jangan lepaskan) kemudian on power

    3) Lepaskan Mode Button setelah Stat LED tak bernyala

    awak akan nampak prompt berikut

    switch:

    !------- jika flash belum initialized:

    switch: flash_init

    !------- Untuk load boot helper images

    switch: load_helper

    !------- perhatikan betul2 filename image yang dekat desktop tu, contoh macam c2955-i6q413-mz.122.13.EA1.bin

    switch: copy xmodem: flash:c2955-i6q413-mz.122.13.EA1.bin

    !------- Kat Hyperterminal, Click Transfer > Send File > Browse Image yg kat desktop tadi. Protocol Select Xmodem & Click Send. Selepas transfer success, Try boot guna image yang baru ditransfer tadi.

    switch: boot flash:c2955-i6q413-mz.122.13.EA1.bin

    !------- Itu saja :lol:


  9. crypto... kalo boleh permasalahan di atas selsesaikan tanpa menggunakan VLSM. Sebab soalan tu blom sampai VLSM. Soalan latihan VLSM akan menyusul dalam topik seterusnya.. biggrin.gif

    satu lagi boleh terangkan tak apa kesalahan yang aku buat? sebab bila hang betulkan saja tapi aku masih tak nampak apa² kat situ.

    Takpe...ni siaran ulangan :lol: VLSM tu ada disebalik tabir, aku bukan selesaikan dengan VLSM, tapi aku just terangkan bagaimana pemecahan subnet dibuat, aku fokus kepada routing ko, ko kena tau routing ip & strong knowledge in subnetting sebelum buat routing. tu sebab ccna, Subnetting ni lah yang diaorang terangkan dulu sebelum proceed with routing.

    192.168.0.0/26

    192.168.0.64/26

    192.168.0.128/26

    192.168.0.192/26

    apa dia punya routing ip?

    192.168.0.0/24 kan?

    Dengan pembetulan yang dah aku buat, ko boleh nampak kesalahan ko kat router HQ

    ip route 192.168.0.0 255.255.255.192 Serial0/0/0

    ip route 172.23.0.0 255.255.252.0 Serial0/0/1

    ip route 172.26.0.0 255.255.224.0 Serial0/1/0

    Router HQ tak tahu network 172.26.32.0 wujud sebab ko cuma route 172.26.0.0 255.255.224.0, iaitu network 172.26.0.0/19 sahaja. Network yang selebihnya seperti 172.26.32.0/19, 172.26.64.0/19, 172.26.96.0/19 semua dia tak tahu. Missing route.

    Adjust kat router HQ

    ip route 192.168.0.0 255.255.255.0 s0/0/0
    ip route 172.26.0.0 255.255.0.0 s0/1/0
    ip route 172.23.0.0 255.255.0.0 s0/0/1

    Then try ping dari router B1 ke router B3 f0/0 interface ip , confirm ada reply.

    Amacam dik.. clear? :wub:


  10. Routing kat HQ ada masalah sikit

    ip route 192.168.0.0 255.255.255.192 Serial0/0/0

    ip route 172.23.0.0 255.255.252.0 Serial0/0/1

    ip route 172.26.0.0 255.255.224.0 Serial0/1/0

    ip route 0.0.0.0 0.0.0.0 Serial0/1/1

    Subnet yang terdapat kat B1 Router:

    192.168.0.0 255.255.255.0

    Dipecahkan (VLSM) kepada:

    192.168.0.0/26

    192.168.0.64/26

    192.168.0.128/26

    192.168.0.192/26

    Jadi, routing yang betul ialah

    ip route 192.168.0.0 255.255.255.0 s0/0/0

    Bagi contoh lagi kat router B3

    172.26.0.0/19 255.255.0.0

    Dipecahkan (VLSM) kepada

    172.26.64.0/19

    172.26.96.0/19

    routing yang betul:

    ip route 172.26.0.0 255.255.0.0 s0/0/0

    Ini lah kebaikkan subnetting, all share one route, bebanan pun kurang, perfomance network lebih mantap dari router yang tak guna subnetting :D

    p/s crypto.. aku tunggu tutorial VLSM, CIDR dan lain² ... banyak lagi aku nak kena ligan nih...

    VLSM aku dah ajar kat sini:

    http://forum.putera.com/tanya/index.php?showtopic=37474

    baca sampai habis :lol:

    Tapi ip kelas C boleh wujudkan sampai 20000 host ker?

    Boleh, tapi ip ni tak disebut class C,B,A lagi, ianya dipanggil CLASSLESS

    Kalau ko tengok kat cisco router, ada command berbunyi ip classless, tu lah dia..

    boleh sampai 32766 dengan mask bit /17

    yang Azuan bagi contoh classless IP. 192.168.0.0/17

    fissil84:

    Rasenyer soalan tu x salah...........masih boleh kira lagi network tu guna VLSM method ......... iaitu pecahkan IP yang diberi kepada sub IP and akan dapat subnet baru

    Soalan tu tersangatlah salah fissil84, 192.168.0/25 nak VLSM kepada 5000 hosts? tengok prefix dia betul2, /25

    :wub:


  11. Tu la aku tgh pikir mana dtg soalan mcm ni... info pun tak lengkap.. S0/0/0 , Fa 0/1 Fa 1/0 dll tu ape dia... B3 tu ape dia plak...

    Serial interface 0, fast ethernet

    yang B3 tu aku tak tau :D

    err aku tak pandai sgt bab2 network ni, tapi kalu untuk class C, commonnya takpenah jumpa la /25.. kalu /24 tuh biasa la.. kalu nak lebih dari itu, pakai class B atau A..

    /25 ada, belajo kat sini: :lol:

    http://forum.putera.com/tanya/index.php?showtopic=37474

    kalau soalan tu mintak guna CIDR, then no problem

    192.168.0.0/19

    ni sumbat masuk dalam 192.168.0.128/25, tak boleh bro.. :wub:


  12. aku dah sent..

    kalo tak dapat cakap ah..

    cam ada masalah jer ngan emel google nih..

    tak leh nak send

    Dah dapat dah soalan tu, mengenai subnetting.. kalo ko baca tutorial subnetting aku sampai habis, mungkin tidak ada masalah untuk ko jawab...terutama mengenai routing.

    Ni kepada yang main google jawapan (yg biasa semua orang buat :D ), hati2 ngan jawapan yang anda jumpa.

    Contohnya macam blog ni, http://ccna-exam-answers.blogspot.com/2008...nswers-v40.html

    ada yang PM aku, ragu2 ngan jawapan kat sini, yup memang banyak yang masih salah, diaorang belum fix lagi...

    ccna40.jpg

    The routers in the diagram use the subnet assignments shown. What is the most efficient route summary that can be configured on Router3 to advertise the internal networks to the cloud?

    a. 192.1.1.0/26 and 192.1.1.64/27

    b. 192.1.1.128/25

    c. 192.1.1.0/23 and 192.1.1.64/23

    d. 192.1.1.0/24

    e. 192.1.1.0/25

    f. 192.1.1.0/24 and 192.1.1.64/24

    Tapi answer tu dia bagi C pulak...

    satu lagi,

    What address can be used to summarize networks 172.16.1.0/24, 172.16.2.0/24, 172.16.3.0/24, and 172.16.4.0/24?

    a. 172.16.0.0/21

    b. 172.16.1.0/22

    c. 172.16.0.0 255.255.255.248

    d. 172.16.0.0 255.255.252.0

    Tapi dia bagi C...

    dan satu lagi...

    Hosts on two separate subnets cannot communicate. The network administrator suspects a missing route in one of the routing tables. Which three commands can be used to help troubleshoot Layer 3 connectivity issues? (Choose three.)

    a. ping

    b. show arp

    c. traceroute

    d. show ip route

    e. show interface

    f. show cdp neighbor detail

    tapi pelik lak jawapan dia bagi kat sana...banyak jawapan belum fix lagi..ada error

    Nasihat aku..jangan just main hafal2 tanpa memahami

    :wub:


  13. huhuhuhuhuhuhu...byk sgt pendapat..tq smua...hehehehe yg aku xleh trima ada yg suh aku putus ngan dia..OOooooo xsggup oo.... dia dah serah jiwa dan raga dia kat aku..huhuhu (paham2 la)...so aku xtergamak nak pts...aku kan laki yg brtggunjwb...hehehehehehehehehehehehe aku nak jga dia sampai kawen...kalo kawen nanti lega la skt...xpyah nak msg kerap2..huhuhuhuhuhuhuhuhuhu

    Serah semua sekali? Rosak...rosak... siap...

×
×
  • Create New...