Jump to content

crypto.md5

Members
  • Content Count

    849
  • Joined

  • Last visited

Everything posted by crypto.md5

  1. IP SUBNETTING kita start dari basic iaitu convert subnet mask ke binary format: Contoh subnetmask 255.255.255.0 Binary ialah 11111111.11111111.11111111.00000000 Penjelasan: ada 4 blok, setiap blok ada 8 digit atau lebih molek dipanggil 8 bits. Ingat!! 8 Bits SETIAP block, jangan 7 jangan 9 and so on. Angka 1 ialah ‘on’ manakala angka ‘0’ ialah off. Bagaimana aku dapat tahu yang 255 tu jadi 11111111 dan 0 itu 00000000 Begini kisahnya: Setiap blok ada berapa bit?ya 8 bits, setiap bit represent the following: Ingat table ini, jangan tukar-tukar jumlah setiap bit 1=128 1=64 1=32 1=16 1=8 1=4 1=2 1=1 Gunakan kuasa 2 / power of 2 untuk tahu berapa bit patut di-off dari hujung binary tadi 2^2=4 2^3=8 2^4=16 2^5=32 2^6=64 2^7=128 2^8=256 2^9=512 2^10=1024 2^11=2048 2^12=4096 2^13=8192 Errr… ada sesiapa yg tak tahu kira kuasa 2?ehehe, 2x2=4, 2x2x2=8, 2x2x2x2=16 Sekarang tibalah masa untuk membuat pengiraan: Katakan dalam network ko ada 250 PC/host, rujuk power of 2 tadi, cari jumlah mana yg dekat dengan 250 tapi tidak boleh kurang dari 250. 2^7=128? Nope.. kurang sangat2 tu mana cukup tampung 250 PC. Bagaimana dengan 2^8=256? yeahhh, inilah jumlah yang terdekat yang cun, lebih tu takpe. 2^8=256 kita ambil 8 tu, kemudian off 8 bits dari hujung 11111111.11111111.11111111.00000000 Ok, kita kira blok pertama. Rujuk table yang pertama tadi. Kita darab bit dia 1x128=128 1x64=64 1x32=32 1x16=16 1x8=8 1x4=4 1x2=2 1x1=1 Kemudian kita tambah semua jumlah tersebut 128+64+32+16+8+4+2+1= 255 - haaaa, tu sebablah dapat jumlah 255 Block kedua & ketiga malas nak kira sama saja sebab semua on, blok yang terakhir tu semua off, jadi begini 0x128=0 0x64=0 0x32=0 0x16=0 0x8=0 0x4=0 0x2=0 0x1=0 0+0+0+0+0+0+0+0= 0 -HAHAHAHAH 0 lah Jadilah subnet mask dia begini, yang common kita pakai 255.255.255.0 Kenapa 192.168.1.1/24? Ada palang /24 Sebab: 11111111.11111111.11111111.00000000 Kira berapa biji 1, 24?yeahhh betul Clear??? Mesti faham setakat ni sebelum melangkah lebih jauh lagi Jawab soalan ni kalau clear: Dalam network ada 65500 host, tunjuk bagaimana pengiraan subnetmask dia serta alasan yang kukuh & apa dia punya /? ... Mr. Pronto, nak cuba?slaughters? -Mat-?siapa2 saja cuba (mdshah ko dah pandai dah takpe ehehe)
×
×
  • Create New...