Jump to content

TJ-Ariff

Premium Member
  • Content Count

    2118
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by TJ-Ariff


  1. dah lama guna????? apasal den x leh masuk pun?

    macam ni citer nyer...

    Sebenarnyer saya telah menjadi ahli putera dah lama seingat saya dalam tahun 1992 atau 93

    tak silap saya, pada ketika itu saya telah mendaftar menggunakan [email protected]

    Tetapi setelah pertukaran ke server baru taraf saya ke ahli baru...

    tetapi email saya still boleh digunakan sehingga sekarang....

    itu yang buat saya sayang pada [email protected] nie kerana dalam

    bisnes kad saya telah dicetak elamat email tersebut...

    Saya berharap sahabat sahabat yang lain memberi sokongan dalam isu ini..

    wasalam..


  2. Salam kepada semua warga Putera.com

    Disini saya ini cadangkan kepada pihak pentadbiran agar di ujudkan segera satu ruang untuk pendaftaran e-mail bagi Putera.com sebelum server yang lama itu di tutup.

    Apa yang saya dapati disini kelebihan apabila memberikan alamat e-mail ini kepada orang ialah mereka akan bertanya dengan lebih lanjut tentang putera.com kerana ia adalah satu satu nya (setahu saya ler..) alamat email yang "berbau" malaysia.

    Jadi saya berharap sangat lah mendapat sokongan dari semua warga Putera.com

    sekian, wassalam.

    [email protected]


  3. Ya betul tu, gaji juru teknik komputer pada masa sekarang adalah tidak berbaloi dengan kerja dan ilmu yang ada.

    Itulah pasal nya saya dengan beberapa sahabat di KK sedang merangka plan bagi penubuhan Persatuan ini.

    Kerja Juru Teknik Komputer adalah satu bidang yang Pro.

    Ia memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menyelesaikan sesuatu masalah terutama dalam pengendalian Talian Jaringan.

    Kalau setakat boleh format dan install itu belum layak di panggil Juru Teknik Komputer (JTK)!


  4. Salam semua warga Putera.

    Saya disini inginkan pendapat semua yang ada. Tentang penubuhan Persatuan Juru juruteknik Komputer.

    Tujuan asas :

    1) Menyelaraskan tangga gaji yang paling minima disetiap kedai.

    2) Menyelaraskan tahap kerja dan keupayaan setiap juru teknik

    3) Bertukar tukar pendapat diantara ahli.

    Tujuan Utama :

    Saya telah membuat beberapa perjumpaan dengan setiap juru teknik di daerah Kuala Kangsar dan kebanyakan nya bersetuju agar gaji juru teknik komputer yang terlatih di selaraskan bagi setiap kedai, kerana tawaran yang diberikan oleh majikan kadang kadang tidak berpatutan.

    Faedah :

    1) Setiap juru teknik yang berdaftar dengan persatuan akan diberi kursus bagi peningkatan tahap kemahiran.

    2) Setiap ahli akan mendapat faedah kenaikan gaji yang setaraf dengan kamahiran nya.

    Jika persatuan ini berjaya didaftarkan , kita sesama akan cuba untuk menjadikan persatuan ini di Iktiraf oleh kerajaan agar setiap juru teknik yang berdaftar dengan persatuan akan mendapat faedah.

    Apa pendapat kelian ?

    Silakan....

×
×
  • Create New...