http://forum.putera.com/tanya/index.php?showtopic=5392&st=0 Sambungan dari situ yg dibuat oleh saudara Izwan002, budak kulim tu. Member aku masa dulu2.. Setelah baca kesemua dari situ, terbuka hati ini untuk bukak thread yang baru.. Jom cari kekurangan & kelebihan Celcom dan Maxis ni.. Digi pls tak payah cite kat ruangan ni, kalau ada yang nak cerita gak, bukak la ruangan baru ok... Hehehe.. Assalamualaikum.. Dulu saya pengguna 013, In-TM(2002-2003). Beli starter pack dengan Harga RM50 dalam ada kredit RM20 je. Masa ni celcom-tmtouch, maxis-timecel blom combine lagi. Kemudian 019 ada buat promosi(bkn 1 malaysia, kat Muar.. Kedai komunikasi dari Melaka datang Muar).. Jual starter pack 019,Xceed dgn harga RM68 dalam ada kredit RM113+RM10(2004-skrg).. Tapi aku dah upgred kpd Smart sim 64k.Aku tukar kpd lite plan. Akhir thn 2004 pulak saya guna 012,hotlink beli dgn harga RM20 dalam ada kredit RM10+RM10. Ini apa yang aku peratikan antara Celcom dgn Maxis ni.. 1. Bila aku ada masalah je dgn celcom aku akan call operator celcom (1900/1111) sebab percuma. Berbanding dengan maxis, kalau ada sebarang pertanyaan kena call no 1300820120 dan di caj ikut kadar tempatan. Jadi aku tak call, tanya kat kawan je. Itu kelebihan Celcom! 2. Celcom, Bila nak topup RM10 misalnya.. Selepas topup, kita boleh transfer kredit pada kawan minima RM3 dan dicaj sebanyak 45sen sahaja bagi perkhidmatan itu dan boleh transfer seberapa byk mana kita mahu. (kalau topup RM10 je, leh transfer maksima RM9 jela sebab ada caj 45sen tu). Best btul, kongsi duit dgn member topup serendah RM10 je pastu transfer krdt kat kwn... Berbanding dengan Maxis, kalau kita topup RM10, tak lepas beb nak transfer kredit kat member.. Paling kurang kena topup RM30. Kredit minima leh transfer pada kawan RM5. Lepas tu nak transfer, kredit kita mesti lebih atau sama dengan RM10 selepas transfer. Contoh: Kita dah topup RM30, nak transfer kredit kat kawan kita sebanyak RM21.. Tak boleh! Sebab lepas transfer kredit kita tinggal RM9(kurang dari RM10, ini yg aku maksudkan) Caj bagi perkhidmatan ni plak bagi Maxis adalah 50sen. Ini keburukan Maxis! 3. Cara transfer bagi celcom ---> Taip RM3<space>PASSWORD send ke 10191234567. Mudah, hanya menambah no 1 shj depan no org yg kita nak transfer tu. Cara transfer bagi Maxis -----> Taip SHARE<space>0123456789<space>5 send ke 22121. Kemudian dapat mesej pengesahan, taip password & send ke 22121. Mana yg mudah bagi anda? 4. Celcom ada cell info display tapi maxis aku tgk takde.. 5. Celcom(lite plan) nak sms 0sen kpd semua pelanggan celcom tapi kena tunggu tgh mlm la, itupun kdg2 leh send.. Tempoh promosi hingga 31mei je. Maxis plak(sms plan) 1sen kepada no active5.. ni tepuk dada tanya hati... 6. Celcom dapat bonus kredit setiap kali charge semula(dgn syarat aktif sepanjang masa), Maxis takde. 7. Tukang promote org celcom org biase je, berlainan pulak Maxis yg mementingkan artis tempatan sbg tukang promote mereka spt ct,vince etc. 8. Nilai terendah untuk call bagi Maxis ialah 15sen pada waktu tak sibuk dan guna pelan berbual. Nilai terendah untuk call bagi Celcom ialah 15sen, pun pada waktu tak sibuk tapi kena guna Max plan. Sedangkan Max plan tak boleh guna bagi Xpax sebab Xpax yg terbaru tu untuk Lite & mid plan je. So, pengguna Xcel je la yg dapat merasa kadar paling rendah tu.. 9. simkad 64k(smart sim) celcom, ada dua phone book,kita leh pilih nak phone book pertama atau kedua. Setiap phone book leh masuk 250. 2phone book? 500 la. Kalau kita pilih phone book pertama, nama2 dalam phone kedua tak tertera la melainkan kita pergi ke menu smart sim dan tukarkannya, baru keluar nama2 dlm phone kedua tu. Begitu jugak dengan Inbox, ada Inbox pertama dengan inbox kedua. Kita leh pilih inbox tu bila2 masa. 1 inbox muat 30msg, 2inbox? 60msg la.. Berlainan dengan simkad 64k hotlink ni, ada 1 phone book dan muat 250 je. Inbox pulak 20 je. lepas tu terus full.. Dpt msg lps tu, xtrima daa.. melainkan lepas kita delete. Kalau celcom, inbox full, kita leh tukar kpd inbox yang 1 lagi.. Tapi kalau ada memory hp, xpenting sgt kan, leh simpan mesej beratus.. Ni bagi hp yg takde memory mcm nokia 3310 tu... 10. Maxis ada delivery reports tapi 019 celcom delivery report memanjang je pending walaupun penerima msg sudah pun menerimanya. 013 ada la delivery reports. Kesimpulannya Celcom memang best, tapi sejak kblngkn ni, saya byk reload utk maxis je sebab si dia guna maxis... Hehehe.. Korang pulak? Terima kasih..