Jump to content

Nezict

Members
  • Content Count

    781
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by Nezict


  1. Assalamualaikum.

    Lame dah tak masuk putera ni. Seperasan aku, dah beberapa kali jugak la tukar rupa putera ni sejak last aku menghilang.

    Sebab aku menghilang, utamanya sebab putera ni makin lambat untuk diakses.

    Tak semua orang ada luxury internet yang laju. Tak semua orang ada luxury boleh spent 10-30 minit sehari sembang2 atau tolong2 orang ada masalah dalam putera ni.

    Aku rasa dengan emergence smartphones yang hebat 2-3 tahun lepas, dah sampai masanya untuk putera sediakan site untuk mobile users.

    Semakin ramai online guna devices instead of computers. Putera patut ambil kesempatan ni. Aku sendiri lebih selalu online pakai phone dari PC.

    Tak perlu la forum board yang avart-garde macam sekarang. Nice, tapi berat. IMHO.

    Mungkin Putera boleh start buat satu blog under putera.com yang consistently update, tech news, tweets, and such.

    Mungkin ini boleh menarik user2 baru untuk datang semula ke putera. Mungkin jugak boleh tarik pengiklan2 baru.

    Sayang, putera ni dah lama, tapi macam chipsmore, kejap ada kejap takde. Momentum lari.

    Cuma sekadar pendapat. Demi survival putera.

    Salam.

  2. [quote name='NeoLogy' timestamp='1295076243' post='1059459']
    nasihat biasa yang diberikan kerajaan yang menyuruh rakyat mengubah cara hidup, cara berbelanja, urus wang dengan cekap..tapi kerajaan sendiri masih lagi tidak berubah..masih membazir..berbelanja macam negara kaya..gaji menteri2 taknak potong lak?renovate sri perdana (kediaman rasmi PM) RM65juta..rosmah aka bini PM, belanja RM4.5 juta duit rakyat utk 3 hari program first lady nye tu..ape yg rakyat kebanyakkan dapat?

    nak suruh rakyat ubah cara hidup?ubah dulu cara pentadbiran kerajaan..baru suruh rakyat ubah..
    [/quote]
    pemikiran sempit ko nie.

    RM65 juta utk renovate sri perdana adalah perlu. kat situ lah sume dewan, bilik mesyuarat, kemudahan fasiliti dsb utk orang2 yang berkunjung especially wakil2 dari negara2 asing yang datang atas urusan diplomatik tak kirela dari sudut politik mahupon ekonomi. In negotiations, 1st impression is always the first. While sri perdana bole membuatkan wakil2 berkunjung jumpe PM dapat impresi bagus dan akan lead ke good result, ape salahnya? While kalau ko nak carik mane sudut saintifiknye perkara ni, baik ko bace buku2 pasal business and marketing tactics. There's a lot about negotiations. Ko ingat Sri Perdana tu tempat PM ngan Rosmah nak bercengkerama dan bersuka2 semata2 ke? Tengok White House. Lebih kurang sama la dengan Sri Perdana. Tau tau White House? Google.

    Gaji menteri dah kene potong dah. Sape cakap tak. Pegi korek arkib2 sokkabar area tahun 2008. Kene antara 10-45% kot seingat aku.

    While Rosmah kalau dapat gain something dari pertemuan First Lady yang boleh membawa manfaat kepada sesetengah pihak, ape salahnya. Kenapa korang asyik carik salah dier, while program PERMATA yang dier asaskan tu mampu memberikan hasil jangka panjang yang amat bernilai kepada negara dari segi sumber tenaga professional. Bangkai gajah depan mata tak nampak, hati nyamuk nun jauh yang dilihat. ;)

    Ko bace sebahagian komen aku je ke? A group of people (target: golongan eksekutif kerajaan) yang jumlahnya hanya seberapa nak handle dengan perfect semua masalah dalam negara? Gile ke. [b][color="#FF0000"]THEY ARE NOT INCORRIGIBLE[/color][/b] kalau ko tak nampak la statement ni sebelum ni.

    Cara pentadbiran kene ubah? Ko ni duduk dalam gua lame sangat kot. What about NKEA, ETP, and other projects?

    Najib tekankan, kita perlu mempunyai pendapatan tinggi. Ini merujuk kepada rakyat tu sendiri. Mari kita lihat pendapatan tinggi dari sudut "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

    Rakyat didahulukan = They care about people's future. Kita akan jatuh miskin kalau tak mempunyai pendapatan tinggi. Dunia berubah dan negara2 diseluru dunia menjadi sangat2 kompetetif untuk memajukan ekonomi negara yang membawa manfaat kepada rakyat. Rakyat ang perlu berpendapatan tinggi. Sebab kenaikan harga2 makanan adalah berlaku diperingkat antarabangsa dan aku cube bagi contoh apa yang dilakukan Kementerian Pertanian dan Asastani dengan pendekatan diorang dalam problem kenaikan harga makanan. Kita perlu produce makanan sendiri. They give out lotsa incentives while RAKYAT YANG TAK NAK AMBIK. TAKUT. TAK BERANI. While satu dunia berlumba2 untuk memajukan dan mempunyai pendekatan masing2 untuk menyelesaikan masalah ni.

    Pencapaian diutamakan = Bile kita dapat pendapatan tinggi, kuasa beli kita tinggi dan kita masih boleh terus menikmati apa yang ada sekarang tanpa masalah while if us lucky, dapat yang jauh lebih baik sepertimana yang dinikmati negara2 maju yang lain.

    Term 'negara maju/developed country' itu sendiri ialah impression kepada negara2 luar bahawa kita berkebolehan dan mereka tertarik untuk bekerjasama dengan kita yang berkebolehan yang mampu melaksanakan projek/ ekonomi/whatsoever dengan berkesan.

    Kene kikis budaya salahkan orang lain, budaya nak free, budaya nak semua senang, sebab hakikatnya semuanya bukan begitu. Kerajaan dah 'penat' nak distract rakyat bahawa mereka mampu while kalau tukar kepada opposition sekali pon, AKU GERENTI diorang akan buat bende yang sama sooner or later.

    Pikir sikit demi negara. Sebab negara dah banyak pikir pasal kita. Pasal nak tolong, subsidi itu ini dan bermacam2 lagi. Cube niatkan dalam hati tu buat demi jihad, demi memakmurkan diri sendiri dan orang lain. Kan pahala besar tu.

    Aku petik quote JFK kat sini:

    [i]"And so, my fellow Americans, ask not what your country can do for you; ask what you can do for your country."[/i]
    [b]John F. Kennedy[/b]

    Tak tau sape JFK? Google/wiki pasal dier dan selidik apa yang keluarga Kennedy buat kepada negara Amerika.

  3. [quote name='K.A.' timestamp='1294512173' post='1058898']
    banyak barang naik sebenarnye
    memang rakyat leh kate semakin tertekan,
    lagi dengan pengumuman kenaikan harge minyak
    walaupun RON97 tapi effect dia besar


    sape yang single/bujang
    takde anak
    memang kurang rase (kotnyer la)

    tapi yang duduk bandar nie
    memang teruk.. terasa sangat..


    tak termasuk keperluan barang lain lagi

    dulu beras rm17 sekarang ade paling murah rm24 (kalau faedah tu dapat kat petani takde masalah, tapi orang tengah gak untung, petani-rakyat-gov gak yang rugi)
    gas 14kg memasak dulu RM21-22 sekarang RM27-28 (ade kawasan jual rm29)
    bawang naik mendadak gak (kenaikan hampir 60-75% kalo tak silap)
    tepung
    minyak masak lagi
    banyak lagi barang yang dikategorikan barang keperluan/kawalan naik mendadak dalam 1-2 tahun nie

    kerajaan cakap jangan naikan barang, keluar sidang akbar kate peniaga tidak dibenarkan menaikan harge barang
    terutama restoran2 dan kedai2
    tapi perlaksanaan ke hape ke takde

    kerajaan sangat lemah dalam benda2 macam nie
    cakap tapi perlaksaana takde, baik g tido jer kan?

    so aku tak nampak langsung yang slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" tu dilaksanakan..
    dan macam mane target rakyat berpendapatan tinggi nak tercapai??
    [/quote]

    huhuhu. lame aku tak reply kat sini.

    while FYI, harga barang naik 1 dunia. tempiasnya, seluruh dunia kena.

    bawang merah kecik sebab india banjir. bawang putih sebab pemborong2 dari china dah jumpa taktik utk simpan bawang putih lame sampai 3 tahun, so diorang lepaskan sikit2. akibatnya, harga yang dibeli dari petani2 bawang murah, sebab orang tengah kontrol. aku bukan bercakap orang tengah yang bawak lori tolak kat kedai2 runcit tu, tapi orang tengah yang ada millions of dollars and boleh manipulate harga bawang sukati je.

    minyak sawit pon sama. pemborong2 pakat2 (memang stail cina diorang punyer persatuan peniaga power, united abis) dan akibatnya terjadilah bende yang sama kat komoditi2 lain.

    bende ni mula dengan koko. kenapa harga komoditi koko antarabangsa rendah gilebabeng tapi harga coklat godiva boleh trade in ngan sebijik htc touch pro 2ndhand? same je. tokeh2 coklat 1 dunia manipulate harga.

    people are not incorrigible. the thing are worsen bila negara jadi makin maju. especially people with money and power. statistik corruption yang menunjukkan salah guna kuasa tu hanya applicable kat kes2 yang kantoi je. yang tak kantoi?????



    what happen to the middle class people (especially malay which live in urban areas)?

    slowly, kalau tak mengubah cara hidup, cara berbelanja, cara mengurus kewangan sendiri dan rumahtangga, alamat memang ke laut la. temptation makin hari makin dahsyat. shopping mall makin banyak. diorang tengok research kepadatan penduduk, bukan nak pikir anak bini kat rumah. ape diorang peduli. even banyak shopping mall kat bukit bintang dimiliki syarikat singapura, bukan kita.

    nak tak nak, kita jugak la nak kene kesiankan diri kita dan keluarga kita.

    harga barang naik.
    rumah makin mahal.
    harga makanan naik
    kos sana sini naik

    time ni sepatutnya segala jus2 dalam kepaleotak masing2 tu dikeluarkan, pikir sikit macam mana nak suap mulut sendiri. lagi2 bila fresh graduate baru keje nak pakai keter itu ini. tengok citer hollywood cambest je. hakikatnya amat berbeza, dan sangat perit.

    Truthfully, kerajaan cuba sedaya upaya nak menampan kenaikan sini sana. Tapi kalau negara maju macam Britan dah riot pasal kenaikan yurang pengajian tinggi, New Zealand punyer GST naik sampai 15% tahun lepas, nak negara membangun pulak? Bangladesh akt banglore merusuh sebab kejatuhan pasaran saham. Tahun lepas indeks hang seng jatuh 1500 mata. Kire ok la kalau kte lapar nak beli megi pukul 3 pagi kat 7-11 takde orang nak bunuh kita. Syukur alhamdulillah.

    Sistem ekonomi yang seluruh dunia gunapakai ada masalah. Duit kertas tu, xde nilai. Xde sandaran. Kalau Bank Negara USA na cetak extra 3 trillion dollar, pastu edarkan, peh, mampossss banyak manusia bunuh diri satu dunia. Dr M penah nak suruh kita negara2 Islam, Asia pakat2 sama2 nak guna dinar emas. Diorang xnak. Sebab semua berkepentingan dengan USA.


    Aku cube tulis dengan ringkas agar ade la sebilangan kecil manusia kat Malaysia ni paham sebenarnya apa yang berlaku. Korang pilih goverment ke, opposition ke, same je. Barang tetap naik.

    *Salah satu tanda2 kecil/besar (x sure) hari kiamat:

    Kezaliman berlaku disana sini.

    Kalau korang terbayang zalim tu kene cucuh besi panas, kene sebat cemeti, itu cerita 1000 tahun lepas (walaupon ade similarities dekat iraq, west bank ngan guantanamo bay). Zalim moden ni bila kita ditindas dengan orang2 kaya dan berkuasa dan yang kaya terus kaya, yang miskin bertambah2 sempit, yang tak miskin pon banyak jadi miskin.

    Wallahualam.

  4. [quote name='K.A.' timestamp='1293208380' post='1057622']
    uikss,,.... lame tak nampak ko

    da tak bz ke skrg ? [img]http://forum.putera.com/tanya/public/style_emoticons/default/125.gif[/img]


    berat sebab dia pakai unofficial windows, update terus kene block [img]http://forum.putera.com/tanya/public/style_emoticons/default/laugh.gif[/img]
    [/quote]
    ehhhhh bz beb... menyelang je ni.

    pakailah windows ori. terlalu banyak benefitnyer.

  5. [quote name='K.A.' timestamp='1292780882' post='1056965']
    buku2 berpendidikan nie takde dapat bantu/subsidi ke?maksud aku buku ilmiah yang target dia tuk orang awam/ramai bacep/s:buku2 sekolah (menengah/rendah) tu memang dapat.,
    [/quote]

    ade potongan cukai.

    tapi serius la, kebanyakan yang membaca buku2 ilmiah ni aku berani jamin, mostly ialah golongan Cina. Melayu? oooooooo.....ntahlah. Kebanyakan kedai2 buku besar macam MPH, Borders, Popular (sekadar menyebut beberapa nama) ni wujud kat bandar besar @ rapid growing cities je. Dan kebanyakan yang mendiaminya? Cuba kita duduk tengok untuk setengah jam waktu peak hours weekend kat bookstores ni, cube tengok jumlah Melayu, dan mereka ni beli buku apa? I've done it. Mostly because I buy books (lepas connection internet aku jadik limited). It's a mediocre view when we look at the perspective of Malaysian, tapi sangat menyedihkan bila kita lihat dari sudut bangsa Melayu itu sendiri. :83:

    I dare say, most yang cakap "Rakyat Malaysia membaca melalui blog, forum, bla3" ni datang dari bandar kan? Berapa tinggi kadar penembusan internet kat Malaysia ni? Dari kadar penembusan tu pulak, berapa ramai yang bukak some good informative sites, Wikipedia ke, etc yang boleh kita kategorikan ilmiah? Check out top 30 Maaysia's/local sites. A new site masuk list tahun ni. Beautifulnara.com. Besides Facebook (Top 30 websites). Oh god, ni ke yang kite kata 'ilmiah'? <_<

    Let's see the other side of Malaysia. Luar bandar. Do they read? Even newspaper pon bace time tengah makan nasik lemak (I mean baca suratkhabar bungkus nasik lemak tu, trust me!). They don't read. They do like something with the elements of hedonism. Suka berhibur. That's why Kreko, Remaja, Gempak URTV etc sangat top. They don't read Reader's Digest and other 'ilmiah' stuff. Even majalah Massa terpaksa diberhentikan penerbitan kerana pengeluaran melebihi permintaan. Itu 10 tahun dulu. Walhal Time Magazine masih menjadi buruan negara2 maju + orang2 yang berfikiran maju. Kosmik? Dewan Masyarakat? Hidup segan mati tak mahu kot.

    Kita rakyat Malaysia suka membaca. Tapi apa yang kita baca?



    Talkin kot.

  6. [quote name='razirazo' timestamp='1293019612' post='1057293']
    tak payah pakai uitilitirs karut2 cam tuneup semua tu.
    pakai ccleaner je.
    yang lain biar sistem take care sendiri.

    protip: install software kalau ko betul2 tau apa yng software tu buat.
    kalau takat ikut2 je.. aku rekemenkan jangan la..
    [/quote]

    I like this.

    Additional dari aku selain ccleaner:

    Diskeeper

    tu je kot. Antivirus tambah sket. aku pakai avira free, ok je.

    Plus update windows. Tu wajib. Aku nak tergelak cerita lawak update windows jadik berat. 1-2TB berkoyan2 movie x berat ke?

  7. kepada sifoo2 sekalian, pertama sekali, terima kasih banyak2 sebab tolong aku.agak serius sebab melibatkan performance group yang diconsider as assignment.

    aku try carik topik2 lama tak jumpa pulak solution kepada masalah aku.

    aku ada 2 file. satu adalah dari vcd karaoke (.dat) (Black Dog Bone - Si Gadis Ayu). Setelah buat sikit research, yang aku tau karaoke .dat gunakan .mp2 sebagai audio codec dan sound music di sebelah kiri speaker dan vocal disebelah kanan.

    Aku cuba convert guna SUPER video converter, tapi tak boleh. Seems somehow left speaker dan right speaker bercampur. Aku godek2 balance stereo headset aku dan ternyata betul. Sebelum convert,music sahaja boleh didengari dari left speaker, tapi lepas convert, music dan vokal dah bercampur.

    Bende yang sama berlaku bila aku try convert file mp4 (Zainal Abidin - hijau, amik dari youtube) yang ada dual audio (left and right) ke mp3/aac, masalah sama berlaku macam kat file .dat.

    Both file aku try encode dulu, lepas tak jadi, aku try stream copy, pon x jadi.

    Ada tak apa2 teknik/software/ tutorial yang membolehkan aku retain kedua2 source left and right.

    Kalau lagi best, macam mana nak convert file tu terus ke sound file dan amik left speaker je, means takde vokal langsung.

    Terima kasih.

  8. aku dah cukup berpuashati dengan fifa11 sekarang.

    harap2 manager mode yang baru tak sesimple dulu, tapi takkan pecahkan palerotak aku macam fifa manager 10.

    harap2 lappy aku leh bawak.... win7 64bit 2GB ddr3 je... :(

  9. [quote name='Panglima Khalid' date='17 September 2010 - 08:17 PM' timestamp='1284725822' post='1048004']
    assalamualaikum..mohon pandangan untuk cari laptop baru...

    laptop yang support untuk main game bola terbaru
    +grafik yang power atau agak power
    +processor yang sesuai, laju, tak cepat panas boleh tahan on main game lama2
    +laptop yang agak kuat, tahan lama, tak banyak songeh.

    harga aku rasa macam agak mahal kalau spec gini, cuma kalau ada dalam lebih kurang rm2000 atau 3000.


    -=-=-=-=-=-=-=-
    bila aku survey tengok schedule model&spec&harga, berpinau mata aku tak tahu nak pilih. kalau ikutkan aku, aku pilih harga tak penting pun nak main game, tapi nih kawan aku yg nak beli laptop, untuk boleh main game, mintak aku tolong survey.

    huhu..

    tolong ye!
    [/quote]

    klo aku la, acer skang pon dah ok rasenyer dari built quality compare dari beberapa tahun lepas. carik aspire 4741G yang ada Nvidia 420M @ asus a42jv yang ada ati mobility 5650 ke lebih kurang gitu la.

    elakkan:
    -Compaq
    -HP
    -Toshingba

    nak sedap RM4.8k la... acer timelineX yang ada 5850 tu...:P

  10. ko punyer file bersepah2 dalam allocation harddisk tu. Saiz space yang sebenar yang boleh ditarik terus cume 325MB tu je la.

    solution aku:

    -chkdsk C:
    -defrag C:. Please, carik software defrag. Windows Disk Defragmenter mmg unreliable. Try Defraggler (kat filehippo.com) atau klo nak berbayar, Diskeeper is always the besh. :P
    -chkdsk C: sekali lagi.

    Kompem setel. Klo tak, kerat kuku aku yang panjang. :lol:

  11. filem yang baru tengok dan yang tak baru sangat.

    The Expendables (ni aku tengok wayang).

    Komen:
    Tolonglah. Support cetak rompak cerita ni. Macam tenux. Bayar pelakon punyer mahal, cerita sampah, cliche'.
    Ok, as an example, mstly korang penah tengok Terminator 2: Judgement Day kan? Bayangkan ade 5-6 Arnold Susahnak-eja dalam tu. Tak macam kacang je dier tapau musuh dier. Seolah cerita expendables ni 'penuh' dengan hero je. Walaupon stongkol jadik jahat, pon tak boleh pegi mana jugak. Aksi....tu je la yang boleh pakai. Mickey Rouke menjadi pak lepak dalam cerita ni berbanding The Wrestler @ Iron Man 2.

    Aku kasik takde bintang!!!


    Resident Evil: AfterLife

    Tak boleh komen banyak. Sebab dari 2 jam cerita, aku bantai membuta 1 jam setengah sebab penat sangat + last aku tengok Resident Evil 1. 2 ngan 3 tak tengok so agak terkapai2 tak paham cerita.

    Tapi yang aku pelik dan agak kureng puas hati sebab [s]aku tertidor [/s] jalan cerita terlalu simple.

    No 1: Virus terlepas, lawan nemesis. Ending kene tinggal sorang2.
    No 2: Yang aku tau ade Jill Valentine.
    No 3: Kat padang pasir
    No 4: Cerita dari atas bangunan nak pegi kapal.
    [size="1"]No 5 (bakal): Cerita kapal kene attack.[/size]

    Tapi special cameo Mika Nakashima diawal cerita memeng i loike. :wub: FYi, babak awek jepun duduk sorang2 dalam hujan yang jadi punca infection kat Shibuya crossroad tu.

  12. aku gamers gak.

    nak kate aku berabis:

    -GC upgrade bile dah rosak je. 2-3 tahun sekali je kot.
    -Proc dual core. Layannnnnnn.....
    -Ram. Ni memang kene upgrade sikit la. 4GB is enuff.
    -Monitor? 15 inci je. 1024x768.
    -Game? (Ada terbatuk sikit la. Paham2 je la)
    -Controller? X360 2nd hand.

    Sape cakap main game latest kene ada semua barang baru kene berabis beriban2?

    Pandai baca market hardware, you will get the best bang for bucks items.

    Main gak Crysis. Main gak Cities XL. Main gak Sims 3. Wolfenstein. CnC4.

    Pasni nak try Dragon Age, SC2, and maybe GTA4. Takde mase nak main maa.

    Well, gaming is more likely to be a TIME CONSUMING rather than MONEY CONSUMING.... for me la.


    Konsol aku tak sentuh. My last console: GBA 7 tahun lepas. :P

  13. Assalamualaikum.

    :bismillah:

    Pertama sekali, post yang aku ingin tulis ni SANGAT berbaur perkauman dan aku SANGAT berharap pihak moderator tidak mendelete topik ni sebab aku rasa terpanggil untuk menulis topik ni walaupun singkat, tapi aku harap dapat la menyedarkan sebilangan kecil Melayu didalam forum ni.


    Aku mula.

    Pada pandangan aku, ramai generasi muda sekarang, terutamanya pelajar universiti, MELAYU khususnya, terlalu leka, dengan pelbagai unsur2 dan anasir2 yang menyebabkan mereka BUTA. Mereka alpa, terperangkap dalam bayang2 universiti, ilusi sebuah komuniti kecil, kononnya mereka pewaris, akan menggantikan generasi bekerja sekarang, tetapi nasib sendiri pon tak tentu lagi.

    Mereka rasa mereka betul, mereka ada kuasa, baru dapat can 1st time mengundi lepas 21 tahun.

    PADAHAL, DAFTAR MENGUNDI PON TIDAK. Aku tujukan kepada golongan Melayu khususnya.

    Golongan kedua, yang me-nyah-kan terus politik. Dengan alasan, politik kotor, politik banyak makan rasuah, duit sana, duit sini. Politik banyak mengundang kepada maksiat. Dengan itu, mereka tak mengundi, terus meng-tongsampah-kan politik. Dan aku tujukan kepada golongan MELAYU khususnya.

    Golongan ketiga, gila politik. Dari sepuluh perkataan yang keluar dari golongan ni, dah pasti 5 perkataan mesti ada unsur2 politik. Benci sanam benci sini. Terlalu percayakan janji2 manis.

    Ayat biasa kita dengar:

    "Alah, bagi la can diorang pulak pegang kuasa. Kita belum tahu macam mana performance diorang. Mane tau lagi teruk, kita undi yang asal balik."

    "Pemimpin sekarang korup! Sudah masa kita tukar kepada pelapis baru!"



    Sebelum itu.......

    tahukah golongan2 Melayu yang aku sebutkan sekalian, bahawa:

    1. KITA DAH TAKDA APA2 SELAIN KUASA POLITIK.
    2. CINA DAH JADI TAMAK. MEREKA DAH ADA DUIT DAN MEREKA NAK KUASA PULA.
    3. KALAU KUASA KITA TERGADAI, SIAPA NAK BELA ORANG MELAYU YANG SUSAH? SIAPA NAK BAGI KUOTA KHAS KEPADA PELAJAR2 MELAYU CEMERLANG? SIAPA NAK BAGI DISKAUN UNTUK MELAYU BELI RUMAH? SIAPA NAK BAGI SUBSIDI? PADA SIAPA KITA NAK MENGADU DOMBA?

    Takde.

    Takde.

    TIADA.



    Kita tak boleh nafikan, memang DAP nak kuasa. Nak buang hak ketuanan Melayu. Nak buang kuota2 Melayu. Nak hapuskan ASB. Nak hapuskan UiTM.

    Nak bagi sama rata pada semua kaum.

    Kita lihat Australia.

    Apa jadi pada penduduk peribumi diorang? Ada diorang dapat tempat? Ada diorang dapat jawatan2 eksekutif dalam kerajaan?

    Takde.


    Apa nak jadi dengan Melayu? Kita ajak berdamai, dikatanya kita hilang kuasa dan sebagainya.

    KITA AKAN HILANG KUASA.

    KALAU KITA TAK BERSATU.


    Jangan sekali2 terlintas dalam fikiran korang nak buat perarakan besar besaran macam menentang Malayan Union dulu. Pisang takkan berbuah 2 kali. Takkan jadi. Orang Cina dah buat persiapan rapi. Mereka ada ceramah2 tertutup di dewan2 persatuan mereka yang tak perlukan permit. Organisasi mereka terancang. Baik MCA atau DAP, untuk kepentingan orang Cina, diorang bersatu.

    Kita dimana? Wahai orang2 Melayu?


    Kita berniaga sebelah2, didengkinya.

    Kita ada rezeki lebih sikit, dingumpatnya.

    Kita ada anak cacat, dipulaunya.


    Bak kata peribahasa Melayu,

    "Bumi mana tak ditimpa hujan?"




    Aku tergerak. Ada pihak dalam pas kata kita menyokong perpaduan bangsa dan umat Islam sejagat.

    Apa yang PAS lakukan untuk halan Anwar, Karpal, Guang Eng, Kit Siang dari bermaharajalela?

    Diorang sendiri berjanji, selagi diorang hidup/langkah mayat diorang, negara Islam takkan terjadi.

    Apa yang PAS lakukan nak sebarkan syiah Islam? Bukan PAS hanya buat ceramah politik je ke?

    Ada PAS buat badan khas membantu golongan2 mualaf?

    Ada PAS buat satu gerakan untuk mengajak golongan bukan Islam mendekati Islam?

    Ada PAS buat sesuatu untuk mengatasi fenomena [url="http://en.wikipedia.org/wiki/Islamophobia"]Islamophobia[/url]yang semakin menular dikalangan bukan Islam dinegara ni?

    Ada statistik baru2 ni dikeluarkan dan disiarkan di TV3, aku terlupa mana sumbernya, disiarkan di MHI, bahawa umat Islam yang bersolat cukup 5 waktu sehari cuma tinggal 18% je kat Malaysia ni.

    Jangan cerita rasuah, solat kita pon entah kemana.

    Apa nak jadi Melayu? Solat diri sendiri, keluarga dan saudara kita tak dapat jaga, macam mana kita nak jaga agama kita?


    Nak banggakan dengan tadika PASTI?

    Hello, kata nak mengajak perpaduan bangsa. Buatla tadika PASTI untuk orang dewasa ndan orang tua jugak.

    PAS jaga kepentingan PR. Tapi ada PR jaga kepentingan PAS?



    Aku cuba menolak pendapat2 emosi yang diutarakan media2 massa. Baik akhbar dan blog pro PR mahupon akhbar arus perdana dan blog pro BN.

    Semua menulis dengan emosi. Terutamanya akhbar.

    Akhbar arus perdana perlukan sesuatu yang panas, cucuk sana, cucuk sini. Diorang tahu diorang tergugat dengan arus media internet.

    Elemen2 neutral dalam jurnalisme sudah tidak digunapakai oleh hampir kesemua pihak termasuk akhbar arus perdana. Semua ada kepentingan masing.

    Golongan pencen pon ramai dah ada Facebook. Apatah lagi baca berita2 dari portal.



    Tolak tepi isu subsidi, isu blok minyak, isu rugi itu ini.

    Lapangkan dada, duduk berbincang sama2.

    Kita boleh buat 1 parti baru.


    Kita nak jaga kepentingan bangsa kita.

    Kita nak jaga kepentingan pelajaran anak2 kita.

    Kita nak jaga kepentingan jiran2 dan saudara2 kita dalam pemilikan.


    Tahukah korang pendapatan negara semakin susut? Statistik boleh didapati di website Bank Negara.

    Ini disebabkan banyak pihak tempatan takut nak bukak bisnes dan melabur.

    Duit peram dalam akaun simpanan. Sama macam simpan bawah bantal.

    Negara lain sibuk melabur dan buka bisnes baru dalam negara sendiri.

    Mereka dah tak pedulikan kita dah.

    Bila kita nak sedar? Wahai Melayu?



    Bersatulah wahai Melayu. Cina dah hampir nak satupadukan undi mereka. Walaupon kita ramai, undi kita pecah tiga.

    Macam mana kita nak bela agama kita sedangkan diri sendiri kita pon belum tentu suap nasinya lagi?

    Fikir2kanlah wahai Melayu.

  14. aku dah tengok 3 cerita dalam masa 3 minggu walaupon bz....

    Eclipse - Bangang. Keciwa aku. Twilight 1 dan 2 masih lagi best. Dialog lemah. Berbual macam hebat gile la army vampire tu tapi cam sampah je. Loya tengok Jacob ngan Edward jeles menjeles. :(

    2/5 bintang.


    The Sorcerer's Apprentice - Cliche'. Over cliche'. Tapi efek best. Bola la layan time2 bosan @ nak berseronok. Ending boleh lead kepada sequel (style disney). Tapi dengar2 nyer kutipan worldwide hancuss. Tapi aku tetap bagi...

    3/5 bintang.


    Inception - PeHHHHHHH!!!! Mantap bebbbbbb. Sape suke layan citer2 berat cam The Godfather trilogy, Matrix trilogy, Vengeance trilogy, ni memang citer korang. Efek mantap. Storyline mantap. Lakonan mantap. I loike Ellen Page. :wub: Ending tergantung menyebabkan frust menonggeng tapi best gak sebab klo tak wat ending camtu kompem bosan. To make it short, I lap u Christopher Nolan!!!!!

    aku bagi 5/5 bintang!!!!
×
×
  • Create New...