
aczan
-
Content Count
396 -
Joined
-
Last visited
Posts posted by aczan
-
-
Masalahnya di sini, nak buka yahoopun dah tak boleh. Begitu juga dengan laman-lamanweb yang lain..
Dia asyik keluar alamat ni je:
-
Sesetengah lamanweb yang saya buka, dia akan keluar mesej "Browser not support java" Jadi, kalau kita nak tengok..kita kenal buat macam mana?
-
Assalamualaikum, masalah aku macam ni. Komputer kat pejabat aku ni, bila aku buka aje IE..dia akan keluar gambar seks.. Aku cuba buang alamat lamanweb seks ni melalui klip Toolp.. Internet Options.. General..Home Page Address.. Tapi masalahnya..cara ni tak dapat dilakukan dengan cara ini.. Jadi, sapa-sapa yang dapat beritahu cara lain untuk aku buang address yang tak diundang itu..
-
Masalah saya macam ni..kalau tak silap, saya ada update Norton..kemudian tu pas update..dia suruh reboat (maaf, kalau ejaannya silap..) Sayapun jawab Yes.. tiba-tiba..skrin komputer jadi biru tua dan keluar mesej macam ni:-
A problem has been detected and windows has been shut down to prevent damage to upu computer
UNMOUNTABLE - BOOT _VOLUME
(dan beberapa baris mesej lagi..)
Yang bawah sekali dia bagi mesej ni..:-
*** STOP 0X0000000ED (0X80E56030, 0X000009C, 0X00000000, 0X00000000)
Itulah yang ditulis.. Bila saya tutup suis terus, bila buka balik, juga hal yang sama berlaku. Kenapa jadi macam tu Apa yang tak kena Harap dapat membantu..Terimakasih.
-
Assalamualaikum..Masalah aku macam ni...Dalam M/Word..Sebelum ni bila aku nak buat jadual, aku klik je dekat table..dan okey..berapa barispun aku nak buat jadual..okey.Tapi sebentar tadi bila aku hendak buat jadual..Aku klik dekat table dan Insert Table..Kemudian bila petak Insert teble muncul..dekat Number of culums tu aku letak 2, dekat number of rowspun aku letak 2..Pastu aku Ok.. Tiba-tiba jadual yang aku mahu tu..dia jadi.. Satu kotak je..Tidak jadi dua baris macam yang aku harapkan. Dahlah tu, satu baris hitam pula muncul di bahagian atas petak tu dah separuh lagi yang bahagian bawah kosong macam biasa. Dan garisan tepi jadual tu pulak dia jadi garisan hitam tebal (persis boild) Pasal jadi macam tu?
Harap dapat membantu, TK.
-
Maaf, cara yang dijelaskan tu, saya tak berapa faham nak 'menggunakanya'..Selain dari cara yang agak payah tu, ada tak cara lain yang agak mudah? Sebab, dulu masa kawan saya mengikuti kursus Internet dulu, ada dia beritahu saya cara lain..kalau tak silap..Mula-mula dia buka start dulu, kemudian dia cari..Internet.(Dekat sini saya dah lupa/diapun juga dah tak ingat)..kemudian tu..bila dia klik beberapa 'benda' lagi.maka muncullah senarai alamat lamanweb yang telah dikunjungi, baik oleh anak-anak kita, mahupun sesiapa saja. Kata cikgu yang mengajarnya, fail-fail ni memang susah nak dipadamkan, kecuali orang yang arif tentang komputer..
-
Ada orang guna Internet di komputer kita, macam mana caranya kita nak tahu, lamanweb mana mereka dah lawati?
-
Soalnya sekarang, aku dah ada Cd Microsoft Office 200 dan di dalamnya memang terdapat program Microsoft Publisher...Yang aku tak tahu, macam mana aku nak install program Microsoft Publisher tu kat PC aku.. Oh ya, satu lagi aku nak tahu, ada tak CD Microsoft Publisher saja?
-
Assalamualaikum. Komputer aku tak ada program Microsoft Publisher. Aku nak masukkan program tu kat Pc aku. Cari punya cari, aku ada jumpa satu CD Microsoft Office 2000 Premium (yang aku pernah beli dulu) dan aku tengok dalam CD tu ada program M/Publisher. Aku cuba Install CD tu..tapi yang jadi masalahnya, bila aku cuba nak Install..dia akan keluar program Microsoft Office 2000 Premium dulu..sedangkan aku tak mahu program tu, aku mahu program M/Publisher.Jadi, macam mana cara yang betul yang harus aku buat untuk aku dapat masukkan program M/Publisher kat dalam PC aku. Sekian, terimakasih..
-
Bila kita buat table dalam Word.. Kemudian tu bila kita nak letak tulisan yang kita tulis dalam table tu biar dia berada di tengah-tengah, selalunya kita akan pergi dekat Table- Table Properties - Cell - Center / maka secara automatik tulisan tu akan berada di tengah-tengah. Tapi apa yang menghairankan saya, biarpun kita dah buat macam tu, masih ada tulisan yang tetap tidak berganjak, maksud saya, tulisan tu tetap berada di atas. Soalan saya, kenapa jadi macam tu? Dan apakah caranya untuk kita mengheret tulisan yang 'degil' ini agar berada di tengah-tengah?
-
nilah fail dia..s2901enx
-
Aku dah download fail canonscan tu dari internet..Yang aku tak tahu, macam mana nak buka fail tersebut. Fail pertama dia bagi : s2901enx. Bila aku klik fail ni dia akan bagi 4 fail yang lain, termasuk fail ni: D064USG. Bila aku klik pada fail ni, dia bagi lagi banyak fail... Dan aku tak tahu nak klik fail mana lagi untuk aku buka.. Kenapa jadi macam tu? Kalau CD Driver asal, kita masuk aje kat PC kita, dia terus install.. Harap dapat membantu..
-
Nak tanya sikit, aku pinjam canonscan d643U ex milik kawan aku, masalah aku..kawan aku dah tak tahu di mana dia simpan CD drivernya. jadi, macam mana kalau kita hendak cari cd driver ni di internet?
Nak Buang Address "pelik"
in Pejabat & Internet
Posted · Report reply
nak setkan balik homepage ker yahoo tu, macam mana? Guna properties..Boleh jelaskan sikit lagi?