Jump to content

ahmades

Members
  • Content Count

    1978
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by ahmades


  1. Beza RAM High performance dengan RAM biasa?

    Beza dua jenis RAM nie mmg ketara sangat tp kalau terbeli (mmg org cari pun) RAM alias High Performance (macam ValueRAM kingston cipset D-43) kira untung la.

    Beza RAM high Performance ialah RAM jenis ni mmg menggunakan cipset yang bleh timing sampai 2-2-2-5 dan BOLEH pulak dioverclock tanpa segan silu ke 500MHZ (Bg model Kingston HyperX dan Crossair TwinX). Cipset RAM High Performance membolehkan CPU dioverclock sampai melepasi limit sebab RAM mmg terbukti bleh dioverclock. Yang tinggal hanya entiti CPU je.

    Check out laman web kingston atau Crossair untuk lebih lanjut.


  2. Ohhhhh x de P4 yeee. Untuk menyerikan thread ko inilah result komputer aku :-

    user posted image

    P4 yang dioverclock dengan teliti.....

    +

    user posted image

    RAM yang timing paling optimal....

    =

    hasilnya...

    user posted image

    Performance..

    --------------------------------------------------------------------------------------

    Kalaulah aku pakai P4 800Mhz.......... pham lah result yang akan dpat.


  3. Mintak jgn Off Topic byk sgt...stop cakap pasal BIOS kat sini

    BIOS banyak memainkan peranan yang SANGAT PENTING kalau nak buat Overclocking dan Tweaking. Teknik overclock yang paling efektif adalah menggunakan cara pengubah-suaian parameter BIOS. Kalau ada orang yang tak paham pasal BIOS camna mereka nak mencuba teknik Overcloking?


  4. apa tu bios?

    BIOS adalah Basic Input Output System. BIOS adalah aturcara (atau program) yang dimasukkan ke dalam ROM (Read Only Memory) yang berhubung dengan CMOS (Complimentary Metal Oxide System) sebagai antaramuka diantrara pengguna dengan BIOS. Setiap parameter yang dimasukkan (seperti setting CPU, masa, dll) akan disimpan di CMOS sebelum dilaksanakan di BIOS.

    BIOS berfungsi mengatur perjalanan keseluruhan sistem input dan output serta sistem bas bagi setiap cip (atau dipanggil "controller") yang bersambung diantara litar mainboard. Takat tu jer. OK?


  5. Hi fwen,

    Assalmualaikum,

    Nak mintak tolong skit, dah penat cari review tapi tak jumpa,

    Bole tak sesapa listdownkan senarai kad grafik yg leh support DirectX9.

    Dari yg paling bawah sampai lah ke atas. Radeon dan Nvidia.

    Kalau tak pun...leh link kt sy website memane. Terima kasih

    Pertolongan anda terlalu dihargai.

    Camna ekk.. ehmm aku rasa baik search kat google pasal GC support DX9 ni. Sebab nak senaraikan perrhh cukup banyak. Penat den nak menulis. Minta maafla kot aku terkasar bahasa.


  6. Kalau pinkan jumper clear cmos ni, macam-macam spekulasi mobo (seperti setting kilang kalau jumper dipinkan) sebagai contoh kalau ABIT punya mobo jumper cmos dipinkan, ia hnaya akan reset setting asas sahaja dan TIDAK termasuk tarikh yang telah ditetapkan. Gigabyte punya MOBO pulak ia akan reset terus sistem BIOS.

    Eerr... cuba saudara nyatakan jenis mobo tu. Saya x dapat nek tolong kalau saya tak tak mobo tu jenis apa


  7. Alhamdulillah dah insaf rupanya tolong_saye wink.gif

    PC walaupun buruk camna pun dia tetap pernah berjasa kat kita. PC aku yang lama jenis P2 pun aku x tergamak nak bakar, cuci dengan air mutlak, hempuk baling-baling dan sebagainya cara untuk melingkup nih. Cuma tu laa, anak buah aku dah pandai sungguh p usung air bateri tersimbah kat komputer Pentium 2 aku tuh. Macam aku citer kat post aku tu, semua tu adalah pengalaman real beb, REAL!!! Hampir terbakar umah aku. Nasib baik Allah sayangkan lagi aku ni.

    Simpan la PC lama tu, nak bagi rosak buat apa. X de faedah pun. Baik sedekahkan kat pusat anak yatim ka, persatuan kebajikan ka, bleh jugak mereka manafaatkan komputer tu untuk sumber pembelajaran IT bagi anak-anak yang tak pernah memegang (menggunakan) komputer nih. Aku cakap canmi x de niat nak kata kat ko tolog_saye tapi, aku pun anak orang susah yang dulunya berkerja time sekolah dulu samata-mata nak beli komputer Pentium 2. Kalaulah hang bleh rasa camna aku rasa dulu, adakah hang tergamak nak rosakkan komputer hang yang telah lama bekerja dengan hang?

    X pun buat projek overclock cam orang puteh duk wat la nie, ada jugak faedah. Bleh isi masa lapang. Tak gitu?

    /* PS - Aku orang kedah. maaflah kot tersalah bahasa


  8. Firewall yang Windows punya aku dah off kan, Cuma firewall untuk norton internet security je yang aku x off kan. Aku dah try dah off kedua-dua firewall tapi problem masih mai jugak. Spyware aku x install kat komputer aku.

    Untuk workgroup, cam biasalah aku dah create workgroup MSHOME (default workgroup) tapi still xleh nak acces resource. Untuk file and printer Sharing plak, aku dan on kan setting tu kat Windows, yang herannya bila aku nak access resource untuk workgroup yang aku dah setting up, ada satu masej yang mengatakan aku xda privalegde (sori le, english low) untuk masuk workgroup. Time aku setting up laptop dia bleh masuk plak. Lagi heran saya.

    Tak tau la camna nak setting, any solution? tolonglah bantu.


  9. Nampaknya dah dekat sangat dah tarikh LAN PARTY tu untuk buat perubahan .. Boss dan crew pun dah agree untuk sukarela turun pada tarikh ni. Nanti ubah tarikh susah pulak pihak crew. Boss pun ada kat Johor dah siap beg semua nak balik Aloq Staq Esok. Nak buat cam mana kan tak ada rezeki ..  tunggulah untuk LAN PARTY PART 2 kalau LAN PARTY ni berjaya.

    Sekian dengan hormat

    Baikk!!!!!!! nanti kalo ada ntuk kali ke-2 inform kat aku.


  10. Ehmmm....

    Masalah ni rumit, tapi x taula kot aku bleh membantu. Ko try check setting ACPI kat Windows tgk. Mungkin ni bleh membantu.

    Tapi untuk masalah kena tutup cara manual, selalunya komputer yang menggunakan power supply jenis AT saja yang terlibat. Adakah komputer hang guna power supply jenis ni?


  11. rasanya topik ni sesuai di bahagian "rangkaian" kot?

    ada apa apa bantahan?

    Saya sangat x bersetuju dengan perletakkan topik ini di bahagian rangkaian dengan sebab :

    1 : LANPARTY adalah komuniti, bukan perbincangan berkenaan network

    2 : Kebanyakkan ahli PUTERA mengakses masuk ke bahagian asal topik iaitu bahagian sebelumnya. Ini membolehkan topik ini dipaparkan secara khusus untuk bahagian modifikasi komputer.

    3 : Ahli yang ingin menyertai LANPARTY kebanyakkannya mereka yang pernah dan pakar dalam melakukan proses modding komputer. Jadi sesuailah tempak dimana topik ini bermula.

    Itu cadangan saya.


  12. Akum ace.

    Weh nak bagi cadangan buleh x? Buleh x kalo hang tolong renjak sikit tarikh LANPARTY tu? Kalo hang x renjak memang aku x leh nak mai punya, gerenti. pasal POLITEKNIK x cuti lagi ni. Aku teringin sangat nak masuk ni. Tolong laa... dah la aku nak final nie.

    INI CUMA CADANGAN SAHAJA. Jangan mareh aku aaaa...


  13. Ko ni hilang pertimbangan ke????? PC aku aku rosak pun nangis x keruan x leh buat kerja. Tapi aku ada jugak cara ntuk nak rosakkan PC mo yang aku rasa ko dah tanak guna tu :-

    1 : Masa bukak PC, hang bukak sekali casing komputer seblah tepi tu

    2 : Ambil air bateri kereta, kemedian simbah biar kena mobo tu

    3 : Selepas tu, hang akan melihat persembahan percikkan bunga api dan letupan mercun yang dihasilkan.. pastikan ada fire extinguiher kat tepi hang (x tau nak eja)

    4 : Selepas hang terhibur dengan persembahan pendek tadi, nah sekarang masanya untuk gunakan pemadam api yang aku dan terangkan tadi. Jangan terlambat atau ngan hang-hang sekali disambar percikkan bunga api kebangsaan...

    5 : Kemedian p cakap kat ayah hang ", Ayah!!! komputer cheq terbakar!!!! Tu la orang suruh beli komputer yang ada AMD 64bit tanak. Kan dah terbakar masa cheq tengah main komputer,..."

    Ikuti langkah yang aku terangkan tadi. Amacam????? tongue.gif


  14. Aku mintal maaf sesangat pasal aku aku dah berhari-hari dah cari topik yang aku mula nih. nasib baik jumpa. Tu yang aku tak dapat nak post tu.

    Aku dah tukar dah setting firewall kepada off dan gunakan firewall Norton Internet Security. Dalam network Politeknik, tak silap aku diorang guna auto DHCP untuk assgt network. Dalam rangkaian WiFi Politeknik, diorang guna router jenis Linksys (x tau model apa).

    Aku dah cuba cara yang korang dah post kat topik nie sebelum tu. Tapi keputusan macam tu juga. Heran plak aku. Bila aku setting up WiFi kat laptop kawan aku, bleh la pulak. Bila aku gun kaedah yang sama kat komputer aku, trus tak leh nak akses resourse. Ada apa-apa solution untuk ni?

    Terima kasih pada semua ahli forum yang sudi membantu aku ni.


  15. (kalahkan FX based benchmark dlm everest (perbandingan data dlm everest)...tapi kalau fx buat timing camtue gak cane?...hahahha sure lagi power dari benchmark ko tu)

    FX kalo buat timing camtu merosot la prestasi dia. Timing FX memang 2-2-2-5. Nak rendah lagi???? Modded BIOS Mobo...


  16. betul ker 2-3-3-5 tu paling best??rasenya 2-2-2-5 @ 11 lagi best kan??  laugh.gif

    camne 2.4 A @ C buleh compete ngan FX 64??FX tu cache die baper??pastu HTT lagi  unsure.gif

    Yess... you right. Tapi x semua RAM bleh p timing 2-2-2-5 @ 11. Right? Formula nie aku rasa kat komputer aku la kot yang berkesan.

    Macam sarge katakan, divider guna betul-betul! Thank U kerana tegur saya smile.gif


  17. timing tak payah sentu la sarge.. thread starter tanya camner nk naik fsb jer. kang kena bukak lain bab pulak kalu nk main timing..  biggrin.gif

    mcm sarge kata tue, speed pci ngan agp kena jaga. pepandai la guna divider tg betul yerkkk... kalu nk senang cr la mobo yg dah lock agp ngan pci speed.

    Ish-ish...kan kalo hang main FSB, secara automatik hang main RAM punya speed. Timing tu cuma subjek tambahan ja. Ilmu tambahan katakan. Ilmu di mana-mana wink.gif


  18. Oraitt...... Nie ada tip kat hang...... :-

    Nak main FSB? Hooo carefully or your valuable processor will be damage!!!!

    WARNING :::: Setkan suhu shutdown jika CPU mencecah suhu yang abnormal kalau overclock (Rujuk manual mobo)

    Ini adalah Persediaan untuk Prosessor Intel sahaja. AMD no JAMIN!

    Pertama, sebelum hang naikkan nilai FSB tuh, pertama sekali naikkan nilai voltan CPU kepada 1-step (kalu volt CPU 1.5v naikkan pada 1.52v kaa, ikut mobo punya step)

    Kedua, naikkan FSB CPU sehingga dan try boot sampai ke OS. Jika stabil naikkan lagi FSB ikut step (cara nie lebih selamat)

    Ketiga, jika proses boot ke OS mula x stabil (macam tiba-tiba restart bila nak boot ke OS), naikkan voltan kepada step seterusnya. Ulangi langkah kedua dan ketiga jika perlu sehingga sampai kepada keadaan stabil.

    Keempat, sekiranya FSB dan voltan menunjukkan tanda optimum (seperti naikkan FSB pun restart atau naikkan Voltan pun restart atau naikkan kedua-duanya restart jugak), tibalah masanya untuk hang meng'adjust' timing RAM. Aku ada formula RAM yang paling best iaitu formasi 2-5-3-3(Aku cari sendiri nie) yang best nie. Jika ko pakai P4 2.4 dan overclock ke 3.0, hang punya PC akan mengalahkan sistem AMD 64-FX bagi test RAM (testing berdasarkan Everest). Hang juga boleh cuba formasi yang lain ikut kreativiti sendiri. INGAT!!! Voltan untuk RAM juga perlu ditambah sebayak 1-step(ikut keperluan).

    Kelima, ulangi langkah pertama sampai keempat sehingga hang dapat satu keputusan overclock yang stabil (Kira oleh masuk Windows atau OS). Pastu uji kestabilan overclock tu dengan menggunakan StressPrime95. En.Civ3 tolong bagi link kat mana bleh dapat software tuu. Ujilah selama 16 jam.

    Hasilnya, keputusan overclock yang paling best akan dapat hang rasainya. Tapi kalo hang dapat overclock yang best tu jangan lupa kat aku plak. Postla keputusan kat sini.

    Have Fun. Tapi ingat..... aku x bertanggunjawab sekiranya berlaku sesuatu kepada komputer hang. Orait? ph34r.gif LUPA PLAK... Cara ini menggunakan BIOS.. smile.gif


  19. Saya ada beli satu divice Wireless jenama Linksys USB type Wireless-G (No Model x igat la). Masalah utamanya bila saya nak network je, bleh akses network (dapat sambung la) tapi x leh nak masuk resource network (cth : x leh nak akses workgroup dan sebagainya). Kenapalah jadi camni? Saya guna Windows XP Professional N-Edition. Tolonglah saya ni...


  20. Aku pernah hadapi masalah cam hang. Ni aku nak bagi solution :-

    Pertama sekali, hang cabut semua benda yang terpasang pada mobo hang. Kemudian cabut mobo hang keluar dari Cassis. Letakkan kat atas kertas surat khabar lama.

    Kedua, pergi kat kedai eletronik atau Carefour, p beli Philips 390CS Contact Cleaner. Beli jenama tu saja tau. X pun hang pakai cleaner berasaskan alkohol. JANGAN BERASASKAN AIR!!!!! Understooddddd???? Harga?? X pasti la...

    Ketiga, sembur Contact Cleaner kat dalam slot RAM, AGP dan PCI. Kemudian semburkan pulak pada jalur perak RAM, kad Graphics dengan kad PCI (kalau ada).

    Keempat, lepas sembur biar dalam 5 minit pastu pasangkan balik semua isi perut komputer hang. Try On komputer tengok. Kalo bleh ON Alhamdulillah... kalo x aku rasa mobo tu la kot.

    Selamat mencuba....

×
×
  • Create New...