Jump to content

ahmades

Members
  • Content Count

    1978
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by ahmades


  1. langsung takde kene mengene dengan isu fanatik. ni isu addiction, penyalahgunaan. ape2 jenis penyalahgunaan pon memang tak elok - dadah ke, alkohol ke, seks ke

    Adaa.... awaq plak x da. Ada x ko perasan yang dulu pernah ada gamer yang bunuh diri pasal "kawan" dia di dalam online tu tipu dia dalam game?


  2. Tahun 2005 murupakan tahun kritikal yang paling menghairankan kerana banyak isu pelik-pelik yang wujud. Salah satunya ialah isu online game.

    Aku ada terbaca berita dari satu sumber (lupa nak copy link dia) terdapat seorang dewasa di Jepun yang mati kerana menghabiskan masa selama 50 jam di CC (CyberCafe) untuk online Game. Satu lagi sumber lama remaja dari barat yang membunuh diri disebabkan "dikecewakan" oleh pemain didalam online game yang dimainnya.

    Kenapa ya? Meraka ni kenapa fanatik? Aku hairan la.

    /PS :: Mod jika topik ini sensitif bolehlah ditutup. Sesiapa ada link tentang news online game bleh la memasukkan link. Aku minta maaf. Sumber memang aku x ingat.


  3. Malaysia sebagai pusat cetak rompak?

    Kenapa banyak cetak rompak terutamanya software dan game? Jawapan aku cukup senang, software dan game yang dijual pada pasaran Malaysia mahal tak kadang-kala melepasi logik (walaupun ia memang masuk akal) seperti perisian Adobe Photoshop yang ori nya berharga RM 3000 ~ (anggaran)! Kata orang tua-tua "Hahh!!! CD sekeping RM 3000! Gila ka poh!!!" Tapi itula hakikat sebab proses nak buat software tu bukan senang, banyak perah otak.

    Orang yang mengingini aplikasi tertentu untuk digunakan membangunkan produktiviti mereka semestinya ingin membeli produk yang original tetapi oleh kerana kos produk yang terlalu tinggi, alternatifnya adalah CD cetak rompak. Begitu juga pelajar yang ingin mempelajari sesuatu seperti pembangunan web atau multimedia, software merupakan medium pembelajaran yang harus dimiliki tetapi apakan daya, berapa sen sangat pendapatan pelajar yang kebanyakkannya ditanggung oleh ibubapa, tak terdaya nak membeli yang original. Aternatifnya adalah CD cetak rompak.

    Mereka yang menggunakan cetak rompak sentiasa didalam ketakutan (terutamanya pengguna itu adalah syarikat-syarikat) kerana tuan punya hakmilik software akan mengenakan honorarium* terhadap mereka sekiranya tertangkap atau disabibkan kesalahan. Nak buat camna, kos sialan punya tinggi nak membeli software.

    Syarikat software pun ada juga mengeluarkan perisian versi pelajar untuk kegunaan pelajar tetapi kekangan yang wujud didalam software berkenaan seperti had fail format dan had produktiviti menyebabkan kesukaran pelajar memahami aplikasi berkenaan. Harga versi pelajar pun lebih kurang je (untuk jenama tertentu) menyebabkan CD cetak rompak menjadi alternatif.

    Salah siapa semua ni? Kita pun tidak tahu salah siapa. Kalau nak salahkan pihak kerajaan setahu aku semua software yang dijual di Malaysia ini bebas cukai (kalau aku salah fakta tolong betulkan). Nak salahkan pengeluar? Mereka telah sedaya upaya mengurangkan kos jualan tetapi tidak sehingga tidak menguntungkan mereka. Nak salahkan kita (pengguna)? Kita memang nak beli software yang original tetapi pendapatan kita yang tidak mengizinkan. Alternatifnya CD cetak rompak jugak.

    Tapi pada pendapat aku kalau software tu mempunyai prioriti yang penting didalam komputer kita seperti Win XP dan anti-virus, eloklah kita membeli yang original. Bayarlah sedikit pada pengeluarnya. Yang lain tu terpulanglah pada pendapat korang. Tapi kalau x mampu bleh la menggunakan open source software cam Linux. Ini pendapat aku je. Salah silap minta maaf.

    *PS ::: Honorarium adalah saman skala tinggi yang boleh membangkrapkan satu-satu syarikat.


  4. Hardisk panas ni satu masalah yang teruk dan paling ditakuti. Biasa kalau tidak diambil tindakkan susulan HD tu bleh bertahan selama 2 minggu je @ kurang ~ lebih kurang. Aku ada idea skit untuk problem ni, bleh untuk dicuba :-

    1 :: Selalunya kepanasan HD berpunca daripada haba-haba kabel yang beselirat didalam komputer, organise kabel berkenaan untuk memudahkan air-flow di bawah HD

    2 :: Kalau masalah masih berulang, letak satu kipas ditengah-tengah (sekiranya hardisk ada dua ketul) dalam keadaan berdiri (menegak) dengan direction air-flow dari depan cassis pergi ke belakang. Kipas ini berfungsi untuk melancarkan air-flow di bawah hardisk pada satu arah kebelakang.

    3 :: Dicadangkan menggunakan round cable untuk sambungan HD IDE. Round Cable dapat mengurangkan suhu kabel HD seterusnya mengurangkan suhu HD.

    4 :: Tidak digalakkan memasang HDD cooler kerana air-flow tidak efisyen untuk menyejukkan HD. HDD cooler menyebabkan metal fluk (kulapuk putih kesan pengoksidaan oksigen ke atas logam) keatas kaki cipset dan cip-cip HD. Ini akan memendekkan jangka hayat HD.

    Cubalah.


  5. a'ah . ok aper. dah kalau 2 brand HHD bergabung ok la tuh makner nye lepasnih.. banyak lagi ler technology yang diorang akan upgrade aper nak gaduh pasal hal nih . Aku pon skrang pakai Maxtor ngan Seagate .takder masalah pon . orang tak reti guna aja.. bermasalah.

    huhu

    Ehmmmm... betul-betul. Tapi walau bagaimanapun maxtor nie mmg banyak orang yang komplen pasal HD nie x reliable, cepat rosak, tak tahan gegaran skit (kiranya terrrrrrketuk skit pun rosak) Tapi camna yang kata orang x reti guna tu? Overclock bagi laju ka? tongue.gif Ataupun cara pasang x reti ka? Atau banyak simpan benda-benda %^*$*&?

    PS :: Ini adalah pendapat sahaja.


  6. kalau macam ko cakap tu ...kena pakai pum air yg laju..bila air yg jalan dalam tube tu laju, cepat waterblock cpu,gpu & NB...sejuk

    satu lagi Radiator kena yg bagus..kalau boleh cooper base biggrin.gif

    Ohhh macam tu kah? Bari aku tau kiranya sistem ni mementingkan kelajuan air-flow lah? Aku paham sekarang. Ni satu lagi persoalan yang bermain di benak ni, soalan pasal spreader RAM, bagus ke kalau kita pasang spreader kat RAM tu?


  7. Hah nie satu soalan pasal cooling. Ada aku tgk kat kedai nuu kat lowyat jenis water cooling yang bersambung sekali dengan cipset, CPU dan GC. Orait ka cooling jenis ni? Pada falsafah aku la haba yang dibawa dari CPU meresap pula kat cipset pastu p kat GC. Duk rasa panas camtu jugak.

    Nie kali kedua aku tanya soalan ni. X paham la sistem configurasi cooling jenis nie


  8. p/s: kenapa anda hanya nak katakan mod sahaja yang buat posting yang tidak munasabah? terdapat ramai lagi user yang membuat posting tidak membuat posting yang munasabah juga, so silalah PM nama-nama yang membuat posting merapu kepada  Administrator.

    Sebab moderator adalah orang yang diberi kuasa dan tangungjawab, ahli biasa adalah ahli yang boleh memberikan pendapat sahaja. Proriti saya adalah kepada moderator ialah tinggi kerana mereka adalah imej putera. Ahli biasa mungkin ada yang terrer atau adanya memang ingin menerrerkan diri didalam IT ni.


  9. Saya mengetahui kewujudan Putera.com sebagai satu forum diskusi IT pada tahun 2005. Kewujudan putera.com (yang sudah lama bertapak) merupakan satu rahmat besar kepada keseluruhan peminat seni modifikasi komputer tanahair dan merupakan persaing hebat dengan lowyat.net. Ini kerana forum yang terdapat didalam Putera.com dikedalikan didalam bahasa melayu. Seteru itu saya dengan penuh prihatin membuka thread ini dengan harapan putera.com sentiasa dapat mencapai matlamatnya sebagai Pusat Rujukan Ilmu Teknologi Maklumat.

    Ahli putera yang prihatin sentiasa menghantar post yang mengandungi maklumat yang berguna sebagai penyelesaian masalah terhadap "tuan rumah" (pembuka thread). Dan hasil posting itu juga digunakan oleh ahli putera yang lain senagai penyelesaian masalah mereka dan dijadikan panduan masa hadapan. Masalahnya sekarang ini ialah ada segelintir ahli yang menghantar post yang tiada kena mengena langsung dengan tajuk thread. Lalinlah kalau si pembuka thread tu meminta penyelesaianya yang tidak munasabah seperti bagi rosak komputer ka, dll.

    Bila saya membaca satu thread ke satu thread yang lain, banyak benda "annoying" daripada benda yang diperlukan yang saya jumpa kat thread-thread yang saya lawati. Seperti segelintir yang menghantar posting pendek macam "mahalah!" dan pelbagai posting yang lain yang sepatutnya tidak ada didalam thread.

    Bagaimana hendak kita selesaikan masalah ini? Sebenarnya banyak lagi geng OC yang berminat menyertai Putera.com tetapi apabila mereka melihat kandungan thread sahaja, mereka mengatakan "Kenapa budak forum ini banyak posting benda yang mengarut?,ada yang lari daripada tajuk?" Saya sangat malu kerana mereka mengatakan komen begitu kepada saya. Walaubagaimanapun saya bertegas supaya mereka melihat keseluruhan thread yang terdapat didalam putera.com. Saya tak tahu bagaimana hendak menjawab. Mungkin anda semua ada jawapannya.


  10. Aku dah siap dah buat proposal untuk buat LANPARTY kat alor setar nuu. Bertempat di Star Parade, Alor Setar. Di tengah Hall. La ni masih dalam proses perbincangan dengan tuan pengarah dan penganjur. Tarikh tidak dapat ditentukan lagi pasal masih dalam proses perbincangan. Tapi bila dan dapat kepastian tarikh, aku inform kat ahli kelab intel dan seluruh warga Putera nuuu.

    Intel lawan AMD! Sapa yang akan menang dalan LANPARTY ni?

×
×
  • Create New...