Jump to content

ahmades

Members
  • Content Count

    1978
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by ahmades


  1. Budak dulu dengan budak sekarang? Hmppp

    Aku amat merindui masa kecik aku dulu. Berwarna-warni. Nakal toksah cakaplah, bendang mana tak diharungi, sungai mana yang tak dimandi. Dan berbagai-bagai lagi benda best. Sampai mak aku kejar dengan kayu punya buas aku time kecik hehehehe..

    Dulu, bukan macam sekarang nih. Dulu best oooo, main guli, main tuju kasut, tuju tin, galah panjang. Paling penting main kad tepuk tu. Sekali tepuk memang terbalik banyaklah kad-kad tu. Kiranya time dulu nih memang bestlah. Takat main jentik tudung botol tu.... otaoi lah time tu..heheh. Siap main batu tujuh ngan budak pompaun lagik. Terrernya aku.

    Sekarang, bebudak tak pandai nak berkawan. Main pun permainan yang statik cam PS2, XBOX. Dah la tu, bebudak sekarang nih kurang ajar semacam jer. Aku teringat lagi, time aku pegi City-Plaza kat Alor Setar, ada satu budak tu sewaktu aku sedang rush nak pegi ke kedai kasut. Aku terlanggar bahu dia, BTW seperti biasa aku pun cakap lah "Ohh adik, abang mintak maaflah. Abang tengah rush nih". Tau tak apa dia jawab? "Buta ka, tak nampak orang ka?".

    Hamboihhh.... dengaq dia kata camtu naik darah teruih aku jentik telinga dia. Aik.. dia tau nangis plak. Yang mengherankan aku ialah, cakap kurang ajar nak mampus tapi sentuh skit jer nak nangis dah. Hoh.!

    Ntahlah....


  2. aik? setahu aku..platter-platter kat dalam tuh dalam keadaan vacuum..so, kalau terdedah kepada udara, akan automatik rosak la..

    tp, mungkin aku salah..so, sesapa yang ada lebih info.. tolong :blush:

    *tak da

    Betul. Plate HDD akan rosak kalau chassis HDD dibuka. Cari je board untuk HDD tu.


  3. Terima Kasih ne7za :)

    Okeh, mari kita masuk ke : Langkah-langkah yang patut dilaksanakan sewaktu memasang HDD.

    Korang membeli sebijik HDD, dan terlitas di hati korang untuk memasang sendiri HDD berkenaan di komputer korang. Maka jika itulah hasrat korang maka apa yang perlu dipertimbangkan di sini adalah :-

    1. Ruang untuk HDD baru
    2. Kitaran udara untuk HDD
    3. Kabel bekalan elektrik ke HDD
    4. Interface HDD
    INGAT! 4 syarat tersebut adalah saling berkait rapat diantara satu dan yang lain. Perlunya 4 syarat ini dipertimbangkan dengan teliti sebelum mula memang HDD baru anda. Sekarang aku akan terangkan kenapa 4 syarat ini penting dan saling berhubung kait.

    1 : Ruang untuk HDD baru

    YA!, apabila membeli sebijik HDD pastikan yang komputer korang mempunyai ruang untuk memasang HDD berkenaan. JANGAN SESEKALI memang HDD BUKAN di tempatnya dalam casing korang seperti main letak jer HDD tu kat lantai Casing. Setiap HDD dibina dengan penyerap hentakan micro di tepi chassis HDD. Ini bermaksud, mengikut fiziknya hentakan / gegaran yang berlaku hanya akan diserap di tepi chassis (dekat skru tuu). Kalau berlaku di bawah chassis maksudnya gegaran berkemungkinan sampai ke cakera, sekaligus bakal merosakkan HDD berkenaan.

    2 : Kitaran udara untuk HDD

    Apabila syarat pertama telah dipatuh, masuklah segmen syarat kedua yakni kitaran udara pada HDD berkenaan. Ruang sudah ada tetapi ruang berkenaan tidak berupaya membekalkan ktaran udara yang lengkap bagi HDD berkenaan. Mengikut Fizik elektrik, elektrik mengalirkan haba maka HDD bila ianya berfungsi (sekaligus menggunakan elektrik) maka ianya menghasilkan HABA. Dan HABA dari HDD berkenaan jika tidak di nyahkan dari HDD, over-heating akan berlaku. Pernah tak anda tertanya-tanya kenapa chassis HDD berwarna hitam? Kerana warna hitam mempercepatkan proses penyinkiran haba dari HDD sekaligus mengelakkan HDD dari over-heating.

    Apabila memang HDD, pastikan yang ianya dipasang secara berselang-seli (jika terdapat HDD lain dalam komputer korang). Ini membolehkan HDD berkenaan menyahkan haba dengan lebih efektif. Jangan pasang HDD rapat-rapat dengan HDD (atau peralatan lain yang ada kat ruangan bay 3.5' tersebut). Perbuatan demikian akan mempercepatkan proses HDD untuk lingkup disebabkan over heating.

    3 : Kabel Bekalan Elektrik untuk HDD

    Ya.. ini satu lagi benda yang perlu dititikberatkan iaitu kabel sambungan bekalan kuasa untuk HDD. Setiap jenis HDD mempunyai jenis sambungan bekalan kuasanya yang tersendiri. Jangan lupa untuk membaca manual sebelum menyambung HDD korang!. Contoh seperti, HDD jenis PATA (Parallel ATA) memerlukan sambungan dari jenis MOLEX, manakala SATA (Serial ATA) memerlukan sambungan dari jenis 15-pin connector.

    Terdapat HDD dari jenis Hybrid, yakni HDD yang mana memiliki dua jenis sambungan bekalan kuasa. Biasanya terdapat pada HDD dari jenis SATA. Perlu diingat di sini ialah korang HANYA PERLU SAMBUNGKAN SATU SAHAJA SAMBUNGAN BEKALAN KUASA pada HDD berkenaan!. Membuat dua sambungan kuasa secara serentak menyebabkan HDD korang lingkup on-the-spot.

    Untuk performance dan pretasi yang superb, digalakkan korang supaya memperuntukkan satu saluran kabel bekalan kuasa pada satu HDD. Jangan kongsi laluan elektrik dengan peralatan yang lain semasa kabel berkenaan bersambung dengan HDD. Ini membolehkan HDD korang burfungsi dengan lebih baik dengan jumlah elektrik yang lebih konsisten.

    4 : Interface HDD

    Ini adalah benda yang SANGAT PENTING apabila handak menyambungkan I/O HDD korang. Pastikan korang tahu Interface HDD korang, samada dari jenis SATA, PATA, SCSI, SAS dsb. Jangan main cucuk dan sambung atau korang berpeluang melihat HDD korang rosak di hadapan korang. Lihat pada manual untuk lebih lanjut.

    Biasanya, ralat sambungan selalu terjadi pada interface dari jenis PATA. Ingat!, pastikan orientasi sambungan adalah betul sebelum membuat sambungan.

    Okeh setakat ini dahulu,

    NEXT : Mengformat HDD, Membuat partition pada HDD.


  4. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

    Firstly, tahniah kepada ne7za sebab dah jadi moderator a.k.a anti-spammer kat sini :P

    Okehlah, sesuai dengan tajuk thread diatas maka kat sini aku akan memberi tips dan tricky bagaimana untuk menjaga hardisk (HDD) korang sehingga melebihi lifespan HDD berkenaan. Aku mengambil masa sehingga 7 tahun memahami camna cara untuk menjaga HDD aku start dari HDD Seagate 20GB (2000), Seagate 40GB (2002) dan yang terbaru, Western Digital 200GB (2005). Dan HDD berkenaan masih sihat sehingga kini tanpa sebarang masalah major (bad sector, HD burn dsb). Sementara aku duk relax sahaja malam nih boleh gak aku tulis sumething yang membawa manfaat kepada ahli putera yang lain.

    Pengenalan

    Baiklah, apakah dia HDD? HDD dalam term yang aku tulis kat sini bukannya High Definition tetapi Hard-Disk Drive. Dalam struktur storan, HDD dikategorikan sebagai stroan sekunder yang mana data disimpan didalamnya adalah kekal. Oleh sebab itu, HDD perlulah dijaga dan ditatang dengan sebaik mungkin supaya lifespan HDD berkenaan melebihi jangkauannya.

    Lifespan

    Untuk pengetahuan korang, setiap HDD yang dikeluarkan oleh pihak pengilang mempunya lifespan-nya yang sendiri. Lifespan bagi HD bukannya merujuk kepada berapa lama (tahun) untuk HDD tu berfungsi tetapi merujuk kepada berapa anggaran banyak pusingan cakera yang dilakukan oleh HD berkenaan sewaktu berfungsi. Bagaimana untuk mengetahui jumlah pusingan semasa HDD anda? Dengan menggunakan formula berikut anda dapat mengetahui berapa banyak pusingan yang telah dilakukan oleh HDD anda :-

    Kelajuan pusingan HDD : 7200rpm (Revolutions per Minute*)

    Dah berapa tahun HDD anda : 5 tahun

    Maka banyaknya pusingan yang telah dibuat oleh HDD anda ialah :

    5 Tahun = 5 tahun x 360 hari x 24 jam x 60 minit

    5 Tahun = 2592000 minit

    Jumlah pusingan = 2592000 minit x 7200rpm

    Jumlah pusingan = 18662400000 pusingan

    Waaahhhh, 18662400000 pusingan dah. Walau bagaimanapun itu masih lagi anggaran sebab kita tak ambil kira tahun lompat dan tahun tak lompat, jumlah masa komputer kita di"on"kan dan lain-lain lagi faktor masa. Untuk memberikan kita kiraan yang tepat maka gunakan perisian utilities seperti Active SMART tools atau pelbagai lagi jenis variasi perisian yang terdapat di pasaran, untuk menyemak status putaran HDD kita.

    Masalah-Masalah HDD

    HDD, ia akan sampai satu tahap dimana dia akan out-of-service sekiranya penjagaan yang sepatutnya diberikan pada HDD dilalaikan oleh pengguna PC. Berikut adalah major problem (masalah utama) yang sering menyerang HDD sekiranya tidak dijaga dengan betul :-

    1. Bad-Sector
      • Bad Sector merupakan masalah yang PALING SELALU muncul pada HDD. Biasanya ia terjadi disebabkan oleh penggunaan yang tak betul seperti tetiba meng"off"kan PC (tekan RESET), Sewaktu transfer fail/folder ter"off" PC, dsb. Dalam erti kata lain, sekiranya proses transfer data pada HDD berkenaan di"ganggu" oleh perbuatan luar biasa yang memutuskan bekalan elektrik pada HDD, kemungkinan besar bad-sector akan berlaku
    2. HDD Burn
      • Ini adalah masalah yang jarang dihadapi. HDD burn merupakan masalah fizikal HDD berkenaan yang rosak akibat over-heating, terlebih elektrik dsb. Masalah berikut disebakan oleh cara pemasangan pengguna yang tak betul atau pemasangan yang tak mengikut spesifikasi pemasangan yang sepatutnya
    Semua masalah berikut merupakan PUNCA-PUNCA yang menyebabkan HDD rosak.

    Baiklah, takat ini dahulu. Aku memohon kerjasama dari korang semua jangan cuba-cuba SPAM thread nih selagi aku tak habis dengan apa yang aku nak katakan.


  5. Bela sesumpah? Ish...

    Aku rasa lagi baek kalau beli Singa ka, Rimau ka, baru besh. Boleh ganti anjing malah lagi garang + ganas dari bulldog. Silap haribulan bulldog pun kena tibai dek Singa atau Rimau nih. Ada satu rumah kat alor setar, milik seorang bomoh kat pagar dia tertulis "Awas Harimau Disini". So dont play play kalau lalu kat situ.

    Kalau anjing dia gigit orang jer, kalau rimau nih dia makan terus orang tu. So ternyata rimau lagi garang dari anjing. Belalah rimau untuk masa depan yang cemerlang, gemilang, terbilang.

    Sekian.


  6. Katakanlah dia terpilih jadi ketua dalam PGC, then dia buat kerja tak sebijik macam apa yang dia komplen kat sini. Maka secara otomatik kita reramai akan komplen kat dia, paku dia, kutuk dia or whatever.

    Memang aku tak berniat nak kutuk, kalau kutuk dia bunyik camni "Bodo la ko <masukkan nama>, dah la bodo pekat dan buta plak". Itu baru kutuk kaww punya. Yang dinamakan teguran tersebut kita komplen mengenai tatacara dalam pengurusan dalam PGC, bezanya teguran dalam bentuk lembut atau kasar jer. C-fu dia punya type kasar, semua orang lama dalam forum nih tau. Itulah teguran membina.

    Skang mari kita tanya En Shanai kenapa agaknya dia benarkan Ultimazeze buat undian baru untuk position dalam pengerusi PGC :rolleyes:


  7. Baiklah, memandangkan ada orang yang kata aku sebagai kroni C-fu maka aku perlu perjelaskan kenapa aku menyokong tindakkan C-fu tu. Untuk pengetahuan korang (terutamanya Imam dan Anarchy serta Snowolf) aku tak sokong C-fu, tapi aku sokong statment C-fu yang mana aku lihat dari perspektif lain ianya penuh dengan nasihat dan ilmu yang korang boleh ambil daripadanya.

    Masalahnya, korang ini prank. Korang tak reti membaca dengan nada yang tenang disebabkan syak wasangka korang tinggi melangit sehingga mata terpejam untuk membaca apa maksud asal yang ingin disampaikan oleh C-fu. Memang aku akui C-fu nih memang lantang sungguh kalau nak “bancuh†orang, BTW dari perspektif lain bukannya “bancuh†menjadi idelogi tetapi apa yang ingin disampaikan cuma nasihat dan tunjuk ajar. Cuma masej tu tak sampai apabila korang membaca posting C-fu dalam keadaan syak wasangka (dan korang pulak panas tak tentu hala sebab baca part-part panas).

    Kat sini, aku akan describe posting C-fu dan untuk memberitahu korang yang aku sokong adalah IDEALOGI C-fu., bukannya C-fu.

    Posting Pertama C-fu

    Perenggan Pertama :

    1 : ako takkan nak di-affiliate-kan dengan memane kelab mengarut yang masih nak budak kecik pegang jawatan penting. cam snowolf. melayu mudah lupe.

    2 : korang ni masih bebal ke hape? main cadang calon, WALAUPON takde sekor pon calon atau bakal calon kat sini ade nak bentang ape yang diorang nak buat kalo dilantik.

    3 : amende ni? kalo nak pilih ketua pengawas sekolah rendah pon paling kurang kene perkenalkan diri kepada sume orang yang nak undi. ke korang yang tak penah sekolah?

    4 : kalo korang betul2 berniat nak mulakan balik kelab bangang ni, maka BUBARLA DULU kelab lama! suruh/paksa la mamat kelab merapu turun/letak jawatan. snowolf n the gang yang tak buat keje.

    THEN, baru start baru.

    Part pertama, itu ayat skematon C-fu. Seperti biasa user cam korang yang berdarah pendek ini cepat terasa. Kenapa korang terasa? Jangan la baca part tu, itu hanya provokasi terhadap korang jer. Just ignore it and it will be fine.

    Part kedua dan ketiga, walaupun dalam part nih ada sedikit provokasi tapi abaikan sahaja. Apa yang patut korang lihat adalah tugas sebagai seorang bakal calon.

    Yes, sebagai bakal calon seharusnya dia perlu memperkenalkan dirinya dan juga membentangkan apa yang dia akan buat / perancangan dia terhadap masa depan sesuatu organisasi. Standard organisasi setiap bakal calon perlu ada draf pertama apa yang mereka bakal buat, bagaimana mereka nak mencorakkan organisasi apabila mereka terpilih untuk mempengerusikan PGC nih. Bukan main bedal pilih pastu jadilah PGC macam sekarang nih, tak hidup sebab ketua pun cam hempeh.

    Part keempat, dah PGC nih memang dah tak hidup. Bayangkan dah setahun lebih dah tak hidup sampai takder langsung aktiviti yang boleh dibuat dalam PGC (aku ingat lagi time aku jadi beta tester dalam hamachi dengan athlonium, hempeh jerr... padahal aku ngan athlonium bersungguh-sungguhnya nak jayakan benda tu siap pegi cari patch, build custom range IP dan memacam. Ko tau tak athlonium tu sapa Imam?) Sampai support pun hampir TIADA. Sapa tak marah?

    Well, pada pendapat aku dan ultimazaze serta batista sendiri patutnya kelab nih dibubarkan kemudian dipilih balik. Sebab ketua dah tak jalan so AJK camner? Itulah isu yang dibangkitkan. Kena paham tu. Tapi korang baca posting C-fu dengan nada MARAH so korang yang tak nampak apa yang actually, yang ingin disampaikan sebenarnya.

    Perenggan Kedua :-

    1 : and ako seriously tak paham. kenape dulu bile snowolf n the gang tak buat keje, korang dok diam. bile ako sound, baru terhegeh2 nak sokong.

    ni korang pegi soh diorang muke yang same jugak pimpin korang.

    2 : paham tak? korang ni macam pakcik2 yang dok komplen2 pasal badawi, pastu bile time pilihanraya, vote die balik. baik takyah bising!

    Part pertama, YA betul tu. Aku sendiri sound snowolf dalam bahasa perancis. Kalau ko nak baca keseluruhan kenapa Snowolf boleh kena sound then kenalah baca bagi habis thread nih. Tak perlulah aku nak panjangkan cerita. Dan satu lagi aku takleh accept orang yang sat-sat wujud dalam PGC nih membimbing PGC untuk mencapai matlamat, sebab itu perubahan radikal perlu dibuat supaya PGC ini tak dikenali sebagai kelab SPAM semata-mata.

    Part kedua, contoh bila orang komplen kenapa harga tol naik 30 sen, tapi still menyokong orang yang bertanggungjawab menaikkannya.

    Perenggan Ketiga :-

    1 : i mean come on la beb! definisi, skop kerja ajk tu pon takde sesape kat sini bak pgc lepas maupon pgc sekarang tak define lagi, ni dah bejuta jenis ajk tetibe timbul. dahtu camner main pilih ketua2 pgc? ngan bilangan pos kat dalam gamers club/ gamers nye forum? nonsense. ape, banyak gile ke keje ketua ajk konsol sampai nak kene pecahkan kepada bejuta anak ajk? patutnye buat satu dua position dulu, pastu bile dah start bz baru pecahkan kepada PENOLONG ajk, pastu pecah2kan kepada ajk2 kecik.

    2 : and tak rase pelik ke. bile ako bising2, pastu mamat ni dah nak start buat "PGC BARU" (kononnye) baru minah snowolf ni tetibe idup balik kat sini.

    Part pertama, BETUL! Aku sendiri pertikaikan. Kenapa ada AJK tapi TAKDER SKOP KERJA bagi AJK berkenaan? Dan satu lagi kenapa teruk sangat struktur pengorganisasian sehinggakan mewujudkan banyak AJK yang “mati�

    Dalam part ini, ini adalah satu ilmu yang korang dapat iaitu cara-cara pengorganisasian dan pembahagian kerja. Kalau dah tubuhkan Kelab habis tu kenapa main tubuh-tubuh jer AJK tanpa mengetahui fungsi-fungsi dan kerja AJK berkenaan. Inilah gaya pengorganisasian yang baik dengan mewujudkan skop kerja dalam kefungsian AJK. Bukannya main tubuh dan lantik pastu taktau nak buat kerja apa sampai kelab pun terbengkalai camtu jer. Come on dude ini bukannya kelab syok sendiri.

    Part kedua, bila orang dah start komplen pasal PGC dah “nazak†barulah muncul muka-muka “pemimpin†PGC. Kalau Snowolf aku boleh accept pasal dia amik SPM tapi mana dia Anarchy? Takkan semua tugas ko letak atas kepala Snowolf sampai orang tak tau yang ko adalah pengerusi kelab ini sebenarnya? Adakah ko turut SPM sama? (tapi gaya ko reply macam ko nih PMR jer).

    Perenggan Keempat :-

    1 : ako gerenti kelab ni akan mati mase memule start dulu, and kalo camni care korang nak buat, ako gerenti kelab ni akan mati gak sekarang. walau camner pon minah snowolf tu melalak untuk KONFEMKAN yang hujung tahun ni ade gath. walaupon takde sesape leh gerenti yang hujung tahun ni die (atau sesiapa!) akan masih idup. walaupon takde sesape leh konfemkan yang hujung tahun ni kita takde kiamat.

    2 : tukar name je la. Putera Children Gamers' Club la.

    Part pertama, memang betul pun C-fu kata. Kelab nih akan mati dan akan mati kalau takder orang yang betul-betul berkelayakan untuk menguruskan kelab ini. Ingat ini kelab syok sendiri ke hapa? En Shanai bila dia memberi lesen untuk mewujudkan sesuatu kelab, kemungkinan pendapat beliau yang kukuh adalah biarlah ahli dalam putera nih dapat belajar gaya pengurusan dan juga, dapat mengharumkan nama putera melalui kelab nih.

    Satu lagi mengenai posting nih adalah satu lagi ilmu yang korang dapat iaitu kekangan dalam perlaksanaan acara. Apa yang dimaksudkan oleh aku ialah tidak akan menjadi sesuatu benda kalau perancangan tak dibuat secara teliti. Ini memudahnya kata KOMFEM JADI. Adakah korang terpikir yang setiap benda yang akan dilakukan mempunyai 3 kekangan utama iaitu :-

    1. Kekangan Masa
    2. Kekangan Kos
    3. Kekangan Skop

    Masa, kalau korang tahu masa merupakan benda yang teramat penting. Berapa ramai diantara kita nih pandai dalam pengurusan masa? Korang boleh tahu ke apa yang bakal terjadi pada masa hadapan? Kalau tak tahu kena mudahnya kata KOMFEM?

    Kos, semua jenis kos yang melibatkan wang, tempat, kenderaan blablabla. Kenapa kalau kompom jadi then buat kat mana? Main kompom jadi sampai tak tau nak buat kat mana nih apa kes.

    Skop, kalau nak buat event mesti ada skop. Dengan adanya skop baru boleh buat event sampingan. Bukannya main jumpa pastu hanya ucapkan HAIIII... apa kes? Nak buat gath ka, apa ka mesti ada skop.

    Ini tidak, tak define apa-apa. Dah la tak bagi apa-apa maklumat lengkap pastu terus kata KOMFEM. Apa tak bentang, timeline tak define. Boleh KOMFEM ke benda yang nak buat tu? Aku nak anjurkan LanParty yang kecil-kecilan kat rumah orang pun amik masa serta buat perancangan dan pelan tambahan sebab takut oarng takleh mai la.. orang ada masalah laa dan sebagainya nih main cakap je KOMFEM.

    Part Dua, itu hanya provokasi walaupun hakikatnya memang betullah camtu sebenarnya gambaran untuk kelab nih.

    Perenggan Kelima :-

    ni plan ako.

    ako vote diri ako sebagai Chairman kelab ni, yang report direct kepada Shanai. ako seorang yang jadi moderator di sini. moderator jr. hanyalah kepada president yang report kepada ako, dan maybe senior vice president, aka naib pengerusi.

    since ako sebagai chairman, tugas ako hanya akan oversee development kelab ni. ako nak tendang sesape yang tak buat keje, sukatik ako.

    bila kelab ni dah ade orang best2, ako naikkan mereka kepada board position. diorang maybe leh start jadi VP dulu. bukan ajk merapu cam ajk 2d, 3d. cam ade beze jek SKOP KERJA DIORANG. mereka akan tolong kembangkan kelab ni dengan contacts diorang, dengan skill2 yang diorang ade. position ni sesuai untuk ahli2 putera lain, diluar gamers club, tapi dalam forum putera lain - seperti mamat pandai buat video editing (so leh capture online match), mamat buat game (so die akan carik game2 member putera buat, so boleh soh ahli PGC buat beta testing, etc), dll.

    bawah SVP, akan ade beberapa VP.

    VP events

    VP online events

    VP putera games development

    VP members (takde name best, keje cam HR la, kumpulkan member2 PGC, etc)

    semua VP akan ditolong oleh ajk2 lain. mule2 ajk akan ade rotating jobs, so mungkin memule ajk X tolong buat events, pastu ajk X tolong tulis posting ke, dll. kalo bagus, bagi extra title cam ajk online games. then baru naik jadi VP in training, pastu jadi la VP. kalo dah start bz, tapi bagus, naikkan kat dalam board.

    ni la salah satu daripada jenis organisasi yang korang patut cuba wujudkan! bukan organisasi mengarut cam ajk 2d, ajk 3d tu!

    Yang nih, yang keseluruhan posting nih aku taak describe. Baca apa yang aku boldkan. Anarchy view posting nih sebagai C-fu yang teringin nak pengang jawatan pengerusi PGC. Aku view posting nih memberitahu bahawasanya inilah contoh organisasi yang patutnya diwujudkan dalam PGC! Bukannya AJK yang syok sendiri. Nak buat kelab, biar satu Internet tahu apa yang kita buat. Nak main game? Biar sampai World Game Tourament. Nak camtu punya pengurusan, bukannya macam sekarang nih.

    Sesuai dengan apa yang diperkatakan, dia sendiri bagi pelan apa yang dia bakal buat sekiranya terpilih. Walaupun dia tak terpilih korang yang terpilih dan ketua sedia ada boleh pakai pelan ini. Ini tidak korang masih dengan kepercayaan bawah tempurung korang dengan menbidas tanpa berfikir sejenak apa yang korang bidas tu sama ada kena dengan facts atau tidak.

    Dan aku percaya, C-fu takder masanya nak jadi pengerusi dalam kelab nih dan kalau jadi pun aku nak tengok jugak C-fu nih bebetulkah macam apa ang dia posting atau gebang jer lebih dia nih, kalau dia gebang aku akan paku dia pulak.

    Perenggan Keenam :-

    1 : ingat, semua kelab yang bagus bermula daripada organisasi kelab itu sendiri. kalo ketua pon cam badak air, tido je keje, then ape gune? takat nak syok snirik buat kelab maya yang takde sesape kisah? ni idea ako tentang organisasi yang efisyen, takde banyak level so birokrasi menjadi minimum, takde banyak posisi so interaksi menjadi efisyen.

    2 : pilih orang ngan otak. bukan ngan posting. bukan pasal care die posting tu nampak die peramah.

    3 : or bukan pasal die minah.

    Part pertama, kalau C-fu nak menjatuhkan orang takkannya dia nak bagi nasihat, guide dan cara camner sesuatu kelab tu boleh mencapai objektif. Betullah, ketua pun badak air kalau tak kenapa Ultimazeze bersungguh-sungguhnya nak buat pemilihan nak menggantikan ketua sedia ada?

    Satu lagi, kelab nih memang banyak AJK merapu. Tak hairanlah kenapa kelab nih “nazak†sebab takder event yang boleh dirancangkan oleh AJK berkenaan. Kalau takat event maya takyah cakap lahh.. yang dimaksudkan adalah event luar nih.

    Part kedua, BETUL. Pilihlah ketua dengan otak, dengan kredibiliti yang dia ada yang sesuai apa yang DIA BAKAL BUAT. Bukan main pilih jer sebab dia famous atau whatever reasons that not meet any spesifications.

    Part tiga, ko pun C-fu agak-agaklah....

    Kita nih berforum, aku sedia maklum dengan C-fu nih. Walau bagaimana pun korang sepatutnya membaca apa yang ingin disampaikan bukannya menampakkan amarah korang dan kebodohan korang depan orang lain. Kalau En Shanai baca thread nih aku yakin dia mesti sokong idea C-fu nyerr. Nak organisasi kelab biarlah sampai ke puncak kejayaan kelab nih. Bukanya tubuhkan kelab maya nih atas dasar syok sendiri sebab dah PM En Shanai or whatever..

    Dan aku tak berniat nak kutuk sapa-sapa, BTW korang mempunyai fikiran dan boleh mempertimbangkan apa yang ingin aku sampaikan dalam posting aku nih. Kalau nak kata aku nak cari pasal, maknanya memang betullah korang kiddies sebab masih tak reti beza mana satu dikatakan BERFORUM dan mana satu yang dikatakan MENCARI PASAL.

    Aku kasihankan kelab nih, sebab aku tamau usaha orang yang PM En Shanai macam sia-sia sebab kelab nih dah "nazak" menghampiri "mati". Tak malu ka kat Admin, tubuhkan kelab yang mana organisasi cam bebudak dengan ajk ntah apa-apa? Dah la tu tak hidup pulak kelab nih dengan aktiviti yang sepatutnya? Pastu boleh pulak defend cakap orang nak jatuhkan kelab la, gila kuasa la dan sebagainya.

    Sekian dari aku, BTW aku sokong idea C-fu.


  8. Sebenarnya kita boleh printing secara set dalam Adobe Acrobat. Okeh tutorial nih aku pakai Adobe Acrobat Professional 6.0 :-

    1. Masuk File > Print
    2. Kat antaramuka Print tu, tengok setting nih :-

      tutorial1ar2.jpg

      • 1:Copies
        • Setting nih bertujuan untuk buat beberapa salinan untuk proses printing, biasanya kita set untuk dapatkan berapa keping output untuk satu page (helaian) e-book
      • 2:Collate
        • Setting nih, dikenali sebagai "pemgumpul". Dia macam ko print secara pukal (dalam erti kata lain, ko kumpul semua pages dalam e-book tu untuk sekali print)
    3. Bila ko nak print secara "batch", dua setting nih penting dalam Acrobat. Pertama sekali set Copies untuk print berapa banyak output kemudian set Collate (tick kat collate) untuk "kumpul" semua page dan buat "batch printing" mengikut berapa salinan yang ko set dalam Copies.

  9. hahahahahah!!!~ :lol:

    mmg bebal, bebal tahap dewa.. korang masih xnmpk.. apa yg si bebal ni nk buat.. hahhahah!!!~ yg korang tau setuju.. bagus.. korang pun turut bebal..

    *********

    @ahmades

    hahhahahaahah!!!~ ko nk modal.. dtg jumpa aku...

    nasib baik ade imam.. sejuk sket hati aku bila post ni...

    Serius aku cakap ko yang bebal sebenarnya, tak perlulah aku cakap memanjang sebab orang yang tanak paham nih menyusahkan jer. BTW, ko terangkan apa yang nampak sebenarnya dalam posting C-Fu yang ko claim sebagai bebal tanak paham bahasa.

    Reply yang memang best betul aku baca kat italic tu, ko kalau dalam virtual communities pun tak mampu nak organize kelab takyah la nak suruh aku jumpa ko. Buang masa dan tenaga aku jer. Serius cakap penat jer orang bagi example apa yang dikatakan pengurusan yang baik...alik2 benak jugak nak accept yang benda nih salah ko dan <takyah sebut nama>.

    Cuba ko amik link perbincangan hangat nih, dan bagi cekgu/pensyarah/motivator yang terre bab-bab pengurusan baca isi kandungan thread. Jangan lupa mention yang anarchy tu nick ko. Nak tengok jugak feedback mereka :rolleyes:

    Sesuatu yang lawak kalau ketua kelab menyalahkan ahlinya sebab sebab tak bekerja. Sebagai seorang yang ada kuasa ko patutnya boleh drop mana-mana ahli yang tak buat kerja, atau bagi bimbingan pada mereka yang buat kerja. Alik2 kelab tu ahli jalan sendiri, tak ke lawak tu :lol:

    Tak yah sembang banyak anarchy. Camni untuk buktikan yang ko tak bebal apa kata ko taip VISI dan MISI PGC kat sini since ko adalah orang pertama yang bagi idea pasal kelab nih. Tak perlu banyak, just nak tau misi dan visi kelab nih jer. :rolleyes:

    Kalau ko gagal bagi misi dan visi kelab nih, sahlah :-

    NOTHING MORE, NOTHING LESS. take it or leave it. kalo ko tanak ikut stail memane organisasi dalam dunia, then sukatik la. kalo ko rase kelab ni takde masalah, then hey, takde masalah la. ako yang rase ade masalah. ako yang rase kelab ni gebang je lebih, cakap macam2 tapi isi kandungan tarak. AND, ako cakap berlandaskan apa yang (ako rasa) jadi, bukan main cakap die bebal, die iblis, tapi tanak explain. pasal tu ako bukak isu baru, pasal snowolf claim yang PGC konfem akan buat gathering hujung tahun, walaupon apa2 info selebihnya langsung takde.

    Dengan menggunakan otak sebagai compiler dan mata sebagai input, bacalah setiap posting dengan teliti dan cuba cari apa yang ingin disampaikan. Tak perlu nak reply benda yang sah-sah nampak salah di depan mata tapi buat-buat buta.

    @Imam

    Aku tak nampak benda yang dikatakan bakal menjatuhkan PGC, tolong tunjukkan kat aku sebab aku memang tak nampak langsung dalam posting C-Fu.

    Serius cakap pada ko imam, kalau C-fu nih cakap benda tak best pada fakta aku sendiri akan reply dan jawab balik. Tapi kalau benda tu memang dah nampak sangat dengan fakta (dan aku sendiri perasan), well kenapa tanak admit benda tu? Kenapa bangkai gajah nak disembuyi dengan nyiru?

×
×
  • Create New...