Jump to content

ahmades

Members
  • Content Count

    1978
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by ahmades


  1. tak nak sambung lagi ker?

    Maaf kepada semua, ahmades dalam sebulan nih terlalu busy. teramat busy dengan projek final year. Minggu depan dia akan tambah sampai habis topik nih. Harap bersabar sebab ahmades tenssionnnnnn sangat-sangat dengan final project nih. Pleasee janganlah marahkan ahmades :(

    BTW, scrops aku tak beberapa suka merujuk kepada arkitel yang pun diambil dari sumber lain. Adalah lagi molek kalau satu-satu artikel itu ditulis atas dasar pengalaman.


  2. SPM juz sijil je kan?.........yg penting org tu tau buat kerja dia kan?...... :lol: ......kalo aku kata SPM aku `(banyak F) tapi aku kata aku kerje technician PC dah 2 tahun ko kata aku apa plak? :ph34r: ?

    P:S aku x percaya SIJIL SPM ngan STPM tu penentu masa depan....... -_- .....boleh blah 2 bende tu ngan kawasan sewaktu denganya...........aku lebih percaya ngan pengalaman bekerja.............. :P

    Aku suka ayat ini, menunjukkan yang ko masih takleh nak fikir secara lebih ke depan. Know what I mean? Meh aku tanya ko satu benda, bagaimana kalau ko nak berurusan dengan orang yang demand dengan sijil SPM, STPM ko tu? Adakah ko akan cakap camni kat diorang?

    Sayang amoi sampai melebih-lebih, BTW aku tak kisahalah samada ko nak bagi pinjam ke tak. Nanti nih jangan bukak topik "Amoi aku tipu aku" sudah la.................................. :D


  3. Apa kerja yang amoi ko boleh buat? RM7K tu bukan skit ooooiii. Agak-agaklah RM7K dia nak minta ko tolong usahakan. BTW satu lagi SPM memang ada kena mengena dengan pinjaman mahupun sponsor. Takder SPM = Pemalas. Bukan aku yang cop, orang lain yang bakal memberi pinjaman / sponsor yang cop benda tu.

    So sekian dari aku, suruh dia usahakan sendiri. Jikalau dia nak ko usahakan jugak bagitau kat dia pinjaman semua atas nama dia.


  4. ko trylaa buat, ko amik sekor lintah, masukkan dlm asid. ko trylaa curi sikit kat lab... mintak guru sains ko sikit... kalau masih hidup gak... ko garu kepala byk kali sampai botak.

    Tak perlu, aku rasa ko pun boleh buat. Tak perlu amik 100% pure acid hydrochloride. Amik jer peluntur kat rumah ko tu. Kemedian test tgk. Peluntur pun komposisinya terdiri dari acid jugak (tapi tak sekuat acid hydrochloride)


  5. Dalam perut manusia terdapat sejenis asid yang dipanggil Asid Gastrik (kumpulan asid hidroklokrid), yang mana mampu "mencairkan" semua jenis makanan kecuali besi dan kaca disebabkan kandungan dalam asid gastrik yang mempunyai sedikit kompaun Potasium Klodrida dan Sodium Klorida yang menghadkan asid gastrik untuk mencairkan pepejal tanpa kompaun air.

    Ambik satu contoh, Lintah. Cuba rendam lintah tu dengan asid hidroklorid cair. Kalau lintah tu "tak reput" maka memang dia boleh hidup dalam perut manusia. Kalau dia "reput", maka hipotesis untuk lintah boleh hidup dalam perut manusia adalah salah.

    Aku tak dapat nak percaya :(


  6. Sekarang nih mana dia anarchy nagn snowolf? Hilang lagi? Maka apakah kesimpulan yang boleh kita buat disini? So kemanakah benda yang dikatakan dedikasi kat sini anarchy? Mana dia VISI dan MISI kelab yang aku minta sebelum nih?

    Akhirnya, hipotesis aku yang mengatakan kelab ini akan mati adalah benar. Kesimpulannya, kelab nih dah mati.

    Rest In Peace PGC. Farewell.....


  7. Kekadang aku nak tergelak jugak dengan topik nih, pemula topik TRG tu menatang apa? Sejenis biskut keras ker?

    Dan satu lagi toksah duk bangga dengan bahasa ala-ala KL, kerana bahasa ala-ala KL PUN JUGA MENGANDUNGI DIALEK DARI BUGIS you knowww. Orang bugis memang kalau cakap hujung-hujung "a" tersebut digantikan dengan huruf "e".

    Dan satu lagi, amatlah aku tak bersetuju dengan penghapusan dialek sebab inilah kekuatan, contoh colorful-nya Malaysia. Ko tak rasa boring ka pegi mana-mana asyik dengan corak patah-perkataan yang sama? At least kita tahu yang ada benda lain selain kat negeri sendiri.

    BTW, apa kata sebelum menegur dialek orang lain cuba lakukan sedikir perubahan pada posting sendiri. Mula-mula mansuhkan penggunaan SMS dalam posting, kedua yang mana duk masih "saye","die","kenape","ape" cuba taip dengan elok bagi baku skit. Kalau percakapan rasanya memang susah nak ubah tapi kalau nak taip rasanya, mudah nak laksanakan tak gitu?


  8. Yang cadang semuanya kat tempat sendiri. Cubalah korang cadang bukan kat tempat korang. Kalau camtu aku nak cadang gak ahh.. boleh mai buat gathering kat kedah nih, kat P.Langkawi. Aku sanggup buat kertas kerja tentang rancangan yang bakal dibuat kat sana.


  9. Kaum lain boleh join ker forum disini. Saya tahu kebanyakkannya yang join adalah orang Melayu tetapi saya pun interested juga untuk mengetahui hal2 berkenaan IT. Sekiranya tidak boleh, then admin can proceed to ban me from this side.

    Thanks.

    We always welcomed you nivan :)


  10. Assalamulaikum.

    Untuk pengetahuan korang, laman web fansub anime Naruto dan Bleach yang agak terkenal, iaitu Dattebayo Fansub dah kena block oleh USDoJ (United State Department of Justice). (Bukan block pun, just redirect DNS jer.)

    BTW, ini link website berkenaan. KLIK SINI (website sudah ditapis dengan proxies so korang jangan bimbang dengan keselamatan IP korang).

    Hoh, inilah satu "gila kuasa" MPAA selepas percubaan untuk drop thepiratebay.org tidak berjaya. Diorang mula mencari website-website bittorrent tracker yang "lemah" untuk di dropkan dari Internet. Apa yang korang rasa? BTW aku rasa laman web DoJ tu memang akan kena DOS sebab memang ramai fan yang memang tak puas hati dengan tindakan MPAA dan DoJ menyerang membabi-buta website-website tracker. Tak tau lah lepasnih website apa plak yang nak kena DNS redirection.


  11. Menu special dari ahmades, cucur kembung. Bahan-bahannya :-

    1. Tepung 2 cawan
    2. Telur 3 bijik
    3. Gula secukup rasa
    4. Garam secukup rasa

    Cara menyediakannya :-

    Adun tepung, telur, gula, garam bersekali sehingga kembang kemudian panaskan minyak. Pastu korang kepul skit-skit dan goreng tenggelam. Sewaktu adun tu korang bleh tambah apa-apa seperti ikan bilis, cabai, apa-apa sahaja untuk perisa cucur berkenaan.

    Cubalah, memang berbaloi.


  12. SATA disk ni pun dah lebih laju dari SCSI hard disk..

    Haih... salah fakta nih.

    SCSI lagi laju, interface dia parallel. Satu lagi dia nih hot-swapped. Takyah nak off komputer/server untuk cabut HDD tu.

    Untuk pengetahuan korang yang masih ragu-ragu dengan kelajuan interface HDD, interface yang paling laju adalah PATA. Tapi disebabkan masalah clockspeed bagi PATA yang memerlukan kabel yang lebih tight dan lebih mahal (contoh, cam kabel SCSI) untuk menjadikan ia lebih laju maka SATA adalah alternatif kepada PATA. Banyak manufacture menumpukan kepada SATA kerana ia lebih kos efektif berbanding PATA.

    Untuk sapa-sapa yang ngaji tentang proses penghantaran data parallel dan serial, boleh tau yang mana lagi laju. :)

    P/S: Data yang bergerak dalam litar komputer kita adalah dalam bentuk parallel, bayangkan ianya bergerak dalam serial. :P


  13. PDP? Aku rasa baik install wikimedia kat putera nih. Nak dokumentasi camner kalau nak type satu-satu tanpa contribution? Up satu wikimedia kat putera nih. Aku pun akan join kalau benda nih dah up kat putera. Buat under putera.com/wiki

    Buat forum.putera.com/wiki, aku mesti masuk punya.

    Apa-apa hal pun aku akan terus pantau thread nih (dan memang dah 1 tahun > lebih duk tengok thread nih, takder apa yang jalan pun). Banyak lagi bebudak putera yang boleh join sekali.


  14. Okeh, masuk kita ke bab berikutnya : Memformat HDD, Membuat partition pada HDD

    Korang telahpun memasang HDD korang, sila rujuk post #3 aku untuk syarat sebelum pasang. Aku assume yang korang telahpun mengikut syarat yang telah ditetapkan.

    Memformat HDD korang. Proses ini agak komplikated skit. Bergantung kepada keadaan dan jenis OS (operating System) yang korang nak guna. Untuk ini, tips aku adalah meliputi penggunaan OS dari jenis Windows XP dan juga Linux.

    Ada beberapa jenis perisian third-party yang membolehkan korang memformat HDD korang dengan senang. Ataupun, korang boleh menggunakan utilities sedia adalam dalam CD Windows XP atau distro Linux sendiri. BTW aku amat mengalakkan korang menggunakan third-party software kerana ianya lebih senang, mudah dan pantas.

    Merujuk pada third-party software, aku TERAMAT merekomen korang supaya menggunakan Acronis Disk Director. Ada sesetengah orang menggunakan software lain seperti Partition Magic tapi perisian yang aku rekomen ini memang best, malah 800x lagi best dari partition magic atau mana-mana software atau third-party. Feature yang terdapat dalam Acronis Disk Director memang best dan penggunaannya memang user-friendly.

    Acronis vs Partition Magic

    Sedia maklum, korang boleh menggunakan formater build-in dalam CD Windows XP atau menggunakan third party software seperti Acronis Disk Director. Acronis Disk Director memiliki ciri-ciri yang memang mesra pengguna malah terdapat option dalam perisian berkenaan untuk mencipta sekeping CD bootdisk bagi membolehkan perisian ini dijalankan dalam DOS (Disk Operating System), tak seperti Partition Magic yang masih menggunakan cara native dengan menggunakan disket sebagai medium bootdisk.

    Antaramuka Acronis memang simple, tapi fungsinya memang powerful. Menggunakan Acronis korang dapat :-

    1. Mencipta Partition
    2. Memecahkan Partition sedia ada kepada beberapa bahagian partition lain
    3. HEX-Disk, fungsi untuk low level editing bagi proses membetulkan ralat Bad-Sector secara manual
    4. Fungsi mencipta partiton untuk pelbagai jenis OS (Operating System) seperti NTFS (WinXP), Ext3 (Linux), HFS (Macintosh) dan sebagainya
    5. Fungsi "Ghost", membuat salinan pendua bagi partiton serta isi kandungannya*
    6. Fungsi Data Vew, melihat isi kandungan partition berkenaan*
    7. Pelbagai lagi fungsi, rujuk pada laman web acronis

    * Fungsi yang takda dalam Partition Magic

    Memformat HDD dan mencipta partition

    JIKA HDD korang merupakan HDD yang baru datang dari kedai, dan masih ada bau kedai kat HDD berkenaan maka korang memang perlu mengambil tindakkan wajar dengan memformat HDD berkenaan mengikut spesifikasi OS yang bakal digunakan.

    Terdapat beberapa petua dalam memformat HDD korang, untuk memastikan HDD korang dapat bertahan sehingga bertahun lamanya. Berikut adalah petua-petua yang patutnya korang ikut semasa proses memformat HDD dilaksanakan :-

    1. Sekiranya korang hendak memasang OS pada HDD, maka peruntukkan SEBIJIK HDD untuk OS berkenaan. Jangan cipta dua ~ tiga partition serentak didalam satu HDD dimana :
      • Partiton A untuk OS
      • Partition B, C, D untuk blablabla
      Ini akan menyebabkan HDD berkenaan "tekanan dalam RPM" kerana terpaksa melaksanakan beberapa partition serentak disamping sudah sedia dengan partition OS yang heavy load (virtual memory, paging file, blablabla).

      Ini akan menyebabkan prestasi komputer menurun, sekaligus menyebabkan HDD berkenaan cepat rosak kalau berlaku putus bekalan eletrik (probability untuk bad-sector = HIGH)

      Kesimpulannya, untuk OS peruntukkan sebijik HDD. Jangan membelah HDD berkenaan.

    2. Sekiranya anda hendak membelah (membuat partition) HDD berkenaan, pastikan partition yang dicipta adalah ideal dan sesuai dengan keupayaan HDD berkenaan. Sebagai contoh memang tak wajar bagi sebuah HDD dengan saiz 40GB dibuat 4 partition. Ini akan membebankan HDD, ia seumpama sebijik otak yang nak memikirkan 4 perkara serentak.

      Saiz yang paling kecil, yang disarankan oleh aku bagi satu-satu partition adalah 40GB, jadi sebagai contoh sekiranya ada satu HDD dengan saiz 200GB maka pecahan yang Ideal adalah mungkin 40GB + 40GB + 40GB +40GB + 40GB. Sekiranya satu HDD dengan saiz 250GB maka pecahan Ideal yang mungkin adalah 40GB + 40GB + 40GB +40GB + 40GB + 50GB. (Bergantung, tapi pastikan setaip partition tidak kurang dari 40GB)

      Ingat! Saiz yang paling kecil, seminimum adalah 40GB. Jangan meletakkan saiz yang lebih kecil dari itu (memang tak digalakkan).

    3. Untuk HDD yang telah terpakai, atau ingin diformat semua adalah digalakkan untuk memalakukan proses LLF (Low Level Format) terlebih dahulu sebelum proses format partition dan filesystem dijalankan.

      Apakah LLF?

      Merupakan proses "tulis sifar" pada setiap block / sector di HDD. Pada setiap sector HDD, sekiranya memiliki/menyimpan/mengandungi data maka ianya akan ditanda dengan 1, untuk sector yang tidak menyimpan data maka ianya akan ditanda dengan 0.

      Maka, proses LLF adalah untuk mengubah semua sector dari tanda 1 kepada tanda 0, sebab tu ianya dipanggil proses "Write Zero". Selepas proses tersebut, HDD seolah-olah baru keluar dari kilang.

      Tools untuk melaksanakan proses LLF ini dibekalkan oleh pengeluar HDD berkenaan. Sila cari di laman web pengeluar HDD untuk tools yang diperlukan.

      (Ini adalah untuk kefahaman, bukannya untuk assignment!)

    Okeh, takat tu dulu. Akan bersambung lagi

    Next : Penjagaan HDD

×
×
  • Create New...