Jump to content

ahmades

Members
  • Content Count

    1978
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by ahmades


  1. baru je bukak tuh ... xpe la permulaan ...

    woohoo...

    sesapa... baru mula nak berkencimpung dunia networking silalah beli barang kat sini barang fuhh berpatutan , mmg patut jadikan Service tetap nih :lol: :lol:

    Terima kasih terima kasih. :lol:

    Barang tak beberapa banyak lagi, malam karang baru aku nak input semua.

    Haih, patner aku dari KL masih lagi tak bersedia. Anyways terima kasih Navigator yang banyak menolong aku dari segi graphics :) dan jugak batista.. .. dank youuuuu....


  2. Assalamualaikum semua.

    Setelah lama aku berkecimpung dengan dunia business secara fizikal, aku rasa inilah masanya untuk aku menceburi dunia perniagaan secara Internet.

    AMF Online Stores adalah bahagian baru dari syarikat aku yang menawarkan jualan barangan komputer serta networking pada harga yang lebih rendah dari harga SRP (Standard Retailer Prices). Laman web ehsan osCommerce digunakan sebagai platform untuk jualan kepada pengguna akhir.

    Bahagian ini menwarkan semua barangan komputer dan networking A sehingga Z (senarai mungkin berubah dari masa ke semasa bergantung kepada kesediaan barang). Barangan yang dibeli dari bahagian AMF Online Stores akan diproses 7 hari maksimum selepas bayaran diterima.

    Cara pembayaran, sementara waktu ini aku menggunakan kaedah bank-in. Maklumat bank dan akaun akan dipaparkan setelah pembeli checkout dari laman web ini.

    Buat sementara ini, hanya akan ada beberapa barangan sahaja yang dimasukkan ke dalam Online Stores, barangan lain akan dimasukka kemudian. Ohh ya, sila gunakan features RSS yang ada kat laman web ini untuk mengetahui barangan terbaru yang dijual di Online Mall ini.

    Soalan dan Jawapan:

    Soalan : Kenapa barang diproses sehingga 7 hari maksimum sedangkan ada syarikat Online Mall lain hanya mengambil masa 2 hari sahaja untuk memproses barangan selepas bayaran diterima?

    Jawapan : 7 hari adalah jumlah masa maksimum bagi AMF Online Stores memproses barangan anda. Selepas 7 hari sekiranya kami gagal memproses barangan anda selepas bayaran yang anda buat, kami akan memulangkan wang kepada anda kembali.

    Soalan : Betulkah barangan yang anda jual sememangnya rendah dari harga SRP?

    Jawapan : Ya, kami menjamin bahawa barangan kami sememangnya rendah dari harga SRP

    Soalan : Bagaimana dengan kerosakkan, bagaimana hendak menghubungi kami?

    Jawapan : Sila hubungi kami di SINI untuk pertanyaan dan masalah mengenai barangan yang telah dibeli. Kami aku membalas email anda tidak kurang dari 48 jam.

    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Bagi mereka yang menggunakan laman Contact Us, sila pastikan yang anda menyertakan sekali alamat email yang betul beserta nama anda. Kami sememangnya akan membalas semua pertanyaan anda kepada email anda kembali.


  3. pasal shiah I've made my case :lol: cume nasihat aku jgn terlalu extreme dlm beragama or bertaqlid pendapat...yg btul, in accordance with the Quran and Hadith, kita terima...yg salah tetap kita tolak...tak salah berbeza pendapat asalkan jgn melampaui batas

    Maafkan aku sebab lambat memberi reply, agak sibuk dengan urusan dunia.

    Sebenarnya, pandangan mereka (Muslim scholars) lebih merujuk kepada persamaan Christian dan Islam mengenai pandangan Jesus. Walau bagaimanapun itu adalah pendekatan yang diambil oleh mereka untuk mengajak mereka mengenali Islam. Bukannya pandangan secara asas Islam itu sendiri.

    Di dalam Al-Quran itu sendiri, menyatakan yang Allah SWT mencela yahudi dan nasrani yang telah mengubah isi kandungan Injil / Taurat. Kenapa mereka berbuat demikian? Kenapa mereka yang dahulunya mengikut nabi Isa as dan nabi Musa as sanggup berbuat demikian? Setiap kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi-NYA mengandungi pengajaran untuk umat nabi berkenaan. Bukanya mengandungi biodata atau maklumat nabi sepertimana kandungan Bible yang lebih kepada biodata Jesus sendiri.

    Maafkan aku, tetapi bagi aku yang melampaui batas itu sendiri adalah sekiranya kita cuba menyamakan Isa AS dengan Jesus itu sendiri. Kalau kita baca sejarah bagaimana Bible itu boleh wujud, maka kita sendiri akan tahu Jesus itu sebenarnya watak untuk apa, kenapa dan bagaimana ianya dicipta.

    Pernah aku bertanya kat satu paderi, kenapa Jesus dikorbankan. Jawabnya "Untuk membersihkan dosa umat manusia dari dosa terdahulu Adam dan Eve". Kemudian aku bertanya lagi, "Kalau begitu, kesihanlah manusia yang mati sebelum Jesus, kerana mereka masih menanggung dosanya Adam dan Eve". Adakah ada diantara kita, masih tidak tahu kenapa Jesus disalib? :)


  4. Ahh.. soalan yang bagus. Ok dia camni :-

    IP :

    IP atau Internet Protocol Address adalah semata-mata address. Dia tak bersangkut-paut dengan bandwith. Aku pun berapa banyak kapasiti bandwith yang dibekalkan oleh GITN kepada SchoolNet. Kalau satu Public IP dikongsi dengan 100+ user sekalipun masih tak ada masalah kalau bandwith yang dibekalkan mencukup untuk menyokong sambungan user berkenaan.

    Masalahnya disini, pihak GITN sendiri yang tidak memantapkan network diorang. ADSL yang dibekalkan oleh diorang sememangnya tidak bersangkut dengan TMNET tetapi pada akhir segment router, dia akan bersambung dengan DSLAM TMNET a.k.a Telekom Malaysia untuk melepasi WAN.

    So far, kalau kita buat connection terus dari LAN, tak melalui server (terus ke router, instead). maka memang akan lag gila. Tetapi kalau kita set Server sebagai pertengahan kepada LAN dan Router maka mungkin akan ada improvement. Sebab kebolehupayaan Server dalam menguruskan Bandwith secara Efisyen. Kalau setting server tersebut kaw-kaw (seperti menambah fungsi WWW Cache) mungkin boleh memantapkan lagi network.


  5. Dia kata ko ping pakai CMD? !&*%^%!@$^#&^!@. Tak lah, ko pakai tracert. Cakap kat dia "KO tak belajar commend dalam Windows ke"?

    Untuk pengetahuan Killerkode, aku bari sahaja mendapati yang GITN menggunakan teknik centralizing-WAN untuk membekalkan SchoolNet kepada Sekolah. Dalam erti kata lain, satu Public IP share sampai 20 sekolah... serupa pakai streamyx share 20 user serentak huhuhuhuh.


  6. Assalamualaikum Semua. Maafkan aku sabab terlewat untuk melewati thread ini. Aku ada urusan luar yang perlu dilaksanakan :)

    Aku berterima kasih dengan pandaangan korang semua. Korang banyak memberikan pandangan yang bernas. Dan aku mempunyai pandangan aku pula. Janganlah ada yang terasa hati kalau pandangan aku tak beberapa OK dari pandangan korang. Ini adalah quote yang aku akan jawab :-

    Post Locco Mengenai Shiah :

    Sebenarnya, apa yang disampaikan oleh Allahyarham Ahmad Deedat itu adalah memang benar. Sunni dan Shia adalah politik semata mata. Tetapi apa yang aku ingin tegaskan berkenaan Shia adalah kefahaman mereka mengenai Islam. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :-

    Allah's Apostle said to us, "Honesty descended from the Heavens and settled in the roots of the hearts of men (faithful believers), and then the Quran was revealed and the people read the Quran, (and learnt it from it) and also learnt it from the Sunna." Both Quran and Sunna strengthened their (the faithful believers') honesty. (Hadith from Sahih Al-Bukhari No. 208)

    Sunna, atau sunnah Nabi SAW dalam konteks merujuk kepada Sunnah (kehidupan, perbuatan Nabi) selepas kewafatan Nabi SAW. Semua hukum-hukum semasa zaman Nabi SAW dirujuk terus degan Nabi Muhammad SAW. Selepas kewafatan Nabi SAW, hukum-hukum berkenaan perkara-perkara baru dibincangan oleh kumpulan Ahli-Ulama berdasarkan kaitan nas-nas hukum berkenaan dengan Sunnah dan Al-Quran. Mereka (ahli ulama) yang membincangkan perihal ini digelar sebagai Al-Jamaa'h.

    Jesteru, Ahlil-Sunna wal-Jamaa' merujuk kepada "Ahli pengikut Sunnah secara Berjemaah" yang menyelesaikan permasalahan fardu ain, fardu kifayah serta permasalahan lain di dalam Islam secara perbincangan bersama.

    Berbeza dengan pegangan Shiah, yang mana mereka berpegang dengan Al-Quran dan Ahlul-Bait (12 orang Imam). Dari segi akidah, kepercayaan mereka terhadap imam yang disifatkan Maksum adalah salah sama sekali kerana sifat Maksum itu hanya ada pada Nabi SAW. Kata-kata yang keluar daripada mulut Nabi SAW tidak boleh disanggah sama-sekali kerana sifat Nabi SAW yang maksum. Kalau persamaan itu diberikan kepada 12 Imam berkenaan, maka kata-kata yang keluar dari mulut Imam berkenaan juga tidak boleh disanggah.

    Maksum beerti, "tidak mempunyai dosa", "tidak mempunyai walaupun sekecil halus dosa". Tapi tak semestinya Rasulullah SAW terlepas dari melakukan kesalahan. Allah SWT menegur Rasulullah melalui Jibril AS di dalam satu petikan ayat Al-Quran bermaksud :-

    "la memasamkan muka dan berpaling, kerana ia di datangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad). Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran Ugama yang didapatinya daripadamu). Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfa'at kepadanya." (Surah Abasa ayat 1-4)

    Itu Rasulullah SAW, ditegur oleh Allah SWT kerana baginda menumpukan orang lain di dalam satu majlis Ilmu, sedangkan si buta tersebut datang dari jauh untuk bertanya Ilmu kepada Rasulullah. Bagaimana pula dengan keadaan 12 Imam tersebut? Adakah mereka terlepas dari melakukan kesalahan? Jadi persoalan di sini kepercayaan akidah Shiah itu sendiri yang meletakkan Imam mereka sebagai maksum adalah salah dari segi akidah Islam. Apabila akidah salah, seluruhnya salah.

    Bila kita masih hendak mengatakan bahawa itu hanyalah politik semata-mata, maka apa gunanya kita memelihara akidah kita selama ini? Memang betul, bukan semua yang berpendapat demikian. Tetapi apabila mereka menyatakan ideologi Islam mereka mejurus kepada Shiah, maka kesimpulannya adalah sama. Mereke berpegang dengan akidah Shiah yang menyatakan Imam itu maksum. Dan mereka menuruti Imam tersebut tanpa mengetahui buruk-baik perbuatan berkenaan. Itulah yang aku takuti.

    Post Lalat :

    Setiap larangan Allah SWT ada hikmahnya melalui sains, teknologi serta sifat manusia itu sendiri. Kalau kita nak menjawab dengan jawapan yang ala kadar maka baiklah kita senyap sahaja daripada menjawabnya.

    Sebagai satu contoh, "kenapa haram makan babi?". Babi adalah makanan yang paling sedap menurut satu priest yang aku jumpa. Dia mengajak aku makan babi bersama. Aku cakap yang aku tak boleh makan makanan tu. Dia kata "Rugilah, babi adalah makanan ciptaan Tuhan yang sedap, tetapi umat Islam dilarang untuk memakannya". Aku cakap "Rugilah, SEX adalah perkara yang paling sedap untuk dinikmati, tetapi Priest Christian dilarang melakukan SEX". :P

    Bukan itu jawapan aku mengenai babi, yang atas tadi cuma sedikit lawak. Ini yang sebenarnya. Jawapan aku adalah "Babi ada Kuman". Jawapan paling saintifik, boleh klik kat sini.

    Begitu juga dengan suruhan Allah SWT yang menyuruh muslimat mengenakan pakaian yang menutup aurat (pakai tudung, baju labuh dsb). Aku nak bagi jawapan tetapi aku rasa, http://www.youtube.com/watch?v=mDZp7qwBU9Q.

    Post locco #43 :

    Jesus adalah Jesus. Jesus tidak sama dengan Isa ibni Mariam AS. Begitu juga dengan Moses. Ia tidak sama dengan Musa AS. Point aku, Jesus adalah latin translation untuk nama Nabi Isa AS yang digunakan untuk proses pencampuradukan semula Injil oleh orang Nasrani. (aku rasa yahudi buat kerja nih). Jadi tidak ada sifat-sifat murni Jesus yang ada dalam sifat-sifat Isa Ibni Mariam AS kerana Jesus adalah karektor yang dibentuk khas di dalam Bible.

    Kalau kita samakan nama Isa Ibni Mariam AS dengan Jesus, maka kita telahpun menyamakan sifat-sifat Isa AS di dalam Al-Quran dengan Jesus di dalam Bible yang kita terang-terang tahu ianya salah. Jesus adalah Jesus, Isa AS adalah Isa AS. :)

    Post UdangKarang #44 :

    Tak mengapa, sebenarnya ianya masih di dalam skop perbincangan mengenai pandangan orang Islam sendiri mengenai Islam.

    Post P Untuk Pendeta #52 :

    Postkan sahaja soalan tersebut, dan kita akan berbicang mengenai jawapanya :)


  7. Alhamdulillah, akhirnya ada juga orang yang memahami objektif aku. Tahniah P untuk Pendeta. Sesuai dengan nick anda. Inilah yang aku mahu dalam thread ini.

    Bila aku paparkan email dan jawapan aku. Tak semestinya aku ini sudah prefect apabila menjawab soalan user proud2behindu tadi. Jadi aku postkan kat sini supaya kita sama-sama boleh mantapkan jawapan kita sekiranya soalan yang sebegini rupa diajukan untuk kali kedua. Itu sahaja :)

    Benda ini, kita boleh bermusyawarah secara ramai-ramai dengan ahli putera yang lain. Aku juga nak tengok pandangan forumer lain mengenai isu ini dan bagaimana caranya kita boleh menghampiri orang seperti ini. Aku, secara terus-terang sekiranya diajak berdebat mengenai Nasrani (korang tau kan agama nih?) memang aku tak akan undur. Sebab aku akan gunakan Bible mereka untuk membidas ayat mereka. Pernah aku lakukan satu ketika dahulu di Forum ini.

    Cuma, mengenai orang aliran hinduism aku agak kaget skit disebabkan kurangnya kearifan aku mengenai agama berkenaan. Adalah skit-skit yang aku tahu mengenai Hinduism ini tetapi kalau nak guna pengetahuan tersebut untuk berdebat dengan mereka mungkin agak sukar sedikit kerana tak banyak point logik dapat diungkapkan.

    Kalau kritikan tersebut datang dari orang agama Islam itu sendiri, aku berpendapat yang mereka sendiri tidak mencari nilai di dalam Islam. Sama seperti sesetengah umat Islam yang masih meneguk arak dan berjudi, yang mana masih kabur dan tidak mencari kebenaran Islam. Untuk menghampiri mereka ini kita kena semaikan nilai-nilai murni Islam di dalam diri mereka. Menunjukkan kepada mereka kenapa Islam menyuruh berbuat demikian bersertakan bukti yang nyata dan jelas.

    Sebagai contoh, ada seorang kawan aku mempersoalkan kenapa babi didalam Islam haram dimakan sedangkan ianya ciptaan Allah SWT. Aku menjawab : "Babi memang ciptaan Allah, tetapi dagingnya tidak sesuai dengan kesihatan manusia. Dagingnya mengandungi kuman yang tidak mati didalam perut manusia. Sebab itu dilarang makan babi. Banyak lagi haiwan yang boleh dimakan, kenapa pilih babi?" Aku menunjukkan kepada dia Daging babi mentah apabila dicampur dengan Coke, menyebabkan ulat-ulat keluar dari daging babi berkenaan. Ujikaji dengan daging selain babi tidak menunjukkan keputusan yang sebegitu.

    Itu adalah contoh aku dengan kawan aku. Aku tidak tahu bagaimana situasi korang dengan kawan korang apabila diajukan soalan yang sebegitu. Banyak lagi persoalan, terutamanya bab tudung. Yang ini terlalu banyak persoalan. Terima kasih dengan maklumat yang aku dapat disini, dapatlah aku menjawab dengan tenang tudung dan dari segi pandangan sains dan mental mengenai pemakaian tudung.

    Itulah yang aku akan buat sekiranya cemuhan datang dari orang Islam sendiri. Aku akan cuba cari sumber dari Sains untuk cuba memberi jawapan kepada mereka.

    Adakah ini yang melabelkan imam setaraf dengan nabi? Golongan ini yang begitu taksub ngan imam...

    YA, tepat sekali. Mereka emnyamakan Nabi SAW dengan imam-imam tersbut. Itu adalah salah dari segi ajaran Islam.

    Makhluk camni..kebanyakan dalam dunia siber....

    mmg kalau korang perasan..kalau ader jer video2 tentang keislaman...esp dlm youtube.com sbg cth...

    mmg ader jer terselit..comment2 yg negatif ttg islam....

    kalau kita flame dia balik,mcm diibaratkan menegakkan benang yg basah....so apa yg perlu kita buat...

    defend it but not flame it back....makin kita flame diorang..makin naik tocang diorang....

    sebab hati diorang mungkin dh tertutup.....so kalau boleh beri skit penerangan ringkas yg membangun ttg dunia islam...

    kalau dia tanak dengar sudahlar...at least kita dh berdakwah secara tidak langsung kan...

    Dunia siber, dunia yang bukan face-to-face. Kalau tidak C-fu dia tak marah laa kalau sapa-sapa YM dia tak bagi salam. Betui tak C-Fu? Tetapi persoalan disini adalah samada kita nak bagi jawapan atau tidak. Itu sahaja. Kalau nak bagi, berikan pandangan bagaimana bentuk jawapan yang bakal diberikan :)


  8. ni most common questions asked by non muslim. refer sini untuk menjawab soalan2 dari non muslim. daripada ustaz Zakir Naik. cara beliau jawap sebijik macam ust ahmad deedat.

    harap dapat membantu saudara bagi jawapan kepada non-muslim tu.

    http://www.famousmuslims.com/faq.htm

    http://www.irf.net/irf/faqonislam/middle/introduction.php3

    p/s: harap post ni bukan spam.

    Hurm, terima kasih dengan link tersebut :).

    Bagaimanapun,

    Groundzero :

    Boleh aku tanya satu soalan? Betul ko tak nampak unsur flaming dalam nih? Atau ko nak aku tunjuk satu post dalam nih? Bila nak post, boleh tak kalau post tu cukup sekadar pendirian kita, tak perlu nak kutuk dengan agama lain. Tak perlu nak kata kafir, kafir kafir berulang-ulang. Itulah yang aku maksudkan sebagai pendapat.

    Yusri :

    Cadangan yang bernas, ok nanti aku akan fikirkan soalanya :)

    Lengchai86 :

    Terima kasih atas pendapat ko, tetapi bikanlah maksud aku "Kutuk dilawan Kutuk". Cuma "Kutuk secara beradab" itulah maksud yang ingin aku sampaikan bila aku ungkapkan "Apabila berhadapan dengan orang bodoh, maka kita kena jadi bodoh". :)

    Locco :

    Lama aku tak "bertengkar" dengan locco. :D hehehe.

    Sebenarnya, konseptual Shia itu sendiri dah silap. Diorang mengatakan yang terdapat 14 orang yang bersifat maksum sedangkan yang bersifat maksum itu sendiri adalah Nabi Muhammad SAW. Kepercayaan tersebut tak boleh diamalkan dan membawa kepada kepesongan. Dan banyak lagi kalau aku nak debatkan disini.

    Satu lagi, golongan shia memang mengangkat Ali melebihi Nabi SAW. Kalau ko membaca kitab shia : Peshawar Nights ko akan dapati banyak perkara yang melanggar kepada pembentukan Islam Ahli-Sunnah wa Jamaa'.


  9. jgn mula flaming, dan please jgn hina org bukan Islam...aku taknak qoute sesapa, sendiri reply sendiri mau tau.

    Boy, aku rasa mereka semua nih tak baca kot apa yang aku dah taip terang-terang kat tajuk utama.. Kenapa korang nih? Terang-terang aku cakap "tolong JANGAN reply kalau tak reti reply"

    Aku punya objektif adalah nak tahu apakah tindakbalas korang apabila diajukan soalan yang mencemuh Islam. Itu saja. Aku bukan mintak pendapat korang yang lebih menjurus kepada penghinaan kepada orang bukan Islam. Jangan buat camni. Tolong. Forum ini dah la boleh dicari melalui search engine. Jangan sampai kenyataan korang menjadi isu politik di dalam Malaysia.

    Sebab tu, aku awal-awal lagi dah kata jangan reply kalau tak reti reply.

    Again, sila bagi pendapat. APAKAH KORANG AKAN BUAT SEKIRANYA MENERIMA CEMUHAN TERHADAP ISLAM. Itu sahaja. Post selain dari tajuk ini aku consider sebagai SPAM. Sekian.

    P/S: Aku membuka thread ini untuk mengetahui sejauh mana pendangan forumer yang beragama Islam terhadap agama yang dianutinya. Itu sahaja. Janganlah mengjadikan thread ini sebagai serangan kepada orang bukan Islam. Kalau tidak, samalah kita seperti orang yang mencemuh kita. :)


  10. Amat, buang masa je... he's just someone, not everyone. Nak sampaikan mesej to everyone requires other approaches. mamat tu hanya sorang manusia out of millions - see my points? Bagi aku idiots (IMO) does not worth of my time to reply pepanjang cam di atas.

    Apa yg aku akan buat? Be a muslim, and be Islam...dia kutuk, kita jelaskan...bukan kutuk balik. Dia taknak dengar - sudah. Ramai lagi yg nak dgr/mencari erti islam. Tiada paksaan kalau dia taknak terima Islam.

    Sebenarnya memang benda nih buang masa. Cuma aku nak tanya pendapat forumer sahaja sekiranya benda ini berlaku kepada mereka. Adakah mereka akan menjawab kembali atau hanya sekadar pejamkan mata saja.

    Kadang-kadang orang nih boy, lagi kita tak jawab lagi tu dia dok rasa bangga yang orang takleh jawab pertikaian dia. So terpaksalah menjwab untuk senyapkan dia :(

    Lengchai86, kadang-kadang kita kena ingat formula ini : "Apabila berhadapan dengan orang bodoh, maka kita kena jadi bodoh. Apabila berhadapan denga bijak pandai maka perlu jadi bijak pandai". Aku tak maksudkan kita perlu menjadi bodoh tetapi kalau mereka menggunakan perumpamaan yang bodoh maka kita perlu menjwab dengan nada yang sama seperti mereka jawab. Itu pendapat aku la.


  11. Pertama sekali, aku minta maaf kalau aku membangkitkan isu ini, Tetapi aku merasakan aku perlu membalas dua posting ini.

    sori klu off topik.. ^_^

    anjing ngan serigala dalam keluarga sama..

    so serigala pon haram ker..?

    *topik nih bg haku bagus..

    dibincangkan. mmg ah kite x pegang badak air.

    tapi bagaimana ngan org2 yg selalu terlibat ngan binatang tuh..

    contoh, pekerja2 zoo..

    saper2 yg tau hukum-hakam patut sebarkan halal/haram.

    mane yg x tau same2 bincang n cari jawapan

    Serigala tak haram dipegang. Ahli sains bila mereka mengkelaskan sesuatu mereka melebihi sifat dan persamaan. Bukannya berdasarkan kacukan darah atau keturunan gen. Kalau persamaan kelas tersebut dibuat berdasarkan gen maka memang haram kalau kita pegang Serigala.

    Bila kita nak kelaskan sesuatu, kita akan ambil sesuatu yang lazim sebagai faktorial. Jadi dalam pengkelasan Serigala faktorial Angjing diguna-pakai untuk menunjukkan persamaan sifat. Tetapi masih lagi berbeza diantara anjing dan serigala. Nak mudah faham? Kalau kita bandingkan Ferrari dengan Proton, kedua-duanya berada di dalam faktorial KERETA. Memiliki ciri-ciri dan sifat yang sama KECUALI model engine, performance dsb.

    Salam Semua...

    Apa yang saya perhatikan disini, adalah kesilapan kita dalam menggunakan perkataan Halal dan Haram.

    Seorang guru ada mengatakan bahawa Anjing , Khinzir , labi , buaya dan seumpama nya adalah Haram hukum nya kita memakan nya, tetapi tidak haram untuk kita memegang nya.

    Contoh Anjing , seluruh badannya termasuk najisnya adalah Najis Berat kepada kita umat Islam, jika tersentuh wajib disamak.

    Tetapi ada nas mengatakan jika kulit kita kering dan kulit anjing itu juga kering, tidak menjadi masalah.

    Bagi saya bukan semua benda yang hukum nya haram itu kita harus menjauhinya, kalau begitu amatlah tidak adil ALLAH itu untuk menyusahkan Umat Muhammad dengan benda benda yang macam gitu.

    Islam itu Indah, dan keindahan Islam itu termasuk dalam hukum hukum yang ditetapkan dalam Islam. Apa yang penting adalah ilmu dan kefahaman akan ilmu tersebut, jangan kita ambil "muat-turun" saja tanpa kita kaji.

    Faham akan Tempat hukum Haram yang dikenakan.

    Memang ada nas sekiranya tangan kita kering maka kita boleh sentuh anjing berkenaan. Tetapi saudara TJ-Ariff, kena tau yang tapak tangan manusia sentiasa berpeluh. Berpeluh = mengeluarkan cecair = tapak tangan kita tak kering. Jadi sah memang haram kita menyentuh anjing.


  12. Ini adalah email daripada user proud2behindu :-

    #1 email pertama :

    From : proud2behindu
    Sent : October 03, 2007
    Subject : Islam is najis -- u eat it, i dont.
    
    God is nothing but ur imagination. and if a hindu is imaginative and creates images, so be it.. but ur imagination is so damned that u dont even know how he looks, feels like. all u know is some najis written in quran, which u have to eat from day one of ur life. all muslims i know want to be moderate and not practice hijab, 5 namaz eetc, but they are forced to because of peer pressure, not because they believe in this. they r so jealos of me because they see me having fun, while they cant
    #Respons aku kat dia
    To : proud2behindu
    Sent : October 03, 2007
    Read : October 03, 2007
    Subject : Re: Islam is najis -- u eat it, i dont.
    
    Hahahaha. So you got pissed by me? Ouch my heart is sooo touchable.
    
    You know, when you insulting a Muslim and Islam by saying Islam is a najis, Quran is a piece of toilet paper and much more, your-name-it for other critique to Islam DO YOU think for a few second how this will impact to others Muslim? DO YOU care about that? I shouldn't ask you this question because I'm already know the answers = YOU DONT CARE at all.
    
    You, let me tell you something. How can I put my imaginative to craft my GOD face while I never see my GOD personally?. Even our prophets never see a god face. That too wrong my friend. For example, if you cant see me, then how you can describe about my face, my personality?
    
    YOU always used najis, PORK, DRUG, DAMN to describe Islam. But I, I only use stone, cement and jewellery to describe your god. This true right pal? Since your god (as you say, your beautifully imagination) crafted by using cement, stone and jewellery. So instead giving you a wrong Idea about Hinduism I'm giving you a fact that you cant denied.
    
    Duh....
    #2 email kedua :
    From : proud2behindu
    Sent : October 03, 2007
    Subject : Re: Re: Islam is najis -- u eat it, i dont.
    
    even i m giving u the truth - islam is all that what i said - najis, piss, ur asshole, pork, alcohol, drug, damn, polygamy, violnce, marrying sisters, beating wife, hijab, jihad.. etc etc.
    
    lol.
    abt how u havent seen ur god but believe.. lol but u must imagine him.. even u cant tell how i look, because u havent seen me, but u can imagine, right? thats what all the stone is all about.. human imagination, nothing wrong with that buddy. but since u dont have a god.. ur allah is satan, thats why even ur imagination doesnt work.
    #Respons aku kat dia
    To : proud2behindu
    Sent : October 03, 2007
    Read : October 03, 2007
    Subject : Re: Re: Re: Islam is najis -- u eat it, i dont.
    
    Some of pointless massage in my Inbox.
    
    Well... as I say, I cant imagine my god face. Is like I cant imagine how air look like. I feel a air but I cant see it. This is my opinion about my god. I feel my god always watching me but I cant see where.
    
    You say my god Allah SWT is satan? How do you know? You see it or you just make another retard rough assumption just like your democratic god? :P
    #3 email ketiga
    From : proud2behindu
    Sent : October 03, 2007
    Subject : Re: Re: Re: Re: Islam is najis -- u eat it, i dont.
    
    lol. u can feel it but cant see it?.. lol.. then why do all the muslims who really feel their god (satan allah).. so violent, intolerant and killing people.
    #Respons aku kat dia
    To : proud2behindu
    Sent : October 03, 2007
    Read : October 03, 2007
    Subject : Re: Re: Re: Re: Re: Islam is najis -- u eat it, i dont.
    
    So, with your so-called creativity you use it to craft a god from cements? How wonderful.... if this god cannot proceed your wish then you will craft another one. And it will be repeatedly. WOW! Such a wonderful Idea of democratic-god. 
    
    The Only reasons why we cant see Allah SWT is because Allah SWT create us. Not applicable to Hindu who create their own god by using a wonderful imagination
    #4 email dari dia
    From : proud2behindu
    Sent : October 04, 2007
    Subject : Re: Re: Re: Re: Re: Re Islam is najis -- u eat it, i dont
    
    what the [maaf ye] is SWT? i know PBUH is najis be upon prophet.. lol
    
    i, as a hindu am perfectly fine with the concept of God as a super-natural power and not something that created everything..
    
    Look my friend, since you dont take the time and effort to understand hinduism or any other religion, why shud I. in fact, when i can see all the flaws, cockiness of islam right in front of my eyes (polygamy, marrying sisters, beating wife, hijab, killing non-muslims etc etc) then i dont need to waste my time reading any quran najis.
    u cant call them group of psychos.. why does it happen that all terrorists are muslims. i know all muslims are not terrorists, but all terrorist r muslims and thats enough for me to understand ur religion.
    
    u really cant change my opinion abt islam, so dont even try .. because my opinion is true and firm.. it is the shittiest religion of the world.
    i dont contradict myself, because hindus dont kill without any reason - hindus kill because there was a reason in gujarat.. self-defense is not violence. dont tell me that terrorists are also doing self-defense, because muslim terrorists r not afrad to kill other muslims as well - shia v/s sunni etc. i neither respect u nor ur religion .. u may go to hell (which u will after death)
    #Respons aku kat dia
    To : proud2behindu
    Sent : October 04, 2007
    Read : October 04, 2007
    Subject : Re: Re: Re: Re: Re: Re: Re: Islam is najis -- u eat it, i dont.
    
    Waa.. a rough assumption again about Islam.
    
    FYI, I'm already read your Vedas and Pevenas. And all-about 8 light-of-path to human. Do you really think I dont read it at all? Youre wrong my friend. Let me explaining to you about "In front of your eye" :-
    
    #1 Poligamy
    - World statistic today describe WOMEN ratio to MEN is about 3:1. Which mean, there is more WOMEN in this world. If one men get married with one women, so what happened to the other 2's? That why, polygamy is accepted by Islamic law. To balance this RATIO. Still dont get it? Please use GOOGLE.
    
    #2 Marrying Sister
    - Please show to me a PROVE that Islam is allowed such this thing.
    
    #3 Beating Wife
    
    - I'm surely confident that youre already read the rules of thumb : http://www.straightdope.com/columns/000512.html did you? But this is against Islamic Law. Islam permitted their ummah to beat wife but it must be proceed with strictly condition. For example, if my wife doesn't want to pray then I will be allowed to beat my wife. Because she doesn't pray. That All. You cannot beat your wife without reason in Islam.
    
    #4 Hijab
    
    - Women, in Islam is the most precious treasure. Therefore, they must be protected. Wearing Hijab mean they protected thyself from the eyes of man. I dont know how Hinduism protecting their own women.
    
    #5 Killing Non-Muslim
    
    - What? Where? In India? If their kill Non-Muslim WITHOUT ANY REASONS then they not a muslim at all. Islam dont teach us to kill somebody without a proper reasons.
    
    #6 Terrorist
    
    - What you really mean about terrorist? A Palestinian who want to be freed from Israel or a muslim who be slaughtered by American Army in Afghanistan and Iraq? If you meant THEM so I'm proudly say that they also have RIGHT to defence thyself. They're not a terrorist, but a HERO who want to save they own country.
    
    FACT ABOUT SHIA and SUNNY.
    
    SHIA, they're muslim but not Islam. Because they wont believing Prophet PBUH. Instead, they believing Saidina Ali. I also NEVER acknowledge SHIA is a part of Islam.
    
    SUNNY, the group of muslim who believing prophet pbuh. They're Islam as well as Muslim.
    
    If you want to know more about SHIA and SUNNY, please use google. I'm sorry because I dont have much to to describe this two things to you.
    
    My friend, proud2behindu. I'm sorry if I'm insulting your religion too much. But the way your describing your hate to Islam is too emotional even I cant stand any longer. Understanding my religion is not just as hear, or see. Even I read Quran to much, doing research about fact and prove in Islam just only to understand Islam and it teaching.
    
    That why, if you want to prove that your religion is much better than my religion then youre pleased to bring some PROVE to me. Just see and hear without any research may lead you to wrong way of life. How about this, you do some research about Hinduism? About God, it creation, and other thing that may give you an answer that you're looking for. How about that? This is my suggestion.
    
    I have a lot collection of Bible, some manuscript from Vedas and Purenas in English and of course, Quran. I'm comparing them to find an answer that led my to a true GOD. What I found is ISLAM. I dont know what you may found after you do a research that I suggested.
    
    That All my friend. Thanks for spending your valuable time reading my mail.

    Lepas email ke-empat. Dia dah tak reply dah email aku. Aku pun duk tunggu jugak bila dia nak reply. Sorry. English aku teruk tapi nak buat camna. huhuhuh.

    JADI, Boleh aku tahu apa yang korang akan buat sekiranya korang terdengar cemuhan terhadap Islam? (untuk orang Islam sahaja). Aku pun nak tahu apakah reaksi korang kalau-kalau korang menerima email seperti ini.


  13. Sorrylah, aku terlewat untuk aware dengan post nih. :D

    Bagaimanapun tahniah kepada UdangKarang. Post ko memang bagus.

    Apabila kita menyebut mengenai Islam Hadhari, aku tak pernah mengaku yang konsep Islam Hadhari itu adalah sesuai. Malah dia lebih teruk dari apa yang aku jangkaan. Pindaan terhadap beberapa syariat Islam mengikut kepentingan politik dalah salah satu daripadanya.

    Dalam erti kata lain, Islam Hadhari bukanlah konsep dalam erti kata Islam yang sebenar. Dia hanyalah Islam atas dasar kepentingan politik.


  14. Assalamualaikum Semua, salam sejahtera.

    Pertama sekali, korang boleh masuk tengok youtube nih : Saintis yang memeluk Islam

    Apa yang aku nak sampaikan bukan video tu, tetapi di bahagian komen. Korang browse bahagian komen (dan kalau terjumpa nick ahmades, itu adalah nick aku).

    Aku nak tanya korang, secara ikhlas (untuk yang beragama Islam sahaja). Kalau korang terdengar cemuhan mengenai Islam bagaimana korang akan mempertahankan Islam? Adakah korang akan membiarkan diri korang kosong dengan ilmu mengenai Islam?

    Salah satu user youtube, nick-nya proud2behindu menghantar email mencemuh Islam kat aku. Aku menjawab email dia. English aku tak la beberapa hebat seperti cik abidahmathusin tapi demi Islam kena balas juga. InsyaAllah aku akan pamerkan email tersebut di thread ini bersertakan dengan apa yang aku balas.

    Cuma dalam thread ini, aku nak tahu apa yang korang akan lakukan sekiranya korang (yang beragama Islam) mendengar cemuhan mengenai Islam.


  15. Network suma direct to router / takde server.. pc akan melalui switch, dari switch masuk router/modem..

    ip suma standard .

    192.168.1.3 <- ip pc

    255.255.255.0 <- subnet PC

    192.168.1.1 < - router/gateway

    202.188.0.133 <- DNS

    202.188.1.5

    so ada solution?? mcm mane? takkan nak letak server plak? tak berbaloi la 20pc nak pakai server..

    Ok, aku paham. Sekarang ini ko punya layout adalah camni la ye :-

    PC<-------->Switch<-------->Router(build-in Modem)<------->Internet

    Dari segi IP dan Subnet aku rasa memang tak ada masalah. Tetapi keraguan aku adalah pada performance router itu sendiri. Aku rasa ko kena beli satu server untuk dijadikan proxy server ko. Jangan berkira sangat untuk memberikan service yang terbaik epada pelanggan ko :)

    Router ko menanggung beban dalam network ni. Jadi ko kena pindahkan "beban" router ko ke server.


  16. huh...aku pon sarankan korang gune eclipse neh..byk gak r developer java yg pro2 neh cdgkan gune eclipse neh..hikhik..netbeans neh utk beginner je la... :mellow:

    Beginnner ko cakap? hohoho Netbeans adalah salah satu IDE yang paling advance yang pernah aku guna selain Eclipse. Memang terlalu sempoi.


  17. Waalaikumusalam

    Berdasarkan masalah ko, boleh aku tahu :-

    1. Layout Network ko, samada direct dari Switch ke Router atau proxy memalui Server dulu
    2. IP yang digunakan besertakan subnetmask

    Aku tak rasa switch ada masalah sebab bila ko cakap [bila separuh keluar.. baru ok balik internet..]. InsyaAllah kalau ko provide aku dengan info tersebut mungkin masalah ini dapat diselesaikan.

×
×
  • Create New...