Jump to content

ahmades

Members
  • Content Count

    1978
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by ahmades


  1. Tak guna terang atau taip panjang-panjang untuk orang yang fikirannya cetek untuk baca post yang panjang-panjang :)

    Awat? Malaysia hanya ada minyak saja ka? Cukai takde? Pendapatan GLC takde? Sia-sia aku tulis post punya panjang tapi ada jugak yang tak faham apa yang berlaku sekarang nih :rolleyes:

    Pemimpin kenalah berotak bisnes bila mengurus hala-tuju malaysia. Zaman Dr M pun naik jugak minyak tapi sekadar menampung kos projek lebuhraya PLUS, projek lebuhraya kat Selangor dan kos Jambatan Pulau Pinang serta penubuhan Proton. Ini mengada-ngada naik tanpa sebab yang munasabah kenapa erk?

    P/S:

    Dan satu lagi, sebut bab belajar. Kenapa? Ingat semua yang belajar tinggi-tinggi tu kompom boleh buat kerja ke? :P Belajar dari buku dengan belajar dari pengalaman adalah dua entiti berbeza beb. Harap Maklum.


  2. Assalamualaikum, aku dah baca keseluruhan thread. Dan aku terpanggil untuk mengunkap sekata dua kata.

    Bagi aku, Pak Lah seorang yang terus terang aku cakap, lembik. Dia ibarat tunggul kayu yang tunggu untuk ditebang je. Kenapa aku cakap camtu? Sebab dia tak mampu memberikan ketegasan kepada orang-orang bawah dia. Aku teringat zaman Dr Mahathir, walaupun dia ada anak tapi dia tak beri peluang anaknya untuk bercakap bab politik disampingnya. Berbeza dengan Pak Lah yang senang-senang menurut kata menantu dia.

    Sebagai seorang pemimpin, dia perlulah tegas dan pandai membezakan bab anak dengan negara. Mana boleh dua urusan dicampurkan serentak dalam satu pentadbiran? Dan kenalah pandai mengurus perbelanjaan negara. Pembaziran projek yang mana kesannya terpaksa dibayar oleh rakyat seperti ekanaikkan haraga petrol dan tol (yang sekaligus mendorong kenaikan harga barang) dan keadaan ini menyebabkan rakyat tertekan dan hasilnya, PRU12 yang menunjukkan hasil pilihanraya yang cukup "menakutkan" bagi pemimpin BN.

    Sebab apa rakyat menujukkan sokongan terhadap pembangkang? Jawapan aku mudah sahaja, sebab tindakan bodoh BN sendiri yang bercakap tanpa bukti dan bercakap lebih tanpa hasil. Aku tanak sebut panjang-panjang. Sebelum pilihanraya, ada iklan BN yang menyebut tentang keselamatan rakyat yang terjamin. Tapi, apa yang terjamin sebenarnya? Sewaktu Pak Lah naik, jenayah mengikut statistik PDRM menunjukkan peningkatan hampir 70% bagi semua jenis jenayah berat.

    Tak perlu cakap banyak, sesiapa yang berbangga duduk di KL. Meh aku nak tanya. Korang sekali kilas pandang suasana di KL apa yang korang perasan? Rasa seperti duduk di Malaysia atau dah rasa seperti duduk di Indonesia? Terlalu banyak kemasukkan pendatang asing hasil tindakkan Pak Lah yang memberikan mereka "Kerakyatan Kesian" sebab berlaku tsunami di Indonesia. Tapi, dah lama peristiwa tu berlaku, kenapa tak halau pendatang ini pulang ke Indonesia? Inilah faktor utama jenayah berleluasa di Malaysia.

    Lain cerita, harga minyak. Harga minyak ini sesuatu yang teramat sensitif untuk disebut. Ramai yang cakap, kenaikkan harga minyak pasaran mendorong kepada pengurangan subsidi minyak oleh kerajaan. Orang bodoh yang tak tau ekonomi memanglah akan cakap begitu. Tetapi bagi mereka yang memahami keuntungan dan situasi Petronas itu sendiri, kenaikkan harga minyak Antarabangsa itu sepatutnya boleh mengandakan keuntungan Petronas yang boleh membawa kepada pengekalan subsidi itu sendiri. Minyak Malaysia diantara minyak termahal dijual di Pasaran Antarabangsa disebabkan peratus plumbum dan sulfur yang terkandung didalam minyak Malaysia diantara yang terendah sekali. Ini menjadikan minyak kita adalah minyak yang paling berkualiti.

    Rakyat Malaysia sebenarnya tidak menikmati minyak Malaysia sebenarnya. Minyak yang dijual di stesyen petrol di Malaysia merupakan minyak tukaran yang datang dari Timur Tengah. Minyak yang datang dari Malaysia digunakan di negara Eropah sebagai memenuhi peraturan standard transmisi pengeluaran asap di negara sana.

    Dan, perkara yang paling utama yang menyebabkan BN kalah teruk adalah propaganda mereka itu sendiri. Mereka menggunakan habis-habisan media arus perdana sehingga ke berita-berita utama untuk menyerang pembangkang. Rakyat masa kini bukan buta seperti dulu dah. Kebanyakan mereka ini pun tahu mengenai media arus perdana yang diekplotasi oleh BN untuk kepentingan sendiri. Apa yang dilihat di Televisyen tidak boleh dipercayai lagi. Tengok, selepas pilihanraya pun masih lagi cuba untuk menakut-nakutkan rakyat dengan pelbagai tohmahan seperti kes Menteri Besar Perak, Kes Melayu di P.Pinang, Kes Janji PKR-DAP untuk pembangunan Selangor dan bermacam-macam lagi kes yang sepatutnya tidak diekplotasi oleh BN.

    Aku tertarik dengan kes Melayu di Pulau Pinang, sampai ada pemimpin UNMO negeri pun sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa Melayu susah untuk mendapat pembelaan dari DAP. Yang dulu GEREKAN menguasai P.Pinang, ada ka Melayu yang mendapat pembelaan? Sampai kes tsunami, kes tenah, kes perumahan, ada ka mendapat pembelaan kerajaan negeri? Tapi tanak sebutlah dalam post aku nih. Padanlah dengan Melayu yang duduk kat sana pun, ada tanah jual kat orang. Pantang ada tanah jual. Padanlah kalau Melayu kat sana kalau merempat pun. Dan Melayu bakal merempat di negara sendiri kalau sikap suka jual tanah diamalkan.

    Cuba tengok media arus perdana, hampir kebanyakan pemimpin BN memulakan propaganda mereka menakut-nakutkan rakyat dengan isu bangsa. Yang UMNO cara UMNO, yang MCA, MIC, PPP, Gerakan cara diorang pulak. Bila ini terjadi, aku secara terus terang memberitahu yang peristiwa 13 Mei bakal berulang untuk kali kedua. Ini yang kata pemimpin takda hala-tuju, sanggup buat apa asalkan pembangkang boleh menerima tekanan. Yang mana tengok berita pastu percaya dan membawa kepercayaan mereka dalam putera.com melalui post mereka disini pun ada jugak. Tapi tak boleh kata apalah sebab mereka mudah terpedaya dengan berita yang terang-terang dimanipulasi oleh parti pemerintah.

    Kalau kita tanya orang tua-tua, faktor mereka menyokong BN adalah disebabkan BN sewaktu zaman Perikatan berusaha menuntut kemerdekaan dari British. Itu kita tak nafikan, tetapi itu sewaktu hendak menuntut kemerdekaan. Sekarang ini kita sudah merdeka dan kita perlu memikiran ekonomi, kebajikan dan perpaduan rakyat.

    Nah, sekarang rakyat dah tunjuk petanda yang tak baik untuk BN. War-war Koridor pun tak kedengaran dah sekarang ini. BN bakal jatuh merundum kalau apa yang mereka janjikan di Koridor (yang mana, jumlah semua melibatkan perbelanjaan hampir RM1 trillion) gagal dilaksanakan. Dan, seperti biasa, kerajaan yang baik yang pandai menjaga kebajikan rakyat akan terus berkuasa dan berkuasa.


  3. Saya membaca nasihat Joul seakan-akan saya sedang menjalankan perniagaan MLM. Betul ke apa yang saya baca? Atau Joul tak teliti habis-habisan thread ini dahulu sebelum mengemukakan pendapat?

    En Joul, ini adalah projek yang bakal ditubuhkan dari hasil invesment pihak pelabur. Bukannya syarikat yang telah diwujudkan pastu nak cari downline kat bawah. Apabila kita sebut "projek", ianya benda yang sangat abstrak kerana kewujudannya memerlukan ramai investor yang berani melabur jutaan ringgit didalamnya untuk membolehkan projek ini berjalan.

    Kalau En Joul reply sekadar melihat dua-tiga isi dalamnih pastu terus nak baut andaian, saya berpendapat En Joul tak perlu nak reply, cukup sekadar menjadi pemerhati topik. Itu nasihat saya. Sebabtu saya selalu menegur warga putera supaya baca dulu thread bagi habis sebelum nak reply apa-apa. Kalau tak, dia kana jadi seperti sama seperti En Joul.


  4. aku try tanya kat satu hamba Allah ni nanti..

    BTW, kilang yg seperti kos kau katakan tu (RM40mill), tu sebulan kapasiti pengeluaran dia dlm avarage berapa ye?

    pastu, berapa lama pulak untuk execute operasi (operasi dapat duit balik),selepas duit dapat di kumpul kan?

    antara perkara yg kena pikir:

    1) sumber bahan mentah.- dah secured ke contract supply bahan mentah tu? untuk berapa lama price bahan mentah tu dapat di berikan sehingga supplier decide nak bagi harga baru?

    2) proses sijil halal, serta proses R%D untuk tarikh luput.

    sorry bnyk tanya. hamba Allah yg aku nak jumpa ni memang bnyk tanya giler..

    assalamualaikum warahmatullah....kepada semua... saya ingin memperkenalkan diri saya....nama saya mohd zaidi master mind dlm pojek nih...terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih atas semua komen yang tlh tuan2 berikan pada en ahmades....beliau nih kawan saya dan merupakan salah sorang daripada team nih...setelah banyak diasak dgn persoalan maka terpaksalah saya sendiri memperjelaskan permasalahn yg kurang terang....ok idea kilang nih timbul dah lama cumanya formula saya tak jumpa lagi so tak berani nak cakap dan satu lagi sebab kita nak produk makanan kalau boleh dikuasai oleh orang islam sendiri sebab pengguna paling banyak dalam malaysia nih org islam....saya pernah sembang ngan satu prof di salah satu u kat mesia nih dan dia pernah diminta untuk membantu kilang roti high 5 bagi memulihkan kembali sale selepas diserbu ppim ari tu....lebih kurang bila dia tanya taukeh kilang tu sale sebelum kena serbu kalau roti tu keluar 10 bungkus balik cuma 1 atau 2 bungkus saja...tapi lepas kena serbu tu keluar 10 balik 8 maknanya disini buyer yg 2 bungkus tu boleh jadi 1 kaum dia dan yg 1 lagi tu kaum kita yg tak ambik port langsung.

    klang yang kami nak buat nih kami nak utamakan satu konsep pengilangan islam iaitu imp(islamic manufacturing practice)...so dalam imp ni kita bukan setakat nk benda yg kita buat ih halal tapi halal lagi baik(halalan thoiyiban)....

    beza halal ngan halalan thoiyiban nih camnih...halal cam jakim buat tu syarat dia mestilah sekurang2nya dalam kilang tu ada 2 org pekerja muslim sahaja dan yg lebihnya lain2 bagsa dan ugama pun takpe...jadi saya terpikir kalaulah kat umah sebelum pekerja tu datang kerja dia main ngan anjing dia ker babi dia ker pastu datang kerja dia buat lak makanan kita....halalkah makanan kita ?

    tapi konsep imp nih bukan takat barang kita tu jer kena halal orang yang ada dalam kilang tu pun terutamanya bahagian operasi kena berwudu` kalau batal kena keluar dan berwudu` semula....kalau pompuan yg datang bulan dilarang sama sekali masuk bhg operasi

    sebelum memulakan kerja semua pekerja diwajibkan menunaikan solat dhuha

    semua pekerja mestilah islam

    muzik adalah dilarang sama sekali dalam kilang

    tu lah serba sedikit tentang imp ni....tu salah satu sebab kos tinggi kerana untuk imp nih kena ada haccp gak

    ok menjawap persoalan cekgureza kami andaikan dlam malaysia nih cuma 2.5 juta org saja akan membeli 1 tin susu sebulan dan kapasiti pengeluaran untuk 8 jam sehari adalah 120000 tin dan didarabkan dengan 24hari tu kalau 8 jam kalau kita adakan 3 shift....jawapan kira sendiri

    ok tu kalau 2.5 juta org sebulan....cuba pulak cekgureza bayangkan dlam satu negeri ada tak 5000 gerai makanan....kita andaikan adalah 5000...cuba kira 5000 x 5 tin sehari dan katalah mereka nih berniaga cuma 20hari sebulan lepas tu darab pulak ngan 10 negerilah katakan dan anggaplah harga jualan kita cuma rm1.70 ...so jumlah jualan sebulan dalam rm12.75 juta darab dgn 12 bln dah dapat rm153 juta....setahun kalau investor nak balik pun kita berani bayar dah modal dia betul tak cekgureza

    berbalik sumber bahan mentah...ni ler salah satu lagi sebab kita nak modal banyak tu so kita boleh p beli sendiri kat luar tak payah lagi pakai org tengah kat mesia nih yg kebanyakannya bukan org kita yg mana mereka nih selalu mainkan kita dengan harga yg tak tetap dan bekalan yg tak menentu

    tentang persijilan lak rasanyer kalau imp tu standard dia lebih lagi dari halal jakim

    susu tu lak boleh tahan 2 thn selagi tak bukak dan kalau bukak lak boleh tahan lama kalau tak tumpah dengan syarat masuk dalam freezer

    ok rasa takat nih dulu....tuan2 bolehlah tanya lagi kalau tak paham...ingat yer tak paham angkat tangan.

    ==========ahmades reply============

    Demikian tadi, reply panjang lebar dari team @ mastermind saya yakni En Zaidi. Sekiranya terdapat persoalan tambahan yang memerlukan jawapan dalam kadar segera, anda amatlah digalakkan untuk menghubungi beliau di talian 013-4121461 @ 016-4421461


  5. Assalamualikum En Zex, saya amat berterima kasih dengan pandangan En Zex.

    Tetapi, inginlah saya mengungkapkan kata mengapa RM 40J :-

    1 : Kegagalan SME Bank untuk mengenalpasti kami sebagai berpontensi.

    Saya, sebenarnya terkilan dengan sikap SME Bank yang pilih bulu didalam menguruskan pinjaman kepada usahawan. Mereka hanya akan meluluskan sesuatu pinjaman keatas projek sekiranya salah satu penama projek merupakan nama besar dalam dunia usahawan @ mendapat recommendation daripada kerajaan sendiri. Adalah teramat susah sekiranya sesuatu yang baru ingin dilaksanakan sekiranya perkara ini berlaku. Dalam erti kata lain atau bahasa kurang enak didengar, SME Bank hanya memberikan pinjaman kepada mereka yang dah kaya dalam bisnes. Bukannya kepada mereka yang memiliki idea bisnes yang ingin menceburi dunia bisnes.

    Sebab itu, kami ingin membina infrastruktur kilang sendiri tanpa melibatkan pihak Bank mahupun institusi pinjaman lain. Kerana mereka tidak akan melayan permintaan kami disebabkan kami baharu nak memulakan perniagaan, bukannya telah lama bertapak dalam perniagaan.

    2 : Perkilangan dengan status GMP, HACCP dan Halal

    Perkilangan industri makanan merupakan aspek yang paling kritikal dari semua segi, terutamanya dari segi operasi penghasilan dan pembungkusan produk. Sesuai dengan kilang yang menghasilkan produk Halal, kami semestinya mahukan kilang yang bakal ditubuhkan menepati semua proses GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Point) dan juga menepati standard Halal. Halal bukanlah bererti penggunaan bahan-bahan menepati syariat Islam sahaja tetapi dari segi kebersihan operasi, kebersihan kawasan perkilangan serta semestinya kawalan mutu penghasilan produk itu sendiri.


  6. Assalamualaikum Cekgu, lama kita tak bersembang :D

    Untuk minimum figures, kami tetapkan tidak kurang dari RM500K seorang. Nilaian ini berdasarkan kilang yang ingin diwujudkan adalah jenis SDN BHD. Maklum sajalah SDN BHD terhad kepada 50 orang investor sahaja :(

    Untuk target marketing, kami mensasarkan market Local dan Export. Malah, semasa projek ini masih dalam cadangan kami telahpun menerima tawaran sebuah syarikat Singapura untuk memasarkan hasil produk kilang ini ke pasaran Timur Tengah dan Eropah.

    Kalau cekgu berminat, kami boleh berjumpa dengan cekgu untuk memberikan penerangan lanjut berkenaan prospek projek ni :)


  7. Bukan nak cari sorang, nak cari ramai :D. Kalau sorang aku pun tak mampu :(.

    Objektif kami adalah untuk cari seramai mungkin investor Bumiputera untuk melabur di dalam projek ini. Kami pentingkan Bumiputera beragama Islam kerana objektif penubuhan kilang Susu Pekat ini :-

    1. Berorientasikan produk Muslim Halal
    2. Sebagai produk melambangkan imej Malaysia
    3. Produk halal keluaran Malaysia

    Kalau en Lanog berminat, saya boleh datang ke tempat en lanog untuk memberikan penerangan. Kami sememangnya serius didalam perkara ini. Untuk investor lain juga, kami akan menemui anda sekiranya anda berminat dengan projek kami. Hubungi kami untuk makluman lanjut dan penjadualan pertemuan kami dengan anda.


  8. Assalamualikum dan salam sejahtera kepada warga putera.

    Dipendekkan cerita, dua orang member aku telah menemui formula susu pekat tanpa kandungan whey protein (yang kebanyakkannya diperolehi daripada lemak haiwan) kami mula bercadang untuk menhasilkan produk-produk susu bermutu berasaskan formula ini.

    Cadangan kami adalah menghasilkan produk halal berasaskan tenusu dengan menggunakan formula ini untuk pasaran Malaysia serta pasaran luar negara seperti Euro, Timur Tengah dan Asia. Malah, ada pihak mengumukakan tawaran kepada kami untuk membeli hasil tenusu bagi tujuan export ke negara timur tengah dan Euro. Produk Halal Malaysia sangat dikenali dan mendapat permintaan yang tinggi di negara-negara timur tengah dan kelompokan eropah.

    Ini menjadikan pasaran produk halal amat berpotensi besar untuk berjaya di masa hadapan bagi pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa.

    Untuk tujuan ini, kami ingin mencari investor yang ingin melabur didalam projek kami ini. Sebanyak RM 40J (lump sum) diperlukan untuk kos-kos pembangunan kilang Susu tin pekat ini. Projek ini dijangka menghasilkan turnover sebanyak RM 108J setahun boleh membawa pulangan besar kepada pelabur yang melabur di dalam projek ini.

    Sekiranya anda berminat, kami boleh menghubungi anda atau kami sendiri datang ke tempat anda untuk memberikan penerangan terhadap projek ini. Hubungi :-

    En Afandi : 017-5511160 atau,

    En Zaidi : 013-4121461, 016-4421461

    untuk maklumat lanjut mengenai projek ini. Dan diulangi, sekiranya anda amat berminat dengan projek ini dan ingin bertemu kami face-to-face sila hubungi kami untuk menjadualkan pertemuan pihak anda dengan kami.

    Terima kasih, sebarang pertanyaan bolehlah diajukan di forum ini.


  9. wireless antenna tak ada barang ke ? EnGenius usb wifi tak jual ke ? dia ni power 20db+ dan guna chipset Atheros.

    lagi satu suram saja store hang tu. tukar la warna cerah.

    Kalau Nanowave nak? Kami ada menjual produk nanowave (tapi tidak boleh dipaparkan dalam web atas sebab tertentu).


  10. Assalamualikum semua.

    Sewaktu aku menaip kat post nih, memang takda anti-virus lagi yang detect virus nih. So, kalau korang terkena virus nih ini adalah langkah-langkah untuk membuangnya.

    Virus nih, maaflah aku tak simpan. Tapi nama fail virus nih adalah password_viewer.exe. Simptom terkena virus nih adalah komputer korang sentiasa restart bila korang on komputer korang. Kalau korang boleh on komputer dengan jayanya sekalipun, komputer korang akan direstart secara otomatik bila korang cuba jalankan program CMD.

    Virus ini menghasilkan dua fail dalam C:\Windows iaitu :-

    1. password_viewer.exe
    2. pc-off.pif

    Fail pc-off.pif merupakan fail arahan yang dihasilkan oleh password_viewer.exe yang mengandungi arahan untuk restart komputer apabila program CMD dijalankan. Kalau korang terkena virus ini :-

    1. Pertama sekali, jangan panic. Cari CD Windows XP atau mana-mana utilities yang membolehkan komputer boot ke DOS
    2. Laksanakan arahan untuk mendelete dua fail nih :-

      del c:\windows\password_viewer.exe
      del c:\windows\pc-off.pif

    3. Kemudian boot ke Windows kembali dan bersihkan bahagian registry dengan menggunakan CCleaner.

    Okeh, yang tu saja infomation aku. Aku bukan pandai sangat bab-bab nih :(


  11. Sebab yang jadi camtu apabila virus dibuat dengan tak kena cara. Anyways, sebelum lakukan step nih pastikan virus tu dah tak dah dalam komputer.

    Pertama sekali, pegi ke RUN dan taipkan :-

    gpedit.msc
    Satu tetingkap Group Policy akan keluar. Pegi ke sini :-
    User Configuration > System > Prevent Access to Registry Editing Tools

    Klik kat situ, kemudian, pegi ke tab Setting dan tick pada radiobox Disabled. Kemudian klik OK. Selesai masalah. Cuba masuk registry edit.

    Apa-apa problem, just tanya kat sini.

×
×
  • Create New...