Jump to content

Shanai

Admin
  • Content Count

    621
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by Shanai


  1. Putera.com mencipta sejarah yang tersendiri pada Khamis, 5 April lalu apabila berjaya mencapai ranking di bawah 30,000, iaitu ranking tertinggi sejak ia diwujudkan hampir 9 tahun dahulu. Alexa.com menunjukkan ranking Putera.com pada tahap 29,678 pada hari tersebut dan terus meningkat kepada 28,044 pada hari ini.

    Pencapaian ini adalah saat yang membanggakan kerana ia adalah petanda bahawa Putera.com semakin dikunjungi oleh lebih ramai orang. Putera.com juga semakin menghampiri senarai Top 200 website yang paling dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Pada ketika ini, Yahoo.com berada pada tangga yang teratas, diikuti oleh friendster.com, msn.com, goggle.com.my dan google.com. Tempat keenam pula ialah youtube.com diikuti oleh myspace.com, blogger.com, live.com dan wikipedia.org.

    Website tempatan yang berada di tangga teratas ialah Jobstreet.com (tangga ke-13) dan Cari.com.my (tangga ke-14). Manakala Lowyat.net berada di tangga ke-25. Pada hari ini, Putera.com berada di tangga yang ke-210. Kedudukan ranking itu berubah-ubah dari semasa ke semasa.

    Untuk menggalakkan lebih ramai pengguna Internet Malaysia datang, singgah dan seterusnya menjadi ahli setia Putera.com, ruangan artikel yang memuatkan rencana, tips dan tutorial berkaitan dunia ICT dan komputer akan diperkemaskan lagi.

    Ruangan English juga sekarang dikemaskini dari semasa ke semasa dengan berita-berita dan perkembangan terbaru dunia ICT tempatan.

    Saya berharap kita semua dapat sama-sama membawa Putera.com ke tahap yang lebih tinggi dan disegani dalam arena siber di Malaysia, di Nusantara dan di dunia!

    Nota: Anda boleh memantau ranking Putera.com dan mana-mana tapak web yang anda kunjungi dengan memasang toolbar Alexa Putera.com. Klik sini untuk mendapatkannya.


  2. Assalamualaikum.

    Memandangkan suasana tegang dan kontroversi sudah semakin reda dan orang ramai sudah pun sedar hakikat program-program skim cepat kaya yang berleluasa sebelum ini, maka saya rasa sudah tiba masanya kita membuka semula forum ini kepada semua ahli termasuk ahli baru (learning). Kalau lepas ni ada lagi ahli baru yang kurang faham atau "tertinggal keretapi", harap yang lain tolonglah saling tegur menegur.

    Dengan harapan bahawa posting-posting yang lebih berkualiti akan muncul lebih banyak dan kurang posting merepek, maka kiraan point untuk posting di forum ini juga telah diambil kira kembali.

    Saya juga telah menamakan semula forum ini kepada e-income, dengan harapan para pengguna forum akan lebih faham dengan objektif forum ini.

    Saya menyeru kepada semua agar sentiasa berhemah apabila menggunakan forum ini. Gunakanlah untuk kebaikan semua dan bukan kepentingan peribadi.

    terima kasih

    - admin @ shanai B)


  3. Assalamualaikum.

    Saya dapati ada kekeliruan yang masih berterusan di kalangan ahli dan juga pengguna Internet di Malaysia umumnya berkenaan E-Gold.

    E-Gold adalah boleh diibarat sebagai sejenis matawang, sama seperti Euro, Dollar, Ringgit dan Rupiah. Lebih tepat, ia adalah matawang emas digital.

    E-Gold bukan sejenis skim cepat kaya.

    E-Gold adalah sejenis matawang online yg sah dan boleh digunakan dalam banyak transaksi di Internet.

    E-Gold mirip macam PayPal, cuma bezanya PayPal lebih berbentuk seperti pindahan wang melalui kad kredit, tetapi E-Gold seperti pemindahan wang secara cash.

    Transaksi E-Gold juga adalah sehala, sebab itu ada sesetengah peniaga seperti eBay tidak membenarkan E-Gold.

    E-dinar adalah equivalent kepada e-gold dan dicadang diguna untuk negara-negara Islam. Ia dipelopori pada tahun 2000 oleh Zeno Dahinden dari Switzerland, Dato Abdul Rahman Shariff dari Malaysia dan Fernando Vadillo dari Sepanyol. Ia diperbadankan di Labuan dan di Dubai. Pada awal penubuhan, e-dinar menjalinkan kerjasama dengan E-Gold dan setiap unit e-Gold adalah sama dengan e-Dinar.

    Walau bagaimanapun, E-Gold banyak mendapat imej buruk kerana banyak skim cepat kaya di Internet yang menggunakan E-Gold sebagai matawang kerana ia mudah untuk dikendalikan.

    Kalau nak tahu lebih lanjut pasal E-Gold dan E-Dinar, anda boleh buat kajian sendiri melalui WikiPedia.

    Nota: Epoint atau e-point tak ada kena mengena dengan e-gold atau e-dinar, dan saya rasa ia adalah objek yg diragui nilainya (mungkin tak ada nilai) yang direka-reka oleh sesetengah pihak untuk tujuan yg mungkin berunsur penipuan.

    Harap maklum.


  4. for the simple fact, yang ko dan moderator yang membenarkan mereka membuat "pelaburan" yang ko sendiri tak suka. nobody likes a two-timer.

    Terima kasih kepada C-Fu di atas komennya. Kepada yg lain, janganlah marah kepada dia, dia juga seorang forumers yang berwawasan.

    Saya memang nampak apa yg ada dalam forum tu, dan bukan saya buat-buat tak nampak.

    For the simple fact, saya memang sengaja biarkan begitu. Kenapa? Kerana saya cuba sedaya upaya saya untuk memberikan kebebasan bersuara kepada semua orang untuk membincangkan baik buruk sesuatu.

    Walaupun saya bangga kerana ramai yang mendapat manfaat daripada putera.com, tapi perlukah saya beritahu bahawa saya juga sedih melihat rakan-rakan sendiri masih ada sifat-sifat bongkak dan close-minded? Sedih kerana tak ramai yg mampu menegur dengan baik dan memujuk yg tersesat itu ke jalan yang betul...

    I don't have answers for all of the questions. Everybody have some answers for some questions. Let us share, the juicy, and the bitter part of this life ... together.


  5. MLM yang banyaknya kasi FIXED return. Which 100% haram. Takyah nak berdebat, memang haram benda tuh.

    Pasal tuh orang boleh main Share tetapi takleh main Preference Share. Dah nanti off-topic.

    Jangan confuse dengan istilah MLM. Mana ada MLM yg fixed return. Tak ada apa yg salah mengenai MLM, ia hanya satu kaedah marketing, yg sah disisi undang-undang.

    Ia adalah satu kaedah marketing yg baik, tapi sering dipandang serong akibat ramai yang rakus dan mencemarinya dengan unsur-unsur negatif.

    Admin atau Moderator, harap dapat tamatkan ruangan e-duit dengan segera. Kita telah sedia maklum bahawasanya Majlis Fatwa dah keluarkan fatwanya yakni pelaburan online spt ABFUND, WINLIFUND, SIWSSCASH, dsb adalah haram. Tq

    Lagi sekali, jangan confuse. Forum e-duit tak ada kena mengena dengan pengharaman pelaburan internet oleh Majlis Fatwa.

    Forum e-duit mmg tempat perbincangan mengenai mencari duit melalui Internet dan pelaburan itu hanyalah salah satu darinya. Terdapat banyak kaedah untuk cari duit melalui Internet, tapi orang kita hanya menyempitkan fikiran dengan menganggap bahawa nak cari duit melalui Internet adalah dengan cara pelaburan.

    Banyak lagi punca-punca pendapatan halal yg boleh diperolehi dari Internet, contohnya melalui affiliate program, adsense, ebay dan lain-lain.

    Ramai orang hanya taksub dan terpesona dengan kekayaan segera, mereka tak berminat untuk berusaha. Ini sama sekali bertentangan dengan semangat Putera.com.

    Harap Maaf Tapi Ini Realiti..Aku Ada Beberapa Rakan Dari Bangsa Lain Yg Menyindir , Mentertawakan Aku Bila Aku Kata PUTERA.COM Antara Forum Terbaik Yg Aku Pernah Jumpa ...Kenapa?....Jawapan YG Aku Terima Dari Rakan Aku ..." Lu Masuk Putera aa?.....Itu Tempat Melayu Gaduh2 Ar?.." ....Agak2 nya apa yg kau rasa?.....tapi Ye Arr Memang Melayu Cam Tu ...Tak Boleh Tgk Bangsa Sendiri Senang .....

    Walaupun saya tidak pernah mengehadkan Putera.com kepada satu-satu bangsa sahaja, tetapi saya sangat bangga kerana Putera.com telah berjaya membantu ramai anak bangsa sendiri meningkatkan ilmu, pendapatan dan sahsiah mereka, sehinggakan ramai yang irihati.


  6. terima kasih kerana prihatin.

    Tadi tu mmg diaorang ada emergency maintenance sikit. itu yg terganggu.

    Saya hargai keprihatinan semua, kalau ada berlaku kes2 di mana website ini tak dapat nak diakses dalam tempoh lebih sejam, boleh report/ngadu kat saya melalui YM, id saya: hasani.

    Kalau saya aware ttg masalah tu, saya akan jawab dgn explaination. Kalau saya belum aware, saya akan siasat secepat mungkin.

    terima kasih kepada semua yg beri kerjasama.


  7. sebaik saja pintu rumah dibuka terkejut besar aku....korang tahu apa...member yang aku nak call dari alamat namecard tu ....macam tak percaya jer....Aku pun jemput dia masukk....aku pun tanya kat dia apahal datang ni..sebab tak pernah datang umah aku...dia kata sajer terdetik nak nak datang kebetulan dia lalu kat area rumah aku..

    Saya pernah ke rumah seorang pakar motivasi, dan kebetulan masa kat rumah dia tu, ada seorang budak cina datang mintak sedekah, dan pakar motivasi ni pun hulurkan pada dia duit color merah. Bila budak tu dah pergi, saya tengok kat pakar motivasi tu (dan dalam hati tertanya-tanya kenapa baik hati sangat dengan pengemis tu, dah la bangsa lain), dia pun tengok kat saya dan kata, "kita bagilah dengan ikhlas, entah-entah yg datang tu adalah malaikat yg nak menguji kita."

    So tasek16, entah-entah yg datang tu bukan kawan yg sebenar... tapi mungkin satu pertolongan atau ujian dari empunya alam.

    Pada mulanya saya fikir posting ni terkeluar dari tajuk walaupun ia menarik. Tapi bila saya fikir2 balik, saya rasa ia juga satu bentuk transmisi gelombang otak bila awak berfikir bagaimana hendak mendapatkan duit itu. Permintaan awak secara tak sedar telah dihantar melalui gelombang otak kepada alam, dan alam telah memberi responnya kepada awak.

    Saya teringat satu dokumentari istimewa yg pernah saya tonton berjudul The Secret, tak ada di mana-mana televisyen. Kalau ada kesempatan, saya nak dapatkan cerita tu dan tayangkan kepada korang semua kalau-kalau jadi gathering nanti.


  8. kalau nak buat kat chalet atau resort mana-mana ok jugak. Yg student kita bagi diskaun, yg bekerja kena support lebih skit.

    tapi chalet ni nampak susah nak dapat internet (andaian kasar)

    kalau nak mei-jun masa cuti sekolah... kos mesti tinggi, nak murah luar school holidays

    nak bawa isteri & anak-anak tak kisah, tapi kos kena tanggung contohnya sewa khas untuk sekeluarga.

    yg bujang boleh kongsi2 bilik/chalet.

    Kalau nak bawak girlfriend boleh, kalau cukup korum, boleh sewa chalet untuk pompuan saja. Jangan risau sebab kita bawak tok kadi sekali :P

    kalau kat PD, banyak hotel2/resort yg selalu org buat kursus. senang dapat bilik/internet.

    tapi pc .. nak kena bawak la.. kalau sewa kos meningkat.

    Untuk comittee.. ada org yg nak volunteer?


  9. Masalah ni peringkat server, tak ada apa sangat yg saudara dapat buat pada tahap ni. Ia keluar sekali sekala bila server ada problem, mungkin busy.

    Tapi kalau ada sesuatu yg perlu dilakukan, saya akan bagitau.

    walau bagaimanapun, masalah ni mmg dalam pemantauan dan disiasat dari masa ke masa.


  10. Lanjutan dari posting saya dan perbincangan di http://forum.putera.com/tanya/index.php?show...75&start=75, maka saya hendak mengajak saudara dan saudari sekalian meneroka ke alam metafizik dan merungkai misteri gelombang otak dan bagaimana mungkin kita dapat memanipulasikannya... contohnya untuk menghubungi seseorang yang lain melalui telepati!

    Ada tak sesiapa yg pernah secara sengaja atau tidak sengaja menghubungi rakannya melalui minda? ataupun sekadar menghantar mesej tertentu?

    contohnya yang mudah ialah kita teringatkan seseorang yang dah lama tak dihubungi dan tak lama kemudian, tiba-tiba orang itu menelefon anda!


  11. Elok juga, dah lama kita tak ada buat gathering.

    Yg penting kena fikir tempat yg sesuai dan praktikal untuk semua. Dari segi tarikh.. elok jugak sekitar mei/jun.

    kalau nak buat lebih dari sehari, elok kat luar KL, kat chalet mana-mana ke... kos kena siap sedia la..

    kalau nak buat sehari sahaja, dalam KL pun ok, cari hotel 3 bintang atau tempat mana-mana yg tak mahal untuk sewa.

    kalau nak dewan... kat presint 8 putrajaya ada dewan utk aktiviti org ramai, yg boleh sewa murah2.


  12. Ruangan artikel/tips/tutorial akan digerakkan semula.

    Boleh klik pada menu di atas.

    Sesiapa yg nak tulis artikel sama ada dalam bentu tips, tutorial atau rencana umum, boleh submit kepada saya. Kalau artikel berbentuk teks sahaja, boleh terus submit ikut page artikel itu sendiri.

    Sesiapa yg berminat untuk aktif menulis, boleh apply jadi moderator/editor.

    kredit (byline) akan diberikan untuk semua tulisan.


  13. Dalam kesibukan kita mencari kekayaan, walaupun niat kita suci, murni dan tulus, kita wajib mengambil tahu tentang hukum halal & haram.

    Saya tidak bermaksud untuk menentukan apa yang halal dan apa yang haram, tapi saudara-saudari sekalian dapatkanlah maklumat yg berkaitan dan putuskan sendiri.

    Antara laman web yg membincangkan isu halal dan haram berkenaan pencarian pendapatan yg banyak menyentuh hal-hal yg berkait dengan topik yg sering dibincang di forum ini ialah seperti berikut:

    http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_wart....asp?keyID=1320

    http://www.zaharuddin.net/v1/index.php

    Kalau ada website pro & con lain, sila senaraikan di sini.

    Jika nak berbincang atau berhujah, anda dijemput ke forum Serious Discussion di http://forum.putera.com/tanya/f64.html


  14. sy rasa x perlu tutup ruangan e-duit tp kita buat mcm ruangan Jati Diri & Peribadi. Guest, Validating & Learning x bole akses ruangan ni. dah jd member baru bole akses. jd kurang sikit guest yg semata-mata nak jd ahli putera.com untuk nak post dlm ruangan e-duit lepas tu hilang entah kemana

    Saya rasa ini adalah salah satu cadangan yg baik.

    ataupun juz block mane2 skim yang haram dari segi fatwa nanti...

    tinggalkan yang dibenarkan jer... pastu bleh tak open ruangan tu untuk perbincangan bisnes2 melalui internet cam perhantaran online ker jual beli online dan perbincangan pasal e-bankan, sbb tajuk pon e-duit

    yang bro shanai cakap tu betul gak... beri nafas baru dalam ruangan ni

    *just cadangan

    Perbincangan mengenai bisnes boleh guna forum Bisnes

    Tutup je la h En Shanai ...dan please BANNED ME FROM PUTERA.COM ...aku dah tak tahan tgk ramai sgt kat sini yg benci sgt kat kitorang yg carik duit nih ...dah tak tahu dah nak terang camner lg ..ni ade plak usul nak tutup e-duit ...ermm takper la ..aku mengundur diri jer ...thanks.

    Jangan contohi orang-orang yang tiada semangat dan tiada pegangan diri.

    "kalau tak sukerrrr...tolonggggg tutup telinga...dan tutup mata"....

    Bukan Majuk ..tp TENSION....semua yg mengharamkan eduit tuh cuma ISLM ikutan...aku naik tak faham dgn diorang nih ...INVESTMENT HARAM,FOREX HARAM,MLM HARAM,PIRAMID PUN HARAM ......aku naik tak faham diorang faham ker tak USTAZ tuh pnya pengajaran ...USTAZ tuh pun aku tgk artikel dier byk yg dier dgr2 jer ...bukan kaji ...itu yg aku tak puas hati ..tp yer la diorang nih dah taksub sgt nak buat camner kan?...

    Anyway aku ckp terus terang jer...kalau rasa kami buat keje haram ..semak2 balik diri anda @keluarga anda....mak ayah org kerajaan/mkn gaji ...org kerajaan gaji mana bersih?...dari sumber haram semua tuh ...tp diorang tak boleh terima kenyataan nih pnya ....pd dioarang semua betul org lain semua salah ....itu lah hakikatnya org2 yg dendam sgt dgn eduit ni ...

    Saya mengalu-alukan perbincangan yang lebih serius dalam bab halal/haram ini melalui forum Serious Discussion.


  15. You can read the reason given by the moderating member by clicking on the percentage.

    I believe the forum's moderator is in concern of newbies and oppurtunies. However, I will look into this matter and resolve on how this issue would be handled. In mean time, try to avoid posting links to such site, until we decide on how to deal with it.

    I respect your knowledge and expertise, but sometime we have to find a way on how to "menarik rambut dari tepung".

    regards,

    admin


  16. Assalamualaikum

    saya rasa terpanggil untuk membuka semula topik ini dan memperjelaskan setakat ilmu yg ada pada saya. Jadi apa yg saya jelaskan kat sini terhad kepada pengetahuan saya sahaja. Untuk kesahihah, sila rujuk mereka yg lebih berwibawa. Tujuan saya menjawan ialah supaya tidak timbul kekeliruan berkenaan soal ini.

    pertama sekali, berkenaan motif pembuka topik ini bertanya dan kemudian menghilang diri bukanlah satu yg penting sangat, saya berpendapat beliau mungkin mendapat soalan ini dari tempat lain dan ingin menjadikan satu topik perbincangan di sini.

    ok, mari kita mulakan;

    Kerana bumi ini sphere, mana2 arah pun akan bertemu pada satu titik jua?

    Tak berapa betul, bukan mana-mana arah, sebaliknya hanya 2 arah, iaitu ke depan atau ke belakang. Dan dalam menentukan kiblat, kita mesti pilih jarak yg terdekat. Kalau kita berada berhampiran kaabah, memanglah kalau kita membelakangkan kaabah, maka atas dasar bumi ini sfera, maka kita juga "menghadap" secara teknikalnya tetapi pada jarak yg lebih jauh (ukur lilit bumi). Tapi semua orang tahu, hanya orang gila sahaja yg mungkin membelakangi kaabah. Akal manusia yg waras akan sentiasa memilih jarak yg terdekat.

    Atas muka bumi ini, hanya ada satu titik sahaja yg jarak ke depan kaabah adalah sama dengan ke belakang kaabah, dan fakta bahawa pandang mana-mana arah akan bertemu kaabah jua menjadi betul, dan kita akan terpaksa berhadapan dengan situasi sama ada nak menghadap ke depan, ke belakang atau ke mana; iaitu titik tepat yang bertentangan dengan kaabah di sebelah sana sfera bumi. Iaitu kalau tak silap, di satu tempat di tengah-tengah lautan pasifik, yg mana tak ada org siuman yg saja-saja cari pasal nak pergi sembahyang kat situ. Kalau ye pun ada daratan kat situ, beralih selangkah dari titik tepat itupun kita dah dapat satu titik baru yg ada jarak yg lebih dekat ke kiblat. Jadi berdasarkan rajah yg diberi, orang itu sebenarnya berdiri di tgh2 lautan pasifik. Kelogikan soalan ini menyebabkan timbul keraguan terhadap pencipta soalan itu sendiri.

    Dimanakah letaknya Kaabah.?

    Dan kemanakah arah ke kiblat.

    Jawapannya: Tiada timur tiada barat.

    Kemana kamu menghadap, disitulah wajah Allah.

    ya betul, dan setuju, tapi ... kita kena berusaha dahulu tentukan arah dengan apa yg ada pada kita sebelum berserah kepadaNya.

    Allah tetapkan, kiblat tu lebih kurang arah matahari jatuh

    Ustaz yang mengajar aku kat sekolah khas agama pernah berkata, ..aku ingat sepenuhnya kata2 ustaz itu..ni dia cakap " Arah kiblat bagi sekalian umat islam adalah arah barat walaupun pada hakikatnya orang islam berada di tengah2 antara timur dan barat tersebut dan arah barat lebih dekat daripada timur..

    tetapi kalau timur lebih dekat menghadap kiblat...maka boleh ambil arah timur..

    Aiseh..dah kalau kaabah depan mata..takkan la kita nak menghadap ke arah lain pulak?Panduan arah kiblat ni utk umat yg berada jauh dari kaabah..dan dah diberi panduan yg mudah bahawa arah kiblat tu adalah berada diarah lebih kurang menghala ke matahari terbenam,Islam ni agama yang mudah dan dipermudahkan untuk umatnya..so kalau kita ikut ajaran Islam tu berpandukan Al-Quran dan Hadis maka segala urusan tentang agama islam tu jadi mudah dan dipermudahkan.

    Saya tak pasti tentang perkara ini, tapi pada pendapat saya, ulama-ulama nusantara sejak dari zaman dahulu mungkin mengajarkan bahawa kiblat itu ke arah barat/matahari jatuh untuk memudahkan pemahaman masyarakat di nusantara, tapi pengikut2nya mungkin ada yang fikir yg arah barat/matahari jatuh itulah arah fizikal kiblat, dan bukan kedudukan fizikal sebenar kaabah. lagipun kalau nak explain benda2 yg high level kat orang kampung yg tak pernah mengembara ke dunia barat, mungkin susah sikit. * pendapat saya sahaja.

    ni aku heran.. kalau orang Islam kat US, Canada, South America, etc tu, Kaabah arah timur.. takkan kena hadap Barat jugak?

    haha.. :) apa kata anda tanya kat depa yg pi belajar kat US/UK

    yang ni point arah kiblat mungkin boleh ikut arah lain..yang mana lebih dekat..

    Yang nyata walaupun dimana kita berada..kalau masih dapat nampak siang dan malam maka akan ada matahari terbenam...dan arah matahari terbenam tak lain tak bukan adalah arah barat..

    macamna pulak kalau kita berada ni mekah atau disebelah kaabah...contoh kaabah berada disebelah kanan (timur kita)...takkan la kita tetap nak berpaling kearah barat yang mana membelakangkan kaabah tersebut?..

    kalau kita tengok gambar2 orang sembahyang kat kaabah, dia akan menghadap kaabah, tak kiralah kalau dia berada di timur, barat, utara atau selatan kaabah. Betul tak?

    serious bende ni, tp gua juz nk kongsi pendapat je la...

    kalo salah tlong la tegur ye..

    dulu gua selalu msuk hutan, kluar hutan, naik gunung, turun gunung...

    gua punye lead selalu tekan kan yg solat adalah bende asas, so ape pun halangan kite kene buat..

    gua tanye die mcm maner nk tau arah kiblat, die jwb...

    (1) gune kompas, kalo tk silap la.. arah barat - senget kan 40 darjah kanan...(tlg pasti kan dgn ustaz dulu)

    (2) tp yg paling penting, die ckp niat...

    Yang paling senang untuk tentukan kiblat ialah kita beli kompas kiblat yg harga dalam RM5 - RM10 pun boleh dapat. Ada juga sejadah yang siap ada kompas kiblat. Tapi pastikan anda tahu baca! Kompas ini pada asasnya sama dengan kompas biasa, iaitu kompas magnet (yang menunjuk ke arah kutub utara kemagnetan bumi). Bezanya, kompas biasa ada 360 darjah, kompas kiblat ni dah dimodified sikit dan ada penanda2 kalau tak silap sampai 400. Bersama kompas kiblat ini, akan dibekalkan sebuah buku kecil yg mencartakan arah kiblat bandar-bandar di seluruh dunia. Kalau tak silap kuala lumpur, nombor penandanya ialah 80 atau 85. Kalau kita pergi ke utara, katakan moscow, maka nombor rujukan dia akan berubah, begitu juga kalau ke new york dan lain2 tempat dalam dunia. berdasarkan nombor tu kita pusingkan kompas tu (atau badan kita) sehingga jarum (yg tunjuk north) berada pada nombor penanda rujukan yg diberi, maka arah kiblat akan dapat ditentukan dengan melihat kepada arrow merah yg dicat pada kompas berkenaan.

    Kalau kita tak ada kompas kiblat ni, kompas biasa pun boleh guna. macam kita gi camping dalam hutan, bawa kompas/bearing. kalau kita tahu yg kita sedang berada di malaysia, boleh la kita agak2 ke arah barat dan senget sikit ke kanan/ ke utara, tapi taklah sampai 40 darjah, mungkin sekadar 10-20 darjah sahaja (sila check dengan ustaz anda). Kalau anda berada ddekat2 Chiang Mai, Thailand, mungkin anda boleh terus ikut arah barat tanpa senget2 lagi sebab kat situ garis lintangnya adalah hampir sama dgn garis lintang Mekah.

    Kalau masuk hutan tak bawak kompas, bolehlah agak-agak dengan tengok arah matahari terbenam (itu kalau adalah hutan kat malaysia je lah - kalau hutan kat Amazon kena tengok arah matahari naik la pulak).

    Kalau dah malam, tengok la berpandukan bintang-bintang di langit. ada beberapa buruj di langit yg boleh membantu kita mengagak arah utara/selatan. buruj biduk untuk utara, buruj pari untuk selatan (check dengan budak UPSR). Ada satu buruj (yg ada bintang orion) boleh terus tunjuk arah kiblat.

    Tapi apapun, cara cerapan matahari & bintang ni bergantung kepada kedudukan kita di muka bumi dan masa. Ini kerana cakerawala sentiasa bergerak dan tidak sama dari satu ke satu masa. contohnya, dalam sistem matahari ada equinoks dan solsetis. kalau kita perhatikan hari-hari dalam setahun ada masanya matahari tengahari condong ke utara dan ada masa condong ke selatan. Masa US/UK tengah summer, matahari kat rumah kita condong ke arah utara, dan masa mereka winter, matahari kat rumah kita condong ke arah selatan.

    Dalam setahun, hanya ada dua ketika sahaja di mana matahari betul-betul tepat di atas kepala. Dan di mekah, peristiwa ini berlaku pada 12:16 pm 28 Mei setiap tahun. Itu adalah tarikh dan masa yg paling sesuai untuk umat islam seluruh dunia termasuk malaysia untuk menentukan kedudukan arah kaabah/kiblat berdasarkan matahari. 12:16pm waktu mekah adalah bersamaan 5:16pm waktu malaysia. Jadi cara senang, ialah kita boleh pandang tepat ke arah matahari, atau pacakkan kayu tegak dan tengok bayang2nya pada tarikh dan waktu itu, dan tahulah kita arah kiblat yg betul. Elok untuk kita rujuk sebagai panduan khususnya arah kiblat di pejabat atau rumah kita. satu lagi tarikh ialah 16 julai 5:28pm waktu malaysia.

    Satu lagi kaedah yg paling tepat ialah dengan guna teknologi satelit / GPS, yg mana tidaklah orang kebanyakan macam kita mampu. Kaedah satelit lebih tepat berbanding kompas sebab kompas hanya menunjuk ke arah kutub utara medan magnet bumi dan bukan kutub utara sfera bumi.

    Jadi, gunakanlah kaedah yg berupaya kita dapat. Kalau kita sesat sehelai sepinggang dalam hutan di malam gelap yang tiada berbintang atau terperangkap dalam gua, maka kita tak ada apa-apa yg boleh membantu menentukan kiblat, maka di ketika itu, pilihlah satu arah dan niatkanlah kita mengadapNya.

    satu perkara yg suka saya kongsi dalam penggunaan kompas ialah arah jarum kompas bergantung kepada medan magnet bumi. Oleh kerana sifat magnetnya, maka ia mudah terpengaruh atau terpesong jika ada medan magnet / elektromagnet lain yg berhampiran. Jadi semasa kita guna kompas, cuba kita test di beberapa tempat dahulu sebelum kita confident dengan sesuatu arah. Ini terutamanya dalam bangunan, kerana dalam dinding ada wayar2 elektrik yg ada fluks elektromagnet yg mungkin menganggu. Dekat bukit2 pun kena hati-hati kut2 dalam bukit ada besi atau mineral bermagnet.

    just to share some experience, saya pernah ke luar negara dan semasa menentukan kiblat menggunakan kompas kiblat di hotel, bilik salah seorang rakan menunjukkan arah yang berlainan sama sekali berbanding lain-lain bilik. Dalam alam ini ada unsur-unsur yg kita tak boleh nampak yg mungkin boleh memesong arah kompas, penjelasan sains tentang ini ialah medan elektromagnet yg kuat.

    wallahualam. yang benar itu datang dariNya, yang tidak itu adalah dari saya jua...


  17. ok, macam nilah.

    Anda semua boleh memainkan peranan untuk membantu saya.

    Dekat mana-mana forum/sub-forum yg belum ada mod atau mod tidak aktif atau mod busy atau mod tak terlayan, dan anda aktif di situ, bolehlah buka satu topik untuk mengusulkan cadangan pelantikan mod baru / tambahan mod.

    Bila agak-agak dah cukup user2 lain bagi cadangan dan pencalonan, boleh inform saya dan saya akan bukakan undian pemilihan.

    ada mod-mod yg sedia ada macam zeronehza guna kaedah ini untuk bantu saya lantik/cari mod baru.

    Mod sendiri juga boleh mencadangkan kepada saya sesiapa yg difikirkan layak untuk dilantik terus (tak perlu undi) untuk jadi mod kat mana-mana forum, sekiranya beliau sendiri yakin dgn kemampuan bakal mod berkenaan.

    Memang saya ada kuasa untuk melantik atau tidak melantik mod. Tetapi hak untuk mencadangkan mod ada pada anda dan mana-mana ahli putera.com. Setakat ini 95% cadangan lantikan moderator adalah diluluskan. :)

×
×
  • Create New...