Jump to content

Shanai

Admin
  • Content Count

    621
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by Shanai


  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

    Pihak Putera.com kini dalam proses menyusun strategi untuk mengaktifkan kembali Putera.com terutama ruangan forum Tanya@Putera.
    Salah satu langkah yang akan diambil ialah dengan memperkenalkan keahlian berbayar (premium membership).

    Ahli yang berstatus premium akan menikmati kelebihan-kelebihan tertentu antaranya:

    • Posting di ruangan forum iklan secara percuma (ahli biasa akan kena bayar kadar caj tertentu untuk setiap posting)
    • Diskaun hebat untuk pengiklanan dalam Putera.com
    • Had mesej PM dalam inbox yang berkali-kali ganda daripada ahli biasa
    • Akses kepada ruangan forum yang akan dikhaskan untuk ahli premium sahaja
    • Seminar dan tutorial percuma dalam bidang perniagaan internet, pembangunan web dan topik-topik berkaitan
    • Menggunakan kemudahan untuk ambil order dan jual barangan digital atau fizikal menerusi Putera.com (akan diperkenalkan tidak lama lagi)
    • dan macam-macam lagi yang akan diperkenalkan.
    • Caj untuk keahlian ini yang akan dikenakan adalah sebanyak RM97 setahun.
      Harga ini adalah amat berpatutan jika dibandingkan dengan faedah dari kemudahan yang akan diberikan serta pelbagai ilmu yang akan dikongsikan.
      Anda bukan lagi menggunakan Putera.com untuk sekadar bersoal jawab dan bersosial, tetapi boleh menimba ilmu perniagaan dan menjana pendapatan sambilan atau sepenuh masa.

      Jika anda seorang yang berpandangan jauh dan mempunyai semangat keusahawanan yang tinggi, maka keahlian berbayar ini sangat sesuai untuk anda.
      Tetapi jika anda tidak berminat untuk membina kemahiran keusahawanan online dan menggunakan Putera.com sebagai pentas untuk menjana pendapatan, tidak mengapa, anda tidak perlu upgrade sebagai ahli berbayar, kerana anda masih boleh menyertai forum ini seperti biasa.

      Tetapi tunggu sekejap!

      Sebagai menghargai semua ahli Putera.com yang telah menyokong laman web Putera.com selama ini, saya ingin menawarkan satu tawaran yang sangat hebat!
      Apa kata kalau saya tawarkan caj keahlian berbayar ini hanya RM47 sahaja seumur hidup!!!

      Harga pra-pelancaran ini adalah sebagai menghargai sumbangan anda sebagai ahli Putera.com yang sedia ada, tetapi berbanyak maaf kerana saya hanya boleh tawarkan harga ini kepada 50 ahli yang pertama sahaja! Ini adalah atas sebab untuk menampung kos-kos operasi nanti. Ini adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.

      Untuk mendapatkan tawaran pakej pra-pelancaran ini, sila buat pembayaran kepada akaun:

      Maybank:
      Nama: Hasani Hassan
      Nombor akaun: 162142902211
      Description: Yuran ahli [username]
      (masukkan emel [email protected] di bahagian Recipient's email address)

      CIMB:
      Nama: Hasani Bin Hassan
      Nombor akaun: 14380001207201
      Description: Yuran ahli [username]
      (masukkan emel [email protected] di bahagian Recipient's email address)

      Paypal:
      [email protected]

      Setelah membuat bayaran, sila sahkan bayaran tersebut dengan mengirimkan butir-butir transaksi secara emel kepada [email protected] atau melalui PM di dalam forum ini kepada saya, bersama-sama dengan maklumat berikut:
      • username Putera.com
      • Nama Penuh
      • Nombor IC
      • Nombor telefon
      Keahlian berbayar anda akan diaktifkan setelah pengesahan bayaran dibuat. Bagaimanapun faedah-faedah yang dinyatakan di atas mungkin tidak akan diaktifkan sehinggalah program keahlian berbayar dilancarkan secara rasmi.

      Saya berharap ahli-ahli Putera.com mengambil kesempatan ini secepat mungkin, kerana tawaran ini sangat terhad. Apabila program keahlian berbayar ini diaktifkan sepenuhnya dan dilancarkan nanti, lebih ramai pengguna internet akan melayari Putera.com. Malah sebelum itu lagi, apabila program ini diuar-uarkan kepada semua ahli yang sedia ada, maka berduyun-duyunlah mereka akan datang kembali ke Putera.com. Jika terlambat, anda mungkin terlepas peluang keemasan ini.

      Bandingkan antara RM97 setahun dengan RM47 seumur hidup. Yang mana lebih berbaloi?
      Cepat, tinggal 42 slot sahaja lagi untuk harga istimewa ini!

      Salam hormat dari saya,

      Hasani Hassan a.k.a Shanai
      Pengasas Putera.com

  2. Saya amat mengharapkan sokongan dan bantuan ahli2 Putera.com dalam menambah baik laman Putera.com dan menjadikan ia sebagai salah tu website favourite rakyat Malaysia, target saya untuk menjadikan website ini top 200 website di Malaysia menjelang 31 Disember 2012 (tahun ini). Dengan izin Allah, kita berharap agar Putera.com dapat membantu lebih ramai pengguna untuk menguasai bidang ICT dan mengikuti perkembangan terkini dunia ini.

    Untuk bantuan, saya perlukan pertolongan dari segi:
    1. idea2 tentang artikel apa yang ingin korang baca, atau rasa macam ramai org nak baca.
    2. sumbangan masa & tenaga untuk menulis (atau translate) artikel/tutorial/tips yang sesuai
    3. share artikel2 itu dalam facebook, twitter & lain2 tempat supaya lebih ramai rakan2 akan datang ke website ini :)

    dan juga apa2 bantuan, cadangan atau idea lain yang dirasakan dapat membantu.

    terima kasih.

  3. Assalamualaikum semua, terima kasih atas pandangan masing2.
    Saya rasa yang terbaik untuk dipilih ialah "[b]Pusat Rujukan Teknologi Maklumat Dan Perniagaan Internet'[/b]
    Mungkin tasek dan beberapa yg lain tidak selesa dgn penggunaan 'perniagaan internet', tetapi saya harap kita dapat cuba buat pembaharuan. Jika masalahnya ialah kita takut jadi huru-hara, maknanya idea tu masih boleh diterima, cuma kita kena perkemaskan peraturan dan pengendalian forum.

    Mengikut rekod saya, hits tertinggi yang putera pernah capai ialah ketika kita mempunyai forum e-duit yang ketika itu ramai pengguna menggunakan forum itu untuk mengiklan, spam dan lain-lain yg sewaktu dengannya dalam bidang "mencari duit online". Memang ketika itu forum sedikit huru hara. Tetapi ironiknya, ketika itulah masa hits paling tinggi. Jadi saya nampak ada kebaikan dalam keburukan itu. Apa yg seharusnya kita buat ialah mempunyai peraturan yg sesuai dan disenangi oleh semua orang, di samping kita memastikan aktiviti berforum yang sihat (tidak spam, scam, etc..).
    Rakan-rakan kita dah berjaya membuatnya dengan baik di forum WangCyber, jadi sewajarnya kita juga boleh buat. Insyaallah saya akan jadi pemantau aktif untuk ruangan-ruangan baru yang berkait dengan perniagaan internet.

  4. Assalamualaikum,

    Saya bercadang untuk menukarkan tagline putera.com yg sedia ada kepada yg baru iaitu:
    "PUTERA.com - Sumber Rujukan Komputer dan Perniagaan Internet"

    Perkataan " komputer" digunakan kerana saya rasa ia lebih lay-man language, org lebih senang faham berbanding "teknologi maklumat dan komunikasi".

    Perkataan "perniagaan internet" pula adalah untuk mengembangkan lagi komuniti putera.com kepada dunia perniagaan khususnya di internet memandangkan ekonomi dunia online semakin berkembang maju.

    Apa pandangan semua?
    Ada sesiapa rasa perkataan "ICT" lebih sedap disebut atau lebih sesuai?

  5. Assalamualaikum semua,

    Saya ingin mohon pandangan dan pendapat daripada semua ahli tentang penggunaan signature di dalam forum kita ini.
    Saya lihat ada signature yg besar dan kecil, panjang dan pendek, teks dan animated.

    Saya terfikir utk jadikan signature yg canggih2 tu sebagai satu ciri2 utk status premium (moderator, ahli lama, ahli aktif atau ahli berbayar) manakala user biasa mungkin dapat teks sahaja.

    Apa pendapat korang, adakah ok sebegitu atau benarkan semua orang boleh buat signature ikut kesukaan masing2?

  6. Salam..

    saya aktif lebih sikit di FB berbanding Putera sebab saya guna FB sebagai tempat nak luah tension :) hehe...

    Berkenaan proposal, saya alu-alukan sapa2 pun kalau nak buat. Tapi saya sendiri pun memang banyak proposalnya. Sapa yg ikuti perkembangan Putera sejak dari tahun 1997 tentu pernah ingat wajah Putera yang lama dan betapa idea2 saya mendahului masa, tapi sayang saya agak terikat dengan komitmen lain dan belenggu2 yg menganggu.

    Saya selalu juga jumpa dan sembang2 dengan Shuth (wangcyber) dan juga Irfan Khairi (jutawan internet), dan juga sifu2 lain. Walaupun saya nampak diam, tapi saya tetap bergerak, belum mati lagi.
    Insya-Allah dengan bantuan rakan2 dan moderator, Putera akan kembali gemilang.

    Untuk private forum, saya syorkan kita guna je forum Majlis Moderator, sebab itulah salah satu fungsi sebenar forum tu.

  7. Assalamualaikum semua & salam sejahtera.

    [quote]Ilmu adalah anugerah Allah, dan ilmu juga adalah amanah Allah. Justeru, berforumlah kerana Allah![/quote]

    Mungkin ada yang dah tahu bahawa usaha-usaha sedang dijalankan untuk mengembalikan Laman Utama PUTERA.com (www.putera.com) yang telah down sejak Februari 2009.
    Tanpa Laman Utama, kita seolah-olah kurang serinya. Mungkin ramai juga yang tahu kita menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan, dari luar serta juga dari dalam komuniti PUTERA.com dalam menghidupkan kembali PUTERA.com dan forum Tanya@Putera setelah tragedi Februari tahun lalu. Atas inisiatif ahli yang prihatin, forum sementara telah diwujudkan dan atas keprihatinan serta pengorbanan mereka jugalah kita berjaya hidupkan kembali forum Tanya@Putera.

    Namun perjuangan kita masih belum selesai, musuh-musuh ilmu kelihatannya masih tidak berpuas hati dengan cubaan untuk kita bangkit kembali. Sememangnya syaitan dan sekutu-sekutunya telah berjanji untuk menyesatkan umat manusia sehingga ke akhir zaman agar mengekori mereka ke neraka.

    Lantaran itu, saya menyeru semua ahli PUTERA.com yang beragama Islam agar [b]mensedekahkan al-fatihah[/b] kepada insan-insan malang yang minda dan jiwanya masih terbelenggu dengan hasutan syaitan dan kroni2nya, agar Allah bukakan mata hatinya dan kembali insaf ke jalan yang benar. Tidak perlulah kita mengutuk atau mendoakan keburukan kepada mereka kerana itu tidak akan memberi apa-apa faedah kepada kita.

    Kita niatkanlah aktiviti berforum, berbincang dan berkongsi ilmu di PUTERA.com [b]hanya kerana Allah[/b]. Jelmakan niat itu dalam segala tindak-tanduk kita ketika berforum di sini. Setiap kali sebelum posting, berfikirlah sejenak, adakah posting kita akan menjurus kepada kebaikan (penambahan ilmu, keluar dari kejahilan, membawa kebahagian & kegembiraan ...).

    Jika kita melakukannya kerana Allah, nescaya Allah akan bersama-sama kita, maka akan mudahlah segala urusan kita di dunia ini, dan dengan izinNya PUTERA.com dijauhkan dari kerosakan atau apa-apa musibah yang tidak diinginkan.

    Setidak-tidaknya dengan membaca seruan saya ini, telah mendetikkan sedikit tenaga positif pada anda. Berusahalah kita untuk mendapatkan keberkatanNya.

    Amin.
×
×
  • Create New...