Jump to content
Adawiah

Panas!contoh Kertas Kerja Pinjaman Perniagaan

Recommended Posts

Maklumat Ringkas

Program Bahagian Latihan & Bimbingan Usahawan bertujuan untuk mewujudkan usahawan-usahawan baru serta mempertingkatkan tahap pengetahuan, kemahiran serta keupayaan pengurusan usahawan Bumiputera melalui latihan keusahawan, bimbingan, khidmat nasihat, bantuan dan galakan supaya mereka menjadi usahawan tulen yang berkualiti dan berupaya mengurus projek-projek perdagangan dan perindustrian kecil dan sederhana yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

Perlaksanaan :

Mengadakan kemudahan latihan dan kursus keusahawanan / perniagaan secara teori dan amali untuk membimbing dan membantu usahawan yang berminat dan berpotensi untuk menceburi bidang perdagangan dan perusahaan.

Memberi khidmat nasihat dan menyediakan pakar runding bagi mempertingkatkan produk Bumiputera dalam aspek pengeluaran, pembungkusan, pelabelan dan pemasaran.

Menyediakan kemudahan fisikal dan lain-lain aktiviti sokongan untuk memudahkan usahawan memulakan perniagaan melalui Pusat-pusat Inkubator, Program Usahawan Teknikal (PUTEK) & Pusat Sumber Teknologi Perabot (FITEC)

Fungsi

Menguruskan perkhidmatan kepakaran dalam perakaunan, taknikal dan pengurusan kepada projek/program yang diwujudkan.

Mengadakan kemudahan bimbingan keusahawanan ke arah menambah dan mempertingkatkan tahap usahawan

Memberi khidmat nasihat kepada usahawan dan bakal-bakal yang akan dan sedang menjalankan projek-projek tertentu

Mengadakan pakar runding untuk membantu usahawan-usahawan yang bermasalah

Memberi kemudahan asas kepada bakal usahawan yang mula menceburkan diri dalam bidang keusahawanan (Inkubator)

Menguruskan Pusat Sumber Maklumat Projek (projek-projek profile).

Edited by Adawiah

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalu bisnes perkakasan komputer mudah tak Pinjaman ngan mara??

salam terima kasoh atas pertanyaan anda.

kalau ikut pengalaman saya tak adaer masalaha kalau nak apply MARA yang penting cukup syarat dia.. :rolleyes:

Share this post


Link to post
Share on other sites

salam terima kasoh atas pertanyaan anda.

kalau ikut pengalaman saya tak adaer masalaha kalau nak apply MARA yang penting cukup syarat dia.. :rolleyes:

cik adawiah..

nape dah tukar pasword gmail tu?

kalo ade yg terbaru nye kertas kerja sy pon nak jgak

xkanla sesame melayu pon xnak share..sy dh bayar pon

Share this post


Link to post
Share on other sites

salam terima kasoh atas pertanyaan anda.

kalau ikut pengalaman saya tak adaer masalaha kalau nak apply MARA yang penting cukup syarat dia.. :rolleyes:

saya berminat nak buat loan perniagaan dengan MARA .. apa syarat2 dia ek ... thx

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kepentingan Rancangan Perniagaan

Salah satu kepentingan menyediakan rancangan perniagaan ialah untuk menilai sama ada peluang perniagaan yang ingin diterokai berdaya maju atau sebaliknya. Penilaian sesuatu peluang perniagaan perlu diasaskan kepada fakta dan maklumat terkini. Banyak perniagaan gagal selepas beberapa tahun dilaksanakan. Ini disebabkan oleh kegagalan pengusaha menyediakan rancangan perniagaan yang berkesan. Dalam apa jua bidang perniagaan yang ingin diceburi, penyediaan rancangan perniagaan yang lengkap merupakan langkah yang sangat penting. Seringkali dikatakan bahawa jika seseorang berhasrat untuk memulakan sebuah perniagaan tetapi gagal untuk membuat perancangan, sebenarnya dia merancang kegagalannya sendiri dalam perniagaan tersebut. Kepentingan menyediakan rancangan perniagaan secara bertulis atau dalam bentuk dokumen seringkali diabaikan oleh usahawan kecuali apabila diperlukan untuk memohon pembiayaan. Sebab itu dokumen ini sering dikaitkan dengan permohonan pinjaman daripada bank atau institusi kewangan. Keperluan menyediakan dokumen ini dilihat sebagai memenuhi syarat permohonan sahaja. Tanggapan ini menyebabkan kebanyakan usahawan sukar menilai kepentingan dan keperluan menyediakan sebuah rancangan perniagaan. Setelah permohonan mereka diluluskan (atau mungkin ditolak) dokumen tersebut tidak lagi dirujuk untuk melaksanakan projek yang dirancang. Besar kemungkinan ini berlaku kerana dokumen tersebut disediakan oleh pihak lain yang dibayar perkhidmatannya. Oleh yang demikian maklumat yang terkandung dalam rancangan perniagaan berkenaan tidak menggambarkan hasrat sebenar usahawan. Sebaliknya ia cenderung untuk mempengaruhi dan meyakinkan pihak penilai untuk meluluskan permohonan pinjaman atau pembiayaan. Rancangan perniagaan bukan sahaja penting untuk tujuan memohon pembiayaan kewangan tetapi dokumen ini juga disediakan untuk tujuan-tujuan berikut:

1. Rancangan perniagaan sebagai pelan atau “peta†yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti perniagaan. Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubahsuai aktiviti dan halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan.

2. Sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat nggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancang. Oleh itu, usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah rancangan perniagaan (berasaskan maklumat terkini) sebelum membuat keputusan untuk memulakannya. Secara tidak langsung penyediaan rancangan perniagaan memerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran.

3. Rancangan perniagaan juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, penyediaan dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber pembiayaan yang diperlukan.

4. Penyediaan rancangan perniagaan membantu usahawan memahami dengan mendalam mengenai bidang perniagaan yang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek pengurusan perniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.

5. Rancangan perniagaan juga merupakan dokumen yang boleh digunakan untuk mengawal kegiatan perniagaan. Ini dapat membantu usahawan membandingkan pencapaian sebenar dengan apa yang telah dirancang sebelum ini. Ramai usahawan berasa ragu atau enggan menyediakan rancangan perniagaan kerana beranggapan ianya satu kerja rumit dan remeh, dan beranggapan perniagaan atau projek boleh terus dijalankan tanpa perlu didokumenkan. Walau bagaimanapun, adalah lebih mudah untuk merujuk semula rancangan perniagaan yang ditulis secara teratur (walaupun ringkas) berbanding ‘perancangan’ yang bergantung kepada daya ingatan semata-mata.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Utk pengetahuan semua...utk pinjaman dgn MARA perlu ada premis dan bisnes dah run at least 6 bulan...dah ada transaksi perniagaan..

tapi utk sesiapa yg baru nak MULA buat biz...apa2 biz pun..juga yg nak kembangkan biz yg sedia ada....ada saluran lain yg kita boleh apply..Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) di bawah kementerian Belia (KBS) maksimum boleh pegi dalam 50K..

Syarat2 utk Skim Pinjaman Belia Niaga :

1- Terbuka utk belia umur 18thn-40thn ( semua kaum)

2- Perlu DAFTAR dengan KBS ( ada ujian ringkas bg mereka yg baru nak MULA biz)

3- Perlu ada DAFTAR PERNIAGAAN (SSM)... baru juga boleh diterima.

4- Perlu ada KERTAS KERJA ( di sediakan )

5- Kadar pinjaman 4% setahun untuk tempoh 7 tahun pinjaman.

6- Perlu 1 org PENJAMIN ( gaji min. RM800 - digalakkan dari ahli keluarga pemohon)

7- Pemohon dan penjamin "not BLACK LISTED"

utk maklumat lanjut blh hubungi..013-3891464 :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

skit2 jek...bukan ape...loan belia ni sebenarnya x ramai yg tahu/aware...sbb tu

bilangan orang melayu yg mohon sgt kurang b'banding dgn org cina...org india pulak

blh dikira jumlahnya.. walhal ianya satu kemudahan utk sape2 yg nak start/expand biz..

harap disebar2kanlah...

Share this post


Link to post
Share on other sites

skit2 jek...bukan ape...loan belia ni sebenarnya x ramai yg tahu/aware...sbb tu

bilangan orang melayu yg mohon sgt kurang b'banding dgn org cina...org india pulak

blh dikira jumlahnya.. walhal ianya satu kemudahan utk sape2 yg nak start/expand biz..

harap disebar2kanlah...

ya bro iden kamu kerja gan belia ke aku terigin juga nak buat.aku buka kedai cenderamata.kena jumpa pejabat belia daerah ke atau jumpa wakil belia kampung

Share this post


Link to post
Share on other sites

ya bro iden kamu kerja gan belia ke aku terigin juga nak buat.aku buka kedai cenderamata.kena jumpa pejabat belia daerah ke atau jumpa wakil belia kampung

hi bart72,

i tak keje direct dgn belia, tp i link dgn kementerian belia & bank...so semua info/update ttg STEB ni aku dpt tahu dulu...

mcm kes u dah buka kedai...dah ada premis...u ada lebih advantage utk kelulusan maksimum...as long as u memenuhi syarat2 dia...kalu u nak apply...blh direct thru i sblm u pegi ke pej. belia daerah/negeri utk dptkan approval (utk jimatkan masa)...pls msg ke no.phone di atas tu...

p/s- Sebenarnya apa2 bis pun boleh apply..stall burger, kedai gunting rambut, salon/butik, kedai mkn, dobi..transport, katering, bengkel, c.cafe, runcit, buat wiring, dll..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Macam menarik jer pinjaman STEB nie... berapa jumlah maximum dan minimum?

Hi LanoX, jumlah pinjaman minimum RM5K, maksimum RM50K.

Utk itu..bagi pinjaman dibawah RM15K, tidak memerlukan penjamin.

Tetapi utk pinjaman RM15 001 keatas perlukan 1 orang penjamin (gaji min. RM800 je)

Kalu u betul2 dah xde penjamin, blh la buat loan bawah 15K jee..

Share this post


Link to post
Share on other sites

IDEN kalau org yg nak pinjam keje dan gaji mampu jadi penjamin boleh tak?? serius nak berniaga

Boleh...tp still perlukan 1 orang sbg penjamin ( gaji min RM800) digalakkan drpd ahli kluarga..

x blh nak jamin diri sendiri..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Boleh...tp still perlukan 1 orang sbg penjamin ( gaji min RM800) digalakkan drpd ahli kluarga..

x blh nak jamin diri sendiri..

tulah susah family kebanyakkan keje sendiri ...saya seorang keje semi gomen dan adik2 masih belajar <_<

Share this post


Link to post
Share on other sites

skit2 jek...bukan ape...loan belia ni sebenarnya x ramai yg tahu/aware...sbb tu

bilangan orang melayu yg mohon sgt kurang b'banding dgn org cina...org india pulak

blh dikira jumlahnya.. walhal ianya satu kemudahan utk sape2 yg nak start/expand biz..

harap disebar2kanlah...

Bukan x tau iden, kat kelantan ni beratus yang daftar, tp yg boleh apply skit je..

coz kerana aper..

kerana die nak penjamin

ramai org sangkut kat cni..

same gak cam aku..

pekse lepas,

kursus dah ade,

borang mmg dah bg..

tp bile masuk bab penjamin..

mmg aku stop..

sbb aku xnak bergantung ngan sanak saudara n family..

coz dah tau mesti x sokong punye..

nak cari mane penjamin?

skrg ni bukan senang nak jamin org n nak kita dijamin..

psl derang ade kepentingan msg2..

mcm kite sendiri pun,

nak ke kite jamin org?

yang belum tentu tahu berjaya atau tidak..

tepuk dada tanye selera..

tp kalu jumpa org yg boleh jamin tu..

alhamdulillah coz tu mayb rezeki die..

kenape die x wat cara islam..

melalui sistem akad ker..

kalu die betul2 nak tolong melayu..

P/S : STEB ni mmg bagus n nampak cam tolong melayu,

tp caranya mmg cara x nak tlg melayu..siap penjamin lh gtu..

aku lagi suke cara MARA atau TEKUN. Ko nak pinjam, cukup syarat ko leh pinjam, tp kalu ko x byr, ko akan diblakclist, hidup susah, dok akhirat pun susah.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bukan x tau iden, kat kelantan ni beratus yang daftar, tp yg boleh apply skit je..

coz kerana aper..

kerana die nak penjamin

ramai org sangkut kat cni..

same gak cam aku..

pekse lepas,

kursus dah ade,

borang mmg dah bg..

tp bile masuk bab penjamin..

mmg aku stop..

sbb aku xnak bergantung ngan sanak saudara n family..

coz dah tau mesti x sokong punye..

nak cari mane penjamin?

skrg ni bukan senang nak jamin org n nak kita dijamin..

psl derang ade kepentingan msg2..

mcm kite sendiri pun,

nak ke kite jamin org?

yang belum tentu tahu berjaya atau tidak..

tepuk dada tanye selera..

tp kalu jumpa org yg boleh jamin tu..

alhamdulillah coz tu mayb rezeki die..

kenape die x wat cara islam..

melalui sistem akad ker..

kalu die betul2 nak tolong melayu..

P/S : STEB ni mmg bagus n nampak cam tolong melayu,

tp caranya mmg cara x nak tlg melayu..siap penjamin lh gtu..

aku lagi suke cara MARA atau TEKUN. Ko nak pinjam, cukup syarat ko leh pinjam, tp kalu ko x byr, ko akan diblakclist, hidup susah, dok akhirat pun susah.

Utk Sekuang & Zex,

Itu adalah cabaran utk sape yg nak buat apa2 biz..mmg bukan senang nak dptkan penjamin walaupun gaji RM800 je..

Cabaran inilah sebenarnya yg jadikan kt lbh kuat & bersungguh2 untuk buat biz..

Kalu btul2 dah xde penjamin..masih blh apply loan STEB tu tp maksimum loan blh dpt cuma RM15K jee..

mgkn blh start dgn biz yg kecil2 dulu..sesuai dgn modalnya kan...K..

Rgds.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Utk Sekuang & Zex,

Itu adalah cabaran utk sape yg nak buat apa2 biz..mmg bukan senang nak dptkan penjamin walaupun gaji RM800 je..

Cabaran inilah sebenarnya yg jadikan kt lbh kuat & bersungguh2 untuk buat biz..

Kalu btul2 dah xde penjamin..masih blh apply loan STEB tu tp maksimum loan blh dpt cuma RM15K jee..

mgkn blh start dgn biz yg kecil2 dulu..sesuai dgn modalnya kan...K..

Rgds.

lagi sesuai kalau bukak satu thread pasal STEB kan?

Share this post


Link to post
Share on other sites

adawiah knaper byk sgt web???knaper tak guna 1 web sahaja??

X salah byk web kan? Company kami support semua kos webhosting ngan designer.cm bukak kedai gak. Lagi byk branch lg bagus.marketing strategy.at least one of drp web kami akan masuk ranking search engine.

Share this post


Link to post
Share on other sites

TEKUN NIAGA

Pembiayaan sebagai modal tambahan kepada usahawan untuk meningkatkan perniagaan sedia ada.

Aktiviti

Gerai tetap, Gerai bergerak, Kedai tetap, Perniagaan perkhidmatan, Pengangkutan, Pembuatan.

Kelayakan Asas

• Bumiputera berumur 18-60 tahun

• Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah

• Mempunyai tempat perniagaan yang khusus

• Terlibat secara langsung dan sepenuh masa

• Tidak mempunyai rekod pembiayaan perniagaan yang tidak baik

• Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 20,000

• Telah berniaga sekurang-kurangnya 6 bulan

• Satu pembiayaan untuk satu isi rumah

Jumlah Pembiayaan

Pembiayaan yang ditawarkan adalah di antara RM500.00 hingga RM30,000.00.

Share this post


Link to post
Share on other sites

boleh mintak advise skit tak.. saya bru set up company dlm bidang interior design consultation n cconstruction.. so bg pndpt u, kalao saya nak apply loan, yg mana ok.. any suggestion?? tq..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...