• Announcements

    • Peraturan Umum, Sila baca !

      1) Perbincangan illegal , seperti download , provide link muat turun, lanun sebagainya ditegah dan akan dipadam tanpa notis. Sila ambil perhatian , sebarang perbincangan mengenai download men-download, sharing link yang berkait kepada illegal material: - akan dipadam serta merta - tiada kompromi, user akan diberi warn jika melakukan kesalahan sama Contoh related : - " aku tengah sedut ni.. sejam lagi siap.. " - " kat mana ko dload laju gile.. aku lagi 14 hari nk siap" 2) Spamming, double pos, smiley semata-mata adalah satu kesalahan besar, elakkan membuat susulan pos dibawah susulan sendiri. Warning tanpa notis akan diberikan. 3) Elakkan drama fanboyism , samada berkait dengan konsol, permainan pc dan sebagainya 4) Perbincangan private server tidak dibenarkan, namun multiplayer via hamachi group dibenarkan. 5) Cheat codes dibenarkan, tetapi tidak kepada h@cking 6) Screenshot seeloknya bersaiz 640 x 480 ke bawah, sila gunakan code spoiler sekiranya tidak resize pic anda. 7) One line posting (susulan satu baris) tanpa menjawab persoalan dan tidak memberi apa-apa manfaat dikira sebagai SPAM. SILA GUNAKAN FUNGSI REPORT JIKA TERDAPAT USER/TOPIK YANG MELANGGAR PERATURAN DI ATAS. ____________________________________________________________ _______________________________ .::. Kegagalan mematuhi terma dan syarat boleh mengakibatkan posting anda di padam dan anda mendapat warn level secara percuma .::. ____________________________________________________________ _______________________________
Sign in to follow this  
Followers 0

Khas Untuk Bekas Pelajar Politeknik

13 posts in this topic

Posted (edited) · Report post

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada warga politeknik kat sini saya sebagai bekas warga politeknik ingin membantu bekas rakan-rakan yang telah tamat kursus dan telah menyambung ke IPTA/IPTS yang menghadapi masalah :

1) Perpindahan Kredit di IPTA/IPTS. Tidak diiktiraf meskipun ada 80% persamaan modul.

2) Subjek semasa kursus sijil tidak diiktiraf untuk perpindahan kredit dan hanya semasa di kursus diploma(Integrasi) sahaja diiktiraf.

Apa yang anda perlu buat ialah :

1) Sertakan *nama anda, kursus yang disertai dan institusi pengajian tinggi yang disertai.

2) Nama modul, kod modul yang tidak dapat dipindahkan dan nama serta kod modul yang telah diambil di politeknik. Sila sertakan nama politeknik anda juga.

3) Siapa yang telah anda rujuk permasalahan ini? Sila nyatakan permasalahan anda ini secara ringkas.

4) Alamat e-mail untuk dihubungi.

* Maklumat anda adalah rahsia. Anda boleh menggunakan nama samaran tetapi perlulah memberikan bukti-bukti yang sahih agar mudah untuk saya menyerahkan maklumat ini kepada pihak berkenaan.

Ini adalah aduan secara tidak rasmi. Saya telah mendapat maklumbalas positif dari pengurusan Politeknik di mana mereka bersedia untuk membantu para pelajar politeknik untuk menyelesaikan permasalahan ini. Untuk itu, sila hantarkan maklumat/maklumbalas anda ini ke e-mail : pelajar_politeknik@yahoo.com

Sekian, terima kasih

P/s: Pelajar politeknik dipinggirkan, tidak diiktiraf .. salah siapa?

Edited by Mr Ijan

Share this post

Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

aku grad sem depan..tolon akuuu..kalo aku stiap sem dpt AKJ..agak2 ade pluang tak msk u?

utk pengetahuan korang, kebiasaanya mmg dapat transfer,

ko kena isi satu borang yg telah disediakan oleh pihak u ko tuu...

subjek yg asas asas akan dpt transfer..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Posted (edited) · Report post

Ok, secara ringkasnya ini adalah masalah yang sedang dihadapi oleh pelajar politeknik :

1) Terdapat IPT yang tidak mengiktiraf pelajar dari lulusan sijil yang telah lulus diploma integrasi.

- Hanya subjek yang diambil semasa di peringkat diploma sahaja diiktiraf untuk dipindahkan, pada peringkat sijil ia tidak dikira. Anda perlu bermula sekali lagi.

2) Perbandingan antara lulusan diploma politeknik dan lulusan diploma dari IPT .

Politeknik - lebih dari 40 subjek (3 tahun - 3 tahun setengah)

IPT - tidak lebih dari 30 subjek (2 1/2 tahun - 3 tahun)

- Semasa proses pemindahan kredit melalui borang yang disediakan, pihak fakulti setiap IPT telah menyenaraikan modul-modul yang boleh dipindah dan pelajar perlu mengikutnya. Masalahnya ialah, IPT hanya menyenaraikan modul-modul yang berkaitan semasa pelajar belajar di peringkat diploma kendaliannya sahaja, ini bermakna, hanya modul-modul yang berkaitan dengan IPT itu sahaja yang boleh dipindahkan.

- Bagi pelajar politeknik pula, oleh kerana mereka telah mengambil modul yang lebih, terdapat beberapa modul di peringkat ijazah di IPT yang telah diambil. Bukan sahaja sekali, tetapi 2 atau 3 kali (subjek basic ke advance) dan diakui oleh pensyarah itu sendiri ia adalah lebih advance dari yang diajar di IPT. Dan bagi pelajar diploma kendaliannya pula, mereka tidak pernah mengambil modul tersebut atau hanya pada peringkat pengenalan sahaja. Masalahnya, oleh kerana keegoan pensyarah kanan itu sendiri, mereka tidak mengiktiraf setiap modul yang diambil semasa di politeknik dan mengarahkan pelajar-pelajar untuk mengambilnya semula tanpa mempertimbangkannya. Untuk itu, bagi pelajar politeknik, hanya sedikit modul kredit sahaja yang boleh dipindahkan, dan ada sesuatu kes di mana fakulti hanya meluluskan kurang dari 15 kredit. Manakala, bagi pelajar-pelajar diploma IPTA dan juga IPTS (di bawah kendaliannya), mereka dapat memindahkan maksimum 30 kredit dan ada juga yang lebih. Adakah anda bersetuju dengan tindakan ini?

Kepada yang sedang menghadapi masalah dan tidak tahu saluran yang betul, sila hantar maklumat anda sebelum semester 2 bermula ataupun sebelum bulan 12. Nak buat kertas kerja dan arrange meeting ngan pegawai tu amek masa .. Dan kalau takde, korang uruskan sendiri .. aku cuma tolong je nih sementara aku ada masa nih ..

P/s: Ini adalah realiti yang dihadapi oleh bekas pelajar politeknik... tidak percaya? Cubalah .. :)

Edited by Mr Ijan

Share this post

Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

awat skrg baru ada benda ni.. dulu masa aku futher kat uitm, depa kata x leh transfer..penat aku buang masa kat uitm s.alam tu..tp x apa, smuanyer hanya tggl kenangan...skrg aku telah berjaya...

Owh .. dulu kat Uitm x bleh ke? Kalau kat ex-kolej universiti ataupun UTM, no problem pindah2 kredit nih sebab ramai dak2 poli kat situ ..

Dan satu lagi.. x der beza kalu terpilih ke politeknik, result baik camner pun ... lebih baik gi IPTS kendalian MARA, cari kursus yang buat kerjasama dengan IPTA, dapatkan pointer 3.5 .. dan tup tup .. anda telah berjaya ke IPTA, tidak perlu bersaing dengan pelajar kursus lain, tidak perlu bayar pinjaman, dan anda mendapat transfer kredit maksimum .. tahniah ..

Realiti sekarang nih .. hanya berdiam diri? Oh tidak tidak .. setelah berhempas pulas selama berbulan-bulan hantar e-mail ke sana sini ... akhirnya ada gak yang sudi bantu .. :lol: .

Share this post

Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

slam Mr Ijan..saye terharu dgan usaha Mr Ijan memperjuangkan hak2 rakan2 kita di IPTA/IPTS.. B)

kalo jurusan mekanikal pembuatan(diploma) ex poly ke uitm byak tak perpindahan kredit???

Share this post

Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

baguslah ko wat cam gini..aku dulu nak transfer pun bkn nyer rendah point aku, tp diaorg kata poli nyer module x setaraf dgn uitm nyer module..aku geram tul..geram punyer pasal aku score 4.00 smua subjek yg aku kena amik balik tu...ha skrg dimana yg x setarafnyer?? apapun skali lg aku ucap syabbas pd ko ijan..skurg2nyer bnyk budak poli x teraniaya dgn buang masa amik subjek yg sama berkali2..good job bro..keep it up..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Posted (edited) · Report post

Yeah, itu yang aku cuba buat ni .. supaya apa yang kita pernah belajar x perlu nak ambil balik .. so, what is the point belajar 3 tahun di peringkat diploma, dapatkan A untuk subjek2 penting dan ada yang memang susah .. duk tergolek2, berjaga siang malam hanya nak lulus subjek2 nih, tetiba bila time degree kena amek balik .. lagi baik, benti dari poli, masuk amek STPM balik .. x yah susah2 nak pk nak lulus subjek, dapatkan pointer 2.1 ke atas, dan sambung je ke peringkat degree dalam 3 tahun. Belajar diploma poli, kalau dapat transfer pun cuma dapat kurangkan 6 bulan je atau setahun (jarang)... habis degree, umur pun dah lanjut especially yang amek kejuruteraan ..

Tapi, apa yang aku kesalkan kat sini .. x ramai yang nak amek peluang untuk kemukakan masalah ni kepada pihak berkenaan .. bila ada prinsip "Tak Apa" atau "Apa salahnya belajar lagi" atau "Malaslah, ikut je lah", jadi ada yang x tuntut hak dorang masing-masing. Kalau pelajar kaum lain, bila ada sesuatu yang diorang x puas hati .. diorang pasti cari alternatif, sumber, ataupun merayu pihak2 berkenaan untuk membantu .. tapi, bila sampai tahap dak2 politeknik yang rata2 nya Melayu .. istilah-istilah tadi sentiasa digunakan bila ditanya .. tapi lepas tu, pot pet pot pet kat kedai kopi x puas hati situ .. x puas hati sane .. isk isk .. :blush:

So, pada mana-mana forummer yang mempunyai saudara-mara, jiran-jiran, ataupun kawan-kawan yang menghadapi masalah seperti yang ditulis di atas, jangan la segan silu untuk menghantar maklumat yang diperlukan. Aku takder kepentingan apa-apa kat sini, cuma sebagai bekas pelajar Politeknik yang bangga dengan status aku sebagai pelajar politeknik, aku akan membantu dengan apa sahaja maklumat yang aku tahu .. dan sekiranya aku mempunyai maklumat yang lebih lengkap, lebih cepat la masalah ni dapat dikemukakan ke peringkat yang lebih tinggi ... aku x untung apa-apa kalau korang sanggup kemukakan masalah korang dan aku juga x rugi apa2 kalau tiada maklumbalas .. cuma bagi aku, hak perlu diperjuangkan .. kalau bukan untuk kita, tapi biarlah ia membantu adik2 yang bakal grad atau yang bakal masuk ke politeknik nanti .. insyaallah :)

bagi sesapa yang nak berurusan sendiri kerana segan/x suka berkumpulan/inginkan privacy/maklumat adalah rahsia, aku akan hantar alamat dan jabatan yang korang kena pergi. Tapi pastikan anda mempunyai bukti-bukti yang kukuh agar hak anda dapat dipertimbangkan .. karang x pasal-pasal .. bila sampai sana, terus jadi keras, angguk-angguk geleng-geleng bila ditanya macam-macam soalan ..

P/s: Ada sesape tahu saluran yang lebih baik? Sila kongsi di sini agar aku bleh kemukakan lagi perkara ni .. kecuali persatuan alumni Politeknik .. apa fungsi dorang? Memeriahkan majlis konvo je .. lain tadak .. after grad, pandai2 la korang ..

Edited by Mr Ijan

Share this post

Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

salam..

Mr Ijan, aku tabik usaha ko..

cuma naktahu, macam mane ko nak buat? trus p KPTM ke?

ko bleh check kat :

http://www.mypolycampus.net/v10/index.php

kat c tu pun ader gak bincangkan hal2 cam ni. itu forum komuniti poli. aku terjumpa semalam.

mcm mane bleh jadi silibus poli ni x selaras/x diiktiraf IPTA lain yer?pelik gak..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Posted (edited) · Report post

Salam .. setakat ni apa yang aku buat ialah hantar e-mail ke department kat KPTM (yang ni memang x berbalas, cuba try nama Datuk .. mesti jawab nye) , dan kemudiannya ke website aduan (ICMS - kat dalam website MOHE) . Kat situ, hanya soalan2 yang mudah-mudah je diorang akan jawab, macam "Saya x boleh login, kenapa yek", "Di mana saya boleh hubungi sekian sekian" laju je diorang jawab soalan bodoh nih.. kalau kasi soalan2 yang diorang sendiri x berani jawab .. mesti tulis "Rejected On Eligibility" atau tulis nih ("bbbb" .. "cccc") <-- ni la jawapan paling bodoh dari penolong pengarah yang aku pernah dapat.

Mudah je kan kerja orang kementerian? Yang dapat gaji besar especially pegawai yang perut buncit yang pegang position atas2 tu, hari2 cuma tahu "melalak" kat paper, tv, dan masa ceramah, "Kami buka lebih banyak tempat untuk pelajar politeknik .. ini adalah satu medium untuk menempatkan diri ke pengajian di IPTA" atau "Kami ingin menambah subjek dan jumlah masa pelajar di politeknik agar lebih berdaya maju dan boleh bersaing dengan pelajar lain" <-- (Hasilnya tercipta la diploma integrasi yang setahun setengah skang nih .. ape la nasib dorang pasnih, 30 kredit je boleh transfer .. tu pun x pasti boleh dapat separuh)

Mana dorang amek tawu apa jadi kat pelajar poli lepas grad .... lepas poli, korang bukan bawah jabatan politeknik lagi, korang under pengurusan IPTA masing-masing, jadi pandai-pandai la nak hidup. Uruskan kredit transfer tu masing-masing .. Kerja kitorang dah habis.

Seriously, cuba bandingkan subjek-subjek yang pernah belajar kat poli dengan pelajar-pelajar diploma dari institusi lain termasuk dari IPTA. Apa hasilnya? Pasti berbeza kan...

Dan yang paling best bila ada pensyarah senior yang akui terdapat beberapa subjek di politeknik yang sama atau lebih advanced dari subjek yang sedang diajar di peringkat degree. Tapi, lepas tu tolak permohonan pemindahan kredit tu atas alasan :

1) Kami jarang ada pelajar poli. Jadi awak orang pertama yang pohon, buktikan yang awak dapat A untuk subjek tu, dan lain kali saya akan luluskan permohonan pelajar poli selepas ni. Alahai ....

2) Saya dah buat list ikut subjek pelajar diploma bawah kendalian kami. Ikut tu je ..

3) Awak belajar je sekali lagi .. apa salahnya kan?

4) Saya lebih tahu benda-benda ni dari awak, ikut list tu (Dalam erti kata lain, saya ada title prof/dr, sama ada awak suka atau tidak, awak x habis degree lagi, saya lebih pandai dan saya ketua awak dan ikut cakap saya)

Yang paling best .. x tengok langsung buku silibus tu, dan kata x boleh... no no no .. x boleh (Kuasa terhebat)

Gunakan media? Diorang x kan layan selagi x guna nama sendiri dan sanggup datang interview dan amek gambar . Lepas ni kena guna parti politik pembangkang plak kot, baru la isu ni ramai nak amek tawu .... especially bab sebahagian pelajar Melayu politeknik hanya layak dihantar ke ex-kolej universiti sahaja especially UTEM ngan UNIMAP .. kalau dihimpunkan, ramai tuuu .. kalau 1 vote pelajar poli Melayu untuk parti pembangkang, berapa banyak tu? :wub: . Cuma masih x dijadikan isu lagi je under topik "Apakah nasib pelajar-pelajar Melayu di Politeknik setelah tamat?" ... atau "Benarkah pelajar-pelajar Politeknik mendapat pekerjaan yang baik dan bersesuaian setelah tamat?" dan yang paling penting "Apa sebenarnya fungsi Politeknik? . Menjadi pekerja separa mahir atau pekerja separa mahir bawahan?".

Jadi kesimpulannya, aku cuba setakat terdaya, memandangkan dah ada jawapan ringkas dari Jabatan Politeknik (lepas hantar kali kedua dan dijawab selepas 2 bulan), maka kalau cukup bukti dan maklumat, mungkin diorang akan bantu pelajar-pelajar yang tak dapat pemindahan kredit ni .. dan kalau dapat, alhamdulillah, dan kalau x, pendam rasa je la .... sambung je la cam dak2 lain2 tu . Tunggu sampai ada Universiti under Politeknik atau masuk je UTEM/UNIMAP/UTHM tu ..

bak kata BKP (Bahagian Pengurusan Kemasukan IPTA) ..

1) Dari mane? Politeknik? Susah sket .. (Geleng-geleng)

2) Kenapa pilih universiti-universiti ni(UM/UKM/UPM/UTM)?

3) Itu semua under IPTA. Mereka yang uruskan kemasukan, bukan hak kami,kami cuma uruskan nama-nama jek. (Jadi, salahkan IPTA pulak?)

4) Saya x jamin awak akan dapat masuk ke universiti ni, peluang awak rendah sebab ramai pelajar STPM/Matrikulasi yang mohon kat sini (UM/UKM/UPM/UTM)

5) Kalau awak pilih UTEM/UNIMAP/UTHM, mesti awak dapat sebab ramai pelajar poli kita hantar ke sana.

6) Kerajaan wujudkan pelajar politeknik adalah untuk menjadi pekerja di bidang separa teknikal, maka pelajar poli digalakkan untuk bekerja selama 3-5 tahun dan baru diambil ke IPTA. (Ni kata pakcik misai kat BKP)

7) Awak buatlah aduan. Datuk ke .. sape ke .. Saya x kisah ... xde apa akan jadi ngan saya(ni kata Bahagian Rayuan BKP pulak)

Cantik punye ayat ..... tu pun aku lupa sebahagian dari ayat2 manis diorang nih .. :)

Edited by Mr Ijan

Share this post

Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

MR IJAN,

MENDER NI PUN DH DR DULU PUN...ADER BUDAK POLI SBG U ,BYK DPT TRANSFER TAPI KENE ULANG SEM SEBAB X BLEH BAWAK.KONONNYA SLILIBUS YG DPT ASUMPTION SAMA TAPI X SERUPA. DAN ADER GAK BUDAK POLI SBG KE U X DPT ASUMPTION YG BYK TAPI CEMERLANG DI U..

PADA AKU INI TERJADI MUNGKIN DULU POLI DAN U BERADA DIBAWAH BADAN YG BERLAINAN.

SEKARANG SEMUA IPTA,POLI,K.KOMUNITI DALAM KPTM.... SEHARUSNYA SILIBUS SETIAP IPTA INI SELARI.

SEKARANG DH ADA MQF(KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA),MUNGKIN AKAN MELICINKAN BENDA NI...DAN DENGAR CITER START 2008 DIPLOMA LANJUTAN SETARAF IJAZAH AKAN DIBUAT DI POLI..BILA POGRAM NI BEJALAN AKU RASA MUNGKIN PERKARA SEBEGINI X TIMBUL LG.KITA TUNGGU DAN LIHAT.

WALAUMACAMANAPUN, TAHNIAH SEBAB KO SUDI MEMBELA KENKAWAN POLI,ADIK2 DAN GENERASI AKAN DTG DALAM HAL NI..APER2 HAL/MAKLUMAN BLEHLA KO FORWARDKAN KAT:

http://www.mypolycampus.net/v10/index.php

Share this post

Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Ok, secara ringkasnya ini adalah masalah yang sedang dihadapi oleh pelajar politeknik :

1) Terdapat IPT yang tidak mengiktiraf pelajar dari lulusan sijil yang telah lulus diploma integrasi.

- Hanya subjek yang diambil semasa di peringkat diploma sahaja diiktiraf untuk dipindahkan, pada peringkat sijil ia tidak dikira. Anda perlu bermula sekali lagi.

2) Perbandingan antara lulusan diploma politeknik dan lulusan diploma dari IPT .

Politeknik - lebih dari 40 subjek (3 tahun - 3 tahun setengah)

IPT - tidak lebih dari 30 subjek (2 1/2 tahun - 3 tahun)

- Semasa proses pemindahan kredit melalui borang yang disediakan, pihak fakulti setiap IPT telah menyenaraikan modul-modul yang boleh dipindah dan pelajar perlu mengikutnya. Masalahnya ialah, IPT hanya menyenaraikan modul-modul yang berkaitan semasa pelajar belajar di peringkat diploma kendaliannya sahaja, ini bermakna, hanya modul-modul yang berkaitan dengan IPT itu sahaja yang boleh dipindahkan.

- Bagi pelajar politeknik pula, oleh kerana mereka telah mengambil modul yang lebih, terdapat beberapa modul di peringkat ijazah di IPT yang telah diambil. Bukan sahaja sekali, tetapi 2 atau 3 kali (subjek basic ke advance) dan diakui oleh pensyarah itu sendiri ia adalah lebih advance dari yang diajar di IPT. Dan bagi pelajar diploma kendaliannya pula, mereka tidak pernah mengambil modul tersebut atau hanya pada peringkat pengenalan sahaja. Masalahnya, oleh kerana keegoan pensyarah kanan itu sendiri, mereka tidak mengiktiraf setiap modul yang diambil semasa di politeknik dan mengarahkan pelajar-pelajar untuk mengambilnya semula tanpa mempertimbangkannya. Untuk itu, bagi pelajar politeknik, hanya sedikit modul kredit sahaja yang boleh dipindahkan, dan ada sesuatu kes di mana fakulti hanya meluluskan kurang dari 15 kredit. Manakala, bagi pelajar-pelajar diploma IPTA dan juga IPTS (di bawah kendaliannya), mereka dapat memindahkan maksimum 30 kredit dan ada juga yang lebih. Adakah anda bersetuju dengan tindakan ini?

Kepada yang sedang menghadapi masalah dan tidak tahu saluran yang betul, sila hantar maklumat anda sebelum semester 2 bermula ataupun sebelum bulan 12. Nak buat kertas kerja dan arrange meeting ngan pegawai tu amek masa .. Dan kalau takde, korang uruskan sendiri .. aku cuma tolong je nih sementara aku ada masa nih ..

P/s: Ini adalah realiti yang dihadapi oleh bekas pelajar politeknik... tidak percaya? Cubalah .. :)

dia begini sebenarnye

saya setuju dengan tindakan berikut kerna... itulah marketting

dia nak amek bebudak u dia dri diploma untuk mudah sambung lajar

lagipon ape yg ade di ploi sangat lahh berbeza.... 

Share this post

Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  
Followers 0