December 23, 200916 yr comment_1010160 Aku baru je cabut gigi taring. Jadi terjadilah lubang besar di senyuman ku. Kat klinik situ jgak ada sediakan service buat gigi palsu ngan crown, atau orang melayu panggil sarung gigi. Sapa yg pernah ada pengalaman pasal benda ni Sudilah kongsi-kongsikan pengalaman anda tentang gigi palsu, terutamanya sapa2 yg pernah buat sarung gigi ni? Proses, kesakitan, tempoh ngan kadar bayaran yg dikenakan. Sebab yg aku tau benda sarung gigi ni mmg mahal, cecah satu gigi dalam rm1000..? Report
December 23, 200916 yr comment_1010161 Aku pernah tgk rancangan tv berkaitan gigi sarung ni,kos dia memang mahal dan mengikut kepada tahap kesukaran acuan gigi kita.Paling mahal pun 4k jer,tu kalau gigi geraham.Pape pun ko masih muda,elok buat sebab mencacatkan pemandangan indah kat gigi ko ( hehe ::icon_smile:: ) kalau gigi geraham bolehlah ko sorok,ni gigi taring..memang nampak kalau tersenyum. Report
December 24, 200916 yr comment_1010162 Aku buat tahun 2005 kat Klang.Aku survey melalui Yellow Pages untuk cari yang murah.Kat KL sume lebih RM1 ribu.Kat Klang tu RM700.Klinik tu dah pindah kot sebab aku call; 'no tiada dalam perkhidmatan'.Aku buat 'Bridging'.Gigi depan bawah satu dah cabut; cam pelakon arwah M.Zain.Dia trim gigi sebelah untuk Hari pertama dia trim gigi sebelah untuk jadikan sokongan.Pastu dia letak acuan untuk pastikan saiz betul.Pastu letak gigi sementara agar tak ngilu.Lepas seminggu, dia bersihkan tartar kat gigi aku...bersih dah ::icon_razz:: Tapi seksa wooo masa dia cuci tu.Guna air ngan mesin gerudi.Gusi kan sensitif, berdarah la...cam kena seksa kat Guantanamo Bay.Air tu air bersih jadi kena leh telan tapi seksa la nak telan banyak2...rasa darah lak tu.Dah bersih, dia suntik ubat kebas pastu dia letak yang permanent punya.Time balik kebas jer dagu aku sebab ubat kebas lum hilang.Alhamdulillah, nak senyum pun confident.Paling best, sebut 'S' dah clear.Makan kena hati...pastikan guna gigi asli untuk gigit makanan keras.Gigi palsu tu kena jaga bebaik.Beberapa bulan lepas aku makan bedal ayam kat kedai.Diorang tak basuh betul...ada batu siot.Gigi geraham aku tergigit batu tu...pecah sikit.Binawe tul.Hati2 bila makan. Report
January 11, 201016 yr Author comment_1010163 aku pun dah jumpa, satu klinik kat kedah ni,, yg bleh buat crowning gigi ni,, satu batang biasa diorang charge dalam Rm400,, slalunya sarung yg dibuat tu memerlukan dua gigi untuk jadi pengapit.. Maknanya 3x400 = rm 1200. Kira agak murah la tu.. Kt tempat lain maunya makan rm2k ke rm3k.. Kat klinik kt kedah ni yg aku pergi ni, bleh kata antara klinik gigi terbaik yg pernah aku pergi. Walaupun terletak kat kawasan yg agak tak maju, tapi perkhidmatan mmg terbaik.. Ngan nurse pun yg baik2,, heheCabut gigi pun tak sakit.. Biasa la, mungkin pakar kot. KLINIK INI BERNAMA KLINIK SINGAM, terletak di jalan utama dari sungai petani ke alor setar, iaitu di pekan guar chempedak. Kat klinik lain, ada yg tak berani nak cabut gigi taring aku, tapi kat doktor tu ngan selambanya dia bleh cabut.. Report
January 25, 201016 yr comment_1010164 off topic;hahhahaaa berani2 je ko ckp area kampung aku nih tak maju ye awi...klinik tuh mmg besh! dolu2 ms zaman budak2 gi cabut gigi die kasi candy lagi...maksud tersirat; suh mkn candy byk2 smpi gigi rosak pastu dtg cabut kt die lg..ekekee Report
January 25, 201016 yr comment_1010165 assalamualaikum...Miss U.A wrote:off topic;hahhahaaa berani2 je ko ckp area kampung aku nih tak maju ye awi...klinik tuh mmg besh! dolu2 ms zaman budak2 gi cabut gigi die kasi candy lagi...maksud tersirat; suh mkn candy byk2 smpi gigi rosak pastu dtg cabut kt die lg..ekekeehe'eleh apa punya klinik tu? ::icon_lol:: Report
July 31, 201015 yr comment_1043556 [color="#0000FF"][/color][color="#FF00FF"][/color][b][/b][color="#FF00FF"][/color][font="Century Gothic"]hm, nk tanya. apa beza gigi palsu dgn sarung gigi?[/font][size="4"][/size] Report
Join the conversation
You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.