Jump to content
Sign in to follow this  
TJ-Ariff

Hadapilah Musibah Dan Ujian Dari Allah Dengan Sumber Al-Quran

Recommended Posts

Assalamualaikum kepada semua warga PDC.

Kita selalu memperkatakan tentang musabah, rintangan hidup, ujian dan bermacam2 perkara yang malang, dan pada ketika itulah barulah kita ingat akan adanya Allah itu... ::icon_sad::
Sedangkan waktu senang kita, kita terlupa untuk berterima kasih. ::icon_cry::

Persoalan dan jawapannya telah ada didalam Kitab Al-Quran;

KENAPA AKU DIUJI ?

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "

-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. "

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. "

-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "

-Surah Yusof ayat 87


Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah..........
sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan.....
kerana ialah penawar..... penawar untuk kita......... marilah kita kembali kepada Al-Quran.....
kembali mengamalkan ajaran yang terkandung sepenuhnya........
semoga Allah memberkati sahabat-sahabat semua…..

Amin…
(Sekadar untuk renungan dan Ingatan bersama)

Share this post


Link to post
Share on other sites
huuu.. mendalam.. incik TJ buat la section agama... mcm dulu...

Share this post


Link to post
Share on other sites
ikhlas nak tanya la....
korang ada amalkan lagi tak baca quran seminggu sekali ke...
cam mane korang mantain baca.. time bile.
cam aku kekecik dulu kena pegi umah jiran mengaji hehari...
tapi skang boleh kira dalam setahun pun tak de kot...

Share this post


Link to post
Share on other sites
TANDA WUJUDNYA LAPISAN KULIT DAN SARAF SAKIT

" ...Setiap kali masak hangus kulit-kulit mereka (ahli neraka), KAMI gantikan akan mereka dengan kulit-kulit yang lain agar mereka merasai azab.."

-Surah an-Nisa' ayat 56

Share this post


Link to post
Share on other sites
"Allah tidak akan menguji hambenye melebihi kemampuan mereka"

Ingatlah walau kite diuji dengan seberat berat musibah
hingga kehilangan orang yang kite sayang
dan harta yang kita miliki
walaupun ditarik nikmat seisi dunianye
maka beruntunglah engkau...

Share this post


Link to post
Share on other sites
tapi kalu engkau yang alami musibah tu seperti kehilangan nyawa orang tersayang dan tak sepatutunya mati.. susah wo...
rasa dunia tak adil..
kenape mat rempit tak mati dan hidup lama..
kenape budak yang jadi harapan keluarga pulak yang mati...
waktu tak jadi kat diri sendiri aku selalu cakap ujian allah...
bila jadi kat diri sendiri.... tertanya tanya apalagi la ujian lepas nie....


p/s : dah mati baru start exam agaknya time kena soal dalam kubur...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Pelukis, mereka dijemput Allah kerana Allah lebih mencintai mereka daripada sekian makhlukNya dan sesungguhnya kepada Allah lah sebaik-baik tempat kembali.

"Ya Tuhan kami hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali, " Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami Ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau, Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." [QS. al Mumtahanah: 4-5.].

Share this post


Link to post
Share on other sites
Bukti cinta kepada Allah SWT : Ali-'Imran Ayat 31-32

Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (31) Katakanlah, "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir." (32)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
salam

kalau ditipu dikira musibah tak??
kalu aku ditipu,makna nya Allah nak uji iman/kesabaran aku atau penipu tu??

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam...

Sekadar renungan...

BERPADA-PADA DENGAN REZEKI ALLAH

"Kalaulah saya pun berpangkat besar dan bergaji besar seperti dia.Mengapalah hidup saya tidak seberuntung dia. Mengapakah saya tak pandai macam dia.." Demikianlah kita selalu mengeluh mengenangkan nasib sendiri dan mengagumi kelebihan orang lain.

Sebagai orang mukmin, kita dilarang untuk menyesali nasib, apatah untuk menyalahkan atau menghina pemberian Allah. Apalah sangat ujianNYA, kalau hendak dihitung dengan nikmat yang Allah kurniakan, sama ada yang sedar atau tidak, yang pasti tidak mampu dibilang manusia.

Jangan sesekali kesal atau kecewa dengan ciptaan Allah sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan atau sebagainya. Jika kita mengeluh, sedangkan kita sedang menikmati nikmat rahmatNya, bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmat yang telah kita miliki selama ini.

Sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang ada. setiap manusia sudah ada bahagian masing-masing yang dikurniakan Allah. daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud,: Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu." (Riwayat Bukhari)

Dalam apa jua perkara, kita hendaklah bersifat qana'ah dan sentiasa bersyukur di samping berusaha dan bersabar kerana setiap sesuatu itu ada hikmah tersendiri. Haaytilah firman Allah yang bermaksud "..Boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jualah yang Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui...(al-Baqarah ayat 216)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Petikan dari Buku ruhul Zikri Jilid ke-2 ini mengandungi sebahagian dari kata-kata sufi Syeikh Mahmud atau nama penuh beliau Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Mahmud al-Kedahi.

Semoga petikan dari buku ini menjadi santapan rohani yang dapat membersihkan jiwa dan mendorong hati untuk menjadi hamba Allah yang sehamba-hambaNya di dunia-Nya ini, Insya Allah.

1. Jangan tinggal dengan nafsu. Jangan duduk dengan nafsu. Taslim (berserah) kepada Allah s.w.t.. Jangan redho dengan maksiat. Redholah dengan Qadho & Qadar Allah s.w.t.

2. Tutuplah pintu pancaindera yang di bangsakan (ikut) nafsu. Tutuplah pintu hati yang di bangsakan mazmumah (sifat-sifat kebinatangan). Terbukalah pintu rahmat. Terbukalah anugerah Allah s.w.t. melalui taslim (penyerahan).

3. Tolak hajat (kemahuan) sehingga Allah s.w.t. beri faham.

4. Perkara yang kita kurang puas hati jangan kritik Allah s.w.t.

5. Kedatangan sombong jadi nafsu. Perasaan sudah lama mengikuti (perjalanan) jadi nafsu.

6. Buatlah istighfar, selawat, dan zikir. Lambat atau cepat (diri terbentuk) mengikut tekanan masing-masing.

7. Terasa penat! Susah! Itu disebabkan nafsu tidak berupaya. Ibarat (seolah-olah) mendahului Allah s.w.t. apabila di datangi tekanan.Sebab itu kalau hendak berjalan (ikut perjalanan sufi), jangan ikut nafsu! Ikutlah Al-Quran & As- Sunnah.

8. Ikhlas adalah rahsia. Selagi ada rungutan. Selagi terasa sudah lama dan sebagainya. Tanda belum dapat lagi (Tawakkul Mutlaq & Tauhid Mujarrad). Itu tandanya kurang ikhlas.

9. Rahsia anak kunci kejayaan guru adalah ikhlas dengan Allah s.w.t.

10. Cara pembersihan (jiwa) dengan cara bersedikit-sedikit (ikut kemampuan) iaitu dengan selawat, istighfar dan zikir. Membaca surah Alam Nasyroh jikalau datang perasaan jemu dan membaca surah Qulhuallah hu Ahad jikalau berasa celaru dan serabut.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Bismillahhirrahmanirrahim

Siapa sebenarnya Syeikh Mahmud atau Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Mahmud al-Kedahi?

1)Tarekat di madrasah nurul iman pimpinan "Syeikh Muhyiddin" Abdul Qadir Mahmud Al-Kedahi/Mahmud "al-Majzub" ini telahpun difatwakan menyeleweng oleh bekas mufti selangor, Dato' Haji Ishak Bin Haji Baharom (semoga Allah mengampuninya dan merahmatinya) pada tahun 1995. Ia difatwakan dibawah nama ajaran Aurad Ismailiah.
Rujukan:
http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiBukuPanduanFatwa/FatwaWartaKerajaanSelangor25%201991-1997.htm
Fatwa Kerajaan Selangor diwartakan pada 25 Oktober 1995

2)Fatwa ini boleh juga didapati di dalam website rujukan rasmi fatwa di Malaysia :
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=445

3)Tarekat ini juga telah disenaraikan dalam "AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN" (nombor 45: Tarikat Aurad Ismailiah) yang boleh didapati pada website JAKIM berikut:
http://www.islam.gov.my/ppi/profil.html

4)Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Kedah pada 25.4.1979 memutuskan mengharamkan ajaran yang dibawa oleh En. Mahmud bin Abd. Rahman dan para pengikutnya kerana membawa, mengajar dan menyebarkan ajaran salah disisi syariat Islam kepada masyarakat Islam.
Ini disalin dari booklet bertajuk:
Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor oleh JAIS


5)Berikut saya pastekan dari booklet JAIS penerangan mengenai fatwa berkaitan.
(Dengan kerjasama Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) Negeri Selangor)

Booklet berkenaan bertajuk:
Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor
(Diterbitkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor)
Cetakan Pertama - 2000
Cetakan Ketujuh - 2006

Aurad Ismailiah
(Ajaran Mahmud bin Hj Abd. Rahman)

Latar belakang
1. Beliau berasal dari Bt. 5, Sik, Kedah.
2. Selepas ajarannya difatwakan haram di Kedah beliau telah berpindah ke Selangor.
3.Ajaran beliau berkembang di Surau Nurul Iman Bt. 12 3/4, Jalan Sg. Long, Hulu Langat..
5. Semasa di Kedah, ajaran ini berkembang di Kg. Hangus, Kupang dan Kg. Kijang Baling.
6. Beliau selalu bertapa di Gua Bukit Enggang Kedah yang dianggap Gua Hira dan batu besar di dalamnya dianggap Hajarul Aswad.

Ciri- Ciri Kesalahan
1. Pengikut dikehendaki membayangkan wajah guru ketika berzikir dan bersuluk.
2. Semasa berpuasa dan bersuluk, pengikut tidak dibenarkan memakan yang berdarah dan minum seteguk air sahaja bila dahaga.
3. Semasa upacara berzikir, guru akan memukul lantai menggunakan rotan menyempurnakan rentak ratib.
4. Kemuncak ratib ialah apabila pengikut-pengikut melompat tidak sedarkan diri.
5. Mendakwa menerima wahyu dari langit.
7. Menganggap diri dan amalan mereka lebih suci dan tinggi martabatnya dari orang-orang lain yang tidak mengikut ajaran itu.
8. Membuat pengakuan dan dakwaan yang aneh seperti dia tidak siuman semasa hendak menerima ajaran itu ketika bertapa di Gua Bukit Enggang, beribadat dalam gua yang digali, dianugerahkan oleh Allah kepadanya mengenal yang hak dan yang batil tanpa belajar serta Allah memperlihatkan kepada dunia ini yang penuh dengan dosa.
10. Lafaz zikir yang asalnya "Lailahaillallah" telah diubah di dalam masa berzikir kepada lafaz yang lain daripada yang asal.
11. Di dalam berzikir (beratib) diangkat suara dan diselangselikan dengan pukulan rotan untuk menyamakan rentak irama ratib itu dan berlaku kelakuan-kelakuan yang melanggar adab zikir, ada yang menari, ada yang menyulu, ada yang tonggeng buyung, ada yang terselak kain, ada yang menangis. Kejadian-kejadian ini mengikut dakwaan En. Mahmud menunjukkan pengikut-pengikutnya banyak dosa. Tetapi mengikut dakwaan pengikut-pengikut mereka ketika itu telah sampai puncak kelazatan.
12. Zikir (ratib) yang tiada ketahuan itu dikatakan zikir isi, manakala zikir orang kebanyakan yang terang lafaznya dikatakan zikir kulit.

Aku berlindung dengan Allah dari kesesatan dan kejahilan dan aku berlindung dengan Allah dari tipudaya syaitan
Wallahualam

"Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya. " [Asy-Syu'araa':210-211]

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. " [Al-Baqarah:208]

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...