Skip to content
View in the app

A better way to browse. Learn more.

Komuniti @PuTeRA

A full-screen app on your home screen with push notifications, badges and more.

To install this app on iOS and iPadOS
  1. Tap the Share icon in Safari
  2. Scroll the menu and tap Add to Home Screen.
  3. Tap Add in the top-right corner.
To install this app on Android
  1. Tap the 3-dot menu (⋮) in the top-right corner of the browser.
  2. Tap Add to Home screen or Install app.
  3. Confirm by tapping Install.

Mari Berbalas Pantun Bersama Malaynux

Featured Replies

Syarat penyertaan..

kaorang kena balas membalas pantun. kalau nk jual, kasi warna tulisan pantun kaorang warna HIJAU.. kalau nk membeli, warnakan merah..

pas tu.. kalau dah membeli, eloklah kaorang menjual balik..hahaha

Ikut kepandaian kaorang, samaada nk bagi pantun 2 rangkap, 4 rangkap atau 6 rangkap. (aku rasa yang 2 rangkap yang laris)

Ingat.. jangan dok mengarut2.. :lol:

(Kot2 PDP Moderator nk buku kan pantun kita ni :D )

Note 001 : Xkisah lah pantun pasal apapon.. janji untuk kebaikan :D

Note 002 :Jangan EDIT pantun yang anda telah hantar (Siap Suntingan), nanti terpesong lak.. sila POST pantun lain kat bawah.

Note 003 : Kaorang boleh juga post pantun yang tiada kaitan dengan tujuan membeli atau menjual, sila warnakan pantun itu dengan warna biru

Note Amaran : Sesiapa ciplak atau tiru pantun di dalam 'post' ini untuk tujuan komersial atau kepentingan sendiri atau untuk tujuan mendapatkan laba/hadiah, adalah DILARANG.

Pembukaan..

Assalamualaikum semua pembuka bicara,

Kepada member-member kat forum Putera,

Marilah kita jual-beli pantun bersama,

Sempena 50 tahun negara kita merdeka.

Jual :

Buah betik si buah kelapa,

Buah kelapa pecah tempurung,

Dah 50 tahun kita merdeka,

Kenapa Linkin Park yang pakat2 dok 'kendong'?

Edited by malayNUX

  • Replies 280
  • Views 30.8k
  • Created
  • Last Reply

Top Posters In This Topic

huhu btw ak x pandai sgt berpantun bersastera nih....

aperpun, nk cube gak...

kalu ayat ak cm pelik jer, korang jgn ar gelak plak.. :blush:

BELI

Apa erti 50 tahun merdeka,

Kalau masalah sosial makin bertambah,

Linkin Park remaja kita duk puja,

Bukti iman ditahap yg rendah. :ph34r:

nk try JUAL

Makan burger sebelum ke kelas,

Lepas itu minum soya,

Ini soalan dr iklan petronas,

"Kenapa saya suka rumah saya?" :lol:

Edited by iFFa =P

  • Author

ehh..ok dah tu iffa..

saya jawab (beli) ek..

Sepasang tupai menebuk kelapa,

Satu tandan tidak bersisa,

"Kenapa saya sayang rumah saya?"

Kerana rumah saya aman dan bahagia.

Jual Punya..

Kerbau mengamok dalam paya,

Habis dipijak si anak keli,

Proton dah ada, Gen-2 dah bawa,

Kereta Persona bila nk beli?

Edited by malayNUX

uhuk..uhuk.. watashi mau beli

Pak Mat jauh berkelana,

sehari semalam penat terasa,

Macamana nak beli Kereta Pesona,

Nak bayar Teh-O-Ais pon seksa. :lol:

ni kasi jual

Wak Salim rambutnya kerinting,

rambut tersangkut dipintu komuter,

yang mana korang rasa lagi penting?

upgrade handphone atau komputer?

-------

sori off topik

kereta persona tu kereta mane lak?

Edited by neko

  • Author

Saya Beli ek.

Rambut tersangkut kat pintu komuter,

Awek rempit menjerit gila,

Nak Upgrade hanpon atau Komputer,

Baik pilih yang rendah kosnya.

Saya jual sekeping...

Kalau neko pergi ke Gua Musang,

Belikan saya buah kelapa dara,

Kalau nk pilih awek seorang,

nak pilih rupa atau duitnya?

Edited by malayNUX

haahhh..aku nak beli nih..

pak mat pergi memancing

dibawa sekali kucing betina

kalo nak pilih awek,pasars rupa atau duit takde lah penting

paling penting hati budinya..

  • Author

Ala.. napa wawa xjual :)

Aku balas Lagi..

Apa gunanya pergi meracun,

Kalau badan sakit dan pening,

Aku nk pilih awek yang cun,

Bila kami berjalan, ramai yang berpaling. (jeleus)

Aku Jual

Batang keladi dimakan buaya,

Buaya tembaga sakit gigi,

Mat rempit melalak, minah rempit ketawa,

Wujudnya mereka, sapa yang rugi?.

Edited by malayNUX

assalamualaikum...

luka pedih diletak cuka

ambilkan sagu tumbuklah lumat

malaysia rugi adanya mereka

alangkah bagus jika berkhidmat

nobat berbunyi raja berlangkah

silat berpencak turun temurun

dirumah mengaji tak kurang disekolah

mengapa akhlak masih menurun :D

  • Author

payahnya....

aku jawab..

Silat berpencak turun temurun,

Silat Gayung, Silat Terbang,

mengapa akhlak masih menurun,

Kerana iman semakin menghilang.

Aku jual..

Bunga mawar bunga seroja,

bunga seri idaman si dara,

rasuah banyak, peperangan dah ada,

adakah dunia sampai penghujungnya?

Edited by malayNUX

aku jwap..

Cik Minah Berkebaya Nyonya

Cik Iffa Bersanggul Bunga

Sampaikah Sudah Penghujung Dunia

Hanya Dia Yang Berkuasa Menentukannya...

Nih aku jual,dgr kan ye...

Anak Itik Berjalan Pulang

Berjalan Pulang Sambil Berkejaran

Mengapa Sifat Mulia Makin Berkurang

Adakah Kerana Kurang Ajaran??

Edited by fai_wawa

aku jwap..

Nih aku jual,dgr kan ye...

Anak Itik Berjalan Pulang

Berjalan Pulang Sambil Berkejaran

Mengapa Sifat Mulia Makin Berkurang

Adakah Kerana Kurang Ajaran??

aku beli...huhu

Memang Haman kaki temberang,

Sidekick Firaun sepanjang zaman,

kenapa akhlak semakin kurang,

sebab hidup tak makan saman

niaga tak balik modal, nanti2 la jual pulak :lol:

yeah..aku balas...

Pak Leman Mak Timah Suka Berkebun

Sambil Berkebun Makan Kuih Semperit

Kenapa Subuh Susah Nak Bangun

Sebab Tiap2 Malam Asik G Merempit

Aku Nk Jual Lagi...

Pergi Memancing Di Tepi Kolah

Dalam Kolah Ade Anak Buaya

Kenapa Bebudak Sekarang Tak Suka Gi Sekolah

Tp Lebih Suka Berpoya-poya??

assalamualaikum...

main teng-teng di tepi kolah

menjual kain ditepi bendang

bebudak ponteng tak pegi sekolah

release tension alasan diorang

lepas makan baru sendawa

makan jering dengan ketupat

macam-macam umpan dah dibawa

apasal memancing ikan tak dapat?

:lol:

assalamualaikum...

main teng-teng di tepi kolah

menjual kain ditepi bendang

bebudak ponteng tak pegi sekolah

release tension alasan diorang

lepas makan baru sendawa

makan jering dengan ketupat

macam-macam umpan dah dibawa

apasal memancing ikan tak dapat?

:lol:

aku try jwb

terkentut-kentut makan derian,

dek penangan raja buah,

umpan dibawa ikan tak layan,

sungai tercemar semenyer arwah :wacko:

jual2...hehe

keris karat dihunus orang,

keris pusaka hilang sarungnya,

miskin dan kaya bertambah jurang,

ape gerangan sebab puncanya?

Edited by locco

  • Author

aku try beli... (pantun 6 kerat)

Keris karat dihanus orang,

orang gila mengamuk lagi,

Orang ramai bertempiaran lari,

miskin dan kaya bertambah jurang,

puncanya yang kaya..mengkayakan kroni,

wang zakat jangan harap nk bagi.

aku 'jem modal.. tolong jualkan.. hahaha :lol:

Edited by malayNUX

aku jual sekilo 2 hinggit

Wak Seman bersiul-siulan,

bersiul non-stop seharian,

tak pasal2 kene marah ngan bini,

PC tahap dewa kelembapan,

Customer pekerja jadi mangsa,

macamana nak ajar toke macamni? :ph34r:

KeTua KamPuNg bELa kEra,

si KeRa bErNaMA siZuKa,

SiaNg MaLam KorANg LePak Kat PuTeRa,

SaJe naK TaNya, RuaNgan MaNa PaLiNg kOraNg SuKa?..

beli beli...jangan tak beli...

hehe :lol:

  • Author

aku jual sekilo 2 hinggit

Wak Seman bersiul-siulan,

bersiul non-stop seharian,

tak pasal2 kene marah ngan bini,

PC tahap dewa kelembapan,

Customer pekerja jadi mangsa,

macamana nak ajar toke macamni? :ph34r:

Petang2 makan biskut,

Biskut dimakan bersama air oren,

Minum oren bersama si Karim,

Jenis tauke camni jangan di ikut,

Baik blah, cari kerja lain,

Kalau tidak, dimarahi orang lain.

KeTua KamPuNg bELa kEra,

si KeRa bErNaMA siZuKa,

SiaNg MaLam KorANg LePak Kat PuTeRa,

SaJe naK TaNya, RuaNgan MaNa PaLiNg kOraNg SuKa?..

Si kera bernama Sizuka,

Kera betina suaranya sumbang,

Ooo..nk tau kitaorang suka lepak kat mana,

Kitaorang suka lepak kat ruangan sembang.

NOTE KEPADA IFFA, Sila guna tulisan yang sistematik.

Aku Jual.

Dalam sungai ada buaya,

Pakat berperang, ramai yang mati,

Tak lama lagi dah nak puasa,

Hutang puasa yang lepas, kaorang dah ganti? (Untuk pompuan je)

Edited by malayNUX

KeTua KamPuNg bELa kEra,

si KeRa bErNaMA siZuKa,

SiaNg MaLam KorANg LePak Kat PuTeRa,

SaJe naK TaNya, RuaNgan MaNa PaLiNg kOraNg SuKa?..

Kalau pergi ke kedai Ali,

Jangan lupa membeli gula,

Kalau Cik Iffa hendak ketahui,

Semua ruangan saya suka

Menangkap belut dalam paya

Panas berdering mata berpinar

Ilmu banyak di alam Maya

Patutkah kita berbuat onar ?

Edited by hairulfadly

assalamualaikum...

Ahmad gemar minum soya

kekedai nyonya membeli tepung

buatla onar didunia maya

akhirat jua kita dihitung

:MalaYneuMaya tak buat onar..onak dan duri pon aku tak buat woooo

jual berangan dikampung teratak

terpijak tuntung dibandar Kowloon

beli barangan cetak rompak

kita yang untung atau lanun? :huh:

Edited by MalaYneuMaya

aku try beli..

Makan Nasi Colek Tempoyak

Lepas Makan Terberak-berak

Beli Barangan Cetak Rompak

Sah-sah Si Lanun Yang Untung Banyak

aku nk jual plak

Pergi Melaka Naik Kereta Lembu

Singgah Kat Semenyih Beli Kailan

Wahai Ahli Putera Aku Saja Nak Tau

Saper Forumer Favorite Kalian?

assalamualaikum...

roti canai pemberian Tenku

haiwan manusia hidup gembira

si Shanai la feveret aku

tanpa dia takdela putera

ke pulau agas sambil menyanyi

terkinja-kinja terminum minyak

masa bertugas asyik sembunyi

kenapa kerja gaji nak banyak?

:lol:

Edited by MalaYneuMaya

ok...

Jalan2 Pergi Ke Zoo

Nampak Beruang Si Haiwan Yang Buas

Alahai..Standard Ar Tuh..

Manusia Hidup Tak Pernah Yang Puas..

errkk..

da kehabisan idea nk jual..

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

Account

Navigation

Search

Search

Configure browser push notifications

Chrome (Android)
  1. Tap the lock icon next to the address bar.
  2. Tap Permissions → Notifications.
  3. Adjust your preference.
Chrome (Desktop)
  1. Click the padlock icon in the address bar.
  2. Select Site settings.
  3. Find Notifications and adjust your preference.