Skip to content
View in the app

A better way to browse. Learn more.

Komuniti @PuTeRA

A full-screen app on your home screen with push notifications, badges and more.

To install this app on iOS and iPadOS
  1. Tap the Share icon in Safari
  2. Scroll the menu and tap Add to Home Screen.
  3. Tap Add in the top-right corner.
To install this app on Android
  1. Tap the 3-dot menu (⋮) in the top-right corner of the browser.
  2. Tap Add to Home screen or Install app.
  3. Confirm by tapping Install.

Perjumpaan Moderators Berjaya Diadakan

Featured Replies

Perjumpaan Moderators telah berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad, 1 Ogos 2004 di ofis admin.

Seramai 11 moderator + ahli telah datang ke ofis admin di Serdang Jaya, manakala beberapa kerat lagi mengikutinya secara live menerusi yahoo webcast.

Mereka yang telah muncul di pejabat admin semalam ialah (mengikut susunan kemunculan) spootid, hababd, joehari, Nor Arisham Hj Bakar (abg Sham), bioweapon83, red_juniper, empat sekawan: cermin, lowkey, zer0nehza, zeph dan akhir sekali man2. Admin dan xijmx jadi tuan rumah.

Pada perjumpaan tersebut, admin telah memberi taklimat ringkas tentang peranan dan tanggungjawab sebagai moderator. Penjelasan tentang peranan dan tanggungjawab moderator akan diterangkan dengan lebih mendalam nanti menerusi posting.

Manakala abg Sham pula membincangkan tentang gathering yang akan datang. Turut dibincangkan ialah bagaimana hendak menjana kewangan untuk menampung keperluan aktiviti, khususnya gathering nanti. Gathering telah ditetapkan untuk diadakan pada 25 Disember 2004 di Kuala Lumpur.

Satu lagi perjumpaan antara semua moderator dan ahli yang ingin membantu menjayakan gathering akan diadakan tidak lama lagi. Beberapa aktiviti menarik dicadang diadakan sempena gathering termasuklah seminar, sukaneka, LAN party dan sebagainya.

Selain gathering, beberapa aktiviti pra-gathering atau mini-gathering juga dicadang untuk diadakan seperti permainan boling, memancing, LAN-party, konvoi dan lain-lain yang difikirkan sesuai.

Sesiapa yg ada cadangan aktiviti yg menarik boleh kemukakan idea di forum komuniti/aktiviti.

user posted image Klik untuk lihat gambar-gambar lain.

Edited by hababd

  • Replies 52
  • Views 16.4k
  • Created
  • Last Reply

Top Posters In This Topic

Sesi tersebut telah diakhiri dengan makan tengahhari merangkap petang di kedai mamak belah ujung dari office admin... dan dibayar sepenuhnya oleh admin... terima kasih diucapkan... biggrin.gif

tapi pat sekawan balik awal... jadi diorg tak pat join makan²... cool.gif

Edited by joeharie

hehe, laugh.gif ade gak nama den!! , sebenarnya nak pi situ tak dirancang, sebab mase tu baru balik dari LAN PARTY umah member kat sentul, pastu pi cheras kejap, pastu pi Mid valley sebab nak redeem tiket wayang Garfield, so on the way nak balik tengok jam dah kul 12, so try le singgah kat situ..sib baik ade lagi..tu pun sebab nampak memuke lama mase kenal kat 1st Gath McD CM, kalau tak dah balik gak!! dalam perjumpaan tu pun asik menguap sebab mengantuk!! ehaks!!

Sekali lagi nak ucapkan terima-kasih kat admin sebab blanje kitorang makan cool.gif

huehue..cian ngn dak ponteng keje tuh...

BTW... sorry la x pat join...

besh gak 1st time dpt nengok korang..actually hababd, joe..abg sham..

oit ... zer0 ... ohmy.gifohmy.gif

dendiam dah la .... wink.gif

kalau maneger aku baca nih ... kantoi aku ... tongue.gif

akhokhokhohkhok... laugh.giflaugh.gifbiggrin.gifbiggrin.gif

isk..jeles plak aku dengar korang nye 1st gathering nie..sib baik la aku duk jauh..kalau dekat..dah lama aku join

mcm grand jer gathering 25th disember tuh nanti.. nih yg tak sabar nih.. tarikh tuh mmg dah ngam waktu cuti dah.. laugh.gif

Aiseyman Admin... You byr ke hari tu...? I byr mkn sendiri... Rugi...!!! rolleyes.gifrolleyes.gif

Aiseyman Admin... You byr ke hari tu...? I byr mkn sendiri... Rugi...!!! rolleyes.gifrolleyes.gif

Hoh ohmy.gif

ko bayar gak ker ? cam tu kaya la tokey mamak tu... wink.gif

Aku tak tau Admin belanja... Takpe... next time admin belanja aku k...??? biggrin.gif

biggrin.gifbiggrin.gif baguz la mcm tu........aku ade tgk webcast tu..jap je..x jls sgt... maklumkan dialup biggrin.gif

semoga PUTERA.com selepas ini sukses selama2nya biggrin.gif

kira gempak aper siap ader webcast lagik.. hEhEhhE. .siaran langsung..

tu la pasal..mcm gempak jer...

kata nak start kul 11pg, tp dekat kul 11.45 dah still webcam pun gerak-gerak lagik.. so, aku pun kuar ler time tuh sbb ader janji nak amik brg ngan smile4me & syuk kt lyp .. so, tak tau ler aper criter..

aaarkkk..aperdaaa..aku x tau pun..apsal x sound aku, man2?..bukan jauh pun dari umah aku..x pe aa..lain kali...

korang memang le nampak gambar belakang jerk.. bukak le link yang admin buat tuh untuk tgk gambar yang lain.. hmm.. sib baik gambar aku takde.. huhuhu, sebab aku tak sampai lagi mase tuh.. laugh.gif

hehehe.. sibuk sgt la tuh.. aper nak buat .. laugh.gif tp takper la.. ini baru 1st meeting.. mungkin 2nd atau 3rd nanti lagi ok kot..

Guest
This topic is now closed to further replies.

Account

Navigation

Search

Search

Configure browser push notifications

Chrome (Android)
  1. Tap the lock icon next to the address bar.
  2. Tap Permissions → Notifications.
  3. Adjust your preference.
Chrome (Desktop)
  1. Click the padlock icon in the address bar.
  2. Select Site settings.
  3. Find Notifications and adjust your preference.