Jump to content
khairyyy

Acer Aspire 4752G Re-Flash Bios

Recommended Posts

Assalamualaikum ..

lama sungguh tak jenguk putera.com ni... hehe

 

pada expert2 sume saya nk mintak tolong skit , pada sape2 yg ade pengalaman flash bios motherboard guna pendrive .

 

problem bermula apabila tak sengaja `terinstall` bios update untuk laptop acer aspire 4752G,

 

lepas install laptop trus takbleh nk boot , bios pun x keluar cuma power button je yang menyala .

 

setelah diselidik2 jumpa satu cara untuk reflash bios guna wincris 1.0.0.4 , bios original download dari website acer .

 

dah ikut instruction yg diberi tapi masih tak berjaya , almaklumlah ni baru first time nk re-flash bios guna pendrive.. hehe

 

jadi nk mintak tolong pada2 sape2 yg ade pengalaman tu..

 

terima kasih..

 

 

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam, kalau Laptop Acer yang dulu, biasanya guna phoenix bios iaitu dalam crisis disk tu ada file phlash16.exe. biasa model Laptop acer yang guna phlash.exe ni contohnya model 4520, 5550.

 

Untuk model 4752 tak pasti, samada masih guna phoenix bios atau guna H2O insyde. kalau H2O insyde, file untuk flash berlainan.

 

Ok,katakan Acer 4752 ni guna Phonex bios.Cuba buat step di bawah ini

 

1) Download file Crisis disk . Dan file bios Laptop di  http://www.acer.com.my/ac/en/MY/content/drivers 
2) Buat Usb Crisis disk menggunakan WINCRIS (memerlukan Floppy disk atau usb pen drive / usb flash drive). 
3) Jangan lupa untuk menggantikan kata nama "BIOS.WPH" fail di file bios laptop korang. Adalah penting untuk menamakan semula fail BIOS untuk "BIOS.WPH". 
4) Pastikan bateri dan Power jack disambungkan ke laptop. Juga keperluan laptop berada dalam keadaan Power-off. 
5) Pegang di key FN + Esc dan kemudian tekan butang Power (tanpa melepaskan FN + kekunci Esc). 
6) Lampu USB / pen drive / flash akan berkelip apabila laptop membaca file bios pada usb pendrive. Korang boleh melepaskan kunci FN  + Esc. 
7) Semasa dalam proses pemulihan, paparan skrin laptop akan sentiasa kosong. 
8) Proses Pemulihan akan mengambil sedikit masa (satu atau dua minit). Laptop secara automatik akan memulakan semula apabila proses pemulihan berjaya. Korang harus melihat POST selepas memulakan semula.

 

Jika Acer 4752 ni guna H2O insyde bios.Cuba buat step di bawah ini

  1. Pasang USB pendrive pada Komputer yang running Windows. 

  2. Open My Computer. 

  3. Right-click pada USB Drive dan pilih Format.

  4. Pilih untuk File system pendrive kepada FAT32 dan tekan Start. 

  5. Selepas format dah siap download BIOS terbaru untuk Laptop korang contohnya di http://www.acer.com.my/ac/en/MY/content/drivers atau dari alternative download location yang lain..

  6. Buka ZIP file yang korang dah  downloaded (guna winrar atau 7zip) dan copy semua  files tu pada USB pendrive:  &  FLASHIT.EXE  & serta bios file (katakan bernama 3309.FD) (nama BIOS mungkin berbeza berdasarkan model) 

  7. Di usb pendrive, rename BIOS file (3309.FD) kepada ZG5IA32.FD ( nama ini dapat dari code nama motherbord laptop)

  8. Cabut atau remove USB pendrive dari komputer korang, cucuk pada usb port Acer 4752 yang bermasalah.

  9. Tekan key Fn dan Esc secara serentak.Tekan key tersebut serentak dan tekan power-on button. Release Fn+Esc selepas beberapa saat. Kalau korang perasan led pendrive akan blinking semasa kaedah ini dilakukan. 
  10. Semasa kaedah ini dilakukan Acer Aspire One akan access  file bios firmware didalam pendrive yang korang buat tadi dan  flashing Bios firmware baru pada IC EEPROM Bios. 

    Selepas beberapa ketika, led pendrive akan berhenti blinking dan Acer 4752 akan reboot dengan sendiri.

Lakukan dengan hati-hati, serta sila pastikan bios file yang korang masukkan di pendrive adalah untuk model yang betul.

 

Jika silap cara yang digunakan, kemungkinan netbook Acer tersebut akan bermasalah tak dapat detect usb pendrive, jika masalah ini terjadi,korang terpaksa buka casing laptop dan cabut IC EEPROM bios netbook untuk flash menggunakan EEPROM programmer.

 
Edited by hafizamrepair

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...