Jump to content
cavern

Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29

Recommended Posts

hai,, mcm mana ujian tu? saya bakal duduki ujian yg saya rasa sma la jugak..tp unutuk jwtan penolong jurutera.. ssh ke exam ni.. harap anda semua boleh share2 sikit hehee..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aslkm, aku ada kongsikan tentang temuduga dan exam ni kat putera ni... klik link bawah ni. >>--Untuk Moderator : ni internal link putera. (tolong jgn banned saye!) :3:

http://forum.putera.com/tanya/index.php?/topic/68694-temuduga-penolong-pegawai-teknologi-maklumat-f29/

Share this post


Link to post
Share on other sites

juruteknik f17 pun ada interview + exam gak ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Panduan Ujian Bertulis Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Banyak kriteria pemilihan diambil kira, salah satunya adalah mampu memberi jawapan dengan tepat dan berasas sewaktu sesi temuduga. Di sini saya ingin saya kongsikan beberapa contoh soalan yang pernah ditanya sewaktu sesi temuduga untuk jawatan PPTM. Soalan ini diberikan oleh salah seorang ahli Pesima yang baru sahaja melepasi sesi temuduga baru-baru ini. Perlu diingat, soalan ini hanya sekadar panduan dan tidak semestinya akan ditanya sewaktu sesi temuduga anda nanti.

Untuk makluman anda, soalan temuduga dibahagikan kepada 2 kategori iaitu soalan umum dan khusus. Soalan umum meliputi isu-isu semasa dan pengetahuan am, sementara soalan khusus pula menjurus kepada soalan-soalan berbentuk teknikal mengenai komputer dan teknologi maklumat.

Contoh Soalan Umum:


1. Keterangan mengenai pekerjaan anda sekarang (jika bekerja), tentang majikan dan tugas-tugas yang perlu anda lakukan. Anda juga perlu nyatakan sebab-sebab anda memohon jawatan sebagai PPTM.
2. Anda perlu berikan pendapat anda mengenai masalah gejala sosial di Malaysia.
3. Isu semasa lain seperti kejayaan Nur Amalina mendapat keputusan SPM 17A dan calon SPM lain yang mendapat 19A yang menjadi kontroversi.
4. Anda juga perlu ceritakan mengenai sejarah kemerdekaan, tarikh, kronologi-kronologi sebelum merdeka dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang terlibat.
5. Anda perlu nyatakan maksud kemerdekaan, tema merdeka tahun ini, dan siapa wakil 3 kaum semasa perjanjian Suruhanjaya Reid di London.
6. Peranan komunis di Tanah Melayu dan siapakah nama ketua komunis pada ketika itu.
7. Nyatakan mengenai institusi Yang Dipertuan Agong, tarikh lantikan, pertabalan, sistem giliran dan tarikh kelahiran Agong.
8. Mengenai Parlimen, Dewan Rakyat, dan Pilihanraya.

Contoh Soalan Khusus:


1. Kaitan antara jawatan anda sekarang (jika bekerja) dengan teknologi maklumat, anda perlu nyatakan pengalaman-pengalaman anda ada.
2. Jelaskan mengenai rangkaian seperti jenis-jenis topologi dan perbezaannya.
3. Jelaskan mengenai firewall, daripada segi kegunaan, jenis dan jenama yang digunakan.
4. Jelaskan mengenai open-source seperti linux.
5. Jelaskan mengenai web browser, jenis-jenis dan perbezaan antaranya.
6. Jelaskan juga mengenai search engine, jenis dan kegunaannya.
7. Nyatakan pengalaman anda membangunkan sistem, kegunaannya dan pengguna sistem tersebut.

Dapatkan panduan, tips dan contoh soalan yang bakal di'dedahkan' kepada calon Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29.

 

--> Klik kat siggy di bawah ini.

 

Semoga dapat membantu.

Edited by php

Share this post


Link to post
Share on other sites
Soalan Ujian Bertulis Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Seksyen A:
80 Contoh Soalan & Jawapan
Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja...:)

 

 

1.    Pilih kenyataan yang BENAR mengenai komputer :

I.    Komputer  boleh diaturcarakan untuk menerima dan mengolah data.
II.    Komputer boleh menerima arahan, memproses, menyimpan dan mengeluarkannya semula.
III.    Komputer boleh memproses data menjadi maklumat
IV.    Komputer digunakan untuk melayari internet sahaja.

A.    I dan II
B.    I, II dan III
C.    II, III dan IV
D.    I, II, III dan IV


2.    Berikut adalah faedah penggunaan komputer KECUALI :

A.    Menyimpan maklumat yang banyak
B.    Memperolehi semula maklumat dengan segera
C.    Melakukan perhitungan rumit dengan tepat
D.    Menggunakan komputer untuk bermain permainan video


3.    Y merujuk kepada perkara yang telah diproses dan dianalisa yang digunakan untuk membuat keputusan.

Apakah yang dinamakan Y?

A.    Data
B.    Maklumat
C.    Input
D.    Output


4.    Berikut ialah komponen-komponen utama sistem komputer KECUALI :

A.    Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
B.    Unit-unit Input dan unit-unit Output
C.    Komponen Storan dan komponen Ingatan
D.    Pemampat dan Penyejat

5.    Berikut adalah pernyataan yang berkaitan dengan Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

I.    Menginput maklumat-maklumat (Data dan Program) ke dalam sistem komputer.
II.    Menyimpan arahan-arahan dan data-data yang digunakan untuk pemprosesan.
III.    Melaksanakan arahan-arahan pemprosesan data.
IV.    Memindahkan hasil-hasil pemprosesan kepada bentuk yang difahami dan boleh digunakan oleh manusia ataupun komputer-komputer lain.

    Berdasarkan kepada maklumat di atas, pernyataan manakah yang BENAR?

A.    I dan II
B.    I, II dan III
C.    II, III dan IV
D.    I, II, III dan IV


6.    Bahagian Y dalam komputer mempunyai fungsi yang berikut :

•    Mengawal dan mengkordinasikan operasi-operasi seluruh sistem komputer.
•    Mentafsirkan semua langkah-langkah program.
•    Mengeluarkan arahan-arahan kepada unit-unit lain.
•    Mengawal aliran-aliran data semasa pemprosesan.

Bahagian Y merujuk kepada :

A.    Unit Kawalan
B.    Unit Pemprosesan Pusat
C.    Unit Arithmetik
D.    Unit Input


7.    Operasi tambah, tolak, darab dan bahagi merujuk kepada fungsi unit…

A.    Algorithm
B.    Algebra
C.    Arithmetic
D.    Trigonometri


8.    Peranti Y merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk memberi arahan dan memasukkan program dan data kepada komputer.

Nyatakan nama bagi peranti Y

A.    Data
B.    Maklumat
C.    Input
D.    Output


9.    Peranti Z merujuk kepada maklumat yang terhasil ekoran daripada proses pemprosesan data.
Nyatakan nama bagi peranti Z

A.    Data
B.    Maklumat
C.    Input
D.    Output


Lagi info lanjut, sila ke web dibawah ini:

 

--> KLIK PADA SIGGY DI Bawah ini

 

Semoga dapat membantu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Khas untuk calon exam Penolong Pegawai Teknologi maklumat F29

160+ kini ada "kelebihan" dari lebih 5000 orang calon
exam pada 08 Mac 2014 ini..

Masa persediaan anda semakin suntuk. Dah mula persediaan?

Tahniah untuk 160+ calon yang telah memulakan persediaan
mereka dengan Rujukan Khas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
ini.

Biarkan mereka terus dengan persediaan dan tinggalkan
anda bersama calon lain?

Pilih untuk LEBIH BERSEDIA dan hadir bersaing dengan
dengan penuh keyakinan

Keyakinan anda di sini, hanya menunggu pilihan
anda. Pilih untuk yakin:

--> http://bit.ly/TeknologiMaklumat2014


Pastikan anda buat yang terbaik, bukan untuk orang lain..
tetapi untuk diri anda..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat – Ujian Bertulis SPA

Calon peperiksaan bertulis Penolong Pegawai Teknologi Maklumat untuk sesi 2014 bakal menghadapi format soalan yang sedikit berbeza di mana ada ujian tambahan dalam penilaian Personaliti. Ianya telah mula dimasukkan pada tahun 2013 yang lalu.

Secara kasarnya ianya adalah Ujian Sahsiah dan Minat yang biasa dijalankan dalam tapisan Gred 41 tetapi ini lebih ringkas dengan hanya 30 minit peruntukan masa untuk menyelesaikan 90++ soalan. Sebenarnya ini adalah PERANGKAP untuk menggagalkan calon. Calon ditekan dengan masa dan mengikut pengalaman yang lepas, konsistensi jawapan bakal membunuh calon.

Contohnya, pada soalan nombor 1 dan nombor 80 diberikan soalan yang sama cuma diubah struktur ayat. Kebiasaannya jika calon banyak berfikir untuk menjawab soalan ini, mereka akan kehabisan masa apabila sampai soalan ke 50 dan selepas itu calon akan ‘hentam’ atau ‘tembak’ sahaja jawapan! Bagaimana calon boleh memastikan yang jawapan yang diberi pada soalan 1 dan 80 tersebut sama?

Penilaian yang lain adalah melalui Pengetahuan Am pada Seksyen A. Ianya lebih kepada penilaian kepekaan calon terhadap perkembangan semasa dan juga pengetahuan calon pada jawatan yang dipohon. Untuk jawatan ini, soalan berkaitan Teknologi Maklumat berkemungkinan besar akan ditanya. Luangkan sedikit masa untuk buat rujukan berkaitan komputer dan yang seangkatan dengannya.

Pada Seksyen B pula, ianya adalah penilaian Daya Menyelesaikan Masalah yang merangkumi kemahiran Matematik dan Analitikal. Pada seksyen ini, persediaan yang paling ideal adalah melakukan latihan latih tubi Matematik untuk lebih mahir kerana kalkulator tidak dibenarkan penggunaannya semasa sesi penilaian.

<< Dapatkan Rujukan utk Ujian Bertulis di Sini >>


it4_zpsa20394db.jpg

Tag:
ujian bertulis Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
contoh soalan bertulis Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
soalan exam bertulis Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
download contoh soalan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Share this post


Link to post
Share on other sites

Masa semakin suntuk untuk sesi peperiksaan F29

Calon-calon sudah mula melakukan persediaan. Mereka ada nota bantuan;

- 40 nota ringkas tajuk berkaitan penolong Pegawai Teknologi Maklumat

dan mereka uji maklumat mereka dengan melakukan latih tubi;

- Lebih 70 Soalan Seksyen A
- Lebih 40 Soalan Seksyen B
- Lebih 20 Soalan berkaitan GTP


Dengan nota bantuan itu mereka telah faham dan tahu bentuk soalan
Seksyen A yang rupanya dibahagikan kepada 8 SKOP utama

1 Seksyen ada 8 Skop! Aduii!

Jika anda calon PPTM F29 pada 8 MAC ini, sudahkah anda membuat
persediaan seperti 'MEREKA'?

Ini rahsia 'nota bantuan' mereka;

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bagaimana persediaan anda?
Harap anda sudah cukup bersedia untuk semua seksyen.

Sikit TIP untuk persediaan seksyen B;

>> Cuba buat latihan matematik soalan PMR dan SPM. Ianya akan membuatkan
anda lebih pantas.

>> Sesi exam SPA tidak membenarkan penggunaan kalkulator, jadi latihan
ini bakal berguna untuk anda.


Abaikan bab-bab yang sukar yang memerlukan anda menggunakan
kalkulator! (Ini RAHSIA)

Ramai yang tak tahu rahsia ini dan buang masa studi semua bab SPM

Adakah tips ini membantu?


Untuk rahsia penuh seluruh peperiksaan, ini kucinya;


KLIK SINI ==> http://bit.ly/TeknologiMaklumatF29


Ambil sahaja rahsia-rahsia ini dan tinggalkan mereka yang tak tahu!

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...