Jump to content
Zulkifli

Direct Selling

Recommended Posts

Assalamualaikum

Nie aku nak tanya korang pasal buat direct selling dan piramid marketing strategi...

Aku dah ramai kengkawan yang ajak joined. Macam-macam jenis jenama dah. Nak aku list kan ke. aku list kat bawah nie:

CNI

Omegatrend

Luxor

LiquaHealth

dan byk lagi...

(sorry, senarai di atas bukan nak menjatuh atau mengaibkan mana-mana pihak)

Tapi 1 pun aku tak pernah buat. Apa yg aku pk, aku tak senang dapat duit atas hasil org lain. Tak taulah pendapat korang camner. Ni aku nak tanye nie.

Share this post

Link to post
Share on other sites

biar aku jawab dulu.

aku rasa

aku rasa (makna nya pendapat peribadi aku)

selagi produk yang dikeluarkan memberi faedah kepada orang, tak salah bagi kita memasarkannya.

mengenai cara pemasaran, MLM adalah cara pemasaran yang paling berjaya sekali.

persoalannya...

adakah harga yang ditawarkan berpatutan atau cekit darah....

dan lagi.. jika produk yang dipasarkan memenuhi citarasa dan kehendak pengguna, benda ini adalah kebajikan dan patut diteruskan.

aku bagi orang lain pulak bagi pendapat.

Share this post

Link to post
Share on other sites

mengenai skim piramid yang tidak membekalkan produk yang bermanafaat kepada pengguna akhir, kerja ini boleh lah digambarkan sebagai ....

MINTAK SEDEKAH ????

ops......

Share this post

Link to post
Share on other sites

sedara aku masuk CNI..skrang dah jadi stokis..dia dah dpt 2 biji kete hadiah dr CNI tue..kalo nak masuk direct selling..kene pandai susun ayat(bukan menipu ye..)kene banyak sabar..rajin berusaha dan juga peramah...itula kunci kejayaan sedara aku nie... wink.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

direct selling ni mcm orang yang datang ketuk rumah ke rumah jual barang ke?

bukan sekadar CNI/OmegaTrend dll kan...?

huhu...kebanyakannya orang yang datang jual kat depan umah aku abis aku halau...huhuhu...skang mane bole pecaya..bagi masuk karang habis kene rompak... ph34r.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

mengikut pemahaman org2 aktif business tu, direct selling tak sama dgn multilevel marketing atau skrg ni network marketing. kalau direct selling tu mcm redstar ckp jual barang secara terus (direct) kpd pelanggan. kalau kat opis aku boleh seminggu ada la 3,4 salesman dtg jual barang.. buku , barang2 opis, dll..

kalau MLM lebih kepada bina rangkaian. pastu produk beli utk kegunaan sendiri. boleh juga jual kalau nak jual.

personally aku mmg tak reti buat MLM. ada gak join dulu tapi tak berjaya. bukan salah MLM tu, mungkin sbb aku tak pandai promote. nak buat MLM ni kena ada komitmen dan rajin cari dowline.

sekarang ni aku lebih fokus pd program autosurf sbb lg senang. tak perlu cari downline. buat sorang2 pun boleh dpt bln2.

Share this post

Link to post
Share on other sites

sekarang ni aku lebih fokus pd program autosurf sbb lg senang. tak perlu cari downline. buat sorang2 pun boleh dpt bln2.

buat autosuft tu camner... ko bleh trang tak... aku pernah dengar gak dr abg mmber aku tapi die x explain laaa camner... aku ingat nak buat gak, nak cari duit lebih skit ke... kene ader int sendiri ke?

smile.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

MLM ngan direct selling ni lain...direct selling ni lebih pd jualan kat customer(jadi salesman la) mngedarkan product derang.MLM plak lebih pd sharing kat kawan2/sdare mara dan membina rangkaian sendiri..

Share this post

Link to post
Share on other sites

buat autosuft tu camner... ko bleh trang tak... aku pernah dengar gak dr abg mmber aku tapi die x explain laaa camner... aku ingat nak buat gak, nak cari duit lebih skit ke... kene ader int sendiri ke?

smile.gif

autosurf tu program traffic exchange dan kita akan terima bayaran hanya dgn surf (auto). ramai dah org buat duit melalui program ni. bagus la kalau ko rasa berminat. boleh gak tambah duit poket. nak tau lebih lanjut boleh baca diskusi kat thread2 ni.

http://forum.putera.com/tanya/index.php?showtopic=8158

http://forum.putera.com/tanya/index.php?showtopic=7776

tak kisah la ko ada line internet sendiri (kat rumah) atau kat pejabat (kalau dibenarkan), boleh je join. nak maklumat lanjut online boleh YM aku. cool.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

direct selling...

ader bermacam jenis..ader yg cam CNI dan seangkatan dgnnyer..

ader plak yg dtg dari kedai ke kedai..

bagi aku asalkan mendatangkan keuntungan kepada kita maksudnyer tiada apa2 halangan leh diteruskan..

satu lagi kena rajin..cam member aku ader penah masuk CNI bhg Jb..atas kerajinan,dia dpt check gaji dia cam manager gitulaa..dia siap tunjuk lagi check tue kat aku..besar gak nilainya..ader gak yg buat secara part time atau pun pas habis keje..asalkan ko larat,pandai menyusun percakapan,leh dpt ramai customer,no hall punyerr smile.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

kalo ko takut kene tipu ko pegilah ke ...

http://www.kdnhep.gov.my

pas tu ko dapatkan bhg. kepenggunaan dan klik tajuk Pembangunan Jualan Langsung. Kat situ ko dpt senarai penuh Syarikat Jualan Langsung yg sah dan senarai Syarikat Jualan Langsung yg tidak memperbaharui lesen... pas tu plak ko pegi bhg Penggunaan pilihlah tajuk seperti Hak-Hak Penggunaan dan Dasar Pengguna Negara...

Sebelum ko join maner2 Direct Selling dan Multilevel Marketing (MLM) ko kene faham konsep PERNIAGAAN (Konvensional, Francais dan Network Marketing). Ko kene faham dari segi Konsep apa yg dimaksudkan dengan Modal, Risiko, Pengalaman, Sokongan, Masa dan Sumber Manusia dalam kosep PERNIAGAAN di atas...

Share this post

Link to post
Share on other sites

Ader sesiapa yg boleh jelaskan konsep Direct Selling, Skim Piramid, Skim Binary, Trinary, Skim Cepat Kaya dan Multilevel Marketing? Sebab apa yg aku dengar sebenarnya Skim Piramid, Skim Binary dan Skim Cepat kaya itu di HARAM kan kat Malaysia...

Share this post

Link to post
Share on other sites

Jangan lupa dapatkan majalah tentang PELUANG...INFORMASI...INSPIRASI...JARINGAN yang terkandung dalam majalah MEDIA USAHAWAN menjana usaha niaga yang berharga RM7.00 sahaja.

alamat

MEDIA USAHAWAN

No.9, Lorong Gudang Nanas 2,

Jalan Pasar, 41400 Klang, Selangor.

Tel: 013-38668, 017-8891 288, 012-2159 897

Faks : 03-3341 9477

Share this post

Link to post
Share on other sites

direct selling a.k.a jualan peribadi..

sebenarnye direct selling ni bukannye mlm...

memang x same langsung..

ape yg aku blaja, jualan peribadi ni merupakan salah 1 proses pemasaran yg kite ley buat selain dari cara2 yg lain..

jualan peribadi ni melibatkan penjual dan pembeli secara langsung x kira la jumpa atau dengan telefon..

jualan langsung ni pon, bukan setakat cni, avon n lain-lain tu..

kalo ikut konsep die yg betul pon, kilang2 memang gune kaedah ni utk promote produk dorang...

coz ianya lebih berkesan...

direct selling yg x ley caya tu mcm tetiba dpt kol kate kite menang pape...

pastu datang company die, beli mcm2... yg tu tipu...

n yg mane2 kalo suruh gores2 tu, x payah la... sume tipu tu...

kalo nak jugak beli brg2 jualan langsung ni, aku syorkan kat korang beli yg dah ade brand n kompeninye kukuh... :lol:

Share this post

Link to post
Share on other sites

pendapat aku la, sori aa terlebih dahulu...

konsep mlm dgn pyramid adalah sama pada dasarnya kerana:

1. membina rangkaian pelanggan lebih utama dari membina kualiti produk untuk mendapat keuntungan

2. perlu ada bayaran bulanan dengan berlindung disebalik 'belian minimum'

beza dengan bisnes sebenar:

1. bisnes sebenar keluarkan produk berkualiti untuk dapatkan pelanggan, bisnes mlm bina rangkaian pelanggan untuk beli apa saja produk keluaran untuk kutip point.

2.bisnes sebenar jual produk adalah hasil kepakaran bertahun-tahun satu syarikat satu produk cth. Milo, Colgate dll., tapi bisnes mlm jual macam-macam jenis produk dari minuman, sabun basuh sampai ke tali pinggang yang tdk terjamin kualitinyai..tu tak kira benda-benda bodoh made in china tapi bubuh cap syarikat mlm dan jual harga mahal

3. bisnes sebenar mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang, bisnes mlm amat cepat berkembang dan cepat juga jadi arwah..ciri-ciri pramid bila dah tak ada kaki..

4. bisnes sebenar sekiranya produk berkualiti orang akan berusaha untuk jadi supplier, bisnes mlm syarikat berusaha untuk sapa saja menjadi supplier...

5. bisnes sebenar supplier berusaha dengan kreativiti sendiri untuk tingkatkan jualan, bisnes mlm supplier di brainwashed setiap minggu untuk tingkatkan jualan

6. bisnes sebenar pengguna diberi kebebasan untuk membuat belian, bisnes mlm pengguna didesak untuk membuat belian

7.bisnes sebenar pengguna membayar untuk produk, bisnes mlm pengguna membayar harga produk dan keuntungan berlapis-lapis untuk upline

8. bisnes sebenar kualiti produk adalah penentuan daya saing dipasaran terbuka, bisnes mlm tiada kualiti untuk berdaya saing di pasaran terbuka.

9. bisnes sebenar kejayaan adalah bebas ditafsirkan secara tersendiri oleh supplier, bisnes mlm kejayaan dididik menurut perpektif yang menguntungkan syarikat.

10. bisnes sebenar supplier bebas memilih gaya hidup, bisnes mlm gaya hidup perlu dikaitkan dengan produk contoh...makan ubat cap x, mandi sabun cap x, cuci lantai pakai clorox cap x, kalu boleh kentut pun cap x.. itu macam baru dapat banyak point...

kesimpulannya bisnes mlm adalah bisnes membina rangkaian hamba kepada produk syarikat tertentu, kita membayar lebih untuk sesuatu produk dan wang yang kita sangkakan keuntungan itu adalah hasil dari titik peluh downline yang tak berdosa....

Share this post

Link to post
Share on other sites

Aku tak berapa tahu sangat pasal bisnes MLM ke pyramid ke dan sekang ni yang paling popular nama dia bisnes "Network". Cuma nasihat aku , pasal bisnes yang melibatkan dengan komisyen dari kredit card, Berhati2.

Maksud aku, ada beberapa MLM yang buat bisnes hasil dari komisen credit card orang lain, sebagai contoh, bila org tu swipe je credit card dia, maka korang akan dapat sedikit percent. Pernah dengar tak? Kalau tak silap aku dulu Omegatrend, skang ni aku tak tahu le company ni wujud ke tak.

Masalah nya di sini, adalah komisen yang korang dapat tu. Korang tau ke dia swipe credit card tu kat mana? Sebab boleh mendatangkan syubahah. Sebagai contoh, mana tahu dia swipe card dia kad Spa a.k.a rumah ayam ke, pub yang jual arak ke.. pastu korang dapat komisyen dan bagi anak bini makan.

bab ni sensitif sikit le, sebab bukan semua orang terima..tetapi itulah hakikatnya..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Pendapat saya...

mengenai skim piramid yang tidak membekalkan produk yang bermanafaat kepada pengguna akhir, kerja ini boleh lah digambarkan sebagai ....

MINTAK SEDEKAH ????

ops......

sanggat setuju..

kesimpulannya bisnes mlm adalah bisnes membina rangkaian hamba kepada produk syarikat tertentu, kita membayar lebih untuk sesuatu produk dan wang yang kita sangkakan keuntungan itu adalah hasil dari titik peluh downline yang tak berdosa....

hehehe...

kesimpulan... apa-2 yang disebutkan oleh ahli putra semua dinamakan bisness. Bisness kalu cepat naik cepat lah jatuhnya. Lambat naik tak semestinya lambat jatuh, bergantung pada produk. Bagi saya, dua-dua pun ok asal saja produk dia tip-top!.

:)

Share this post

Link to post
Share on other sites

Pendapat saya...

sanggat setuju..

hehehe...

kesimpulan... apa-2 yang disebutkan oleh ahli putra semua dinamakan bisness. Bisness kalu cepat naik cepat lah jatuhnya. Lambat naik tak semestinya lambat jatuh, bergantung pada produk. Bagi saya, dua-dua pun ok asal saja produk dia tip-top!.

:)

Benda nie ramai yg masuk, tapi tak ramai yg berjaya. Dalam 100 yg masuk, may be hanya 1-2 yg betul2 berjaya. Org yg berjaya akan bertambah jaya.

Kerja bukan senang kena usaha..gigih, pujuk org masuk, (nie bukan kerja mudah). Nak ajak org masuk 12dailypro dan studiotraffic lagi mudah :)

Kalau kau rasa, kau jenis yg tabah, kuat kerja, manis mulut, digalakkan join.

Aku pernah join shakelee ...dan amway, elken, etc Semuanya just ahli tidor....aku tak aktif :)

Share this post

Link to post
Share on other sites

Maaf kalau tersalah cakap...

Saya berharap agar ada yang betul-betul boleh membuat perbandingan yang tepat dan betul tentang KONSEP perniagaan.

1. KOVENSIONAL

2. FRANCAIS

3. MULTILEVEL (bukan binary, bukan piramid dan skim cepat kaya)

Apa yang diperkatakan di atas kebanyakkannya TIDAK TEPAT...

kalaunak yang lebih tepat biarlah pihak berwajib memperkatakannya di http://www.kdnhep.gov.my

supaya tiada kesangsian apa itu BINARY, PIRAMID DAN SKIM CEPAT KAYA yang menyamar sepert Multi Level Marketing MLM.

konvensional ngan francais tu aku tau la ape...

tp, multilevel ni agak kabur...

tp, memang btul ape yg ko cakap...

mamang x same...

ade pihak2 yg memutarbelitkan bende ni...

x pon, saje nak pengaruhi org ramai... :)

Share this post

Link to post
Share on other sites

Serba sedkit perkongsian tentang MLM

Teknik berkesan untuk berjaya dalam perniagaan jualan langsung atau multi-level marketing

Saudara/Saudari Para Usahawan MLM,

MLM (Multi-Level Marketing) atau Pemasaran Pelbagai Aras atau lebih dikenali sebagai Perniagaan Jualan Langsung merupakan suatu industri yang bernilai berbilion-bilion Ringgit walaupun industri ini sebenarnya masih baru di Malaysia. Banyak usahawan jualan langsung yang telah menjadi kaya-raya dalam industri ini. Sesetengahnya menjadi jutawan setelah berkecimpung dengan perniagaan ini untuk beberapa tahun. Sesetengahnya pula hidup senang setelah menukar kerja sepenuh masa mereka dengan perniagaan jualan langsung.

Namun demikian, terdapat banyak pula yang menyertai perniagaan jualan langsung ini yang GAGAL biarpun telah mencubanya sedaya upaya. Mengapa ada yang gagal dalam perniagaan ini sedangkan ada yang berjaya pula? Ada yang mengatakan bahawa mereka GAGAL kerana mereka tidak ada nasib, tidak ada pengalaman dalam perniagaan ini, malu berjumpa dengan pelanggan, dan seribu satu macam alasan/sebab.

Sebenarnya, punca kegagalan dalam perniagaan Jualan Langsung BUKANLAH berpunca daripada nasib atau tidak ada pengalaman berniaga, tetapi disebabkan oleh KETIADAAN TEKNIK, iaitu teknik menaja, teknik menjual, teknik memberikan khidmat kepada downline, teknik membuat home party, dan beberapa teknik lain. Rata-rata mereka yang berjaya dalam perniagaan ini bukanlah mereka yang memiliki pengalaman berniaga yang menakjubkan. Mereka yang berjaya memiliki teknik yang tidak diketahui oleh orang lain.

Tanyalah kepada Puan Saadah Badrus dan suaminya, Encik Anis Kassan (JUTAWAN REVELL), Mejar Mohan dan isterinya, Elizabeth (COSWAY), Encik Zulkiflie Md Sohor (HAI-O MARKETING), Tuan Haji Mohd Roslan Ghazali (SHAKLEE), Encik Rahim Mat Hassan (SMC INTERNATIONAL (SUNSKY)), Tuan Shikh Ibrahim Shikh A. Hanam (ZHULIAN), Encik Hamid Darus (ELKEN), Encik Ismail Montak (M-PLAN), Encik Safingi Sarikin (LION BEST),( INTAN JUTAWAN CNI) Roslan Basir, ( INTAN JUTAWAN CNI) Wak Ramlan, ( INTAN JUTAWAN CNI)Murad Basir dan Tuan Haji Mohd Ridzwan Ahmad (CONY BIO). Itu adalah senarai pendek usahawan MLM yang telah berjaya. Mereka seperti anda juga. Tiada pengalaman berniaga, tetapi mereka memiliki teknik untuk berjaya. Bukan sedikit halangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi mereka. Halangan dan cabaran itu sentiasa berlegar di sekeliling mereka. Tetapi mereka berjaya juga.

Tanpa teknik, tiada sesiapa pun yang akan berjaya dalam Industri Jualan Langsung. Teknik boleh dicipta tetapi sama ada berjaya atau tidak, belum tentu lagi. [Jangan gadaikan perniagaan anda dengan teknik yang anda cipta sendiri selagi belum teruji berjaya]. Bacalah Panduan Lengkap Bagaimana Menjadi Usahawan MLM Yang Berjaya. Rencana panduan ini merupakan hasil kajian menyeluruh penulis tentang kegagalan dan kejayaan usahawan jualan langsung dalam MLM ini. Teknik dan kaedah yang dicatat di dalam rencana ini telah terbukti berjaya dan menjadi amalan Juara-Juara Jualan Langsung.

Bacalah dengan tenang dan setelah anda menghayati kandungan rencana ini jangan lupa mengunjungi laman penaja kami yang terpapar pada banner atau link-link tertentu.Rencana panduan ini ditulis dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami oleh sesiapa juga yang berkecimpung dalam industri jualan langsung ini. Jadikan panduan di dalam rencana ini sebagai pemangkin kejayaan anda dalam perniagaan ini.

Pendahuluan

Buku panduan ini amat bernilai kepada mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan jualan langsung berbanding dengan harganya yang agak murah. Rencana ini saya tulis khusus untuk sesiapa yang ingin menjadikan MLM sebagai perniagaan yang menjanjikan masa hadapan yang lebih baik. Bacalah buku ini berkali-kali dan jadikan panduan di dalamnya sebagai amalan anda setiap masa.

MULTI-LEVEL MARKETING, JUALAN LANGSUNG, DIRECT SELLING, atau apa-apa sahaja nama yang diberikan kepadanya merupakan suatu perniagaan yang paling mudah dilakukan tetapi telah disukarkan oleh mereka yang sengaja mencipta teknik dan kaedah untuk berjaya dalam sekelip mata. Ramai orang yang menjadikan perniagaan ini sebagai mata pencarian sepenuh masa atau sambilan kerana beberapa sebab:

* Modal asas yang paling minimum/kecil Memiliki "pasaraya" sendiri Memiliki "pekerja" sendiri.

* Berupaya menentukan berapakah pendapatan (bonus) yang diingini setiap bulan.

* Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.

* Berpeluang bertemu dengan pelanggan dan pengedar baru.

* Berpeluang menjadi leader dan orang yang dihormati oleh pengedar-pengedar lain.

* Peluang untuk menjadi senang dan kaya-raya.

Jika anda ingin serius dalam perniagaan ini, anda jangan sekali-kali menoleh ke belakang lagi. Anda mesti meneruskannya. Jangan dengar komen-komen negatif yang sentiasa mahu melihat anda tidak melakukan perniagaan ini dan seterusnya menjadi gagal.

Kata-kata nakal seperti "Mana boleh kaya jual sabun", "Masuk jualan langsung, kasi kaya upline saja", "Jualan Langsung di Barat boleh kayalah, di Malaysia pirah", dan bermacam-macam lagi sering kita dengar. Kata-kata ini bukan sahaja daripada orang lain, bahkan daripada ahli keluarga sendiri termasuk isteri. Terdapat kes yang isteri menyediakan tikar, bantal, dan selimut di luar pintu kerana suaminya balik lewat daripada membuat tajaan. Ada kes yang isteri seorang pengedar yang membuat panggilan memaki hamun upline kerana membawa suaminya keluar membuat jualan dan tajaan. Semua ini merupakan asam garam dalam jualan langsung. Semuanya dilakukan oleh mereka yang mengenali MLM hanya daripada kulit atau luarannya sahaja. Mereka tidak mengenali isinya. Hanya setelah anda berjaya, barulah mereka buka mata.

Anda juga mesti sedar bahawa perniagaan jualan langsung ini bukannya magic - hari ini menjadi pengedar, esok anda boleh kaya. Perniagaan ini memerlukan masa, tenaga, komitmen, dan wawasan. Mereka yang menjadi JUARA MLM telah pun terlibat dalam perniagaan ini bertahun-tahun lamanya. Setelah mereka menemukan "resipi kejayaan", barulah mereka berjaya. Tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Anda tidak boleh "dam" atau membeli barangan edaran anda dalam kuantiti yang banyak semata-mata untuk meraih bonus bulanan yang tinggi. Ini membunuh diri namanya.

Anda juga tidak sepatutnya menaja prospek sebarangan kerana menaja prospek tanpa mengetahui kesungguhan mereka sama seperti anda memiliki anak yang ramai tetapi semuanya tidak mahu bekerja. Anda sendiri yang akan rugi - membuang masa untuk memujuk dan menunjuk ajar mereka tetapi mereka enggan melakukannya - hanya mengumpul starter kit dan menyimpannya di dalam stor. Fahamilah kandungan rencana ini, praktikkan, dan sentiasa konsisten dalam kerja anda. Anda akan berjaya, Insya Allah. Setiap Kejayaan Bermula Dengan Satu Kegagalan !

Bab 1 : 2 Pilihan

Gagal atau Berjaya Dalam MLM ialah dua ayat pendek yang anda sendiri perlu memilihnya, iaitu adakah saya akan gagal atau adakah saya akan berjaya? Jika anda meyakini bahawa anda akan gagal sebelum berusaha bermakna anda memang telah pun gagal sebelum mencuba. Kepercayaan awal ini akan kemudiannya mempengaruhi tindakan anda seterusnya. Jika anda percaya bahawa anda akan berjaya, anda sudah pun membina asas untuk kejayaan dalam perniagaan ini. Jika pun anda gagal setelah mempercayai bahawa anda akan berjaya, anda akan berjaya juga akhirnya.

Kegagalan merupakan batu loncatan untuk berjaya. Mengapa dikatakan begitu? Setelah anda gagal, anda akan lebih berhati-hati, menukar strategi,dan menjadikan punca kegagalan itu sebagai pengajaran yang perlu dielakkan. Setelah anda bangkit semula daripada kegagalan itu, anda akan lebih bersedia untuk tidak gagal lagi. Nampaknya, berjaya atau gagal, anda sendirilah yang menentukannya, bukan orang lain, meskipun orang lain adalah antara punca kegagalan anda. Semuanya bermula daripada kepercayaan anda. Janganlah anda membina tembok batu yang akhirnya menjadikan anda terpenjara di dalamnya. Janganlah perasaan negatif seperti "tidak boleh" menjadi penyebab anda gagal.

Mengapa tidak anda sepatutnya lebih mempercayai bahawa anda boleh berjaya daripada akan gagal dalam perniagaan ini? Kepercayaan bahawa hanya orang Barat sahaja yang boleh berjaya dalam perniagaan ini adalah sudah lapuk. Sama dengan kepercayaan tradisi, apabila malam ada hantu.

Orang Malaysia - anda sendiri - sebenarnya boleh berjaya dalam perniagaan MLM ini. Dahulu, hanya orang Barat dan Jepun sahaja boleh membuat kereta. Kini, selain dua bangsa itu, orang Malaysia juga boleh membuat kereta bahkan lebih hebat daripada kereta buatan bangsa lain. Inilah kepercayaan yang sepatutnya menjadi pegangan anda - Saya Boleh Berjaya!

Hari ini, syarikat MLM yang bertapak di Amerika yang telah bertahun-tahun berada di Malaysia sudah mendapat saingan daripada syarikat MLM yang diasaskan di Malaysia dan oleh orang Malaysia sendiri. Inilah bukti bahawa orang Malaysia - ANDA - boleh berjaya melakukannya. "Percaya Boleh Berjaya" merupakan rukun pertama kejayaan. Oleh itu, langkah pertama yang perlu anda lakukan setelah anda mendaftarkan diri sebagai pengedar ialah menanam kepercayaan boleh berjaya ini. Ini merupakan senjata paling ampuh yang dapat memecahkan apa-apa sahaja tembok diri biarpun yang dibina daripada besi keluli. Anda mesti percaya bahawa anda seperti orang lain boleh berjaya dalam perniagaan MLM ini.

9 bahagian daripada 10 bahagian rezeki adalah dalam bidang perniagaan. Jenis perniagaan yang paling mudah dilakukan ialah perniagaan jualan langsung. Kaum Cina di Malaysia menjadi senang kerana mereka percaya bahawa mereka boleh berjaya dalam perniagaan. Anggapan "Lihat dulu baru percaya" sepatutnya dihapuskan dan digantikan oleh "Percaya dan buat dulu, akan ada hasilnya". Jangan bazirkan masa, wang, dan tenaga anda hanya semata-mata anda percaya bahawa anda tidak akan ke mana dalam perniagaan ini. Sepatutnya anda tidak menurunkan tandatangan dalam borang keahlian syarikat MLM jika anda sudah pun menyimpan kepercayaan "Tidak Boleh Berjaya". Mulakan langkah pertama ini dengan "Saya Akan Berjaya!" Bertindaklah Sekarang Sebelum Hayat Melayang!

Bab 2 : Cipta Semula Diri Anda

Ramai orang yang menyertai jualan langsung tidak "mencipta semula diri mereka". Apakah maksudnya?

Manusia mempunyai pelbagai ragam dan salah satu ragam itu ialah ego di dalam diri. Mereka percaya bahawa hanya mereka sahaja yang baik atau betul. Mereka tidak mahu menerima teguran atau tunjuk ajar. Dalam MLM, anda mesti membuang ego anda. Anda mesti bersedia menerima teguran dan tunjuk ajar biar pun yang memberikan teguran atau tunjuk ajar itu adalah orang yang lebih muda daripada anda. Inilah yang dikatakan "cipta semula (recreate)".

Jangan tutup hati dan telinga anda daripada menerima sesuatu yang baik demi memajukan perniagaan anda. Anggapan bahawa anda lebih pandai atau sudah pandai perlu anda kikis. Anda mesti bersedia diberi tunjuk ajar dan bersedia untuk belajar. Ilmu perniagaan ini tidak terbatas. Anda mungkin tidak mengetahui semua perkara mengenai MLM tetapi orang yang memberi anda tunjuk ajar itu mempunyai pengetahuan tentang perkara yang tidak anda ketahui. Anda mesti bersedia untuk terus belajar. Ilmu perniagaan jualan langsung yang anda pelajari hari ini tidak akan relevan lagi pada 4-5 tahun akan datang. Jadi, anda mesti memperuntukkan masa pada setiap hari untuk belajar ilmu perniagaan MLM yang baru sama ada melalui pergaulan dengan orang lain, seminar, rally, konvensyen, atau membacanya daripada buku-buku dan majalah yang berkaitan.

Anda juga jangan kedekut mengajar orang lain, khususnya pengedar baru yang menjadi downline anda. Anda mesti mencurahkan segala pengetahuan yang ada pada anda untuk mereka. Jika mereka berjaya menyerap segala pengetahuan anda dan mempraktikkannya, anda akan lebih segera berjaya. Downline anda bukan ditaja untuk ditinggalkan tetapi sangat dahaga akan tunjuk ajar anda. Ajarlah mereka agar mereka berjaya juga. Mereka berjaya, anda berjaya juga.

Anda jangan sekali-kali percaya bahawa hanya syarikat MLM tertentu sahaja yang akan menjanjikan kejayaan mutlak. Semua syarikat MLM adalah sama. Walaupun pelan pemasarannya berbeza tetapi matlamatnya adalah sama. Kejayaan bukan terletak pada apa nama syarikat MLM itu tetapi kejayaan terletak pada apa yang anda lakukan. Satu perkara yang mesti anda ingat sentiasa dan mesti anda hebahkan kepada downline anda ialah Perniagaan MLM menjanjikan kekayaan tetapi bukan menjadi asas untuk cepat kaya.

Menjadi kaya dan menjadi cepat kaya adalah berbeza. Menjadi kaya adalah benar tetapi menjadi cepat kaya adalah hampir mustahil. Tidak ada sesiapa pun yang telah menjadi cepat kaya dalam industri ini. Yang ada hanyalah yang menjadi kaya setelah bertahun-tahun menjadi pengedar.

Sebagai perbandingan dan contoh,

Puan Saadah Badrus yang menjadi pengedar REVELL dan kini dianggap sebagai salah seorang jutawan dalam industri ini di Malaysia hanya menjadi kaya setelah 4 tahun bersama syarikat ini setelah gagal mencapai impian beliau bersama 13 buah syarikat MLM lain sebelumnya.

Jangan percaya juga jika ada orang yang berkata: Jika ingin berjaya, tajalah prospek sebanyak mungkin. Anggapan ini adalah songsang. Tidak ada gunanya, anda menaja sehingga beratus-ratus orang ahli baru, tetapi mereka tidak aktif atau anda sendiri tidak mempunyai masa yang banyak untuk menunjuk ajar mereka.

Yang penting dan yang menjanjikan kejayaan dalam perniagaan ini ialah organisasi yang kuat dan aktif biar pun dianggotai hanya oleh puluhan orang sahaja. Mungkin anda masih ingat akan kata-kata hikmat Soekarno : “Berikan aku tujuh orang pemuda, nescaya gunung akan aku ratakan’. Ini bererti kuantiti ahli bukan prasyarat untuk berjaya. Kejayaan dalam perniagaan ini bergantung sepenuhnya pada kualiti yang ada pada ahli. Seperti Soekarno, beliau meminta 7 orang pemuda, bukannya 700 orang tua!

Jika selama ini anda tergolong di kalangan orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain, maka anda haruslah mengubah sikap ini. Dalam MLM,anda mesti bergaul dengan orang lain. Dengan bergaul, anda boleh membuat jualan, membuat penajaan, dan yang terpenting, anda akan memperoleh pengetahuan baru untuk memajukan perniagaan anda.

Masalah adalah asam garam dalam MLM. Semua pengedar MLM ada masalah. Tetapi, anda MESTI menganggap masalah itu sebagai cabaran. Seperti masalah yang mesti diatasi, cabaran juga mesti anda harungi. Setelah cabaran itu dapat anda atasi, maka di hadapan akan terbentang jalan lurus menuju kejayaan. Orang yang takut menghadapi cabaran tidak akan berjaya. Jangan berumah di tepi pantai jika anda takut akan ombak yang melanda. Jangan berniaga, jika anda takut rugi atau gagal.

Sebenarnya, perniagaan MLM ini perniagaan tanpa risiko. Jika anda rugi pun, anda hanya rugi sedikit. Jadi, apa yang mesti anda takutkan? Anda bukan berniaga bermodalkan ribuan ringgit. Anda hanya bermodalkan tidak pun sampai RM100 semasa anda menerima starter kit anda. Ramai pengedar yang saya temui sering berkata bahawa mereka takut menjual dan menaja. Saya sendiri tidak faham akan apa yang ditakuti oleh mereka.Mereka takut kalau-kalau bakal pelanggan mereka enggan membeli barangan mereka sedangkan mereka belum pun memperkenalkan barangan itu. Jika sudah pasti, bakal pelanggan menolak barangan itu, itu hanyalah dia seorang sedangkan di negara ini, terdapat jutaan penduduk. Seperti kata basahan, belum cuba belum tahu.

Jika anda takut, anda mesti menghapuskan perasaan takut itu dengan menemui paling kurang 10 orang pelanggan setiap hari. Saya jamin bahawasetelah anda menemui seorang pelanggan yang mahu membeli barangan anda, perasaan takut itu akan bertukar menjadi seronok. Kadang-kadang,ada orang yang takut menghampiri rumah kosong kerana sudah ada perasaan takut sebelum memasuki rumah itu. Orang begini perlu masuk sekali saja ke dalam rumah kosong itu, nescaya akan hilanglah perasaan takutnya terhadap rumah itu. Anda hanya perlu menemui seorang pelanggan atau seorang prospek baru sahaja untuk menghapuskan perasaan takut yang tidak berasas itu.Terdapat beberapa andaian awal yang negatif yang sentiasa bermain-main dalam fikiran pengedar baru, iaitu:

* Menjual barangan MLM adalah sukar

* Belum tentu prospek ingin menjadi ahli

* Leceh membuat susulan selepas jualan pertama (servis pelanggan)

* Tidak ada masa lapang untuk berniaga

* Sudah ramai pengedar dalam syarikat MLM ini

* Mampukah saya memimpin downline saya?

* Jualan Minima Bulanan (maintain) amat tinggi

* Masuk jualan langsung untuk memperkaya upline

Menjual Barangan MLM

Adalah silap jika anda beranggapan bahawa menjual barangan edaran anda, anda mesti pergi dari sebuah rumah ke sebuah rumah sambil mengetuk pintu rumah pelanggan. Anda tidak perlu berbuat demikian. Anda perlu membuat jualan kepada diri anda dahulu. Anda mesti mencuba barangan itu untuk menikmati keberkesanannya. Jika anda tidak menggunakannya (menjual kepada diri anda), bagaimana anda hendak menerangkan kebaikan produk anda kepada pelanggan anda? Setelah anda telah mengetahui kebaikan produk itu sendiri, perkenalkanlah (to intoduce) (BUKAN MENJUAL!) atau berkongsilah (to sharing) kepada orang yang paling rapat dengan anda seperti adik-beradik anda dan kawan rapat anda.

Percayalah, jika bilangan mereka 10 orang, anda akan secara automatik akan mendapat 10 orang pelanggan baru kelak kerana sudah menjadi resam manusia, seorang manusia akan mempunyai kenalan yang lain. Dengan ini, pelanggan anda akan bercambah tanpa anda sedari sedangkan anda hanya memperkenalkan barangan anda hanya kepada orang yang paling rapat dengan anda.

Anda janganlah cuba menjadi supersalesman dengan pergi dari pintu ke pintu kerana saya percaya sebagai manusia, kita tidak ada kudrat seperti itu.

Membuat Tajaan

Jangan memulakan penajaan terhadap orang yang belum anda kenali melainkan prospek itu ialah orang yang dikenali betul oleh downline anda. Anda harus meneliti kesungguhan prospek itu sebelum anda menawarkan starter kit kepada mereka. Prospek yang berbakat dan berkualiti dapat anda kenali melalui masa anda membuat pembentangan tentang peluang perniagaan ini. Lazimnya, mereka yang berbakat dan berkualiti ialah yang sentiasa menumpukan perhatian pada pembentangan/demonstrasi yang anda lakukan dan sentiasa pula mengemukakan soalan-soalan yang baik.

Satu jalan mudah untuk membuat penajaan adalah kepada orang yang rapat dengan anda yang telah pun merasai kebaikan produk yang anda perkenalkan itu. Katakan secara lembut (slow-talk) kepada mereka bahawa jika mereka menjadi pengedar produk itu, mereka akan mendapat sekurang-kurangnya 2 faedah, iaitu mereka dapat membeli produk itu mengikut harga pengedar (biasanya terdapat diskaun 25% bagi setiap produk) yang lebih menjimatkan dan mereka akan mendapat perniagaan sendiri untuk meraih pendapatan sampingan setiap bulan.

Jika syarikat MLM memperuntukkan pengumpulan kopun, mereka akan mendapat peluang untuk memiliki barangan lain yang tidak terdapat dalam senarai produk syarikat secara percuma apabila jumlah kopun yang dikumpul oleh mereka mencukupi untuk melayakkan mereka menerima hadiah.

Seperti menjual (memperkenalkan) di atas tadi, mereka juga akan membuat penajaan kepada orang yang dikenali oleh mereka setelah mereka menjadi pengedar. Saya percaya, daripada 10 orang yang menjadi pelanggan anda akan ada 4-5 orang yang benar-benar berminat untuk menjadi pengedar.

Membuat Servis

Ramai pengedar beranggapan bahawa servis tidak perlu bahkan suatu perbuatan leceh. Pada anggapan mereka, pelanggan tidak memerlukan servis. Servis amat perlu dalam MLM kerana servis umpama iklan produk biasa yang biasa ke udara di televisyen atau disiarkan di akhbar. Anda tidak boleh membuat iklan produk dalam televisyen atau akhbar kerana salah dari segi Akta Jualan Langsung.Jadi, servislah pengganti iklan. Dengan servis, anda telah menunjukkan kesungguhan anda terhadap perniagaan ini dan komitmen anda untuk membantu pelanggan anda. Jika anda tidak membuat servis, anda tidak akan mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelanggan anda setelah menggunakan produk itu. Jika produk itu mendatangkan masalah kepada pelanggan anda dan anda tidak membuat servis, anda akan dituduh tidak bertanggungjawab menjual/memperkenalkan produk yang tidak berkualiti. Jika pula produk itu memberikan kebaikan kepada pelanggan anda dan anda tidak membuat servis, anda telah kehilangan peluang keemasan untuk memperkenalkan barangan lain dalam senarai produk syarikat MLM anda.

Jika anda memberikan servis (susulan selepas membuat jualan), pelanggan anda akan berasa dihargai dan akan mencari anda untuk membeli produk yang sama pada masa hadapan setelah produk itu habis digunakan. Jadi, servis bukan perbuatan yang leceh tetapi suatu kaedah untuk menyemai perasaan saling mempercayai antara anda dengan pelanggan anda.

Gunakan servis untuk menjual lebih banyak barangan baru dalam senarai barangan yang ada dalam syarikat MLM anda.

Anda Tidak Ada Masa Lapang?

Semua orang mempunyai masa yang sama - 24 jam, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, atau 365 hari setahun. Pengedar yang telah berjaya juga mempunyai masa yang sama. Pengedar yang mengatakan bahawa mereka tidak ada masa lapang sebenarnya membuat andaian salah. Jika anda bekerja dengan kerajaan, anda ada masa lapang pada hujung minggu. Jika anda bekerja mengikut shif, akan ada masa lapang sebelum tiba masa bekerja.

Peliknya, pengedar yang berkata bahawa mereka tidak ada masa lapang, masih ada masa menonton televisyen atau berjalan-jalan di bandar pada hujung minggu. Sebenarnya, mereka hanya memberikan alasan tidak logik. Anda mesti keluar daripada zon keselesaan sekarang ini agar anda dapat masuk ke dalam zon keselesaan itu sampai bila-bila. Maksudnya, anda mesti mengorbankan masa rehat/masa lapang anda untuk beberapa tempoh dengan membuat perniagaan MLM ini sungguh-sungguh kerana apabila anda sudah berjaya kelak, anda akan masuk semula ke dalam zon keselesaan ini.

Sebagai pengedar sambilan, anda hanya perlu memperuntukkan lebih kurang 1-2 jam yang berkualiti untuk perniagaan ini, bukannya 12 jam! Yang paling baik mencipta masa lapang adalah dengan membuat jadual khusus perniagaan MLM ini. Binalah jadual secara sistematik. Jika anda memperuntukkan masa antara 1 hingga 2 jam sehari untuk perniagaan ini, maka jangan bazirkan masa itu dengan aktiviti yang tidak berfaedah.Bekerjalah dengan bijak, bukan bekerja dengan kuat.

Ramai Pengedar Dalam Syarikat MLM Ini

Ramai pengedar merungut. Macam mana hendak menjual dan menaja kerana sudah ramai pengedar dalam syarikat MLM ini? Memang benar terlalu banyak pengedar dalam sesebuah syarikat MLM tetapi bukan semua pengedar berdaftar yang benar-benar serius melakukan perniagaan ini.

Hanya 5% sahaja yang bergiat aktif sementara selebihnya telah "tidur". Jika anda pengedar yang masih aktif, ini peluang anda untuk mendapatkan jualan dan tajaan yang sepatutnya menjadi jualan dan tajaan pengedar yang "tidur" itu.

Penduduk negara ini bertambah setiap hari dengan kelahiran bayi. Ini bermakna pada setiap hari, anda mempunyai pelanggan yang belum anda dekati. Ini bermakna pada setiap hari, beribu-ribu orang penduduk Malaysia yang merayakan hari jadinya yang ke-18 yang lazimnya had umur layak menjadi pengedar. Inilah bakal prospek anda. Jika anda masih aktif, saya percaya, anda akan dapat membuat jualan produk baru syarikat MLM anda kerana kebanyakan syarikat MLM di negara ini telah mengeluarkan barangan baru untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Pelanggan pengedar yang "tidur" kini menanti kedatangan anda. Jadi, anda tidak harus melepaskan peluang itu. Ada pengedar yang nombor kehliannya (ID Number) sekitar 6XXXXX telah pun mencapai hirarki tertinggi mengatasi pengedar lama yang nombor Idnya sekitar 4 hingga 5 angka. Saya berani memberikan jaminan bahawa jika anda tidak mendapat seorang pun pelanggan setelah anda berusaha memperkenalkan produk anda kepada mereka, saya sendiri akan membeli produk anda.

Adalah amat mustahil tidak ada seorang pun yang mahu membeli produk anda setelah anda berusaha memperkenalkannya. Jangan jadikan suatu alasan "Sudah banyak orang buat" sehingga anda tidak mahu menjalankan perniagaan ini.

Mampukah Saya Memimpin Downline Saya?

Perkataan "memimpin" perlu anda tukar kepada "membantu". Ada boleh membantu orang lain seperti anda membantu isteri di dapur, membantu anak-anak menyelesaikan masalah kerja sekolah, membantu orang tua melintas jalan, dan sebagainya. Ingatlah, sebelum anda mampu membantu (memimpin), anda telah pun terlebih dahulu dibantu (dipimpin) oleh upline anda. Tiru bagaimana upline anda membantu anda dahulu. Itulah cara mudah untuk membantu downline anda.

Dalam MLM ini, tiru-meniru kaedah adalah tidak salah. Dengan pengetahuan yang anda pelajari daripada upline anda, anda gunakanlah untuk membantu downline anda. Seringlah menghubungi mereka dengan bertanyakan soalan : "Apa yang boleh saya bantu?", "Di mana kita hendak pergi hari ini/esok?", "Ada apa-apa masalahkah semasa membuat jualan/tajaan?", dan pelbagai pertanyaan yang menjurus kepada usaha untuk menghulurkan bantuan. Jika anda masih kekurangan ilmu memimpin/membantu, hadirilah seminar, mesyuarat mingguan/bulanan, rally, konvensyen yang dianjurkan oleh syarikat, atau baca buku-buku kepimpinan dalam perniagaan. Dengan penambahan ilmu itu, anda pasti akan menjadi pemimpin MLM yang berwibawa.

Maintain Bulanan Sangat Tinggi

Terdapat syarikat MLM yang menetapkan jualan minimum bulanan yang agak tinggi untuk melayakkan pengedar menerima bonus. Seperti yang dinyatakan di atas, maintain bulanan itu bukanlah suatu masalah jika anda berusaha untuk menjual produk anda kepada pelanggan anda. 250 Point Value untuk anda layak menerima bonus bukanlah besar jika anda membuat jualan. Jika anda malas atau enggan membuat jualan, dengan syarikat MLM yang menawarkan maintain bulanan terendah pun, anda masih tidak akan layak untuk menerima bonus.

Saya sendiri telah menyaksikan beberapa orang pengedar dalam sebuah syarikat MLM tempatan yang maintainnya hanya RM30 (sekarang RM50) bukan berasaskan point value (PV), masih gagal memperoleh bonus kerana mereka tidak melakukan jualan hatta untuk membeli barangan bagi kegunaan peribadi mereka.

Jadi, sama ada maintain bulanan syarikat itu tinggi atau rendah, ini bukanlah penghalang kepada anda untuk terus menjalankan perniagaan ini. Mengapa pengedar dalam sebuah syarikat MLM beribu pejabat di Amerika yang maintainnya sekitar 250PV (bersamaan lebih kurang RM400-500)masih dapat memperoleh bonus mereka pada setiap bulan? Jawapannya ialah mereka tetap melakukan jualan biar pun terdapat saingan.

Benarkah Masuk Jualan Langsung Hanya Memperkaya Upline?

Perniagaan MLM adalah perniagaan peribadi. Anda berniaga bukan untuk upline anda. Jika anda bekerja dengan bersungguh-sungguh, anda yang akan merasai hasilnya, bukannya upline anda. Mana-mana upline yang menganggap bahawa setelah mereka menaja ramai pengedar baru lalu mereka duduk goyang kaki, maka mereka akan tersingkir. Terdapat syarikat jualan langsung di Malaysia yang pelan pemasarannya membenarkan downline "memotong" upline yang tidak berusaha sungguh-sungguh.

Jika upline anda menerima bonus yang lumayan dan mereka masih berusaha sungguh-sungguh, maka itu adalah adil kerana mereka mendapat hasil daripada kesungguhan mereka. Saya telah menyaksikan beberapa orang usahawan MLM yang menerima bonus dalam lingkungan RM3,000 hingga RM5,000 sebulan telah kehilangan nikmat itu setelah mereka sambil lewa melakukan perniagaan ini. Sebaliknya, downline mereka pula yang menerima bonus dalam jumlah sebegitu. Inilah keistimewaan MLM.

Anda bukan bekerja untuk memperkaya upline anda. MLM yang asli bukan Skim Cepat Kaya atau Skim Piramid/Binary Scheme yang bertopengkan MLM. Dalam MLM Skim Binari atau Piramid, upline boleh duduk goyang kaki sedangkan downlinenya bertungkus-lumus bekerja. Hanya Piramid Di Mesir Kukuh Berdiri Piramid Di Malaysia Semuanya Roboh!

tk...

banyak yg dipelajari...tp panjang sgt...

belum abis baca gi..

Share this post

Link to post
Share on other sites

banyak maklumat berguna di sini.

selalunya orang yang berjaya dalam mlm nie mengunakan produk syrikat tersebut dan setelah berpuas hati barulah meperkenalkan produk tersebut kepada rakan, saudara mara dan sebagainya...... Kita akan mengunakan sesuatu produk yang baik dan berkualiti secara berterusan.... apakah ini digelar "hamba produk"..... nak tanya sikit..... bonus dari sykrt mlm ni berdasar jualan kumpulan atau jualan downline.......

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...