Jump to content
Sign in to follow this  
keypo

Dosa Mengumpat Tk Terampun

Recommended Posts

[size="5"][font="Arial Narrow"][color="Black"]Tolong sampai-sampaikan ... Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

[color="Red"]Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)[/color]

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

[color="Red"]Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)[/color]

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. [color="Red"]Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)[/color]

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.

Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

*Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara islam yang lain.Ilmu yang bermanafaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarkannya meskipun dia sudah mati. [/color][/font][/size]
__________________
[center][b][font="Arial Narrow"][size="3"][color="Blue"][url="http://bit.ly/pMg0m3"]fahami alquran cara mudah[/url][/color][/size][/font][/b]
[b][font="Arial Narrow"][size="3"][color="Black"][url="http://bit.ly/p1PeY5"]ni blog aku[/url][/color][/size][/font][/b]
[url="http://bit.ly/mPQ8AT"][color="Red"][size="3"][b][font="Arial Narrow"]Berjalan kaki dengan hadiah hebat bernilai lebih daripada RM55,000..tak caya ke?.klik la sini
[/font][/b][/size][/color][/url][color="Red"][size="3"][b][font="Arial Narrow"][url="http://bit.ly/olOXjq"]korang pandai creat game?terer main game? jom kita buat duit[/url][/font][/b][/size][/color][/center]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]terbaca ada hadis yg menyatakan ada dikalangan umat Islam yg dh nak masuk syurga tp kerana satu perkataan yg keluar dari lisan meyebabkan dia terhumban kdlm neraka....[/b]
[b]sesungguhnya besar angkara lisan,sbb tu dlm ajaran nabi S.A.W, sgt dianjurkan kita byk diamkan diri,sampai org kata kita seorg pendiam&bkn peramah itu yg terbaik drpd dicop sbg org yg ramah,byk ckp,pntg jumpa org semua nak cakap hatta perkara2 lagha ,sunnah nabi tak byk ckp kecuali pd perkara agama,klu nak cakap jgk nabi amat berhati2 dlm perkataannya sehingga lisannya lurus sptmana hatinya lurus,perkara yg x penting mcm hal2 keduniaan elok didiamkan sj klu kita fikirkan klu x cakap pun x mengapa,itu semua melatih diri supaya tak terkutuk org&mengumpat,buat lawak mengumpat org,hobi mengata org,lelaki pun sama naik dgn perempuan skrg ni....[/b]
[b]bab zikir tu aku yakin,sbb org yg sllu/byk zikir pd Allah,Allah akan jaga lisannya,dia akan rasa berat nak mengata kat org wpun dia tau org tu salah,dia xmau hebah2@tambah2 cerita org,klu bab politik,setakat tengok tv,baca internet,bg aku lebih baik diam sj,itu yg afdhal,zaman skrg bkn mcm zaman nabi,zaman skrg nak cari org yg xpernah berdusta cukup sukar ditemui,mgkin berita yg dibawa ada kebenaran tp mgkin ditambah2,yg ditambah2 itu menjadi dosa kalau org tu tak lakukan bertepatan apa yg dibawa2 org awam,sekiranya dia songlap rm100 katakan,tp ditambah@diselewang maklumat yg menyatakan duit yg disonglap rm101..bknkah itu dusta,lain kalu kita bnr2 tengak dgn mata kepala kita dia ambil rm100,itu pun dlm Islam kita wajib tutup aib org melainkan pd hal2 tertentu spt jd saksi kes dll... [/b]
[b]itu hnya pndgn aku yg mgkin ada kekurangan[/b] Edited by memito

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...