Jump to content
fazrez

Mahu Upgrade Pc ?

Recommended Posts

Berdasarkan kepada kiraan aku, barang yang dicadangkan dalam lingkungan RM3,000 sahaja. Masih dalam kategori biasa (menjawab soalan no. 1).

Kenapa nak guna AMD? Lebih baik guna Intel Core i7 terus dan masih tak sampai RM5,00 lagi.

Mobo: ASUS Maximus III Formula - RM700
Proc: Core i7 870 - RM885
RAM: Kingston D3 4GB - RM195
3D: Sapphire HD8870 - RM749
Casing CM HAF 932 All Black - RM529
PSU: CM 1,000W Silent Pro M - RM699
HDD: WD Caviar 1TB 64M - RM265
Monitor: Samsung 24" - RM849

*Berdasarkan harga di C-Zone

Jumlah keseluruhan: RM 4,871

- Spesifikasi yang aku beri di atas menjawab soalan no. 2 sampai 5.

- Jawapan 6&7: Saiz PSU biasanya tak mempengaruhi saiz casing kecuali ambil casing untuk buat PC+media player. Walau bagaimanapun, casing berjenama dan mahal harganya kerana faktor aliran angin untuk alirkan haba, ruang hard disk berganda dan sebagainya. Pilihan CM HAF 932 tu ok la...

Harap membantu :3:

Share this post

Link to post
Share on other sites
Jangan tanya soalan umum sebegini, langsung tidak membina daya fikir yang bagus. Soalan sebegini tidak lebih daripada orang yang mementingkan jenama sahaja. Baca sahaja di Wikipedia untuk keterangan lanjut.

Untuk mudah cerita, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan baik AMD, Intel, Nvidia dan ATi.

Kalau nak bina sistem komputer bergantung kepada ongkos yang ada dan tujuan kegunaan kita. Tidak ada istilah A lebih baik daripada B dan sebaliknya.

Persoalan sekarang, kenapa aku cadangkan sistem sebegitu?

1. Belanjawan yang ada lebih daripada mencukupi untuk bermain permainan video 3D terkini dan menonton filem.

2. Spesifikasi yang aku beri adalah kategori pertengahan (mid-range bukan high-end). Insyallah, boleh tahan dengan perkembangan TMK sehingga 3 hingga 5 tahun akan datang

3. Skor untuk Intel Core i7 belum dapat ditandingi lagi oleh mana-mana produk AMD.

Paling hebat untuk AMD ialah:

- Phenom II X4 Black Edition 955/965

Sama taraf dengan:

- Core 2 Extreme QX6850/QX6800,
- Core 2 Quad Q9550/Q9450/Q9400
- Core i5-650, -661, -670

Maknanya: Core i7 belum dapat ditandingi lagi oleh mana-mana produk AMD

*betulkan sekiranya salah

4. Bagi pengguna yang nak berjimat, disarankan guna AMD. Kenapa?

- Lebih murah daripada Intel walau skor sama
- Mobo AMD boleh sokong pelbagai jenis proc (bergantung spesifikasi yang ditetapkan)
- Tak perlu lagi beli mobo yang lain seperti Intel kalau nak naik taraf apabila ada duit kemudian.

5. Kalau Intel, mobo ada 3 jenis soket 775, 1156 dan 1366. Proc yang dibeli mesti sesuai dengan mobo. Kalau tidak, membazir dan perlu beli lain. Contoh soket 775 lebih kepada spesifikasi komputer bernilai ekonomi (kata lain: budget), hanya sokong proc Celeron sehingga Core 2 Duo atau sesetengah Core 2 Quad. Begitulah yang seterusnya

6. Sama juga dengan kad grafik. Sukar bagi pengguna komputer baharu untuk memahami. Biasanya dinilai dari segi perbezaan bit, core dan ram. Makin tinggi ketiga-tiga aspek tadi, makin bagus dan harganya lebih mahal.

7. Bab pelbagai jenama seperti ASUS, Gigabyte, Power Colour, Sapphire, Galaxy, EVGA lebih kepada kelebihan yang ditawarkan, reka bentuk dan waranti. Aku kurang mahir bab kad grafik, cuba tanya yang lebih pakar.

Selamat membeli, harap membantu saudara membuat pilihan yang bijak. ^_^

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='Carnival' timestamp='1291788227' post='1055935']
Kalau you dah ader bajet sebanyek tu, dan ko nak main game yang graphic terlebih power atau watch movie, aku cadangkan ko beli jer lah Alien Ware laptop.
[/quote]

Kalau mudah alih memang elok ambil AlienWare dengan belanjawan yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, aku kurang menggalakkan beli laptop untuk buat main game. Faham-faham sahajalah benda elektrik dan elektronik senang sensitif.

Kalau pemain permainan video tegar, lebih baik ambil desktop pc. Senang nak naik taraf dan susah orang nak curi. Faham-faham sahajalah benda panas ni.

Spesifikasi komputer aku pun bertaraf ekonomi sahaja: Intel Core 2 Duo E7400, RAM 4GB, Sapphire ATI HD4850, PSU Tagan 800W dan casing cap ayam. Layan 24jam/7hari tak ada masalah. Kegunaan: Internet, FM2011, layan filem, bertwitter dan tulis blog sekaligus dalam satu-satu masa. Semua game terkini boleh main (kalau tukar kad grafik lagi cantik la...)

Kalau laptop sah-sah tak boleh sebab risau meletup... :P

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='msbmna' timestamp='1291790677' post='1055941']

Aku rase ko salah sket la kat sini. AlienWare mmg laptop utk main game jer. Takde Desktop kat luar yang dpt menyaingi laptop nie kat pasaran pasal AlienWare mmg dibina utk gaming. Setahu aku jugak, Alienware mempunyai graphic card yang jauh lebih powerful dari PS3 ngan XBOX. :)

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='Carnival' timestamp='1291791890' post='1055944']
Aku rase ko salah sket la kat sini. AlienWare mmg laptop utk main game jer. Takde Desktop kat luar yang dpt menyaingi laptop nie kat pasaran pasal AlienWare mmg dibina utk gaming. Setahu aku jugak, Alienware mempunyai graphic card yang jauh lebih powerful dari PS3 ngan XBOX. :)
[/quote]

Aku tahu la AlienWare tu laptop khas untuk game. Masalahnya baterinya tahan 90 minit sahaja selepas cas penuh. Seronok main, tiba-tiba terpadam. Potong stim...hahaha...

Desktop pc tak boleh buat lebih baik daripada AlienWare? Ini fakta yang paling salah.

Spesifikasi AlienWare terbaharu:
Intel Core i7 740QM(1.73GHz)
Skrin 17.0"
RAM 6GB Memory
500GB HDD
DVD±R/RW
Dual ATI Mobility Radeon HD 5870

Sistem komputer aras tinggi (High-End):
Intel Core i7 980 Extreme
Asus Rampage III Extreme
Skrin Samsung 24"
RAM 12GB
2TB HD
Pioneer Sata Blu-Ray
Corsair 1200w
XFX HD5970

Siapa kata Desktop pc tak boleh lawan AlienWare? Lain kali buat rujukan habis-habisan, jangan hentam keromo sahaja. Lepas beli AlienWare, boleh upgrade proc selepas 3 tahun? :153:

Share this post

Link to post
Share on other sites
Ak pn x tahu bila akan wujud Laptop aras tinggi yg mampu mengatasi prestasi Desktop aras tinggi...hahahhah...sbb komponen Desktop itu lebih fleksibel ,

Untuk si pemula topik , untuk 2/3 tahun punya pakai/guna...knp nk pakai Dual Core...ambil Quad Core / Six Core CPU , GPU yg aras tinggi punya sbb ia mampu running game yg 2/3 tahun akan dtg...

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='Arinc' timestamp='1291808829' post='1055964']
Ak pn x tahu bila akan wujud Laptop aras tinggi yg mampu mengatasi prestasi Desktop aras tinggi...hahahhah...sbb komponen Desktop itu lebih fleksibel ,

Untuk si pemula topik , untuk 2/3 tahun punya pakai/guna...knp nk pakai Dual Core...ambil Quad Core / Six Core CPU , GPU yg aras tinggi punya sbb ia mampu running game yg 2/3 tahun akan dtg...
[/quote]

Bagi aku kurang relevan firma nak keluarkan laptop aras tinggi untuk dijual ke pasaran. Harga terlampau mahal dan susah nak dijual di pasaran. Dari sudut ekonomi mestilah firma nak keuntungan dan tengok apa permintaan ramai orang. Harga kalau beribu-ribu, orang kaya je yang mampu beli.

Laptop lebih kepada mudah alih. Senang nak buat kerja, bentang laporan dalam mesyuarat. Kalau nak beli AlienWare hanya untuk main games, membazir duit sahaja.

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='fazrez' timestamp='1291830653' post='1055990']
Apa model monitor samsung? Ada 3D Vision Ready ke? Kat mana aku nak beli?
[/quote]

Fazrez tinggal mana? Kalau KL cari di Lowyat, Digital Mall atau Sg Wang Plaza sahaja. Tempat lain kurang pasti. Survey dulu cari harga yang murah.

Model monitor selalu berubah, ikutlah saiz apa yang sesuai. Biasanya monitor Samsung dan LG yang terbaik kalau berduit. Nak berjimat ambil AOC atau Dell.

Pada pandangan aku 3D Vision Ready kurang penting sebab skrin akan jadi blur kalau tengok tanpa spek 3D. Nanti kena beli spek 3D lagi. Baik cari yang sokong HDTV - High Definition TV lagi bagus.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...