Jump to content
Ardy

Soluto

Recommended Posts

[img]http://img375.imageshack.us/img375/4513/solutoantifrustationsof.jpg[/img]

Soluto ialah perisian generasi baru dengan tagline “Anti-Frustation Software”. Fungsi Soluto adalah mengira kelajuan proses start (boot) windows dan selepas itu mencadangkan kepada anda apa yang harus dilakukan untuk bagi mengurangkan dan melajukan proses boot.

Walaupun perisian ini masih dalam versi beta, namun sudah mendapat banyak pujian dan reviu positif daripada website dan blog komputer yang ternama. Pengguna Windows amat digalakkan agar mencuba perisian Soluto ini di komputer anda.

[img]http://img442.imageshack.us/img442/4513/solutoantifrustationsof.jpg[/img]

Soluto akan menunjukkan aplikasi2 serta process yang berlangsung ketika boot. Ianya terbahagi kepada 3 kategori iaitu; Potentially removable, Required – cannot be removed and Removed Applications.

Potentially removable – aplikasi yang anda boleh removed daripada startup seperti Yahoo Messenger, uTorrrent, Skype dan sebagainya. Program2 tersebut boleh melambatkan proses boot jadi anda boleh removed.

Required – aplikasi, process atau driver yang diperlukan oleh Windows. Anda tidak boleh removed sebarang item dalam kategori ini kerana dikhuatiri boleh menjejaskan Windows daripada berfungsi dengan baik.

Removed applications – aplikasi yang anda telah removed daripada startup.

[img]http://img810.imageshack.us/img810/4513/solutoantifrustationsof.jpg[/img]

Sebagai contoh, Tune Up Utilities 2010 run secara automatik ketika boot, dan melambatkan boot kerana ia mengambil masa selama 11 saat. Saya boleh set ia kepada “Pause” iaitu removed daripada startup atau pun “Delay” iaitu lancarkan hanya ketika cpu dalam keadaan idle.

Selepas saya removed TU2010, bermakna saya telah menjimatkan masa selama 11 saat untuk proses boot. Lagi banyak aplikasi yang saya remove, lagi jimat masa untuk proses boot.

Bagi saya, UI yang digunakan pada perisian Soluto ini sangat mengkagumkan kerana ia ter sangat2 cool, unik malah mesra pengguna.

Anda WAJIB CUBA, WAJIB MENYUKAINYA. boot time aku sblm ni 5 mnt. buang2, then tngl 2mnt. die akan tnjuk bile restart nanti. bg la feedback kat diorng.

download file
http://www.soluto.com/Download/

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...