Jump to content
Kira

Membuka Bisnes Baiki Komputer Di Rumah

Recommended Posts

[quote name='rarahim' timestamp='1307113656' post='1069557']
Bernas! terima kasih...
[/quote]
jual barang komputer kat utpwon je la bro.kalau nak buat aku boleh ajar.Rental uptwon baru berapa.RM 390 sebulan.siapa berminat boleh tanya aku. Edited by Tempus

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Tempus' timestamp='1307167503' post='1069572']
jual barang komputer kat utpwon je la bro.kalau nak buat aku boleh ajar.Rental uptwon baru berapa.RM 390 sebulan.
[/quote]

Kedai bro bukak hari-hari ke? Uptown mane? nanti aku nak datang usha :125:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='rarahim' timestamp='1307167837' post='1069573']
Kedai bro bukak hari-hari ke? Uptown mane? nanti aku nak datang usha :125:
[/quote]
aku dah tutup ko baru nak usha.aku tutup bukan kerana orang tak beli aku tutup pasal masa tu hari-hari hujan.kadang-kadang tengah niaga dia hujan.kadang-kadang baru nak tolak dari rumah dia hujan dah.memula aku sabar jugak 1-2 bulan...masuk bulan ke 3 hujan jugak..terus blah. hujan bukan hujan sikit.dibantainya hujan lebat.habis stok semua basah.sempat jugak la 8 bulan duduk kat situ.

Ada satu brother tu kat Danau Kota sana.pun buat komputer gak.tapi dia buat services dgn repair.tak tahu sekarang ada lagi ke tidak.

Share this post


Link to post
Share on other sites
ko kt area mne Tempus? kl k jb?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='mon678' timestamp='1307357848' post='1069690']
ko kt area mne Tempus? kl k jb?
[/quote]
aku kat KL.(selangor sebenarnya).Aku pernah berniaga kat rumah.hasil dia mengecewakan.nak bukak harga susah.nak caj susah..pendek kata mmg tak berapa sesuai.korag kena tengok betul-betul.rumah yang korang duduk tu dengan siapa? mak bapak? adik beradik? kustomer yang datang semua tu ada yang tua ada yng muda.ada yang perempuan ada yang lelaki.diorang datang rumah kroang nak servis sesuka hati kepala diorang je.datang hari ahad? datang awal pagi? datang masa korang demam? ada kustomer datang dari jauh.cth rawang atau puchong.on the way datang rumah.korang kat rumah ada sedara mara datang.kustomer tu plak jenis nak siap masa tu jugak.besok nak pakai(Pc kena virus.cuma kena reformat) tak ke huru hara?

aku dulu masa aku buat servis pc kat rumah aku `lencongkan` rumah aku ke rumah kawan aku.aku tak bagi tau rumah aku kat mana.lokasi aku kat mana.pasal apa?

1)rumah aku rumah teres.hujung jalan mati.kereta keluarga aku pun dah bersepah-sepah.so kawasan jalan jadi sesak.kalau tersodok kereta jiran atau kereta orang lain...aku parking kereta depn rumah pun kena langgar dengan budak main basikal.

2)Harta benda.nanti barang hilang.atau barang terambik.ada kustomer yng datang bawak budak kecik.yang budak ni selalu buat hal.tangan tu gatal.pastu rumah aku ada kucing.kucing aku jenis yang beli mancoon tu.kucing beli.RM 800.seekor.pergi kat beg laptop..keluar kuku...screeettttttttttt ....yang seekor lagi suka tidur@pijak laptop.dah ahbis laptop penuh bulu kucing.takkan aku nak lempang kucing aku pulak?

3)bengkel komputer mmg berselerak.skru berterabur.sana sini gantung.ni tercabut tu tercabut.pastu dia punya debu...

4)Cahaya Lampu.biasa lampu rumah ala kadar je.tak berapa terang.macam membelakangkan cahaya.sakit mata.bila dah sakit mata aku malas nak buat.tak boleh tumpu perhatian.


5)sedara mara datang.emergency time.sakit demam.kustomer bukan kira.suka hati kepala dia je datang bila.malam? pagi? petang? hari ahad? ada tu deal ni hari nak datang.pastu dia cancel dia datang minggu depan plak.dah kelamkabut.nak marah tak boleh.

kita ni bukan machine atau robot keje 24 jam.kita ni manusia.reti penat dan letih.ada perasaan marah dan geram.pastu kadang2 sakit.demam.tak tentu.yang aku tahu.kustomer tak suka bende2 macam ni.dia tahu rosak repair bayar.itu je.demam sakit lu punya hal.diorang ingat korang keje 24jam bersedia.gila ke hapa?
tapi kalau rumah tu rumah korang.tapi kosong.takde keluarga.atau harta bende mmg 100% boleh jadik bengkel komputer tak campur bende lain.boleh la buat.kalau macam rumah famili please dont do that.sila pikir harta bende dan perasaan adik beradik yang lain.

aku sekarang dah dapat kedai yang aku keje 4 tahun lepas.aku rasa macam mimpi.4 tahun lepas aku Employee dan Employeer sekarang ni aku Tenant dan LanLord.orang panggil aku tauke.adakah ini takdir atau kebetulan?.Seumur hidup aku.aku tak pernah bermimpi akan jadik seorang tauke.lagipun umur aku baru 25.

tapi kesimpulan idea meniaga kat rumah bukanlah idea yang mengembirakan. Edited by Tempus

Share this post


Link to post
Share on other sites
Hmm... macam tu pulak yer... aku baru je siap photocopy banyak2 ads nak tampal keliling kawasan rumah aku ni..

Rumah aku ni bukan la rumah family, mmg rumah sendiri tapi dah bekeluarga la.. mmg kita mesti ke bgtau kat customer 'workshop' kita kat mane?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='rarahim' timestamp='1307884893' post='1070069']
Hmm... macam tu pulak yer... aku baru je siap photocopy banyak2 ads nak tampal keliling kawasan rumah aku ni..

Rumah aku ni bukan la rumah family, mmg rumah sendiri tapi dah bekeluarga la.. mmg kita mesti ke bgtau kat customer 'workshop' kita kat mane?
[/quote]
boleh.tapi ko kena pastikan bengkel ko tu berasingan daripada rumah atau jauh sikit ke.kalau boleh dekat pintu masuk rumah.jangan kat belakang rumah...kira orang masuk rumah ko first dia jumpa bengkel ko dulu.bukan ruang tamu atau bilik tidur utama.kerja tu jadik senang.orang nak tengok tv pun tak terganggu.nak mandi ke.nak minum ke.bab aurat rambut jangan cerita la.kadang-kadang ada yang datang pakai seluar pendek.datang pakai baju ketat macam nangka.lelaki ke perempuan ke....

kalau yang datang tu 2-3 orang sila berhati-hati.biasanya yang seorang tu akan mengalihkan perhatian kau.tanya itu ini.nak check itu ini.dibimbangi orang berniat tak baik atau c ff ccccccccccccccccccccccccccccccccccc

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='rarahim' timestamp='1307884893' post='1070069']
Hmm... macam tu pulak yer... aku baru je siap photocopy banyak2 ads nak tampal keliling kawasan rumah aku ni..

Rumah aku ni bukan la rumah family, mmg rumah sendiri tapi dah bekeluarga la.. mmg kita mesti ke bgtau kat customer 'workshop' kita kat mane?
[/quote]
boleh.tapi ko kena pastikan bengkel ko tu berasingan daripada rumah atau jauh sikit ke.kalau boleh dekat pintu masuk rumah.jangan kat belakang rumah...kira orang masuk rumah ko first dia jumpa bengkel ko dulu.bukan ruang tamu atau bilik tidur utama.kerja tu jadik senang.orang nak tengok tv pun tak terganggu.nak mandi ke.nak minum ke.bab aurat rambut jangan cerita la.kadang-kadang ada yang datang pakai seluar pendek.datang pakai baju ketat macam nangka.lelaki ke perempuan ke....sama je.kalau nasib ko tak baik ko akan jumpa lelaki auw auw.nak panggil kakak tak boleh.nak panggil abg tengok pakai cam perempuan plak...eeeee geli.

kalau yang datang tu 2-3 orang sila berhati-hati.biasanya yang seorang tu akan mengalihkan perhatian kau.tanya itu ini.nak check itu ini.dibimbangi orang berniat tak baik atau cuba mengambil kesempatan utk merompak atau samun.pasal yang datang tu kita tak kenal.kita tak tahu.hubungan kita dan dia pun hanya servis dan repair komputer sahaja.tak lebih daripada tu.apa kerja dia.asal usul dia kita tak tahu..kita pun tak tanya dia lebih-lebih.dia nak servis kita buat.komputer dia rosak kita betulkan.itu sahaja.kalau yang dirompak tu barang kita takpe lagi.kalau yang dirompak tu laptop kustomer atau harta kustomer....siapa nak jawab? barang konfem kena ganti.

rumah aku ada adik beradik perempuan.kadang-kadang malam buta mandi malam.ppastu baju dalam sepah-sepah.yang sorang lagi tu tidur merata-rata.so aku rasa cukup tak selesa dengan keadaan macam ni..segann pun ada...itu pasal kalau nak buat kat rumah.make sure rumah tu kosong.atau rumah tu persendirian.takde campur bende2 lain.biar khas utk komputer sahaja.kalau rumah sendiri macam kapal pecah pun ..kurang-kurang bab kerja kita atau niaga kita tak terganggu..kalau ada masalah pun biar berasingan.

mula-mula aku buat kat rumah 2-3 years ago..sorang 2 aku tak perasan sangat..bila dah bertambah ramai sampai melibatkan waktu malam atau waktu-waktu yang kita sendiri tak jangka aku rasa semacam je.rasa macam tak selesa...diorang macam memerhatikan sekeliling...apa yang diperhatikan aku tak pasti...bila dah macam ni terus aku sewa dengan kawan aku rumah sewa dia.RM 450 sebulan.tingkat 13.lif kadang-kadang tak boleh guna.elektrik selalu blackout.aku `kibtlatkan` semua orang yang nak deal dengan aku ke rumah sewa tu.senang nak manage.jarak rumah sewa dan rumah famili takde la jauh sangat.dekat je.Walaupun aku sewa rumah tu tapi aku tak bayar sewa rumah tu.aku hanya pinjam alamat dan rumah tu sahaja.kalau ada orang datang pun akan pastikan kaki dia tak sampai depan rumah.biasa aku bagi alasan bodoh je.ada fogging la.nak betulkan wiring la.itu ini la.aku mintak dia drop pc@laptop dia pastu aku sendiri bawak balik ke rumah terus.pikul guna motor.aku takde la niat nak menipu.tapi aku terpaksa buat macam tu.aku tak nak keadaan menjadi lebih rumit atau berlaku apa-apa yang buruk.lagipun aku cuma repair pc dia je.itu sahaja.takde lebih daripada tu.

tapi tu certia dulu.2 tahun lepas punya cerita.sekarang? alhamdulillah.ada kedai sekarang.Syukur pada Allah.Walaupun aku belaajr tak tinggi.takde pegang diploma.takde sijil microsoft.SPM pun result hancurr.(masa sekolah dulu aku suka tidur) masuk politeknik pastu lari lepas 1 sem..alhamdulillah aku ada kedai komputer.....so kat sini kita nampak..niaga kat rumah HANYALAH sementara sahaja.kumpul duit dari situ.pastu mmg ending kena masuk kedai.otak tu kena set dari sekarang...tetapkan matlamat dan tujuan berniaga kat rumah tu utk apa.bila dah tetapkan matlamat baru bersemangat nak buat.

...................................................SEKALI DAH MELANGKAH BERUNDUR TIDAK SEKALI!......................................................

bro rahim.ko ada sijil atau diploma komputer tak? yang sah tau.aku tak nak yang illegal atau undertable punya sijil.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Tempus' timestamp='1307949839' post='1070096']
bro rahim.ko ada sijil atau diploma komputer tak? yang sah tau.aku tak nak yang illegal atau undertable punya sijil.
[/quote]

Tempus, sila cek PM.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='rarahim' timestamp='1307884893' post='1070069']
Hmm... macam tu pulak yer... aku baru je siap photocopy banyak2 ads nak tampal keliling kawasan rumah aku ni..
[/quote]
ni kawasan mana ni? kampung? atau luar bandar? kalau kawasan bandar buat macam ni.jaga sikit.bandar ada peraturan Majlis Perbandaran.pihak SKMM ada desas desus nak Senarai hitam nomnbor telephone yang dalam ads tu.tapi kalau sekitar taman perumahan atau orang keliling pihak majlis buat tak tahu je.takde apa-apa...tapi kaalu dah sampai tiang lampu yang kat tengah jalan raya simpang empat tu ada ads korang..mmg siap la.

kawasan kampung nak tampal kat pokok pun takpe.kawasan yang sesuai kawasan FLAT atau PANGSAPURI.tiap-tiap tingkat pergi tampal.pastu kalau ada kawasan Kolej atau Kawasan universiti letak kat motor atau kereta mereka.letak Ads kau di situ.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='rarahim' timestamp='1307950713' post='1070099']
Aku di kawasan perumahan.. teres banyak, apartment banyak, condo pon banyak.. MBPJ.
[/quote]
ok la tu.MBPJ tak kacau.tapi jangan sampai atas jalan raya.tapi kalau ko kata duduk kat luar bandar caj mmg kena murah.orang luar bandar tak berapa nak mampu bayar mahal-mahal.tapi kalau kata kawasan bandar.tak salah harga RM 5.00 pun jadik hal.so sebelum ko buat bende tu pastikan pesaing terdekat siapa.dia kuasai mana.pastu harga yang ditawarkan berapa.

aku berani bet dengan kau bro.orang yang ambil servis dengan kau tu SEMUANYA bekas-bekas tangan orang lain.cth beli barang kat lowyat tapi orang sana software nak original..so dia carik kau.kekadang dia dah pergi kat Chong enterprise tapi chong enterprise `kencing` dia.so dia pergi kat ko.kadang-kadang ada yang `poyo` nak guna pc canggih macam anak jiran sebelah tapi sengkek duit takde...dia suruh ko buat la bajet PC ikut bajet dia...sampai satu tahap nanti ko akan nampak la perangai bangsa A macam mana.bangsa B macam mana.bangsa C macam mana..kekadang ko tengok bangsa A ni pakai kancil je..tapi bila ko mintak caj RM 80 dia boleh bayar.kadang-kadang ko tengok bangsa B ni guna Toyota Prius tapi mintak RM 40 macam nak keluar RM 4 juta pastu saja bayar guna not besar-besar.RM 100..RM 50 tak nak guna duit kecik.....bangsa C plak dia nak ko servis barang dia tapi dia tekan ko habis-habis dari segi harga.bende ni berlaku tak kira masa.dan tak kira ko siapa.kalau ko ada kena mengena dengan servis komputer...ini hakikat.

Ikut pengalaman aku,kalau ko ada kedai tapi ko sendiri ZERO pasal komputer orang still ingat ko expert lagi atau tahu pasal komputer...tapi kalau ilmu komputer ko bertapa di Gua Musang 200 tahun pun tapi KEDAI pun takde..orang susah nak bagi muka.ko nak dapatkan kepercayaan orang tu bukan senang.takut ko bawak lari pc dia la.tukar barang yang tak betul la.diorang punya persepsi tu susah nak tukar.pastu dia tak kenal ko.kalau ko abang ipar dia ke.BAKAL MENANTU dia ke.adik tiri dia ke.takde la prasangka tu tinggi sangat.

Dan satu lagi.flyers ko nak edar tu kalau boleh ada 3 bahasa sekaligus.bhasa melayu.bahasa cina dan English.so orang akan namppak ko `international`.padahal ko tau cuma sepatah 2 sahaja.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam bro2x sekalian..
Aku pun ada buat freelance sikit2 tentang komputer....aku biasa iklan dlm mudaj.my...
sekarang ingat nak buat banner nak letak depan pagar rumah..sebab kawasan rumah sewa aku tu,kawasan sekolah menengah..bro rasa tak salah ker pasang banner kat pagar rumah...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='azamfeez' timestamp='1308202211' post='1070247']
Salam bro2x sekalian..
Aku pun ada buat freelance sikit2 tentang komputer....aku biasa iklan dlm mudaj.my...
sekarang ingat nak buat banner nak letak depan pagar rumah..sebab kawasan rumah sewa aku tu,kawasan sekolah menengah..bro rasa tak salah ker pasang banner kat pagar rumah...
[/quote]
takde masalah.tapi gantung tu mmg kat pagar rumah.paling elok sila gantung atau letak kat dalam kawasan rumah kita.jangan letak luar pagar.kalau gantung pun ikat tali semua tu jangan bagi tercabut atau apa.biasa banner hujan atau angin kuat dia akan terbang.seingat aku ...kalau ada orang majlis perbandaran turun kacau ko tu bermaksud ada la jiran busuk hati atau ada la `makhluk` kat luar sana tu tak puas hati dengan ko....

seeloknya letaklah satu signboard atau papan tanda menandakan rumah ko tu merupakan tempat membaiki komputer.orang tak salah sangka.jangan letak signboard besi nanti hilang kena curik.letak sinboard biasa cukup dah.janji jiran-jiran tau apa yang kita buat.ada aku tengok rumah cina mana ntah rumah dia 2 tingkat.dia buat signboard kat tingkat 2 tu cam papan tanda kedai.so dari jauh orang tahu apa yang dia buat.

banner pun bukan murah.busuk-busuk pun terbang RM 100.tu belum kira desing apa bagai lagi.buat kain rentang la.jimat sikit.kain putih ink warna merah.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...