Jump to content
Sign in to follow this  
zirbad

Hikayat Merong Mahawangsa

Recommended Posts

Hikayat Merong Mahawangsa tahun ni ke keluar? Aku rasa macam baru je dorang start shooting hari tu.

Bila agaknya cite ni keluar? Trailer ni boleh tahan gempak.Harap tak menghampakan la..



Filem Merong Mahawangsa import pelakon UK, Sweden dan China
Thursday, 14 May, 2009 News & Updates

Yusry akan mengarah filem ketiganya, Merong Mahawangsa.

Khamis Mei 7, 2009 - FILEM Merong Mahawangsa arahan Yusry Abdul Halim dijangka akan menjadi filem termahal terbitan KRU Studios.

Mengambil rujukan kisah sejarah Hikayat Merong Mahawangsa, Yusry telah pun memilih beberapa pelakon dari United Kingdom, Sweden dan China untuk berkhidmat dalam filem ini selepas ujibakat dilakukan.

Selain itu, kostum dan props untuk digunakan dalam filem epik drama itu juga akan diimport dari Amerika Syarikat dan China.

Ini kerana filem ini mengisarkan tentang Empayar Rom dan Empayar China mengikut buku sejarah hikayat itu.

Aktor Stephen Rahman akan menerajui filem ini sebagai Merong Mahawangsa yang mempunyai darah campuran Rom.

Yusry berkata filem Merong Mahawangsa akan menyerlahkan bakat pelakon teater.

“Kebanyakan pelakon dalam filem ini ramai terdiri daripada pelakon teater kerana kami tak nak muka terlampau komersial.

“Sekarang saya sedang sibuk berulang-alik ke Terengganu untuk melihat lokasi penggambaran.

“Insya-Allah jika tiada aral kami akan memulakan pengambaran mulai 9 Jun depan.

“Saya memilih untuk membuat filem ini untuk ketengahkan cerita mengenai raja pertama yang membuka tanah ‘Langkasuka’. Nama itu pernah dipertimbangkan untuk menjadi nama Malaysia dulu.

“Filem ini juga akan menggunakan teknik Computer Generated Imagery (CGI) untuk menghidupkan Empayar China dan Empayar Rom kerana saya rasa agak rumit juga untuk membuatnya seperti fakta dan bukan mitos,” katanya mengenai filem yang menggunakan latar masa kurun ke-2.

Tambahnya, “Cerita agak fantasi tetapi CGI pun ada seakan-akan filem Pirates of Carribean.

“Skrip itu telah dirombak sebanyak 16 kali. Sekarang saya rasa agak sukar dan mempunyai batasan untuk membuat rujukan.”

Jelas duda berusia 36 tahun ini, dia akan menggunakan lokasi di tepi pantai dan memilih Kuala Terengganu dan Besut di Terengganu.

“Kami juga sedang menyediakan set dan kostum. Misalnya, kami akan mengimport topi dan baju besi dari Amerika Syarikat dan China.

“Kiranya filem ini boleh dianggap sebagai filem terbesar KRU dari segi kemahiran dan pengambaran,” beritahu Yusry yang terpaksa menolak tepi kehidupan peribadinya.

Dia bimbang sekiranya ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.

Yusry juga agak sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk bersosial dan mengambil sikap untuk lebih ‘low profile’ dalam industri seni ini.

Kata bekas suami aktres Erra Fazira ini, “Saya akan jadi gila jika tiada kerja”.

Tambah Yusry, dia banyak menumpukan kerja di belakang tabir sehingga tidak berpeluang menerima tawaran lakonan.

“Saya ada dapat ‘offer’ berlakon tapi terpaksa tolak kerana sibuk dengan filem Merong Mahawangsa,” tutur Yusry.

MStar Online

Oleh Siti Azira Abd. Aziz

Share this post


Link to post
Share on other sites
huih, aku tengok trailer dia boleh tahan...harap2 tak jadi lembik pasal ada kisah cinta2 yang terlampau boring nak tengok.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Menarik kalau tengok trailer dia... cam karya epik Hollywood plak... kalau boleh lawan PGL bagus tu.... tapi berapa kos pembikinan filem nie ek??

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='LanoQ' date='20 February 2010 - 11:09 PM' timestamp='1266678589' post='1018061']
Menarik kalau tengok trailer dia... cam karya epik Hollywood plak... kalau boleh lawan PGL bagus tu.... tapi berapa kos pembikinan filem nie ek??
[/quote]
Assalamualaikum wbt,

dengar dalam 8 juta lebih.. PGL still lagi mahal 10 juta..

Share this post


Link to post
Share on other sites
pelakon banyak ambil dari luar,kira ok la kot. lagipun kisah ni banyak libatkan bangsa rom dan china.

kalau semua pelakon malaysia memang aku rasa akan kurang sikit feel dia.

tak silap aku cat farish pun ada berlakon dalam ni. konfius aku watak apa la dia pegang.watak serius???? :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites
wah...dahsyat nye trailer....

tak sangka malaysia da mampu wat cite mcmni...

tak sabar nak tgk..dijangka september 2010 ey? bagus2...huhuhu

lepas ni, makin gempak la cite2 melayu...

Share this post


Link to post
Share on other sites
harap2 takde la mengecewakan , pasal trailer da mantap . Lama lagi nak keluar dah ada trailer .

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...