Jump to content
Sign in to follow this  
Miss U.A

Air mata tertumpah atas jenazah, apa hukumnye???

Recommended Posts

Salam...

Satu hal yg aku musykil sket psl air mata kita...
sume org akan bersedih bila orang kesayangan die meninggal dunia...
n sume org sedia maklum yang Rasulullah mengharamkan kita meratapi kematian orang yang kita sayang...
Tak salah bersedih tapi tak bole meratap!!

Persoalannye skang, adekah salah sekiranya air mata kita tuh terjatuh pada jenazah disebabkan kesedihan kita tuh...BUKAN MERATAP ye....

Ade yg ckp takut jenazah lemas dlm kubur disbbkn air mata kita td..
Tp pd aku, air mata kita bukan najis smpi tak bole kene jenazah tersebut...

Kita bukan meratap, cuma menangis n air mata kita terjatuh pd kain kapannye sje...

Pendapat korang........

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum,

Sebaiknya saudari atau sesiapa sahaja tidak menangisi dihadapan jenazah. Kerana ketika itu, jenazah ingin pergi menghadap Allah S.W.T.

Diriwayatkan di dalam Shahih Al Bukhari ketika Sayyidina Sa’ad ibn Ubadah RA sakit, Rasul SAW menjenguknya bersama Sayyidina Abdurrahman Ibn ‘Auf dan para sahabat lainnya, ketika sampai Sa’ad bin ‘Ubadah dalam keadaan sakit dan tersengal-sengal dan dikira sudah sakaratul maut maka Rasul SAW berkata apakah dia sudah menghembuskan nafas yang terakhir”?, maka para sahabat berkata “ tidak Wahai Rasulallah, belum wafat”, maka Rasul SAW melihat Sa’ad bin Ubadah lalu mengalirlah air mata Rasulullah SAW, para sahabat melihat Rasulullah SAW mengalirkan air mata, merekapun ikut menangis juga. Maka Rasulullah SAW bersabda, maksudnya :

Bukankah kalian mendengar? Bahwa Allah tidak mengazab air mata yang mengalir dan tidak juga hati yang sedih,akan tetapi Allah mengazab sebab ini ( sambil menunjuk ke lisan(lidah)nya SAW ) atau dikasihi sebab lisan. (HR. Bukhari)

Berdasarkan hadith di atas, mengalirkan air mata tidak mengapa, namun, mengerluarkan tangisan/meraung (suara) adalah dilarang sama sekali.

Jika benar kita sayang akan jenazah, doakan jenazah agar ditempatkan dan dipelihara oleh Allah S.W.T. disisiNya.


“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kamu tangisi boleh berbicara, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kamu sekelian, niscaya kamu akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kamu sendiri”. (Imam Ghozali mengutip atsar Al-Hasan).

Share this post


Link to post
Share on other sites
tuh arrr psl....
knp arrr air mata kita takleh kene jenazah...
bapak aku kalo dgr je mesti blik die marah2 sape yg ckp tak bole tuh...
yelah, ape slh kalo air mata kita kena jenazah tuh???

errrr...knp tk ramai yg posting kat sini?? aku betul2 nk tau jwpn nih...

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku ada dengar2 kalau air mata jatuh atas jenazah nanti jenazah kena siksa dalam kubur. Tak tau la ni dari segi hukum islam atau pun kepercayaan melayu kuno . sekian

Share this post


Link to post
Share on other sites
Soalan ni sebenarnya soalan adat.
Sebab hanya adat Melayu je yang cakap tak boleh "jatuh air mata atas jenazah / kain kapan" etc.
Dalam Islam kita hanya diajar jangan meratap, bukan jangan berair mata.

Pendapat yang kata jenazah akan lemas dalam kubur kalau jatuh air mata atas jenazah, aku musykil.
Siapa yang tahu apa keadaan roh selepas ia dicabut dari jasad?
Macam mana ada orang boleh tahu roh jenazah tu lemas atau tak kalau jatuh air mata atasnya?

Waah kalau benar begitu, aku tadah satu tangki air mata aku mulai sekarang.
Esok George Bush mati aku simbah. Macam tu?

That's my 2 cents.

Share this post


Link to post
Share on other sites
jangan meratap

Yup.. jangan melolong,menjerit macam kena histeria .

pasal lepas roh dicabut ni bukan dia boleh nampak keadaan sekeliling dia ,kira boleh tengok keluarga,sedara-mara,kwn-kwn ? .. Masa time mandi tu pun kena lemah lembut pasal roh boleh rasa kesakitan lagi walaupun tertenyeh sikit .

Mungkin boleh ada penjelasan dalam thread nih .

Share this post


Link to post
Share on other sites
''Allah adalah Zat yang menjadikan tawa dan tangis serta seseorang yang berdosa tidak akan memikul beban dosa orang lain"

Rasulullah s.a.w bersabda: ''Tidakkah kamu mendengar bahawa Allah tidak menyeksa hanyalah kerana air mata dan Allah tidak juga menyeksa disebabkan hati yang dukacita tetapi Dia menyeksa adalah kerana ini (baginda menunjuk ke lidah baginda) ataupun Dia mengasihi''

jadi bukan arwarh yang terseksa tapi kita yang diseksa nanti bila meratapi meraung dan memuji dalam tangisan.tapi lain utk org kafir.. memang di seksa jika di ratapi oleh keluarganya.

cukup lah sekadar merembes airmata biarpun mengalir seperti sungai.....


pasal airmata kena arwah. tu kata org tua sebab tak nak seksa arwah.. bukan seksaan(dosa)
tapi tau je lah.. org kita sayang.. kita cium cam mana.. dipeluk erat dicium sepenuh hati sampai terperenyok hidung... kan seksa arwah tu jadinya....bila cium tersangat-sangat ni jadi macam mengasari. nabi larang mengasari mayat.

jadi beradat lah kita.. apakata kesat airmata cium lah arwah ( mahram sahaja )cium tu sunat sebab nabi kita pun cium arwah para sahabatnya....

bab lain memang panjang nak di huraikan.. bila dah masuk ada sesetengah ulama ni ..ulama tu....
boleh menidakkan mengiyakan.. kita amik yang neutral... dan senang

kesat airmata cium org tersayang....
nak berdukacita di hati mengalir airmata

**kena sedikit airmata apasalahnya.. airmata kekadang bukan leh tahan mengalir ngan sendiri.


***ni aku ingat masa ikut tabligh sekolah.. ustaz sekolah ajak gi belajar dan faham org tabligh

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...