Jump to content
Sign in to follow this  
johnburn

[Tutorial]Memasang dan Menetapkan Server PHP

Recommended Posts

Pengenalan

Susulan dari tutorial [Tutorial] Membina Laman Web (Berasaskan CMS Php/MySQL), saya terpanggil untuk berkongsi maklumat mengenai cara membina server yang menyokong PHP di atas platform Windows. Untuk tutorial ini, saya akan berkongsi cara memasang dan menetapkan server Apache, PHP dan MySQL tanpa menggunakan pakej software seperti Wamp atau Xampp sepertimana yang digunakan dalam tutorial tersebut. Software-software ini dibina bagi memudahkan pengguna memasang server Apache, PHP dan MySQL (Xampp juga didatangkan bersama Perl) tanpa perlu mengubah banyak tetapan.
Tutorial ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pemasangan MySQL, PHP, dan server Apache.



Persediaan

Software yang digunakan dalam tutorial ini adalah seperti berikut:


Pemasangan MySQL

  • Klik fail mysql-essential-5.1.35-win32.msi yang telah dimuat turun untuk memulakan proses pemasangan dan klik Next pada paparan utama.


  • Pada paparan Setup Type, pilih Typical kemudian ikuti arahan sehinggan pemasangan berjaya, kemudian klik Finish.




  • Satu paparan untuk mengubah tetapan MySQL akan dipaparkan. Klik Next.

  • Pada paparan MySQL Server Instance Configuration Wizard, pilih Detailed Configuration, kemudian klik Next.


  • Pada paparan berikutnya, pilih jenis server pilihan anda. Dalam contoh ini, saya memilih Developer Machine yang melibatkan penggunaan memori yang rendah dan sesuai untk kerja-kerja pembangunan dan pengujian aplikasi sahaja. Klik Next untuk ke paparan seterusnya.


  • Pada paparan ini, pilih Multifunctional Database kemudian klik Next.


  • Klik Next pada paparan InnoDB Tablespace Settings ini.


  • Pada paparan ini, jika anda menggunakan pelayan pangkalan data MySQL ini untuk tujuan pembangunan aplikasi dan pengujian sahaja, pilih pilihan pertama, Decision Support (DSS)/OLAP kemudian klik Next. Klik Next untuk paparan berikutnya sehingga ke paparan untuk mengubah tetapan keselamatan server MySQL.








  • Pada paparan ini, masukkan kata laluan yang anda inginkan. Kata laluan ini akan digunakan untuk mengakses server MySQL anda sebagai root . Klik Next untuk ke paparan berikutnya.


  • Klik Execute untuk memulakan proses pengubahsuaian berdasarkan tetapan yang telah anda masukkan sebelum ini.


  • Jika tiada masalah pada tetapan anda, satu paparan menunjukkan proses pengubahsuaian telah berjaya akan dikeluarkan. Klik Finish.




Menguji server MySQL

  • Klik Start >> All Programs >> MySQL >> MySQL Server 5.1 >> MySQL Command Line Client

  • Masukkan kata laluan yang telah anda tetapkan sebelum ini dan tekan Enter


  • Jika tiada masalah, anda akan mendapat paparan seperti berikut. Ini menandakan proses pemasangan server MySQL telah berjaya dan tiada masalah pada sambungan ke server MySQL.


Setelah selesai dengan pemasangan MySQL kita teruskan dengan langkah-langkah pemasangan PHP.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Pemasangan PHP

  • Ekstrak fail-fail dalam arkib php-5.2.10-Win32.zip ke satu folder. Dalam tutorial ini, fail-fail PHP saya tempatkan dalam folder c:\php


  • Copy dan paste fail php.ini-recommended dari folder php tadi ke folder Windows anda (c:\windows) dan ubah nama fail tersebut kepada php.ini


  • Copy dan paste fail libmysql.dll dari folder php ke folder sistem Windows (c:\windows\system32 ).

  • Buka fail php.ini dengan menggunakan mana-mana text editor (notepad, etc.). Cari extension_dir = "./"dan ubahkannya untuk merujuk kepada folder extension php anda. Dalam contoh ini, saya perlu mengubah baris tersebut kepada extension_dir = "c:\php\ext\"


  • Cari baris ;extension=php_mysql.dll dan buang semicolon (uncomment)di hadapannya supaya menjadi extension=php_mysql.dll untuk mengaktifkan extension MySQL.


  • Simpan perubahan yang dilakukan setelah selesai mengedit fail php.ini

Share this post


Link to post
Share on other sites
Pemasangan Server Apache

  • Klik fail apache_2.2.11-win32-x86-openssl-0.9.8i.msi yang telah dimuat turun untuk memulakan proses pemasangan dan klik Next pada paparan utama.


  • Baca persetujuan dan syarat perlesenan dan tandakan I accept the terms in the license agreement kemudian, klik Next.


  • Pada paparan Server Information, sila masukkan maklumat mengenai server anda. Kemudian, klik Next.


  • Pilih Typical untuk Setup Type dan kemudian klik Next sehingga paparan Ready to Install the Program. Klik Install. Setelah selesai, klik Finish.




  • Buka fail httpd.conf (C:\Program Files\Apache Software Foundation\Apache2.2\conf\httpd.conf)dengan menggunakan mana-mana text editor (notepad, etc.). Tambah baris berikut pada fail tersebut dan simpan perubahan yang dilakukan:

    Code:
    AddType application/x-httpd-php .php
    LoadModule php5_module "c:\php\php5apache2_2.dll"
    SetEnv PHPRC C:\windows


    Nota: Baris ini merupakan arahan untuk membolehkan server Apache menjalankan fail-fail PHP. Pastikan anda menggantikan c:\php kepada nama folder yang mengandungi fail-fail PHP yang diekstrak sebelum ini. Anda perlu restart server Apache anda untuk membolehkan tetapan baru ini dijalankan.



Menguji pemasangan PHP dan Apache

  • Cipta satu fail PHP yang mengandungi skrip berikut kemudian simpankan sebagai test.php ke dalam folder htdocs(C:\Program Files\Apache Software Foundation\Apache2.2\htdocs):

    Code:
    <?php
    phpinfo();
    ?>


  • Buka pelayar web anda dan pergi ke http://localhost/test.php

  • Jika semuanya berjaya dipasang dengan sempurna, anda akan mendapat paparan seperti berikut:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...