Jump to content
Sign in to follow this  
kmicaz

kurang puas hati dgn perkauman ...

Recommended Posts

Miss U.A wrote:
aku rase better ko betulkan dulu yg aku highlited tuh sebelum nk salahkan sape2...tuka la dlm sebutan yg betul...


...dan aku rasa BAIK ko betulkan apa yang aku HIGHLIGHTED tu.

aku tak persoalkan bunyi TUKA = tukar. bunyinya ada.
atau sape = siapa. sebab? ada bunyinya lagi.
dlm? apa iniiiii???????????

highlited??? kalau tak reti eja highlighted, baik eja BOLD je kan senang. buat malu orang kampung je sayang woi.

hallaaaaaa.. dah jadi kursus bahasa pulak. aku cuma quote topic starter, tapi orang lain pulak melenting & nak quote "kesalahan" aku & dalam masa yang sama pamerkan kesalahan dia sendiri. huhuhuhuhuhuhu. adakah "orang lain" ini adalah double-nick bagi orang yang sama? hehehe. ::icon_razz::

lari topik dah baiii... tapi tak salah kan? topic starter pun bubuh topik lain, pastu cerita pasal moto. wakakakakkaka ::icon_razz::

p/s: eja bebetul dulu sebelum nak quote statement aku ye. huhuhuhuhuhu. selamat ari rayerrrrwwwwwww

Share this post


Link to post
Share on other sites
Hik hik hik (ini cuma ekspresi ketawa dalam bentuk perkataan).

Betul kena pelihara agama dulu.
Dan bukan maksud saya untuk menyama-tarafkan kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu.
Bahkan kedua-dua tu perkara yang berbeza sama sekali, macam mana boleh timbul soal menyama-taraf?
Agama itu ibarat peraturan, bangsa itu ibarat cara kita melakukan peraturan.
Agama kata wajib tutup aurat.
Cara bangsa Melayu tutup aurat dengan pakai tudung bawal, pakai baju kurung.
Cara bangsa Arab tutup aurat dengan pakai purdah, pakai jubah.
Jadi, relevankah kalau nak timbulkan soal menyama-taraf agama--bangsa?

Perbandingan antara agama hanya boleh dibuat antara agama.
Perbandingan antara bangsa hanya boleh dibuat antara bangsa.

Jadi kedua-duanya pun patut dipelihara dan dijaga, walaupun prioritinya adalah menjaga agama.
Di Malaysia sendiri, orang akan memandang orang Melayu itu sebagai seorang Islam.
Maka apabila orang Melayu dihina, sedikit sebanyak agama Islam di Malaysia sendiri akan tercalar.

Share this post


Link to post
Share on other sites
bukan nak cakap la... tp menda camni dah lama berlaku n xkan tamat kot...
cina assabiah die mmg kuat... xkisah la ko sokong parti apa...
tp bab2 anak2 masa depan etc diorg mmg bersatu...
n xkisah la bru jumpa ke ape ke... tp asal sama kaum (cina) diorg akan tolong2...

p/s: ::icon_biggrin:: die xcakap melayu wajib menggunakan bahasa melayu yang baku...
selagi org melayu boleh paham... ia nya boleh diterima...
soal bahasa dalam forum ni dah lama dibincangkan...
forum bukan kertas penulisan spm... nahu, tatabahasa mahupun ejaan xde format terpeinci etc...
ia terpulang kpd keselesaan masing2... asalkan maksud dapat disampaikan... guna cara apa2 terpulang...
xkan nak sekat kebebasan berforum... n bg ak yang penting kita kene hormat org kalo nak org hormat kita....

Share this post


Link to post
Share on other sites
Huhu.
Kat forum tak apa kalau guna trengkas, tapi jangan keterlaluan.
Eja aku jadi aq, ak. Je jadi jew, jerk.
Kekadang konfius apa yang diorang nak katakan.
Aq tu stands for aku ke, akademi Quran ke.
Ayat "sape lagi pegi?" dibalas "-aku jew...", "-aku jerk".. Lol, kalau yang tak faham ejaan macam tu, mesti dia ingat "aku jew" tu "aku Yahudi",
"aku jerk" tu "aku bodoh". Bahana ejaan trengkas.

Sekarang ni kat warta berita pun dah ada guna ejaan sms sikit-sikit.
Tak lama lagi bertambah banyak lah tu.
Tak silap aku hari tu kat Astro Awani kot, ejaan "datang" dalam headline guna "dtg", selamba2 dia je.
Kalau unofficial tu takpe lagi.

Eh ni dah lari topik lak.

-
Islam untuk semua, Melayu untuk Melayu. Arab untuk Arab, India untuk India, Cina untuk Cina.
Sebab itulah orang Melayu patut pelihara bangsa Melayu, kalau bukan orang Melayu siapa lagi? Orang lain semua bela bangsa sendiri sampai ramai yang maju. Huhu huhu huhu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
sebenarnya..bila kita pelihara agama Islam..bangsa kita secara automatiknya akan terpelihara jugak..xkisah la melayu ke..cina ke..india ke..sebab Islam tu rahmat pada seluruh alam..xkira kita bangsa ape..xkira manusia..binatang..tumbuhan..bumi ni..sume dpt rahmat...jadi kita tegakkan Islam..dgn sendirinya bangsa kita akan maju..

hina menghina ni..sume bangsa ada..bukan melayu je..cina ada..india ada..sume ada..selain tu, kita kena bezakan jugak 'hina' dan 'kebenaran'..Kalau kita mengutuk org yahudi yg membunuh rakyat palestine..adakah kita menghinanya?kita mendedahkan kezaliman org yahudi..adakah kita menghina yahudi?kita buat tu semua atas dasar kebenaran..jadi kena beza antara 'hina' dan 'kebenaran'

Share this post


Link to post
Share on other sites
mamak, malaysia 1. ::icon_lol:: aku tak nampak lagi ape pekdahnye 1 malaysia ni. nak bersatu padu? baloh sokmo lagi ade. Harga barang2 dok turun2 jugak. Mende lagi yang best 1 malaysia ni?

Share this post


Link to post
Share on other sites
eerr x tahu nak mula dri mana ni.. ::icon_biggrin:: setahu sy konsep 1 Malaysia tu memberi penekanan terhadap perpaduan kepada tiga kaum utama d negara kita iaitu Melayu,Cina dan India.. dan tidak lupa jg kepada orng iban d sarawak dan orng kadazan d negeri sabah.Dgn x mengira bangsa dan keturunan konsep 1 Malaysia itu kita jaga dan pegang bersama.Renung-renungkan...dan selamat beramal d bulan yg mulia ni ::icon_smile::

Share this post


Link to post
Share on other sites
ala.tu cogan kata setiap menteri.dulu islam hadhari.cemerlang,gemilang,terbilang.skarang 1malaysia plak.xda beza la.just cogan kata.konsep sama la dari dulu sampai skarang perpaduan.aku setuju baik tekankan psl islam dalam malaysia.xkira la cina ke india ke malayu ke.asal islam,semua bersaudara.skarang pon ramai melayu yang murtad.bawa ideologi yang merosakkan dalam bangsa melayu.melayu pon makan sama melayu.

kembali pada islam,sejahtera sepanjang hayat.hayati islam dalam kehidupan.bahagia je hidup.Ada apa pada melayu? johan dalam keburukkan ? johan dalam khianat sesama sendiri? Johan dalam Jenayah? hmm....entah la.xda pe leh dibanggakan setakat ni

Share this post


Link to post
Share on other sites
i recommend this topic is to be closed. pasal tak ada apa yang dicapai hanya dengan cakap benda yang sama saja yang negative pada kaum sendiri. cakap pasal kaum lain kena tutup, tapi bila mengeji bangsa sendiri dibiarkan pula.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Banyaknya soalan "Apa ada pada Melayu?" nak tergelak aku dengar soalan ni. Baca sejarah la baru tahu apa ada pada Melayu.
Kalau tak tau jangan mengaku sebagai anak Melayu. Memalukan. Eeeiyek!
Mengaku sebagai anak Melayu, irihati terhadap kemajuan bangsa lain seraya memaki hamun bangsa sendiri,
bila disuruh martabatkan bangsa Melayu sendiri, dikatanya tak payahlah, ada apa pada Melayu.
Tapi bila bangsa lain ada sesuatu yang tak ada pada Melayu, dia jeles.
Mengomel bangsa Melayu tak maju-maju dan tak reti nak jadi maju macam bangsa lain potpetpotpet.

Memalukan.....memalukan...
Ya Allah, keluarkanlah saudara-saudara sebangsa dan seagama denganku dari kepompong hipokrit. Amin..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Melayu pada saya adalah 1 bangsa yang suka bergaduh sesama Melayu sendiri yang susah mau terdapat pada mana-mana bangsa dengan bagi alasan Islam. tak tau lah Islam itu hanya 1 alasan saja or what. kalau sudah tak ada apa pada Melayu sendiri, u all ini bangsa apa?

Share this post


Link to post
Share on other sites
melayu memang terkenal dengan hasad dengkinya sejak dari dulu lagi..sebelum merdeka lagi..sejak sebelum zaman kesultanan melaka lagi..cuma, bila Islam datang ke tanah melayu..dan org melayu menganuti dan mengamalkan Islam, barulah sifat negatif itu berkurangan..bukan senang nk kikis sifat yg telah berkarat itu dari darah melayu yg mengalir dalam badan org melayu itu..

ada orang kata.."Melayu ni, nasib baik Islam je..Kalo x.."

tapi itu la hakikatnya..kalo kita kata melayu kuat dengki..ada pulak org kata hina bangsa sendiri..kita kata org jepun gigih berusaha..ada org kata kita puji bangsa lain..tak perlu la kita hipokrit..kenyataan memang pahit utk ditelan..

Share this post


Link to post
Share on other sites
ChloeAgnew3 wrote:Melayu pada saya adalah 1 bangsa yang suka bergaduh sesama Melayu sendiri yang susah mau terdapat pada mana-mana bangsa dengan bagi alasan Islam. tak tau lah Islam itu hanya 1 alasan saja or what. kalau sudah tak ada apa pada Melayu sendiri, u all ini bangsa apa?


tak susah la nk jumpe Chloe..tgk bangsa arab sudah..dari dulu lagi..bergaduh sesama bangsa..walaupun seagama..
tgk india..bangsa india pun bergaduh sesama bangsa sendiri sbb beza kasta je..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kenapa mereka bergaduh?
Senang, sebab mereka pun ada perasaan hasad dengki.
Jadi, bukan Melayu sahaja yang ada perasaan hasad dengki.
Maka tidak adil lah kamu katakan Melayu terkenal dengan perasaan hasad dengki sejak turun temurun.

Keadaan semasa sekarang ni makin ramai yang dengki dengan Melayu, ehem.

Share this post


Link to post
Share on other sites
maaf la kalau ada yg rasa mcm tu..aku tak kata cuma melayu je yg ada hasad dengki..before ni pun aku ada ckp..bukan bangsa melayu je suke hina menghina ni..cina..india..sume ada..secara generalnya..sume bangsa ada sifat buruk dia tersendiri..

Keadaan semasa sekarang ni makin ramai yang dengki dengan Melayu, ehem.

memang tak dinafikan..makin ramai jugak orang yang dengki dengan Melayu..tapi tak kurang jgak org melayu yang dengki pada bangsa lain..bukan nak backup sape2..masing2 ada sifat buruk cmtu..sebab tu ada neraka dan syurga..kalo semua masuk syurga..xpayah la ada neraka..

*p/s : jangan tuduh aku ckp org yg dengki ni 'komfem' masuk neraka pulak..tp al-quran yg ckp cmtu..org yg buat jahat tanpa bertaubat..neraka la tempatnya..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Jadi kenapa slogan "Melayu memang terkenal dengan hasad dengki sejak turun temurun" sahaja yang selalu dimomokkan ke sana sini, sedangkan
bangsa lain pun memang ada perasaan hasad dengki sejak dahulukala juga.
Sebab tu ada syurga dan neraka, adakah dengan slogan ini bermakna Melayu sahaja yang akan menjadi penghuni neraka (dari perspektif perasaan hasad dengki).

Setahu saya, bangsa yang paling hebat dengan perasaan hasad dengki, bukan bangsa Melayu. Tapi bangsa itu serumpun dengan Melayu.
Kenapa? Kerana mereka itu lebih ramai yang mengamalkan ilmu hitam. Sehinggakan segelintir orang Melayu yang mahu mengamalkan ilmu hitam pun
sanggup ke negara mereka untuk bergurukan pengamal ilmu hitam tersebut.

Bahkan ramai juga bangsa mereka datang ke Malaysia, menjadi penjenayah. Hari-hari masuk akhbar, perompak, perogol bersiri, orang minyak, pencuri. Teka bangsa apa mereka itu? The answer is in your hand.
Kenapa mereka merompak dan mencuri? Kerana mereka dengki dengan kekayaan si mangsa. Dengki dengan keselesaan hidup si mangsa. Bangsa apa penjenayah (para pendengki itu)? Bukan Melayu itu!
Tapi sehingga sekarang, bila sebut Melayu, nah, ranking nombor satu dalam carta Bangsa Berhasad Dengki.

Sampai bila nak tuduh Melayu kita ni sebusuk-busuk bangsa di Malaysia?
Dalam thread ni ada orang yang bukan Melayu tapi sanggup mempertahankan maruah bangsa Melayu, sedangkan ada orang Melayu yang tak habis-habis mempersendakan bangsa sendiri. Terharu dan sedih betul saye tengok.
Apa dunia ni dah terbalik?

Tak cukup rasa terhina ke sekarang ni orang seberang dah mula menghina kita dengan Sapu Malaysia?


Iklan: Selamat Berbuka Puasa...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Jadi kenapa slogan "Melayu memang terkenal dengan hasad dengki sejak turun temurun" sahaja yang selalu dimomokkan ke sana sini, sedangkan
bangsa lain pun memang ada perasaan hasad dengki sejak dahulukala juga.

ok..org cina pun terkenal dengan hasad dengki..org india pun memang terkenal dengan hasad dengki..org iban pun terkenal dengan hasad dengki..org arab pn ada hasad dengki..bani israel pn ada hasad dengki..ok?puas ati?semuanya ada hasad dengki sejak dulu kala..sejak zaman tok Adam pn dah ada hasad dengki (Habil & Qabil)..bangsa ape lagi?bgtau..meh aku momokkan sana sini..

Sebab tu ada syurga dan neraka, adakah dengan slogan ini bermakna Melayu sahaja yang akan menjadi penghuni neraka (dari perspektif perasaan hasad dengki).

adakah dengan ada slogan ini org melayu sahaja tak masuk neraka?kamon la..luaskan sket perspektif anda..cuba tunjukkan satu jaminan Allah/Nabi yang bangsa mana yg xkan masuk neraka/syurga?Allah xtgk bangsa la..Allah tgk amalan manusia..

let me quote
memang tak dinafikan..makin ramai jugak orang yang dengki dengan Melayu..tapi tak kurang jgak org melayu yang dengki pada bangsa lain..bukan nak backup sape2..masing2 ada sifat buruk cmtu..sebab tu ada neraka dan syurga..kalo semua masuk syurga..xpayah la ada neraka..

masing2 ada sifat buruk camtu..kalo ko faham ayat ni..aku percaya ko tak pikir aku hny merujuk kpd org melayu sahaja..

Setahu saya, bangsa yang paling hebat dengan perasaan hasad dengki, bukan bangsa Melayu. Tapi bangsa itu serumpun dengan Melayu.
Kenapa? Kerana mereka itu lebih ramai yang mengamalkan ilmu hitam. Sehinggakan segelintir orang Melayu yang mahu mengamalkan ilmu hitam pun
sanggup ke negara mereka untuk bergurukan pengamal ilmu hitam tersebut.

Bahkan ramai juga bangsa mereka datang ke Malaysia, menjadi penjenayah. Hari-hari masuk akhbar, perompak, perogol bersiri, orang minyak, pencuri. Teka bangsa apa mereka itu? The answer is in your hand.
Kenapa mereka merompak dan mencuri? Kerana mereka dengki dengan kekayaan si mangsa. Dengki dengan keselesaan hidup si mangsa. Bangsa apa penjenayah (para pendengki itu)? Bukan Melayu itu!


org seberang pun org melayu..rumpun asia tenggara ni..sume melayu..
org yg mencuri kerana diorang miskin..sebab miskin lebih hampir kepada kekufuran..sbb tu Islam soh kita berusaha supaya keluar dari kemiskinan..sebab bila miskin..kita lebih terdedah dengan kegiatan jenayah spt merompak..mencuri..menyeleweng..menipu..menerima rasuah..dll..kita jgak sanggup bela toyol/jin/syaitan utk memberi kita kekayaaan/kesenangan..xpenah lg aku jumpe org yg kaya dengan hasil dia sendiri bela toyol..yg kaya sebab bela toyol..mencuri..merompak..rasuah..seleweng..banyak la..

Sampai bila nak tuduh Melayu kita ni sebusuk-busuk bangsa di Malaysia?
Dalam thread ni ada orang yang bukan Melayu tapi sanggup mempertahankan maruah bangsa Melayu, sedangkan ada orang Melayu yang tak habis-habis mempersendakan bangsa sendiri. Terharu dan sedih betul saye tengok.
Apa dunia ni dah terbalik?


kalo sesuatu bangsa tu ada maruah..dia xkan buat sesuatu benda yang boleh menjatuhan maruahnya..aku xtujukan kepada bangsa melayu shj..semua bangsa di dunia ini..cuba perhatikan balik..bangsa yg hina di dunia ni..apa yg menyebabkan mereka jadi bangsa yg hina..Kaum nabi Luth..menjadi hina sbb jadi homoseksual..Bani Israel..sbb keangkuhan mereka..mereka jadi bangsa yang hina..diperambat..diseksa..dibunuh oleh firaun..oleh hitler..fikir la..

Aku pun kadang2 malu dengan perangai bangsa melayu ni..kadang malu nk mengaku melayu..tapi dah Allah lahirkan aku dalam bangsa melayu..nak buat cam mane?nasib baik dlm keluarga Islam..kalo x, malang la nasib aku dunia akhirat..kalo aku lahir dalam keluarga cina islam pn..dh kira beruntung..apa pun bangsa kita..melayu ke..cina ke..india ke..sampai bila kita nk pertahankan bangsa kita?paling kuat pun sampai mati..habis kat situ je..tapi pertahankan la agama Islam kita..sampai akhirat kita dpt pahala..

sedikit hairan, kalo ada orang 'menghina' bangsa melayu..ramai yg bising..timbul lak "Pengkhianat Melayu"..tapi bila ada orang hina agama Islam..senyap je..Xde pun timbul istilah "Pengkhianat Islam"..

Share this post


Link to post
Share on other sites
the problem is, u ini tengok Melayu ini semua yang tak baik saja. Islam dipandang negative pun pasal Melayu juga, u suka kah nanti kalau muslimin muslimat lain cakap Melayu lah merosakkan Islam when Islam is universal? unless u mau cakap yang u ini ada darah campuran keturunan arab, jawa..etc..etc bukan pure Melayu then u tak akan rasa & bangga pula bila Melayu terus dikutuk hebat di negara sendiri. u mau tunggu Islam ditegakkan di Malaysia oleh siapa disini? mau tunggu orang Arab kah? buruk sangatkah Islam disini pada u? saya tak mau lah bagi pandangan pasal Islam disini kerana saya pun masih belajar tapi saya sebagai muaalaf berasa sungguh bersyukur hidup disini.

tak apalah, bangsa Melayu itu bangsa u & hak u lah mau cakap yang baik & buruk pada bangsa sendiri & nasihat saya jangan sampai ada perasaan "malu mau mengaku Melayu" for me this is critical. sedih nanti ibu-bapa u kalau mereka dengar. mau cakap pasal Islam tapi bangsa yang Allah jadikan u sendiri berasa malu.

saya berketurunan Tamil asli cuma saya dulu bukan beragama Hindu saja & saya sakit hati bila Melayu dihina selalu kerana saya tau Malaysia inilah tempat saya dilahirkan & terima kasih saya pada Melayu kerana menerima "kami" sebagai rakyat Malaysia juga. pergi tanya muaalaf lah abang, adakah mereka pun berperasaan begini?

Share this post


Link to post
Share on other sites
huhu3x wrote:
Miss U.A wrote:
aku rase better ko betulkan dulu yg aku highlited tuh sebelum nk salahkan sape2...tuka la dlm sebutan yg betul...


...dan aku rasa BAIK ko betulkan apa yang aku HIGHLIGHTED tu.

aku tak persoalkan bunyi TUKA = tukar. bunyinya ada.
atau sape = siapa. sebab? ada bunyinya lagi.
dlm? apa iniiiii???????????

highlited??? kalau tak reti eja highlighted, baik eja BOLD je kan senang. buat malu orang kampung je sayang woi.

hallaaaaaa.. dah jadi kursus bahasa pulak. aku cuma quote topic starter, tapi orang lain pulak melenting & nak quote "kesalahan" aku & dalam masa yang sama pamerkan kesalahan dia sendiri. huhuhuhuhuhuhu. adakah "orang lain" ini adalah double-nick bagi orang yang sama? hehehe. ::icon_razz::

lari topik dah baiii... tapi tak salah kan? topic starter pun bubuh topik lain, pastu cerita pasal moto. wakakakakkaka ::icon_razz::

p/s: eja bebetul dulu sebelum nak quote statement aku ye. huhuhuhuhuhu. selamat ari rayerrrrwwwwwww


aku quote posting ko psl ko sibuk tego org suh gune n spell ayat betol tp ko sendiri gune short form...so tak timbul cr aku spell betol ke slh or watelse rite...mmg skang org suke eja asl bole sebut je..kalo ko tak tulis mcm tuh aku pown takde la nk quote ko nye posting...so sile paham betol2 ye incik huhu3x....ko yg mulakan isu short form ni kat page 2..PEACE NO WAR...Selamat Ari raye....

Share this post


Link to post
Share on other sites
guys.... sila berhati2 berhujah...

jgn smpai menyentuh keperibadian org lain terimas!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
kalau aku ckp buruk pasal bangsa lain..mungkin ada yg kata aku ni nak main sentimen perkauman..kalo aku cakap perangai org india tamil mcm ni..mcm tu..mungkin Chloe akan terasa..so, aku kecilkan skop dlm bangsa aku je..sbb kalo aku 'hina' melayu pun..aku pun melayu..

ibarat aku bercakap dengan diri aku sendiri..kadang2 kita akan ckp.."Bodohnye aku..","apsal la aku bodoh sgt","memalukan btol la aku ni"..mcm tu la ibaratnya..tapi nak ke kita terus jadi bodoh?nk ke kita terus menerus bodoh?bila org yg xbleh menerima kritikan(wlpn pada diri sendiri)..dia akan anggap itu satu penghinaan..akibat ego yg tinggi..ckp xelok pasal bangsa sendiri(walaupun benda tu btol)..dh melenting..ibarat menegakkan benang yg basah..

kita nk cakap bangsa lain xbtol..btolkan dulu bangsa kita..kalo nak nasihatkan org buat baik..kita buat la baik dulu..nak kata bangsa lain pendengki..bangsa kita xdengki ke?kita maybe tak..tapi org lain?aku xnk bila aku kata org cina dengki dengan melayu..org cina akan ckp.."Macam org melayu xdengki langsung?!"

terima kasih kpd Chloe kerana anggap melayu baik..dan Aku pun nk ucap terima kasih kepada org cina dan india yang membantu aku semasa belajar dulu..cikgu2 semua..Ciktu Tan,Cikgu Jothi..Diorang pun berbuat baik pada aku dulu..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Actually saya bukan nak sangat kamu memomokkan pula bangsa-bangsa lain sebagai pendengki. Bukan kah lebih baik kalau langsung tak memomokkan mana-mana bangsa sebagai pendengki termasuk bangsa sendiri (Melayu). Bukan kamu je, mesej kepada semua orang sekali.

Benar, orang seberang pun orang Melayu. Tapi bila orang/anda menyebut "Orang Melayu memang PHD", adakah ia ditujukan kepada orang-orang seberang tu?
Tidak, ia ditujukan kepada masyarakat Melayu di Malaysia, muka-muka yang makan sambal belacan tu, mereka tu.

"Bodohnya aku ni", "apasal la aku bodoh sangat", itu hanya monolog, sesuatu yang kamu cakap seorang diri, bukan dicakapkan kepada orang lain supaya memandang kamu sebagai orang bodoh.
Tapi bila orang kata "Melayu bodoh", "Peniaga Melayu penipu", bukan lagi monolog, bahkan diceritakan kepada orang lain supaya jangan pergi ke kedai si Melayu tadi tu. Bukan si Ali atau si Ahmad, tapi si Melayu.
Ketara beza dialog-dialog tersebut, bila bermonolog itu, kita mahukan sesuatu perubahan dalam diri kita.
Tapi dialog yang lagi satu, kita seolah-olah memberi fahaman kepada si polan supaya jangan berurusan lagi dengan orang Melayu tu.

Kita bukan nak cakap bangsa lain tak betul, tapi kalau dah memang orang lain yang lebih tinggi berperasaan irihati tu, kenapa kita yang patut tanggung tohmahan tersebut?
Perbetulkan bangsa sendiri baru perbetulkan bangsa orang. Tapi apa yang berlaku sekarang ramai yang merosakkan bangsa sendiri dan perbaiki bangsa orang.



Kita ambil contoh lagi la (tapi dalam bentuk Matematik KBSR),

dalam sebuah balang ada 100 biji guli.
30 guli hijau, 20 guli biru, 50guli kuning.
15/30guli hijau buruk, 10/20guli biru buruk, 25/50guli kuning buruk.
Adakah adil jika hanya disebabkan 25/50guli kuning buruk maka kamu mengatakan guli kuning tu buruk-buruk, guli hijau dan guli biru tu cantik-cantik belaka?

Sama juga lah di Malaysia,
kalau ada 100,000 peniaga,
ikut nisbah kaum: 30,000 peniaga Cina, 20,000 peniaga India, 50,000 peniaga Melayu.
15,000 peniaga Cina menipu, 10,000peniaga India menipu, 25,000 peniaga Melayu menipu,
adakah adil disebabkan 25,000 peniaga Melayu menipu maka terus dikata peniaga Melayu berniaga menipu belaka, peniaga Cina dan India berniaga jujur-jujur belaka?
Malah saya yakin jumlah peniaga Melayu yang menipu tu tak sampai pun separuh dari jumlah kesemua peniaga Melayu.
Sebab bila Melayu setentunya Islam. Takkan ramai sangat yang tak ingat Tuhan dalam berniaga?
Jadi jumlah 25,000 tu mungkin dah kurang menjadi 10,000.
Still mengatakan peniaga Melayu ramai yang menipu lebih ramai dari peniaga bangsa lain?
Atau dalam bentuk dialog "jangan la pergi lagi workshop Melayu" "baik kau pergi workshop Cina or India".

:-)

Share this post


Link to post
Share on other sites
dalam hal ni..sape makan cili..dia la terasa pedas..
ko tahu melayu 'di sini' mcm mana..jadi bila aku kata "melayu"..terus ko pk melayu 'di sini'..ko tak pikir langsung melayu 'di sana'..bukan ko tak tengok citer/drama indo kat 'sini'..tgk citer bawang putih, bawang merah..betapa dengkinya si bawang merah pada si bawang putih..

for me, sape makan cili..dia la terasa pedas..kalo melayu 'sini' makan cili..melayu 'sini' la rasa pedas..
tapi btol la pepatah melayu tu.. "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...