NUR ASYIKIN 0 Report post Posted May 16, 2009 Salam..ekin sebenarnya da letih mencari buku koleksi tamar jalis ni..ade sesape kat sini yang menjual buku ni ataupun ada koleksi ni..arap sudi2 la berkongsi...dalam blog pon ekin baru jumpa sampai siri 47..kalau ada yang jual tu..x kira la phototat ker...ekin sanggup beli..hehe Quote Share this post Link to post Share on other sites
Don Juann 0 Report post Posted May 16, 2009 wah ni buku lame ni...dulu aku mse sek ren bce buku ni hahah...eth skrg mne eth...dh kena mkn tikus kot haha Quote Share this post Link to post Share on other sites
the_ultimatez_najman 0 Report post Posted May 16, 2009 yg nih ker??(Bercakap dengan Jin - Siri ke 1)Suatu petang dalam tahun 1960. Datuk yang sudah menjangkau usia 57 tahun, membersihkan senapang kampung berlaras satu di anjung rumahnya. Dengan tenang dia berkata pada saya "Kamu usah jadi pemburu." "Kenapa tok?" Dia tidak menjawab. Datuk terus menimang-nimang senapangnya. Kemudian datuk ambil golok perak dia mengasah golok di batu dekat kepala tangga. Dan saya masih menanti jawapan dari datuk. "Aku tak mahu cucu-cucu aku jadi pemburu," tiba-tiba datuk bersuara. Dia duduk di anjung rumah kembali. Mendengar cakapnya itu saya buat keputusan tidak akan mengajukan sebarang pertannyaan padanya. Datuk mudah naik darah, kalau selalu ditanya atau disoal. Dia juga tidak suka orang membangkang cakapnya, terutamanya dari anak-anak cucunya sendiri.Datuk memang handal memburu. Tidak ramai orang kampung Mandi Upeh macam datuk. Cukup asyik dengan kegemaran memburunya, hampir seluruh hutan Jajahan Dinding dijelajahnya. Orang-orang kampung menganggap datuk bukan pemburu sebarangan. Pemburu yang ada isi, kalau tidak masakan ia berani masuk ke dalam hutan yang tidak pernah didatangi oleh manusia. Datuk tidak menembak sebarangan pada binatang-binatang buruannya. Dia akan memilih tepat dikening diantara kedua-dua kening binatang itu. Dan setiap kali datuk masuk ke hutan dia akan memulakan langkah kaki kiri dahulu. Kedua belah tumitnya tidak memijak bumi, kecuali sesudah lima tapak melangkah. Lepas itu datuk berhenti dia membaca sesuatu, lalu mematah ranting kayu yang berada di bawah ketiak kanannya. Dilemparkanya sebelah kiri.Datuk dapat senapang bukan kerana dia HomeGuard atau AP. Dia minta sendiri pada kerajaan dengan alasan mahu menjaga tanahnya yang seluas lima belas ekar yang ditanam dengan getah, durian dari serangan monyet dan babi hutan. Pemintaan datuk dipenuhin oleh Inggeris, sesudah pegawai polis, tuan DO serta penghulu dan ketua kampung memeriksa tanah datuk. Datuk beli senapang dari Taiping dalam tahun 1949. Sejak itulah datuk giat memburu dengan senapang. Sebelum itu datuk hanya berburu dengan senapang. Sebelum itu datuk hanya berburu dengan membuat jerat dan sebagainya. Banyak perkara-perkara aneh yang datuk lalui sepanjang kariernya. Dan saya antara cucu yang selalu mendengar cerita-cerita datuk itu, kerana saya selalu menolongnya mencangkul di kebun, kadang-kadang menjadi temannya ke surau. Datuk terlalu sayangkan saya, kerana saya adalah cucu lelakinya yang pertama dari anak sulungnya iaitu ibu saya. Saya tahu apa kelemahan datuk dan kegemaranya. Dia pemurah dan suka mendengar orang mengaji Quran, kebetulan pula saya cucunya yang agak terkenal membaca al-Quran di kampung itu. Datuk tidak kedekut mengeluarkan wangnya untuk memberikan pada orang mengaji tapi datuk tidak memberikannya sendiri melainkan melalui saya.Biasanya, kalau datuk suruh beri sepuluh ringgit, saya hanya memberikan separuh saja, yang separuh lagi masuk saku saya. Pernah datuk bercerita pada saya: "Suatu ketika datuk dan kawan-kawannya masuk hutan dekat dengan Gunung Tunggal di Kawasan Segari berhampiran denga Pantai Remis. Kawasan itu tidak pernah dimasuki oleh manusia. Datuk dan kawan-kawannya berjaya menembak beberapa ekor binatang. Kerana terlalu asyik memburu, tanpa disedari datuk telah terpisah dengan seekor rusa besar. Datuk mengikutnya dengan teliti. Datuk memintas rusa itu sebelah kiri dan mengambil tempat di sebalik pokok besar. Datuk mengahala muncung senapang pada kepala rusa. Dia yakin sasarannya akan tepat pada tempat yang dimahunya. Tetapi rusa itu bagaikan mengerti dan mempunyai pengalaman. Dia mempermainkan datuk, macam mempermainkan kucing. Rusa merendahkan badannya kemudian menyelinap di depan datuk dan terus hilang.Datuk terkejut dan bercampur hairan, tapi datuk bukanlah manusia yang mudah putus asa. Dia mencari kesan jejak rusa itu. Diperhatikannya ke arah mana tapak rusa itu lari. Dia mencium daun-daun kering yang terdapat di situ. Akhirnya, datuk merapatkan telinganya dengan bumi. Dia mengeluh, ternyata kesan rusa itu sukar diperolehinya. Waktu datuk berpusing-pusing di situ. Seekor rusa lain mjncul di depan datuk. Rusa itu jauh lebih besar dan tegap dari rusa yang pertama tadi. Matanya berkilau-kilau bagaikan menentang mata datuk yang terbeliak kerana terkejut. Datuk tidak melepaskan peluang dan terus melepaskan tembakan. Datuk gembira, tembakannya tepat mengenai kening rusa itu. Dia mencabut golok perak di tangan untuk menyembelih rusa. Golok ditayangkan di depan matanya. Datuk membaca sesuatu dan menghentakkan ulu golok ke tanah.Bila datuk memulakan langkah. Rusa itu segera bangun. Di depan mata datuk sekarang wujud dua ekor rusa. Serentak dengan itu dada datuk berdebar. Dia mula terasa ada sesuatu yang kurang baik akan terjadi. Datuk terdengar kokok ayam hutan. Datuk melepaskan tembakan. Kena pada salah seekor rusa itu di kening. Rusa itu rebah dan bangun kembali menjadi tiga ekor. Datuk yakin ada sesuatu kejadian yang lain di sebalik semuanya itu. Tapi, datuk bukannya manusia lemah semangat, kalau tidak masakan dia berani meninggalkan kampung halamannya di Aceh, berperahu ke Pengkalan Bharu dan bermukim di kawasan Bruas. Datuk terus menembak bertalu-talu. Rusa terus menjadi tiga,empat,lima,enam dan tujuh. Kokok ayam hutan bertambah nyaring.Daun-daun hutang di keliling datuk bergerak-gerak bagaikan digoncang orang. Tanah yang dipijaknya jadi bersih tanpa sehelai daun. Datuk menumbuk tanah dengan tangan kiri. Dirasa daging pangkal lehernya bergerak-gerak. Datuk senyum. Dia tahu perkara ini mesti dihadapi dengan cara lain. Dia teringat pesanan arwah neneknya dari tanah seberang, kalau berburu binatang dan terasa daging pangkal leher bergerak, alamatnya yang diburu bukan binatang lagi, tapi boleh jadi penunggu hutan atau syaitan dan orang bunian. Datuk letakkan senapang atas tanah. Dia duduk bertafakur mengumpulkan tenaga batin sambil membaca mentera yang diamalkannya. Melalui pancaindera batin datuk, datuk dapat melihat dengan jelas, bahawa rusa itu adalah jin penunggu hutan itu.Muka datuk jadi merah padam, merecik peluh, gigi dilagakannya rapat-rapat. Mata datuk tidak berkelip. Dia melihat di depannya, terdiri lembaga berbadan besar, matanya merah menyala, rambut panjang sampai ke tumit. Giginya besar, dua giginya di sebelah kiri dan kanan terjulur keluar, macam gading gajah. Dia diapit oleh enam jin yang sama hebat dengannya."Kurang ajar, manusia laknat," suara itu bergema, daun-daun hutan bergerak macam ditiup angin. Datuk diam bertafakur."Kau tahu kesalahan kau manusia ?" Tambah suara itu . Belakang datuk terus dibasahi peluh datuk. Datuk diam, dia sudah pun menutup lubang-lubang kelemahan tubuhnya dengan ilmu batin yang dipusakainya dari arwah neneknya, hingga jin itu tidak berpeluang menyatukan dirinya ke dalam tubuh datuk."Tidak," jawab datuk dengan berani."Kau masuk ke dalam kawasan larangan ku.""Aku sudah meminta kebenaran.""Aku tidak membenarkan." Jawab jin itu dengan keras. Dua batang giginya yang terjulur bergerak-gerak."Kalau kau tidak membenarkanya, kenapa kau tidak memberi isyarat, masa aku masuk tadi." Cukup tenang datuk menjawab. Dia sudah bersedia menghadapi semuanya."Kau manusia biadap," pekik jin itu, pokok hutan bergerak-gerak. Quote Share this post Link to post Share on other sites
the_ultimatez_najman 0 Report post Posted May 16, 2009 ekin try usha kat sinihttp://www.angelfire.com/tv/sarudin/LamanSeram.html Quote Share this post Link to post Share on other sites
NUR ASYIKIN 0 Report post Posted May 16, 2009 the_ultimatez_najman wrote:ekin try usha kat sinihttp://www.angelfire.com/tv/sarudin/LamanSeram.htmlkat sini da abis baca dah..sampai siri 17 jer..ekin skang tgh cari siri 48 dan ke atas Quote Share this post Link to post Share on other sites
NUR ASYIKIN 0 Report post Posted May 16, 2009 skang ekin tgh tunggu kat sini bila nak continuehttp://komunitisbdj.multiply.com/http://tamarjalis.blogspot.com/search/label/Buku%202http://www.esnips.com/web/TamarJalisSBDJ Quote Share this post Link to post Share on other sites
teri-chan 5 Report post Posted May 24, 2009 tak silap aku kat jln tar ada 1 kedai buku ni ada jual buku2 tamar jalis. kat CM pun ada gk tp kene betul menggali la. aku penah nmpk sekali. kedai mana jgn tanya aku la heehe sbb aku jumpe pun kebetulan time aku jenjalan kat sana. Quote Share this post Link to post Share on other sites
Intel2Core_1 1 Report post Posted September 27, 2009 hohoho..buku nie yg paling aku minat..tp 2 la, nk mencarinye masalah. Quote Share this post Link to post Share on other sites
abixpert 0 Report post Posted September 28, 2009 fuh... lama giler buku tudari aku zaman skolahthanks untuk link... Quote Share this post Link to post Share on other sites
malaynux 0 Report post Posted September 28, 2009 Banyaknye aku kena print.. abis satu rim kertas ni.. hahaha. Quote Share this post Link to post Share on other sites
Intel2Core_1 1 Report post Posted September 28, 2009 nie aku ade jmpe lg satu link..mcm complete link yg nie..http://tamarjalis.blogspot.com/2008/01/12-toyol-jadi-jadian.html Quote Share this post Link to post Share on other sites
SouthSider_1 0 Report post Posted September 29, 2009 aku pon minat gak buku nistakat ni ada sampai jilid 4 siri 76tapi jilid 4 siri 75 terdelete plakekin ada x jilid 4 siri 75 tu ?skang ni pon tunggu update dari tamarjalis nya blog.spot Quote Share this post Link to post Share on other sites
SouthSider_1 0 Report post Posted September 29, 2009 update sket :-ekin bleh gak tgk kat blog ni feroz blogspot......... Quote Share this post Link to post Share on other sites
akuccputsedut 147 Report post Posted September 29, 2009 aku ada siri nih dari mula sampai abis..ayah aku nyer laa...lama dulu masa aku darjah berapa ntah...sekaran nih nak kena tanya ayah aku balik laa ada lagi ker tak...maklum ler aku nih dah tak tinggal sebumbung ngan ayah aku..so susah ler nak balik cari...kena tanya2 dulu..pape nanti aku inform k... Quote Share this post Link to post Share on other sites
SouthSider_1 0 Report post Posted September 29, 2009 akuccputsedut wrote:aku ada siri nih dari mula sampai abis..ayah aku nyer laa...lama dulu masa aku darjah berapa ntah...sekaran nih nak kena tanya ayah aku balik laa ada lagi ker tak...maklum ler aku nih dah tak tinggal sebumbung ngan ayah aku..so susah ler nak balik cari...kena tanya2 dulu..pape nanti aku inform k...wah btul ke akuccputsedut?kalo ada nanti inform yer Quote Share this post Link to post Share on other sites
akuccputsedut 147 Report post Posted September 29, 2009 huhuhuhuhu...dengan sedih nyer aku bagitau...baru jer pas chat ngan ayah aku tadi..ayah aku kata buku dia kawan dia pinjam buat harta sendiri...tapi tak pasti jilid berapa..ayah aku pun kelam kabut gak tadi sebab dah nak gi keje...so esok aku try chat ngan ayah aku lagi k...hihihihihi Quote Share this post Link to post Share on other sites
SouthSider_1 0 Report post Posted October 2, 2009 akuccputsedut wrote:huhuhuhuhu...dengan sedih nyer aku bagitau...baru jer pas chat ngan ayah aku tadi..ayah aku kata buku dia kawan dia pinjam buat harta sendiri...tapi tak pasti jilid berapa..ayah aku pun kelam kabut gak tadi sebab dah nak gi keje...so esok aku try chat ngan ayah aku lagi k...hihihihihihuhusayang tudah lah susah nak cari buku ni Quote Share this post Link to post Share on other sites
akuccputsedut 147 Report post Posted October 5, 2009 tahu takper...ayah aku pung dah tak dapat cari kawan dia tu kat ner..??? sekarang ayah aku pung tgh cari2 balik kat kedai2 nak bagi cukup kan balik koleksi dia tuh...ayah aku ada banyak buku2 camtuh...buku cerita2 hantu banyak jugak laa...lagi buku2 cam bermuda triangle secret, dajjal buku2 yang cam gitu ler...yang misterius... Quote Share this post Link to post Share on other sites