Jump to content
szainizam

Bagaimana Kali Pertama Berurusan Di Mahkamah Syariah

Recommended Posts

[size="5"][
color="#9ACD32"][font="Century Gothic"]Ini merupakan panduan atau maklumat secara ringkas berkenaan cara berurusan di Mahkamah khasnya di Mahkamah Syariah di Malaysia. Saya terpanggil untuk membuat panduan ini kerana melalui pengalaman saya yang serba kekurangan ini, terdapat ramai orang termasuk saya sendiri yang ada keperluan di Mahkamah dan ingin berurusan di Mahkamah buat PERTAMA KALI pasti merasa bimbang, takut dan fobia mendengar Mahkamah. Pendek kata, bila dengar perkataan Mahkamah saja, dah rasa kecut perut, bimbang dan sebagainya.

Selain rasa ingin berkongsi ilmu dan menambah pengetahuan, masyarakat dapat mengetahui hak, keperluan dan apa yang perlu disediakan sebelum membuat urusan di Mahkamah. Banyak yang kita dengar dan saya lihat sendiri, mereka yang datang dari jauh dan ambil cuti bekerja datang ke Mahkamah dengan tujuan untuk membuat tuntutan tetapi pulang hampa apabila mengetahui Mahkamah yang mereka pergi tidak ada berbidangkuasa, dokumen yang tidak lengkap dan sebagainya kerana mereka pergi ke Mahkamah dengan tidak atau tanpa maklumat.

Kadang kala terdapat pelanggan yang datang mahukan kes mereka diselesaikan dengan segera. Dalam fikiran mereka, sekiranya kes mereka difailkan pada hari ini, hari ini jugalah mereka akan mendapat keputusannya. Hari ini juga mereka boleh bercerai, hari ini juga mereka boleh mendapat hak jagaan anak dan hari ini juga mereka boleh mendapat harta sepencarian.

Biasanya jangkamasa atau tempoh sesuatu kes adalah bergantung kepada banyak faktor. Ada kes dalam satu bulan boleh selesai dan ada juga kes yang mengambil masa 6 bulan hingga setahun, malah ada juga kes yang diselesaikan setelah beberapa tahun. Antara faktor yang mempengaruhi cepat atau lambatnya sesuatu kes itu dapat diselesaikan ialah bergantung pihak-pihak itu sendiri, pihak mahkamah, peguam (sekiranya anda menggunakan khidmat peguam) dan berdasarkan kes itu sendiri. [/font]
[/color] rolleyes.gif
[/size]

Sebab pertama ialah datangnya dari pihak-pihak iaitu pihak penuntut dan pihak yang kena tuntut. Kehadiran pihak-pihak di Mahkamah pada masa yang ditetapkan adalah penting bagi memastikan kelancaran perjalanan sesuatu kes. Sekiranya antara kedua pihak tidak hadir pada masa yang ditetapkan, Mahkamah terpaksa menangguh kes tersebut ke suatu tarikh yang akan datang dan ini pasti melewatkan kes tersebut. Walaubagaimanapun, ada sesetengah kes, Mahkamah boleh dengan budibicara dan dengan kuasa yang ada, menjalankan terus prosiding walaupun tanpa kehadiran pihak-pihak. Terdapat juga kes yang mana Mahkamah terpaksa menutup kes tersebut kerana kegagalan pihak yang menuntut hadir ke mahkamah.

Sebab kedua melalui pengalaman saya datangnya dari pihak Mahkamah. Biasanya dalam hal ini, ia berlaku disebabkan antara lain ialah para hakim berkursus, ada persidangan dan lain-lain lagi perkara yang tidak dapat dielakkan yang mana tarikh tersebut bertindih dengan tarikh di mana kes-kes yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Jadi, mahu atau tidak, kes-kes yang ditetapkan terpaksa ditangguh atau hanya diberi tarikh sebutan yang akan datang oleh pihak yang bertugas. Ada satu kes yang dilaporkan, setiap kali tarikh sebutan kes tersebut telah ditetapkan, bila tiba harinya terpaksa ditangguh oleh Mahkamah dan perkara ini berlanjutan sehingga beberapa kali. Jadi, hakim perlu dan patut bertindak bijak dengan menetapkan dua atau tiga tarikh sekali gus mengelakkan dari berlakunya pertangguhan kes dalam jangka masa yang lama.

Sebab lain ialah berdasarkan peguam yang dilantik. Kata orang, kejayaan sesuatu kes di Mahkamah adalah bergantung sejauh mana berpengalamannya peguam yang mewakili anda. Peguam yang bijak serta berpengalaman mampu menilai dan mengagak selama mana sesuatu kes yang dikendalikan boleh selesai. Jika pada penilaiannya sesuatu kes itu boleh diselesaikan secara baik atau secara perjanjian penyelesaian, maka kes itu akan selesai dalam tempoh masa yang singkat.

Edited by szainizam

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...