Jump to content
Sign in to follow this  
antivirus

10 Maklumat Mesti Baca

Recommended Posts

Cecacing komputer menyelinap menerusi MySpace, Facebook


ZDNet melaporkan bahawa para pengkaji di Kaspersky Lab telah mendapati dua cecacing komputer baru yang telah berjaya menyelinap masuk menerusi MySpace dan Facebook dengan menggunakan beberapa ˜umpanâuntuk meletakkan ˜malwareâ di dalam Windows.

Cecacing itu akan merebak sekiranya sebarang komen yang palsu pada ruang komen itu dalam MySpace dan juga Facebook diklik, dengan menyediakan umpan iaitu video dan muatturun Flash Player palsu yang akhirnya akan memperdayakan pengguna untuk memasang ˜malwareâ berkenaan.

Sila capai pautan pada ZDNet di atas untuk mengetahui lebih lanjut.

maklumat2
Ikon muncul lebih cepat.


Menurut MyPCHell, secara ˜defaultâ setiap kali kita membuka My computer, secara otomatik Windows akan terus mencari folder network dan pencetak anda yang akan menyebabkan ikon-ikon anda lambat muncul. Jadi untuk mengelakkan hal ini berlaku, ikuti langkah-langkah yang disyorkan oleh MyPCHell
1. Buka My Computer,, Pilih Tools, , dan Folder Options,.
2. Kemudian pilih View, tab.
3. Buang tanda pada kotak “Automatically search for network folders and printers, ” dan klik Apply,

maklumat3

Perisian Anti Virus untuk USB drive anda

Sudah sekian lama saya mencari perisian anti virus khusus untuk USB drive yang mampu melindungi USB drive daripada dijangkiti oleh virus daripada PC. Seringkali bila saya membuat ˜troubleshooting™ atau memasang perisian tertentu pada komputer pelanggan menggunakan USB drive, kerap terjadi virus yang sudah sedia terdapat pada komputer itu akan menjangkiti USB drive saya.

Menurut laman web pendriveapps, perisian Mx One ini mampu menghalang USB drive anda dari dijangkiti oleh virus. Disamping itu ia juga mampu membuat imbasan kepada€˜boot sector drive anda untuk membuang segala autorun yang tidak diingini.

Anda boleh muatturun pada laman web pendriveapps. Selamat mencuba

maklumat4

Beberapa tanggapan teknikal yang salah

Kailas Shastry dari PC World India telah menyenaraikan 30 tanggapan silap berkaitan dengan hal teknikal komputer. Antaranya ialah:

1. Tutup suis tanpa ™shut down™ dulu Windows akan menyebabkan komputer rosak.
2. Anda mesti ˜hentikanâ terlebih dahulu USB drive sebelum dicabut daripada komputer.
3. Selalu membuka dan menutup komputer akan mengurangkan ˜hayat™ komputer anda.
4. OS 64 bit adalah dua kali ganda lebih laju berbanding OS 32 bit.
5. Mengosongkan ˜Recycle Bin™ akan memastikan bahawa fail itu akan lenyap terus.
6. Magnet akan merosakkan data dalam peranti anda seperti ˜harddisk ataupun ˜USB drive.™
7. Media CD/DVD akan tahan selama-lamanya.
8. Jika komputer anda sudah dipasang perisian anti virus maka tidak perlulah anda risau apabila anda memasang sebarang perisian baru.

Untuk maklumat terperinci tentang salah tanggapan teknikal berkaitan dengan komputer, sila lawati laman web ComputerWorld Australia.

maklumat5

Tidak perlu defrag USB drive.


Hard drive mempunyai ˜read arm˜ yang sentiasa bergerak dari satu bahagian ke satu bahagian lain pada hard drive bagi mencapai fail-fail yang berselerak ( defragmented ). Oleh sebab itu, adalah suatu langkah yang baik sekiranya anda defrag hard drive anda sekerap mungkin.

Macam mana pula dengan USB drive anda? Leo Notenboom mencadangkan anda agar JANGAN defrag USB drive anda memandangkan USB drive tidak mempunyai bahagian yang bergerak sepertimana hard drive. Bahkan menurut Notenboom, tindakan defrag USB drive mungkin memburukkan lagi keadaannya.

Untuk keterangan lebih lanjut sila layari laman Ask Leo.

maklumat6




maklumat6

Cara membuang perisian yang ˜degil.


Anda memasang perisian tertentu dan ingin membuangnya daripada komputer anda. Kebanyakan daripada kita lazimnya akan menggunakan Add/Remove Programs yang terdapat dalam Control Panel. Ini adalah langkah yang terbaik untuk tujuan itu.

Bagaimana pula jika kaedah lazim seperti di atas tidak berjaya membuang perisian yang telah anda pasang?

Ada beberapa alternatif kepada Add/Remove Programs yang boleh anda cuba, untuk membuang perisian yang ˜degil.


Antara perisian yang disenaraikan oleh OnSoftware ialah seperti berikut:

1. MyUninstaller
2. Revo Uninstaller
3. Add/Remove Manager

Terdapat 7 lagi perisian yang disenaraikan oleh OnSoftware. Anda boleh melihat sendiri perisian yang tersenarai serta memuatturunnya di OnSoftware

Revo Uninstaller bukan sahaja membuang kesemua fail bagi perisian yang anda pasang, bahkan ia juga membuang rujukan dalam Registry Windows anda juga!

Satu lagi perisian percuma yang boleh anda gunakan ialah Glary Utilities.

maklumat8

Perisian Alternatif & Percuma!


1. IE - Firefox
2. Microsoft Office - OpenOffice
3. Mactopia ( untuk Mac ) - NeoOffice
4. MathWORKS Mathlab - Scilab
5. Microsoft Access - Kexi
6. Microsoft Project - Open Workbench
7. Mindjet - Freemind
8. Adobe Illustrator - Inkscape
9. Adobe Photoshop - GIMP
10. Adobe Premiere - Avidemux
11. AutoCAD - Archimedes
12. Microsoft Paint - Tux Paint
13. Adobe Dreamweaver - NVU
14. Macromedia Flash Pro - Laszlo
15. Microsoft FrontPage - Bluefish
16. Microsoft Publisher - Scribus
17. MSN Messenger - aMSN
18. Microsoft Outlook - Thunderbird
19. iTunes - Songbird
20. Nero Burning Rom - K3B
21. Quicktime - Darwin Streaming Server
22. Windows Media Player - Miro
23. CuteFTP - Filezilla
24. iBackup - ZManda
25. WinZip - 7-zip
26. Microsoft Money ( Plus ) - TurboCash
maklumat9


Cara untuk hentikan IE


Tip ini disiarkan dalam MyDigitalLife. Caranya ialah pergi ke Control Panel-Add Remove Program dan pilih butang Set Program Access And Defaults.

Pada bahagian Choose a Default Web Browser, buang tanda dalam kotak di depan Internet Explorer. Itu sahaja.

Ada satu lagi kaedah yang diketengahkan di MyDigitalLife. Sila lawati laman MyDigitalLife untuk maklumat lanjut.

maklumat10

Jadikan XP anda lebih stabil?




Xtra Windows Stability mendakwa dapat menjadikan Windows XP anda lebih stabil dengan mengasingkan proses subsistem Windows seperti Explorer, Desktop dan sebagainya sebagai proses yang berasingan.

Untuk maklumat lanjut dan juga rantaian untuk muatturun, sila lawati DownloadSquad atau di eXessive Software Edited by antivirus

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...