Jump to content
Sign in to follow this  
HiTmAn92

Pengkid ?

Recommended Posts

Keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan sebuah fatwa bahawa perlakuan 'pengkid' adalah haram, nampaknya telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat, khususnya oleh golongan 'pengkid' itu sendiri. Malah, terdapat sekelompok masyarakat yang secara terang dan berani telah mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut. Lebih menyedihkan, sikap yang ditunjukkan dan kenyataan yang dikeluarkan memperlihatkan seolah-olah mereka memperlekeh dan menghina fatwa tersebut.

Apa yang menghairankan adalah ada di kalangan kelompok yang membantah fatwa tersebut merupakan mereka yang bukan beragama Islam. Saya ingin menyatakan persetujuan dan sokongan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz, yang menyatakan bahawa keputusan fatwa hanya tertakluk kepada umat Islam. Justeru, dalam hal ini, umat bukan Islam tidak ada hak untuk mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan fatwa tersebut. Apatah lagi apabila pertikaian tersebut hanyalah dilandaskan kepada emosi dan pandangan peribadi semata-mata.

Masyarakat di negara ini, khususnya umat Islam, harus memahami bahawa tugas dan tanggungjawab Majlis Fatwa Kebangsaan adalah sangat penting kerana mereka bertanggungjawab untuk mengeluarkan hukum. Dalam Islam, soal hukum memainkan peranan penting kerana itu menjadi 'peraturan' dalam kita menjalani kehidupan berasaskan satu sistem nilai yang teratur dan sempurna. Saya kecewa dengan sikap beberapa pihak yang seolah-olah marah apabila ada peraturan-peraturan yang dikeluarkan untuk memandu kehidupan masyarakat. Apakah peraturan itu sesuatu yang tidak baik? Bukankah di mana-mana sahaja, di pelbagai peringkat, terdapat peraturan yang menjadikan kehidupan kita sebagai manusia lebih tersusun dan beradab?

Saya juga kurang bersetuju dengan istilah 'mengawal' (control) yang digunakan oleh sesetengah pihak yang menentang keputusan fatwa tersebut. Pada hemat dan pemahaman saya, keputusan fatwa tersebut (dan juga fatwa-fatwa sebelumnya, dan yang akan datang seterusnya) bukanlah bertujuan untuk 'mengawal' dalam konteks kawalan seperti robot dikawal oleh manusia, tetapi bertujuan untuk memandu umat Islam agar patuh kepada sistem nilai yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Hal ini tidak harus dilihat sebagai 'mengongkong kebebasan', kerana sebenarnya mereka yang bersikap dan berakhlak dengan akhlak yang tidak betul itulah yang terkongkong dalam dunia yang mereka cipta sendiri. Kebebasan tidak membawa maksud bebas untuk berperilaku sesuka hati mengikut naluri dan kerakusan syahwat, tanpa perlu mengikut undang-undang; sebaliknya, menurut Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, kebebasan bermaksud: “keadaan pemulihan serta penyaksian diri akan hakikat semulajadinya”. Justeru, fatwa, hukum, peraturan dan sebagainya bukanlah bertujuan mengongkong, tetapi sebaliknya untuk memandu manusia mengenali hakikat diri. Sudah tentu juga, untuk mengenali hakikat diri, manusia perlukan kepada panduan dan pedoman yang disediakan oleh agama kerana kemampuan akal manusia itu terbatas.

Justeru, umat Islam di negara ini perlu menghormati dan mematuhi fatwa yang dikeluarkan kerana tujuan fatwa tersebut adalah untuk mewujudkan kehidupan yang lebih baik, bukannya untuk mengongkong. Masyarakat yang lain pula, khusunya yang bukan beragama Islam yang menentang fatwa, perlu diingatkan agar jangan bertindak di luar batasan. Jangan cabar fatwa. Fatwa adalah khusus untuk umat Islam, justeru umat yang bukan beragama Islam tidak seharusnya campur tangan dan mempersoalkan hal-hal agama Islam, apatah lagi dalam keadaan mereka tidak memahami asas-asas dalam agama ini sendiri. Perlu difahamkan juga, bahawa proses untuk mengeluarkan sesuatu fatwa itu adalah satu proses yang cukup ilmiah dan sistematik (boleh rujuk dalam Portal e-Fatwa), yang berasaskan kepada sistem ilmu Islam yang begitu komprehensif dan teliti. Bukanlah fatwa itu dibuat berdasarkan kepada emosi dan sentimen semata-mata. Justeru, jika ada pun pertikaian dan persoalan yang ingin dikemukakan, biarlah hal itu dilakukan secara beradab dan melalui saluran-saluran yang betul.

Namun, dalam masa yang sama, umat Islam juga perlu mengambil sikap yang proaktif di dalam menangani masalah 'pengkid'. Sokongan, dorongan dan bimbingan haruslah diberikan kepada golongan tersebut agar proses untuk berubah itu dapat berlangsung dengan baik. Adalah tidak wajar bagi umat Islam, khususnya ahli keluarga golongan 'pengkid' itu sendiri, untuk menyisihkan, menghina dan mengutuk mereka, tambah-tambah lagi apabila mereka sudah punya kesediaan untuk berubah. Sudah banyak kali berlaku dalam masyarakat kita, mereka yang punya masalah akhlak apabila sudah mula untuk berubah, kembali kepada cara dan perilaku lama dek kerana cercaan dan hinaan masyarakat sekeliling. Contohilah akhlak agung Rasulullah s.a.w., serta pendekatan-pendekatan yang diambil oleh para ulama' terdahulu, khususnya ulama' nusantara, dalam melakukan dakwah dan menyempurnakan kemuliaan akhlak.

Selain daripada itu, perhatian juga harus diberikan kepada kelompok-kelompok lain yang harus dibimbing dalam masyarakat kita. Antaranya, kelompok 'lelaki yang menyerupai wanita' (pondan), kerana mereka juga bersalah sepertimana salahnya golongan 'pengkid'. Malah, perlakuan 'pondan' yang sudah pun wujud dalam institusi-institusi pengajian tinggi harus dipandang serius dan diambil tindakan yang sewajarnya. Saya juga bersetuju dengan pandangan seorang pembaca dalam Laman Web Forum TV3 bahawa di samping masalah 'lelaki suka lelaki' dan 'perempuan suka perempuan' (homoseksual), masalah lelaki dan wanita bukan muhrim yang sering keluar bersama dan berperlakuan tidak wajar juga perlu diberikan perhatian yang serius dan dibendung.

Semestinya, dalam membincangkan permasalahan dalam masyarakat seperti ini, kita perlu kembali menilai sistem pendidikan kita kerana akar permasalahannya adalah di situ. Kita perlu kembali meletakkan pendidikan agama dan nilai sebagai asas terpenting dalam membina generasi muda berkualiti, seterusnya melahirkan modal insan kelas pertama yang akan dapat menyumbang ke arah mewujudkan masyarakat dan negara yang maju dan bertamadun.


ABDUL MUNTAQIM BIN ZULKIPLI
Timbalan Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

DARI ILUVISLAM.COM

APE PANDANGAN KORANG??
nape y bukn islam y protes ngan FATWA NI??
nak lawan pelembagaan ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites
pengkid tu kalo tak silap gurl yang nak jadi laki?

bagi aku lar...da elok2 korang tu gurl..yang gatal2 nak jadi laki watpe?

tak bersyukur ke dengan ape yang ade?

ingat2 cket ler asal usul korang...

sampe time nanti..korang pakai pad gak..hahaha

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Fen-D @ Nov 20 2008, 10:35 PM) <{POST_SNAPBACK}>
pengkid tu kalo tak silap gurl yang nak jadi laki?

bagi aku lar...da elok2 korang tu gurl..yang gatal2 nak jadi laki watpe?

tak bersyukur ke dengan ape yang ade?

ingat2 cket ler asal usul korang...

sampe time nanti..korang pakai pad gak..hahaha

nak kencing masuk toilet perempuan gak
keke

Share this post


Link to post
Share on other sites
pengkid

keje nak jadi pak guard (hahahaaha),poyo dan bongkak.

nak jer rembat....(korang buat jer aksi2 tertentu mesti ade reaksi).haahahaaaah

nape pon dah pompuan

adoiiiii nabi x mengaku umat

Share this post


Link to post
Share on other sites
huish jhtnye ayat... tp mmg reality nye mcm tu.. tp aku heran.. apsal kuar fatwa utk pengkid je? knp tak kuarkan fakta kat maknyah2 skali? kat opis aku ramai mak nyah keje kat call center.. pastu bile diorg msuk toilet ladies rase cm nk halau je diorg masuk la gents punye... tp diorg betul2 ladylike.

tulis besar2.... maknyah.. gay, homo, crossdresser... pengkid dn semua yyg berkaumkan Sodom dn Gomorrah adalah haram.... kan senang. takyah la pinpoint 1 je kan?

Share this post


Link to post
Share on other sites
hahahahha... aku setuju...
jenis2 gay ngan homo ni pun patut kene skali... geli lak aku...

[off topic]
ade ke patut aku tgh lepak kt telok kemang, lpas ade jantan mane snyum2 kt aku...
berdiri bulu tengkok aku, igt nk release tensen..
tmbh tenensen+rasa terancam ade la...

baru la aku tau mcm mne prasan awek2 yg takut kene kacau ngan aku time skolah dulu..
heheheh.. ngeri siot, jmpe antu pun tk takut mcm ni...

[on topic balik..]
tapi... persoalan nye skrg...
ade kah, apabila kluar jer fatwa mcm ni..
bnde2 mcm ni leh di jbendung??
or...
kluar jer fatwa.. lpas tu no action???


peace




QUOTE(teri-chan @ Nov 21 2008, 06:10 PM) <{POST_SNAPBACK}>
huish jhtnye ayat... tp mmg reality nye mcm tu.. tp aku heran.. apsal kuar fatwa utk pengkid je? knp tak kuarkan fakta kat maknyah2 skali? kat opis aku ramai mak nyah keje kat call center.. pastu bile diorg msuk toilet ladies rase cm nk halau je diorg masuk la gents punye... tp diorg betul2 ladylike.

tulis besar2.... maknyah.. gay, homo, crossdresser... pengkid dn semua yyg berkaumkan Sodom dn Gomorrah adalah haram.... kan senang. takyah la pinpoint 1 je kan?
Edited by boo_lat.zone

Share this post


Link to post
Share on other sites
biasalah... fatwa je lebih... ape pun takde... lgpun aku rase benda2 ni tak perlu fatwa.. jelas ngn nyata dlm al-Quran mcm mane kaum Sodom ngn Gomorrah diseksa... even omputeh pun kaji ttg kebenaran kisah ini...

tepuk dada tanya selera.... tapi aku tabik sape2 yg terasa die lembut... tp tak ikut napsu... sb kat opis aku ni ader gk yg lembik2 tp solat 5 waktu tak tinggal.. at list 2 waktu (zohor ngn asar) heehehe

Share this post


Link to post
Share on other sites
time aku study dulu...
kat dorm ade lelaki lembut, hehheh...
tp yg best nye, utk tidak d pndang rendah oleh org lain...
die pun join club ragbi, dan akhir nye..
die telah mnjd pemain ragbi dgn jaya nye...
hehehehhe...

kt opis pun aku ade gak, kira mcm bos la...
lembut jer, jln trkedek2...
bile dok dkat ngan die jer, rse mcm tk selesa..
heheh.. paham2 la..

tapi bile main futsal, nak trseliuh tgn aku bile die sepak bola..
siot btul...

so moral of the story...

dont judge the book by is cover....

peace


QUOTE(teri-chan @ Nov 21 2008, 06:28 PM) <{POST_SNAPBACK}>
biasalah... fatwa je lebih... ape pun takde... lgpun aku rase benda2 ni tak perlu fatwa.. jelas ngn nyata dlm al-Quran mcm mane kaum Sodom ngn Gomorrah diseksa... even omputeh pun kaji ttg kebenaran kisah ini...

tepuk dada tanya selera.... tapi aku tabik sape2 yg terasa die lembut... tp tak ikut napsu... sb kat opis aku ni ader gk yg lembik2 tp solat 5 waktu tak tinggal.. at list 2 waktu (zohor ngn asar) heehehe
Edited by boo_lat.zone

Share this post


Link to post
Share on other sites
does any1 rad paper yesterday? smlm SII pun persoalankan y pengkid only.. knp tak luaskan kaum gay?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tandanya korang stand by la bila khamis malam jumaat dan senang cite hari jumaat.

Ramai orang tak kisah sangat dengan hari jumaat,bangun pagi tengok2 matahari dah tinggi galah.Bayngkan bangun pagi pukul 11 dan masa tu matahari terbit sebelah barat.Sempat ke?

Golongan sebegini (pengkid) sepatutnya ditangkap dan diberi pendedahan yang secukupnya mengenai islam.Rata2 aku tgk dieorang kurang agama dan kurang perhatian keluarga.

Dan 1 berita yang aku dapat dari bos aku ( doktor ),skang ni penagih2 dadah yang nak KO kat area KL dll telah dikutip oleh gereja.Ini betul...bos aku yang handle kes ni dan paling menyedihkan,ustazah yang spatutnya MERAWAT penagih tu,tak nak dan tak terima UMATNYA sendiri.

Mungkin ni petanda... Edited by ogGY

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...