Jump to content
Sign in to follow this  
cenekang

Hati Hati Dengan Website Ini

Recommended Posts

Report kat MCMC. Yang aku concern sebab penggunaan perkataan Allah kat dalam tu, sebab baru-baru ni pun kat mahkamah benda ni dah timbul, dan tak silap aku diorang tak boleh guna untuk tujuan penyiaran dan sebagainya. Lebih-lebih lagi website tu berbahasa Melayu, bahasa Melayu standard Malaysia pulak tu, bukan Indonesia ke apa.

Share this post

Link to post
Share on other sites
Binggo!!!!!!!!!!!!

Dah jumpa..
Ni dia sapa yg jadi hostingnya..sapa host

Iversant ni ditubuhkan oleh Paul Payne pada tahun 2004..baca kat bawah ni..sapa beliau dan apa dia buat..

About iVersant

iVersant was formed by Paul Payne in 2004, focused primarily on Internet services, development and strategy. iVersant works internationally within numerous industries with a heavy focus on large non-profit organizations. iVersant clientele include Campus Crusade for Christ International, Louisiana State University and the Dentsu Group.
About Paul Payne

Prior to founding iVersant, Paul worked for Campus Crusade for Christ International, a non-profit Christian missions organization with more than 27,000 staff and 225,000 trained volunteers in over 190 countries. Paul helped found and served as the Director of Technology for the Innovation Center for Technology, a department at Campus Crusade's World Headquarters in Orlando, Florida focused on leveraging emerging technologies in conjunction with Campus Crusade's mission. Paul also served as the Interim Director/CEO of the ICT during transition to new directorship in 2004.

apa itu Campus Crusade for Christ International
click sini

Hmm..sebar-sebarkan..

Share this post

Link to post
Share on other sites
tak ada apa yang perlu ditakut kalau orang islam khususnya orang Malaysia sendiri faham dengan islam itu sendiri. perkataan Allah itu pun pada saya tak menjadi kesalahan. indonesian, arabic juga menggunakan perkataan Allah.

itu menunjukan Allah is supreme, there is no other God but Allah.

period.

Share this post

Link to post
Share on other sites
tengok lam web rknsis dot kong tu, aku bukak bab artikel 'Siapakah Tuhan' - memang lawak indon kristian punya bahasa. kalo ada yang terpengaruh? memang tolol punya kepala otak. jahil lok lak

Share this post

Link to post
Share on other sites
Laman web tu khas bdk2 kristian tu..
Sbg org Islam, perteguhkan iman sblm membacanye nescaya tak akan terpengaruh pnya

Aku penah try baca ktab Injil dlm Bhsa Malaysia member aku pnya tp xbykla, baca skit2 ja, jln ceritanya xkuat..bkbykn straight forward to certain isu

Berbanding dengan Alquran, stiap ayat mempunyai unsur Balaqah [bahasa yg indah] yakni bhsa yg bleh menjelaskn byk perkara

Org arab pun xleh nk wat ayt secntik itu..

Apa2pun kita sbg umat islam, marilah kita kuatkan iman kita utk menghalang anasir2 luar yg cb nk ggu gugat org Melayu yg beragama Islam di negara ini khususnya..

Sila beri tunjuk ajar skiranya ayt aku slh atau membuatkn korg slh phm..

Share this post

Link to post
Share on other sites
Biar aku jelaskan sket tentang penggunaan perkataan 'Allah' terutama untuk mereka yang bukan Muslim. Kalau kita merujuk kepada kes mahkamah yang melibatkan penggunaan perkataan tersebut beberapa bulan lepas, rasanya kena faham betul-betul tujuan tidak membenarkan menggunakan perkataan tu di Malaysia. Maksud terperinci dari segi larangan tu adalah lebih kepada penggunaannya dalam bentuk umum, contohnya dari segi penerbitan risalah, media dan sebagainya. Salah satu rasionalnya adalah untuk mengelakkan kekeliruan terutama di kalangan penganut Islam, sebab apabila dalam bentuk media ia boleh terlepas dan disalahtafsir oleh pembaca. Kekangan tersebut bukan bertujuan untuk menindas atau menganggap istilah tersebut sebagai 'privilege' khas untuk Islam sahaja. Bab maksud perkataan tu sendiri aku rasa tak perlu sentuh kat sini, that's not the point of the issue. Cuma aku rasa perlu jelaskan perkara ni sebab aku pernah terdengar salah satu isu yang dibangkitkan oleh seorang bukan Muslim, persoalannya sekiranya dia menggunakan perkataan itu ketika berbicara dengan rakan seagamanya adakah dia dan rakannya boleh didakwa. Jawapannya sudah tentu tidak, kalau di antara kalangan mereka sendiri terpulanglah dari segi penggunaannya, seperti di gereja, majlis tertutup dan sebagainya. Isunya hanya dari segi bentuk media yang umum yang boleh tersebar ke pihak umum.

Kalau menyentuh kepada laman web tu secara spesifik, selain daripada perkataan Allah, lagi satu perkara yang menjadi persoalan adalah penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa Melayu standard. Kalau benar laman web tersebut hanya untuk penganut Kristian maka apa rasionalnya laman web tersebut menggunakan bahasa Melayu? Sedangkan dalam perlembagaan Malaysia sendiri, orang Melayu adalah penganut Islam. Di sini dah nampak percanggahan dari segi perundangan. Sekiranya laman tersebut ditujukan khas untuk bukan Melayu/Islam, maka secara logiknya patutlah dibuat dalam bahasa Inggeris, Mandarin atau Tamil. Itu dari segi bahasa.

Dari segi tajuk utama web tu sendiri. Tajuk "Rakan Siswa" adalah terlalu umum dan boleh membawa maksud yang besar. Adakah ia laman untuk mengulangkaji pelajaran? Untuk pelajar? Untuk golongan yang sedang mencari ilmu? Penggunaan tajuk yang terlalu umum lebih menunjukkan maksud yang tersembunyi atau ketidaktelusan. Perkara ini yang boleh mendatangkan kebimbangan.

Apa yang aku cuba bawak ni bukan bertujuan untuk menentang atau memburukkan agama lain, cuma aku lebih suka kalau interaksi antara agama dapat dilakukan dengan cara yang berhemah dan bertamadun.

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(Sir Pyan @ Oct 25 2008, 05:11 AM) <{POST_SNAPBACK}>

betul..aku sgt stuju dgn pndpt ko ni..
webnye seolah2 cb nk berdakwah d sblik tjuk yg very2 general.. seolah2 cb nk kelirukan org di rantau ni yg menggunakn bhs melayu std

Share this post

Link to post
Share on other sites
saya tak faham apa yang keliru kalau membaca something macam web itu. pertama kali saya membaca itu, saya sudah tau itu bukan Islamic but christianity. apa yang u all takut sangat?

apakah Islam itu hanya untuk Melayu? banyak orang bercakap, Islam di Malaysia adalah Melayu. semua mau ikut Melayu. kenapa dalam christianity reading materials banyak dihasilkan
dalam banyak bahasa when Islam disini hanya menggunakan bahasa Melayu. kalau ada pun not entirely.

saya bukan against u all, tapi dengan cara u all bercakap disini menunjukan Melayu disini sangat bodoh tak boleh bezakan antara agama kalau hanya perkataan Allah digunakan. dinegara lain, adakah kita mendengar perkara macam ini berlaku? lagi banyak orang memeluk Islam lagi ada. kenapa tidak mereka gunakan juga perkataan "Isa" instead of "Yesus, Jesus or Christ" or "Yahaya" instead of "Yahones & John". sounds lagi Melayu rite?

Share this post

Link to post
Share on other sites
hehe chloe , tapi kitorang kat sini bincang website tu bukan hentam kristian .Pasal website tu boleh mengelirukan orang dengan nama dan penggunaan bahasa melayu . Kenapa pembuat website tu tak pakai "sounds lagi melayu" you asked? because kalau nak sesatkan orang , jangan la nak sesatkan terus dengan tukarkan semua jadi benda yang orang melayu islam paham, kelirukan perlahan2 . Kalau semua tukar bahasa yang difahami melayu islam , nampak sangat la agenda nak menyesatkan umat islam rantau ni tak ? wink.gif

Aku rasa mesej telah pun disampaikan , elok dilock topik ni , dan sesape yang nak ehemhekehem . Sila2 biggrin.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites
mr clown,

bagi aku, web tuh mengarang cerita sesat khas untuk orang melayu beragama Islam baca. Kamu tau ka kenapa dalam Islam ada kata, "MASUK LAH KAMU KE DALAM ISLAM, PASTI KAMU AKAN SELAMAT" Tunggu dan lihat, pasti pada satu masa akan datang, kamu akan menemui jawapan yang TOTAL! kalo kamu dipanjangkan umur pada masa itu. Sebarang manusia yang tak terhingin kepada Islam sebenarnya dia sedang BERLAWAK MAUT! BAJA DUNIA!!!

Share this post

Link to post
Share on other sites
aku ada baca skit web rakansiswa tuh... sbnarnya makin banyk aku baca.. makin banyak aku nak tanya.. biggrin.gif
kdg2 kelakar pn ada.. kenapa dia dewa2 kan yesus.. sedangkan dia pn slalu sebut tuhan .. bapa tuhan laa..
kenapa dia x seimbang dlm mendewa2 kan tuhan dan yesus.. kalu dia kata tuhan mcm menjelmakan diri menjadi yesus .. kenapa menjelma skejap je .. kenapa x kekal bimbing org sampai ke ari nie..? lepas tuh ble plak dia kata yesus tuh anak tuhan.. dan yesus plak kata dia tuhan dan dia adalah satu.. x konsisten lansung... kalu ble tanya.. nak je tanya penulis. siapa yg dia percaya..? tuhan ke yesus sbenarnya..? kalu dia percaya tuhan.. kenapa mendewa2kan yesus.. kalu dia percayakan yesus.. kenapa dia asyik dok skit yesus.. skit2 yesus.. mana pergi tuhan yg dia kata mencipta alam smesta.. kenapa msti mendewa2kan supervisor dr director.. .. sedangkan director laa yg setup company.. lepas tuh pandai2 je supervisor kata sesape yg percaya dia director.. dia akan naikkan gaji.. tntu semua operator kata supervisor tuh gila.. smile.gif

aku rasa org yg berakal pn x paham apa yg dia tulis.. kejap kata tuhan agung laa.. pas tuh plak kata tuhan dan yesus tuh adalah satu.. lepas tuh anak tuhan la.. dah nama pn tuhan.. tntulaa dia pencipta alam.. kenapa nk dewa2kan yesus yang memiliki kebolehan ( mukjizat ) tp masing2 dah lupa pada pencipta alam..

Share this post

Link to post
Share on other sites
Perlu aku ingatkan kat sini untuk keharmonian semua, kalau boleh mintak tolong hadkan isi perbincangan hanya kepada laman web tersebut. Untuk menerangkan dan mendapat penjelasan yang tepat maka lebih elok kalau kita kecilkan skop, tak perlu membincangkan tentang perincian berkaitan agama, pertikaian dan sebagainya, itu boleh buat dalam topik lain dalam keadaan yang lebih baik.

QUOTE(ChloeAgnew @ Oct 25 2008, 11:45 AM) <{POST_SNAPBACK}>
saya tak faham apa yang keliru kalau membaca something macam web itu. pertama kali saya membaca itu, saya sudah tau itu bukan Islamic but christianity. apa yang u all takut sangat?

apakah Islam itu hanya untuk Melayu? banyak orang bercakap, Islam di Malaysia adalah Melayu. semua mau ikut Melayu. kenapa dalam christianity reading materials banyak dihasilkan
dalam banyak bahasa when Islam disini hanya menggunakan bahasa Melayu. kalau ada pun not entirely.

saya bukan against u all, tapi dengan cara u all bercakap disini menunjukan Melayu disini sangat bodoh tak boleh bezakan antara agama kalau hanya perkataan Allah digunakan. dinegara lain, adakah kita mendengar perkara macam ini berlaku? lagi banyak orang memeluk Islam lagi ada. kenapa tidak mereka gunakan juga perkataan "Isa" instead of "Yesus, Jesus or Christ" or "Yahaya" instead of "Yahones & John". sounds lagi Melayu rite?

Saya cuba jelaskan. Seperti anda juga, saya pun pertama kali tengok website tu sudah tau ia berkaitan Christianity dan bukan Islam. Tapi mungkin sebab saya mempunyai pengetahuan dan mampu untuk menilai. Yang saya risaukan adalah anak-anak orang kampung beragama Islam yang mungkin dalam belasan tahun dan tidak mempunyai pengetahuan dan kesedaran mendalam, mungkin orang seperti mereka yang tidak tahu menilai contohnya, boleh menjadi terkeliru, lebih-lebih lagi penggunaan perkataan Allah dalam web tu, serta tajuk website yang seolah-olah laman web untuk pelajar dan siswazah. Macam yang sudah saya bagitau, knowledgeable people tahu perkataan tu bukan eksklusif, tapi bagaimana pula dengan yang tak mempunyai pengetahuan tinggi?

Tentang penggunaan bahasa pula, I think you misunderstood. Islam bukan hanya untuk Melayu. Kalau diikutkan perlembagaan di Malaysia, orang Melayu adalah beragama Islam. Tapi ia tak sebut Islam untuk Melayu. Kalau Islam hanya untuk Melayu, bagaimana pula dengan bangsa-bangsa lain di dunia yang menganut Islam? Adakah mereka Melayu? Sudah tentu tidak. Ini yang perlu diperjelaskan. Di Malaysia, Melayu adalah Islam, tetapi Islam tak semestinya Melayu. Saya harap anda faham.

Sebab tu apa yang saya cuba sampaikan di sini bukan untuk mengeruhkan keadaan. Tapi saya cuba kaitkan dengan situasi dalam negara sendiri. Saya beri satu contoh. Katakanlah anda seorang Cina dan saya menulis surat kepada anda dalam bahasa Tamil, dan katakanlah anda tidak tahu bahasa Tamil. Umumnya adakah mungkin surat itu ditujukan kepada anda ataupun terdapat kesilapan pos dalam penghantaran? Kemungkinan besar surat itu sebenarnya tak ditujukan kepada anda tapi untuk kawan lain berbangsa India, dari segi bahasa pun kita boleh membuat andaian. Lagi satu contoh, suratkhabar seperti Sin Chew Jit Poh dan Tamil Nesan juga ditulis dalam bahasa mereka memandangkan tujuan utamanya adalah untuk golongan yang khusus kepada bahasa tersebut, kebanyakan orang Melayu mungkin tidak membaca surat khabar tersebut kerana mereka tak faham.

Kalau dikaitkan dengan bahasa Melayu yang digunakan oleh laman web tersebut, kita boleh membuat perkaitan dengan contoh yang telah saya bagi. Contoh lain, seperti juga ketika membuat public speaking, sekiranya saya menggunakan bahasa Melayu, sudah tentu ucapan saya ditujukan untuk samada semua orang di Malaysia atau orang Melayu, tetapi jika saya menggunakan bahasa Tamil, maka sudah tentu saya tujukan kepada mereka yang faham Tamil khususnya orang India. Jika laman web tersebut menggunakan bahasa Melayu, maka sudah tentu ia ditujukan secara umum kepada rakyat Malaysia dan juga orang Melayu, sebab mereka ni faham bahasa tersebut. Itu yang menjadi isunya di sini. Hope you understand.

Share this post

Link to post
Share on other sites
bagi kite senang kata x terikut
tapi sapa penah tengok video debat ustaz murtad dengan paderi yang telah memeluk islam
cuba bayang kan...
kalau anak umurnye 12 tahun baca laman web tu...
parah tak? dah la dia kurang paham pastu amik sapu je
cam ne?
jgn amik mudah setiap pekara

Share this post

Link to post
Share on other sites
Chloe, u sebenarnya kene fahamkan tujuan laman web itu dicipta.

The first thing, laman web itu memang christianity.
- Ia di buat dengan bahasa melayu
- Ia menggunakan "pendekatan" islamic untuk
- Mengelirukan orang2 melayu yang beragama islam kerana
- Islam tak semertinya melayu, tapi majoriti adalah melayu
- Dari content dalam laman itu, dapat dilihat beberapa perkara yang looking as islamic, tetapi diselewengkan
- Malays tak semua akan terpengaruh, tak semua bodoh cam u cakap!..tapi tetap ada golongan yang lemah dikalangan Malays, dan itu yang kami bimbangkan.
- Target mereka hanya diperngkat nusantara,.sasaran penduduk yang menggunakan bahasa melayu,..and u as muslim girl pun gunakan bahasa melayu..ok you aren't, but most saudara2 baru di malaysia ni di ajar dan dibimbing oleh bahasa melayu..which it teach by malays or non malays.

And, tolong jangan ambil mudah... sama2 kita jaga agama kita ni.

Share this post

Link to post
Share on other sites
good, u knew its christianity. so y fear those?

saya bukan kata melayu itu bodoh. saya kata, dengan bercakap macam some golongan faham, some tak faham bukankah u sendiri yang merendahkah standard orang melayu? im not prejudice nor racist. till now saya susah mau faham y kalau ada religious material yang lain dari bahasa melayu u all akan ingat "mereka" mau bagi "melayu" sesat. i urge u pergi bercampul-gaul dengan orang yang bukan melayu (tidak kisah kalau muslim or non).

ive seen many materials dalam bahasa melayu yang bukan islamic, but yet i remain calm. yes its true, agama memang tak boleh dibuat main-main, im so much aware of those. saya pun disagree with the idea of melayu saja mesti islam. itu tak tepat, memang ada kebenaran tapi tak tepat.

kita di Malaysia & bahasa melayu adalah bahasa rasmi. tapi pernahkah u terfikir orang di sabah & sarawak mereka juga menggunakan bahasa melayu selain dari bahasa mereka sendiri. dengan menyuruh agama lain menggunakan bahasa masing-masing secara tidak langsung tak promote bahasa rasmi, ie, bahasa melayu. so kalau indian, chinese tak tau cakap melayu, u all jangan salahkan mereka.

language is not a barrier, tapi kalau u all sendiri yang meletakan standard tersendiri dalam bangsa u sendiri, itu sudah dikira menjatuhkan bangsa sendiri. oklah, u cuba bagi itu website pada alim-ulamak, adakah mereka akan cakap itu islamic? surely NO! & u all juga cakap itu bukan islamic, so apa mau takut.

ok saya cerita sedikit lah my experience dulu, christians selalu bertanya "kenapa orang melayu terlalu takut dengan christianity kalau publish dalam bahasa melayu? adakah mereka takut pada kebenaran"? u c my point here? orang akan lagi curious to know kalau 1 benda itu diharamkan.

saya tak ingat tapi ada 1 thread disini yang bercakap pasal cara christian orthodox bersembahyang macam muslim. u c.... macam itupun mereka mau jadikan issue cakap yang sama cuba menyesatkan orang islam especially the malays here. c'mon... adakah kita tau & tengok sampai habis cara mereka sembahyang? kalau orang tanya balik, sembahyang 5 waktu itu adalah semasa datangnya Nabi Muhammad SAW, & christianity datang awal dari itu.. so siapa yang tiru siapa, u all mau jawab apa?

saya bukan suruh semua agama yang ada diMalaysia ini menggunkan bahasa melayu, just saya mau cakap... tak perlu takut kalau kita ini "wise enough to tell", tak kisah lah dibandar or dikampung & please saya tak cakap pun orang kampung itu tak pandai. jangan jatuhkan standard bangsa u sendiri ok. jangan kita menjadi sikit-sikit mau bagi sesat orang melayu, apa saya "mereka" buat, mau bagi sesat orang melayu, sampai fiction about holy water pun hanya melayu saja yang bercakap pasal benda yang too superstition. muslims yang lain tak ada pulak berasa takut pasal benda ini.

Terdapat juga Hadith-hadith Nabi Muhammad s.a.w, yang menyatakan "Tuntutlah Ilmu Walau ke negara China". the bottom line is, ilmu itu penting. kalau berilmu insyallah tak akan sesat dunia akhirat. thats my point here.

period.
Edited by ChloeAgnew

Share this post

Link to post
Share on other sites
kehkehkeh , time nak sesatkan orang islam malaysia baru nak terhegeh2 pakai bahasa melayu . Kira untuk promote bahasa melayu kepada orang/bangsa lain kita kena sebar kristian dalam bahasa melayu ? XD XD . Tentang website tu bertujuan untuk menarik orang islam malaysia sekaligus menyesatkan orang islam melayu tak dapat disangkal dah .

Sekarang ni bukan sembang mana benar mana tipu tapi website tu mengelirukan dan ditulis dalam bahasa melayu bertujuan untuk ??? (mengelirukan + bahasa melayu = apa?cuba teka ?) . Edited by hampeh

Share this post

Link to post
Share on other sites
minah ni..

chloe, aku sindir ko pun ko tak paham ke? bukan nak memperkecil u tapi aku nak u fikir ,.. bangsa ngan agama tu beza,..
ok camni, cuba fikir balik cam apa yang hampeh ringkaskan (mengelirukan + bahasa melayu = apa?cuba teka ?)

y u fear huh?.. menyampah aku ngan ayat orang tak fikir panjang ni, cam you now.. called muslimah.. apa perasaan u bila baca website tu.. ko tak bimbang,.. apa yang aku fear aku dah senaraikan kat previous post aku untuk bantu ko pahamkan apa yang tersirat.

Apa yang aku fear...
because aku tak mahu orang islam dikelirukan,..tak fear kata ko?...kalau terkeliru boleh sesat..tak cukup fear lagi..u nak fear lagi?
kalau dah sesat ,..akidah rosak...fear tak ngan akidah rosak, terlebih rosak pastu murtad ( most worsts ). Kalau managment site tu guna bahasa cina, tamil, english.. tu hanya menambahkan limit skop derang untuk misi penyesatan,.. thats y they all used BM, sebenarnya targeting!

ko tak nampak ke ..sangat tak nampak ke, that site christianity yang amat2 mirip pendekatan islamic, tak paha gak ko cari maksud ni "serampang dua mata", pasni aku tak ulang lagi.Ok, apa yang perlu ingat adalah setiap muslim berbeza tahap akidah, ni janji Allah S.W.T yang memuliakan hambanya berdasarkan ketinggian taqwa. Ada muslim yang lemah, yang pastinya laman web tu tetap ada agenda tersembunyi,..

Share this post

Link to post
Share on other sites
Sekali lagi aku ingatkan, mintak tolong limitkan perbincangan kepada isu berkaitan saja, kalau nak berhujah dengan lebih panjang lebar melibatkan perbandingan agama dan sebagainya, sila lakukan pada topik lain yang khas untuk tujuan tersebut. Tujuan utamanya adalah supaya kesimpulan dapat dicapai dengan lebih mudah dengan mengecilkan skop supaya tidak melarat-larat kepada benda-benda lain.

QUOTE(ChloeAgnew @ Oct 26 2008, 08:40 PM) <{POST_SNAPBACK}>
good, u knew its christianity. so y fear those?

Macam yang sudah aku bagitau, mereka yang tahu dan sedar, memang tak perlu takut. Tapi kita hidup ni jangan fikir diri sendiri saja. Sebagai seorang Muslim, kita sendiri perlu tau mungkin ada saudara-saudara kita di luar sana yang tidak mempunyai ilmu yang tinggi, ada yang tidak cukup pendedahan, ini yang kita takut, kita risau. Jangan pentingkan diri sendiri saja, I'm not referring this to any particular person, siapa makan cili, sendiri rasa pedas.

QUOTE(ChloeAgnew @ Oct 26 2008, 08:40 PM) <{POST_SNAPBACK}>
kita di Malaysia & bahasa melayu adalah bahasa rasmi. tapi pernahkah u terfikir orang di sabah & sarawak mereka juga menggunakan bahasa melayu selain dari bahasa mereka sendiri. dengan menyuruh agama lain menggunakan bahasa masing-masing secara tidak langsung tak promote bahasa rasmi, ie, bahasa melayu. so kalau indian, chinese tak tau cakap melayu, u all jangan salahkan mereka.

It's not about promoting language. It's about promoting a religion. If it is about promoting language, that's not a problem. But it is a problem when somebody manipulating languages to promote religion. It is a very old known but useful technique, been proven for ages. Berkenaan dengan Sabah Sarawak, aku rasa setiap bangsa lain pun ada bahasanya sendiri, so buatlah dalam bahasa tersebut. Susah nak translate? Hai, kata nak menyebarkan dakyah agama, takkan nak translate pun tak sanggup?

Lagi satu point yang aku boleh bagi yang website tu bukan ditujukan spesifik untuk satu golongan, baca dan kaji betul-betul. Kalau benar tujuan website tu untuk meningkatkan "ketaqwaan" hanya kepada golongan tertentu yang spesifik, kenapa perlu diletakkan "Muhammad" pada salah satu mukasurat tersebut? Ini yang mendatangkan kesangsian, secara tak langsung juga bertujuan untuk ditujukan kepada penganut Islam supaya sangsi akan agama yang dianuti. Buka laman "Tuhan itu Esa, Kenapa Tuhan Wujud, point no. 6.". Kenapa "Muhammad" perlu dilibatkan sekali? Nak lagi universal? Buddha, Confucius pun ada sekali. Dari situ kita boleh nampak tujuannya untuk menggoyahkan kepercayaan pada agama-agama berkenaan. It's not just about Malay, ia sudah melibatkan agama, Malay is not just the main issue.

QUOTE(black_hole @ Oct 26 2008, 10:18 PM)
hadis ' Tuntutlah Ilmu Walau ke negara China' merupakan hadis maudhu' atau hadis palsu.harapp maklum kepada yg belum mngtahui

Mintak tolong sertakan sumber dan hujah sokongan. Terima kasih.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...