Jump to content
Mrfazsly

Seorang Polis Traffik, Kawan Baiknya & Sehelai Surat Saman

Recommended Posts

Suatu Hari.......

Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau.

Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat.

Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama.

Kebetulan jalan di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning.

Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala.

Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja.

"Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.

Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti.

Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati.

Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.

Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu.

Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu"

"Aku baik je." Tanpa senyum.

"Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."

"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.

"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya.

Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu "

"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt kau langgar lampu merah di persimpangan ini."

Harun mesti ganti strategi.

"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah.

Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala."

Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke

dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal menulis sesuatu di buku catatannya.

Beberapa saat kemudian Jamal mengetuk kaca tingkap kereta harun.

Harun memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa.

Diturunkan tingkap sedikit saja.

"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.

Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas.

Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal.

Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah nota.

Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa?

Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal.

"Harun...

Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik.

Sayang, mereka sudah meninggal dunia.

Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini.

Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan.

Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi.

Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu.

Yang pergi tidak akan kembali lagi.

Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.

Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu.

Aku kecewa teramat sgt.

Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal

Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal.

Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.

Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain.

Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita.

Moral cerita ini:

Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

Edited by hairulfadly

Share this post


Link to post
Share on other sites

baru minggu lepas org kampung aku kemalangan. yg isteri meninggal kat tpt kejadian dan anaknya yg masih kecil meninggal selepas 3 hari koma. yg suami cuma cedera di kaki. yg melanggarnya adalah seorang pemandu yg takde lesen

Share this post


Link to post
Share on other sites

baru minggu lepas org kampung aku kemalangan. yg isteri meninggal kat tpt kejadian dan anaknya yg masih kecil meninggal selepas 3 hari koma. yg suami cuma cedera di kaki. yg melanggarnya adalah seorang pemandu yg takde lesen

dah nak dkt musim perayaan ni mcm2 eksiden berlaku...bila berlaku dpn mata ngeri nk tgk..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Spoiler :

Suatu Hari......

Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja.

"Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.

Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.

Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu"

"Aku baik je." Tanpa senyum.

"Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."

"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.

"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu "

"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt kau langgar lampu merah di persimpangan ini."

Harun mesti ganti strategi.

"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa.

Diturunkan tingkap sedikit saja.

"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.

Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas.

Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal.

Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa?

Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal.

--------------------------------------

"Harun...

Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia.

Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini.

Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi.

Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi.

Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.

Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu.

Aku kecewa teramat sgt.

Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal

Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.

Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain.

Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita.

Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

Edited by hairulfadly
Sila gunakan TAG SPOILER jika anda ingin merujuk kepada komen asal (YANG PANJANG) pemula topik. terima kasih.

Share this post


Link to post
Share on other sites

hari raya menjelang tiba,

setelah sebulan kita berjuang,

berhati-hati di jalan raya,

ingatla orang yg tersayang,

bawak persona bawa ketupat,

untuk santapan sewaktu sungkai,

bila memandu selalu la cermat,

bukan apa, takut nanti masuk bawah lori,

pergi ke pekan membeli kain,

kain dibeli dgn duit kakak,

bawak Myvi bukan main,

haa...awak tu ada lesen ka tidak?

pergi ke pekan membeli tembikai,

tembikai dibawa dengan basikal,

abang2 drebar bas tolong la kami,

kami semua nak balik beraya kg ni bukan kat hospital,

ramadan bulan mulia,

diisi dengan amalan soleh,

engko tu malas nak puasa,

tapi bila raya, ko pla yg lebih2,

hari-hari hari raya,

hari raya, hari-hari,

hari-hari, hari raya,

hari raya hari-hari?

terima kaseh daun keladi,

harap2 puasa tahun depan ada lagi...

sekian terima kaseh

Share this post


Link to post
Share on other sites

kenapa ye kat trafic light tak diletak bonggol. kalau letak bonggol automatik semua kenderaan akan perlahankan kenderaan. at least kalau nak langgar lampu merah pun sure dlm keadaan perlahan. huhu

Share this post


Link to post
Share on other sites

skarang ni waktu orang balik ke kampung,

so aku nak ingatkan korang jer,pandu lah

kenderaan tu ngan berhati-hati & mematuhi

peraturan jalan raya..biar lambat asalkan selamt..

SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI...

Share this post


Link to post
Share on other sites

fuhh,,,penuh erti citer ko nih,adei btl2 bahyer kan langgar traffic nih, aq selalu gak bila dah laju sgt,men terus jer biar merah.xkan nak break mati adeshhh....tp leps tuh aq fikir...kalu la lori tba2 kuar huhu adei x lame.....lps tuh aq insap,,nampak jer traffic light biar green aq ttp akn slow huhu,sbb tkt tiba2 dia kuning ....n merah .....berhati hati di jalan raya!

Share this post


Link to post
Share on other sites

huhu....TS ni mmg bg citer kaw2 punyer ahh...

ermm...aku nak off topic jap menyambung apa yg TS bagi ni...

tak berkaitan ngan kemalangan jalanraya tapi melibatkan kenderaan....

pg tadi aku baru balik dr kluang,johor jumpa ayah aku....

balik dr sana nak ke kuantan,aku amik jalan pekan....

sampai betul2 kat bandar pekan tu aku nak memerut sambil mak aku isi minyak....

nak dijadikan citer....lepas je aku abis memerut tu...

aku nampak ader sorang mamat ni baru nak isi minyak motor dier tapi tangan pegang rokok....

dier ingat dier otai kot....

tgh dier isi minyak sambil pegang rokok tu,api tetiba menyala....

mamat tu aku tgk rilek je...siap kibas2 je api yg meyala kat tangki motor dier tu ngan kain jer....

tetiba api naik menjulang tinggi....

org sume da suruh tolak motor tu jauh2 dari tempat tu(sebelah pam minyak je)....

dier tendang motor tu betul2 sebelah aku...

minyak dari motor tu nyaris nak kene kaki aku....

aku melompat lari jauh....kalo kene je minyak tu kat aku tadi....takder aku post kat sini ari ni....

abis motor mamat tu terbakar......

tak dapat nak g mana2 dan yg paling penting....

ni buat aku nak menjerit ni...

NAK ISAP ROKOK BUKAN KAT STESEN MINYAK B4NG4NG!!!!!!!!!

ader nyawa yg jadi taruhan bila kita langgar peraturan kat situ...

so...lepas aku tgk kejadian yg hampir meragut nyawa semua org kat situ termasuk aku skali....

aku nasihatkan korang agar betul2 amik perhatian kat stesyen minyak ni.....

kalo dier kata jangan pakai tepon bimbit tu...jangan ar pakai....

jangan isap rokok atau main api kat situ....

dan macam2 lagi yyg diorang tak bagi tu....takyah ar buat.....

adoi.....

bukan kemalangan jalanraya je yg boleh ragut nyawa org ngan senang...

org yg langgar peraturan ni pun boleh bunuh org lain jugak.....

hati2 k....

aku sampai kesian tgk mak aku terkejut beruk bila mende tu jadi td....

bodoh betul ar manusia tu.....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...