Jump to content
Shamil

Akta Isa .. Perlu Ke

Recommended Posts

ISA-crop.jpg

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad.

ISA digunakan secara konsiten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.

Kritikan :

Dalam negara

Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. Ramai diantara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR.

Namun Akta ini juga pernah dikritik oleh beberapa ahli politik gabungan Barisan Nasional, termasuk parti komponen terbesarnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang telah memerintah Malaysia semenjak kemerdekaannya juga telah mengritik ISA. Perdana Menteri Malaysia kelima, Abdullah Ahmad Badawi, telah menyatakan pada tahun 1988 "Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO, Dr Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) mesti diguling. Dia menggunakan undang-undang kejam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mendiamkan pengkritiknya." Tahun sebelumnnya, dia juga telah menyatakan "Undang-undang seperti ISA tidak punyai tempat di Malaysia moden. Ia merupakan perundangan tidak berperikemanusiaan dan jahat." Pada tahun 2003 apabila beliau menjadi Perdana Menteri pula, beliau mengatakan bahawa ISA adalah "undang-undang yang perlu," dan mengemukakan argumentasi "Kami tidak pernah menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kesemua mereka yang ditahan dibawahnya terbukti mengancam masyarakat secara umum."

Luar negara

Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan." Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta PATRIOT selepasnya.

Edited by Shamil

Share this post


Link to post
Share on other sites

ko dah baca ke artikel2 dia macam kutuk islam /anti-islam ? Mungkin ko suka dia bebas walaupun artikel camtu pasal dia pembangkang ?

Share this post


Link to post
Share on other sites

ko dah baca ke artikel2 dia macam kutuk islam /anti-islam ? Mungkin ko suka dia bebas walaupun artikel camtu pasal dia pembangkang ?

apa mna artikel nye?? kerejaan xsiarkan pon... aku pon bngang gak kalo dia hina islam... tapi knapa Tun Mahadir dulu hina islam xkene apa2 tindakan

Video Kekejaman ISA ( Channel Luar Negara )

Klik Sini untuk Melihat Video Tersebut

Share this post


Link to post
Share on other sites

Apsal nak siarkan artikel yang offensive banyak kali ? apa kata ko gi je website dia baca , ke ko tak pernah gi baca? ,jangan sokong je . Try baca tengok . Orang luar camne nak paham ISA tu apa , dia fikir asal kacau hak asasi je = jahat habis .

Aku rasa ko pun tau apsal mahathir tak kena tindakan kan ?senang je, pasal dia ada kuasa . :ph34r:

Edited by hampeh

Share this post


Link to post
Share on other sites

tindakan ISA perlu sebelum berlaku ape2 yg buruk

x kan nak jadi 13 mei ke-2

penat la org2 dulu yg bina negare nie

Share this post


Link to post
Share on other sites

apa mna artikel nye?? kerejaan xsiarkan pon... aku pon bngang gak kalo dia hina islam... tapi knapa Tun Mahadir dulu hina islam xkene apa2 tindakan

kan ke kat website tu ada siarkan artikel2 dia?

takkan taksub sangat sampai xreti nak nilai...

aku bukan pro mana2 pihak..

just menilai sendiri apa aku baca.

no offense

Share this post


Link to post
Share on other sites

tindakan ISA perlu sebelum berlaku ape2 yg buruk

x kan nak jadi 13 mei ke-2

penat la org2 dulu yg bina negare nie

Persoalannya kenapa reporter yg kena tangkap bukan orang yg mulut 'manis' sangat tu?

Share this post


Link to post
Share on other sites

tAPI PANDANGAN KONG AJAR KE X isa TU KAT mALAYSIA??? aKU XNAK PSAL RAJA PETRA TUH

Bagi pendapat aku, wajar, Tapi dijalankan/digunakan dengan tempat/keadaan/masa/sebab yang betul bukan disalah gunakan atau digunakan alat sebagai senjata sulit atau bahasa lainnya the last weapon untuk kegunaan ke atas orang yang tak bersalah melainkan diakui kesalahannya dengan bukti/sebab yang kukuh. Dan ia hendaklah dibawah kuasa Raja-Raja Melayu berpelembagaan so sapa sahaja buat salah tak kira dari parti mana... ia boleh ditahan dibawah Isa..... Haha masa nilah kita nak kuatkan balik institusi sistem beraja ia bukan dibawah naungan mana2 parti pemerintah tapi di bawah Agung dan hanya Agung yang dapat mengampunkan kesalahan.. Ini cuma pendapat aku aja.

hehehehe betul ker pendapat aku ni... :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Wajar tapi xkene tempat...diorang patut tgkp skali si Ahmad tu untuk membuktikan ketelusan...setakat ni bukan RPK je tp teresa kok ngan sorg lg wartawan pn dh kene...

So aku expect ramai yg x setuju....lg2 time nk 16 sept....pastu tambah badawi yg lemah...expect opposition in power very2 soon..

Salah siapa???....pemimpin2 kita yg lupa dan tak sedar diri...Allah bless malaysia

Share this post


Link to post
Share on other sites

Akta ISA wajar, cume ia dilihat seperti melanggar hak asasi manusia sebab tak de perbicaraan.. tu je ..

lagi satu tak yah la nak hirau pasal AS kritik Akta ISA ni.. AS pandai cakap je..

kalo nak dengar sangat cakap AS tu mohon la jadi warganegara AS.. ha boleh pulun puas-puas si Bush tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ala lagipun orang yang masuk ISA ni akan anggap ditangkap masuk ISA ni sebagai "cop"/"tanda" konon dorang ni berjuang untuk benda baik aka untuk rakyat . :lol:. Banyak sikit member2 baru orang hindraf kat kem tu nanti .

Share this post


Link to post
Share on other sites

cuba kite gune akal

kalau x da isa berapa ramai penjenayah tegar akan bebas

umpama anwar

ko tengok lah apa dah jadi kat bangsa kite?

tidak dinafikan isa pun ada keburukan.

ini ada lah kemudahan untuk orang yang TEGAR

SEMUA PERMAINAN POLITIK

Edited by semak

Share this post


Link to post
Share on other sites

ISA amat diperlukan...

klau x, bermaharajalela la org yg cam Teresa tuh...

plez tengok dr sudut keselamatan negara (Malaysia), org Melayu & Islam...

penat la org dulu2 berjuang... Tok Janggut, etc...

Share this post


Link to post
Share on other sites

x kan nak tunggu rusuhan kaum dulu baru ambik tindakan

pikirkan la utk negare yg tercinta ini

memusnahkan mmg sng,membina mmg payah

so pikir2kan dari segi keselamatan negare,

bukan dari pandangan sesetengah org politik yg kolot dan nak jadi hero konon pembela

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku mnntng pnggunaan ISA ni....

akta zalim....

akta tanpa bicra....

sekalipun dia orng brsalah.....dia ptt didkwa dan dbawa ke makamah...bkn ters smbt ke penjara...

dalam islam pun ada peraturan yg dittpkan bg menghkm ....

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak harus digunakan terhadap orang awam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim .

Share this post


Link to post
Share on other sites

bagi aku wajar... sebab org Malaysia nih banyak mentaliti kelas ke-3... buat atau cakap x pikir... abuse freedom of speech....

mana ada total freedom masa cakap beb... cam korang kecik2 cakap kotor... comferm mak bapak korang marah... mana ada free speech.

cam hindraf... senang2 jer cakap ... persecuted by government backed Islamic extremist violent armed terrorist who launched a pre dawn violent armed attack ... tapi x per ah... PAS support Hindraf... mls cakap lebey2...

cube korang buat bende nih kat US ker dsb... comferm kene PIANG!... cuma mungkin dlm undang2 diorang x tulis jer...

kita org Islam... boleh tolerate... tp org lain tak mo tolerate plak... haiissshh.... kewarganegaraan tuh satu bende menunjukkan org kita sangat baik hati... tgk kat palestin, apa sudah jadi?... aku rasa kalo x der hak2 Islam dan bumiputera... kita jadi gitu ah... tp lama kelamaan dah kene persoalkan plak... haisshhh.

Share this post


Link to post
Share on other sites

bunyi macam zalim kan?.. tapi aku bersyukur ada ISA.. sebab dengan adanya ISA, kerajaan tak kan ada alasan untuk assassinate musuh politik diorang hanya berdasarkan situasi semasa...

Kalau tak ada ISA, dah lama agaknya orang macam Raja Petra, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim tu di-assassinate-kan.. :rolleyes:

shamil.. artikel copy/paste tanpa sebarang link/sumber adalah amat tidak dihargai...

Edited by baok

Share this post


Link to post
Share on other sites

Janganlah anda semua dipergunakan kerajaan kita ini.

Adakah anda tahu siapa penyebab UTAMA peristiwa 13 Mei 1969?

ISA ini kalau digunakan secara adil, tiada orang yg akan bising, tapi kalau digunakan utk kepentingan parti politik masing2 atau individu, manakan siapa tak bising?

Mula2 block web MalaysiaToday tapi tak berjaya buat malu jer sbb bnyk mirror muncul pas tu. Pas tu tangkap Raja Petra pula, padahal mereka selalu tak benarkan press report perkara sebenar. Bila orang lain dedahkan maklumat sensitif...ahhh... diorang guna kuasa hebat ISA utk sumbat mulut diorang sbb takut rahsia bocor.

Yang pasal Teresa Kok, lagipun takda bukti lagi dia membuat petition utk menyekat azan kerana dianggap bising di kawasan perumahan. Kalau betul pun, adakah ini akan membahayakan keselamatan negara? Takkan rakyat kita begitu mudah kecil hati kan? Ini boleh diselesaikan melalui perbincangan, tak perlu lah nak tangkap2. Lagipun kan ada mahkamah?

Pasal Tan, reporter SinChew pula, ini dah terang2 tak adil dan menunjukkan penyalahgunaan ISA. Orang yg bersalah tak kena tahan, padahal org yg report kena tahan? Nasib baik dah dilepaskan... ini si Syed Hamid pula beri alasan nak jamin keselamatan Tan, ya la tu, mulut bercabang tu. Kalau nak tangkap, tangkap si Ahmad Ismail tu.

Oleh itu la... janganlah anda digunakan kerajaan, ini mereka nak provoke korang jer supaya benci sesama kaum. Entah berapa topeng mereka ni pakai.

Share this post


Link to post
Share on other sites

betul tu.. janganlah kita dipergunakan oleh kerajaan...

janganlah kita dipergunakan oleh DAP..

janganlah kita dipergunakan oleh PKR

janganlah kita dipergunakan oleh Hindraf..

janganlah kita dipergunakan oleh Anwar Ibrahim...

mari kita tentang ISA.. supaya kita boleh ada kebebasan bersuara untuk apa saja yang kita suka..

kita boleh kata kerajaan bodoh tanpa takut ISA..

kita boleh kata agama itu bodoh dan agama itu tolol tanpa takut ISA..

kita boleh sebarkan bible dalam bahasa Melayu secara meluas dan sewenang-wenangnya tanpa takut sekatan ISA..

yeeeaahhhh....

Mari kita sama-sama setuju dengan DAP mintak tolong perlahankan laungan azan.. buat sakit telinga jer kacau orang tido... (bukan Teresa Kwok la, tp ahli DAP mana yang mintak mende nih dalam Parlimen.. siap keluar kat TV1 lagi tuh..)

Mari kita gulingkan pak lah.. mari kita sempurnakan rancangan Anwar Ibrahim nak perintah Malaysia 16 september nih..

mari-mari, cinta saktey,,, bila lagi nak menjadeeyyy...

benarkah maklumat dari Raja Petra dan juga Balasundram itu?? Boleh percaya ker? Apa bukti diorang?? Boleh percaya ke dengan tulisan blog mereka?... Boleh ke percaya dengan MalaysiaKini tuh?? Boleh ke aku 100% percaya yang mereka tidak menipu???

Serupa jugak kes Anwar Ibrahim.. Boleh percaya ke Anwar Ibrahim meliwat orang?.. dengan sakit belakang die lagi..

Boleh percaya ke??

alamak.. baru aku sedar.. ada perisik dari Israel baru je daftar kat PUTERA semalam.. beware guys :lol:

Edited by baok

Share this post


Link to post
Share on other sites

dengan nama ko pun mossad <_<

ppssssttt.. jangan cakap banyak... perisik dari Israel tu.. cam mane leh sesat masuk PUTERA ni pun tak tau laa... :lol: :lol: :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

benarkah maklumat dari Raja Petra dan juga Balasundram itu?? Boleh percaya ker? Apa bukti diorang?? Boleh percaya ke dengan tulisan blog mereka?... Boleh ke percaya dengan MalaysiaKini tuh?? Boleh ke aku 100% percaya yang mereka tidak menipu???

Serupa jugak kes Anwar Ibrahim.. Boleh percaya ke Anwar Ibrahim meliwat orang?.. dengan sakit belakang die lagi..

Boleh percaya ke??

alamak.. baru aku sedar.. ada perisik dari Israel baru je daftar kat PUTERA semalam.. beware guys :lol:

Baok, kau ni buat lawak ke apa? Mula you soal samada boleh percaya alternative news, lepas tu you tanya balik samada boleh percaya ke AI meliwat org? Dua pendapat yg bercanggah.

Saya dapat rasakan ramai di sini product UMNO.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Baok, kau ni buat lawak ke apa? Mula you soal samada boleh percaya alternative news, lepas tu you tanya balik samada boleh percaya ke AI meliwat org? Dua pendapat yg bercanggah.

Saya dapat rasakan ramai di sini product UMNO.

Actually, you're right..

aku tak percaya pada mainstream news DAN alternative news... Why do must I believe both of them??... Maybe aku percaya sket pada mainstream news dalam bab EPL (Liverpool menang semalam.. sori ye manyoo fans :P )

Oleh itu keterangan aku sebenarnya tidak bercanggah.. tapi lebih kepada berkecuali..

Plus, with your nickname "mossad" = I don't believe you as well?.. kenapa pilih nickname itu?.. Kamu pun tahu apa itu mossad.. mahu jadi ejen Israel??

Edited by baok

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...