Jump to content
Sign in to follow this  
abixpert

Pertandingan Cipta Logo Abi Agro

Recommended Posts

sumber: http://abiagro.com.my/v1/pertandingan-cipta-logo-abi-agro

ABI AGRO adalah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan pada Ogos 2007. Antara objektif ABI AGRO ialah membangunkan pertanian berasaskan teknologi dengan kaedah tanaman secara fertigasi, melahirkan usahawan tani baru melalui program latihan yang ditawarkan, mewujudkan pusat sentralisasi hasil keluaran petani dan juga menawarkan khidmat nasihat kepada yang berminat mahupun petani yang menghadapi sebarang masalah pertanian.

Abi Agro dengan ini menjemput semua warganegara Malaysia untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo Abi Agro. Tujuan diadakan pertandingan ini adalah untuk melahirkan sebuah logo yang boleh digunapakai oleh Abi Agro sebagai logo rasmi syarikat.

Syarat-syarat pertandingan:

1 Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia,

2 Semua ciptaan hendaklah mengambilkira objektif penubuhan Abi Agro.

3 Rekacipta hendaklah bersifat dinamik, dimana Abi Agro akan sentiasa maju ke hadapan dengan teknologi yang terkini,

4 Rekacipta hendaklah asli dan warna hendaklah tidak lebih dari tiga (3) warna,

5 Rekacipta mestilah dilukis menggunakan kaedah teknologi grafik,

6 Rekacipta hendaklah dihantar dalam bentuk ’softcopy’,

7 Para peserta bolehlah mendapatkan maklumat berkaitan Abi Agro di laman web Abi Agro di www.abiagro.com.my

8 Para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan hendaklah dinyatakan nama, alamat surat menyurat, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan e-mel yang boleh dihubungi.

9 Pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja.

10 Semua penyertaan tidak akan dikembalikan dan boleh digunakan semula oleh Abi Agro tanpa sebarang syarat.

Penilaian Pemenang

Penilaian akan dibuat oleh pengadil yang akan dilantik oleh Abi Agro. Keputusan pemenang yang dibuat oleh Abi Agro adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan diterima oleh Abi Agro.

Hadiah

HADIAH-HADIAH

Tempat Pertama : RM 100.00 & Sehelai T-Shirt Abi Agro

Tempat Kedua : RM 50.00 & Sehelai T-Shirt Abi Agro

Tempat Ketiga : Sehelai T-Shirt Abi Agro

Emailkan penyertaan anda kepada:

[email protected]

Tarikh tutup:

Sebelum jam 12.00 tengahari, 6 Oktober 2008

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di [email protected]

Edited by abixpert

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...