Jump to content
Sign in to follow this  
thefandangel

Nak Tubuhkan Kelab..

Recommended Posts

1. panggil kawan-kawan mesyuarat lantik ajk sementara, nama club, deraf by law pastikan kehadiran dicatat.

2. ajk sementara akan deraf by law then ambil borang pendaftaran pertubuhan (dekat plaza pekeliling)

3. submit deraf by law dgn borang

4. tunggu kelulusan

5. lazimnya dalam tempoh 6 bln.-1 thn perlu diadakan AGM

--------------------

6. AGM akan melantik ajk kekal dan by law (perubahan, syarat2, undang2 dsb)

7. ambil borang submit by law kat pendaftar

8. submit by law dan perubahannya

perkara 6-8 akan terus berulang2.

p/s suka duduk atas kerusi

Share this post


Link to post
Share on other sites

1. panggil kawan-kawan mesyuarat lantik ajk sementara, nama club, deraf by law pastikan kehadiran dicatat.

2. ajk sementara akan deraf by law then ambil borang pendaftaran pertubuhan (dekat plaza pekeliling)

3. submit deraf by law dgn borang

4. tunggu kelulusan

5. lazimnya dalam tempoh 6 bln.-1 thn perlu diadakan AGM

--------------------

6. AGM akan melantik ajk kekal dan by law (perubahan, syarat2, undang2 dsb)

7. ambil borang submit by law kat pendaftar

8. submit by law dan perubahannya

perkara 6-8 akan terus berulang2.

p/s suka duduk atas kerusi

meeting dah buat.. ajk penaja pun dah ade 12 orang.. cuma nak tau borang tuh nak amik kat maner.. kalau dah submit proses die lama dak..

Share this post


Link to post
Share on other sites

ko nak buat pegi laa register kat ROS (registration of society) bleh jerk kalau dah ada AGM ahli dah ada buat minit mesyuarat then bawak minit tuh ke ROS kat KL aku x tau laa plak ROS kt mana..tp jgn lupa dlm minit source funding penting sbb derang nk tau kat mana then ada dlm perlembagaan jugak kalau ko nk persatuan tuh as NGO ko mesti dlm below 15 org then buat perlembagaan then bawak gi sign kt pesuruhjaya sumpah utk sign then establish laa ko nyer NGO tuh..so harap membantu...aku dpt info nih pun dari TERAS

Share this post


Link to post
Share on other sites

ko nak buat pegi laa register kat ROS (registration of society) bleh jerk kalau dah ada AGM ahli dah ada buat minit mesyuarat then bawak minit tuh ke ROS kat KL aku x tau laa plak ROS kt mana..tp jgn lupa dlm minit source funding penting sbb derang nk tau kat mana then ada dlm perlembagaan jugak kalau ko nk persatuan tuh as NGO ko mesti dlm below 15 org then buat perlembagaan then bawak gi sign kt pesuruhjaya sumpah utk sign then establish laa ko nyer NGO tuh..so harap membantu...aku dpt info nih pun dari TERAS

TERAS tuh ape.. emm ape yang perlu ade dalam perlembagaan kelab.. thx bg info.

Share this post


Link to post
Share on other sites

TERAS tu satu NGO jugak ko bleh refer kat sini dia nyer aktiviti.. http://www.terasmelayu.org/mainpage.htm then utk perlembagaan tuh ko kena laa state first task job utk komiti tu cthnya presiden dan sebagainya..then jgn lupa AGM nyer prosedur camne laa ko nk gerakkan persatuan atau NGo ko..so benda nih penting..kalau tak nnti dari satu sudut gerak kerja jadi tak mantap.. cool.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

deraf AGM tu bawa ke ROS..kat sebelah Plaza Pekeliling...lazimnya tempoh untuk kelulusan ialah maksimum 3 bulan. u mesti submit paling lewat 60 hari selepas AGM...dah dapat sijil barul boleh jalankan aktiviti...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bagaimana Menubuhkan Pertubuhan ?

>Suatu mesyuarat penubuhan hendaklah diadakan untuk menubuhkan pertubuhan yang dihadiri tidak kurang daripada 7 orang dan nama-nama mereka hendaklah di catitkan dalam minit mesyuarat.

>>Mesyuarat penubuhan hendaklah meluluskan resolusi-resolusi seperti berikut:

#bersetuju tentang penubuhan pertubuhan

#Meluluskan nama pertubuhan.

#Meluluskan tempat urusan (alamat) yang akan didaftarkan.

#Melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Penaja untuk mengendalikan pendaftaran pertubuhan.

#Meluluskan perlembagaan dan aturan-aturan pertubuhan yang akan didaftarkan.

#Mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan (minit mesyuarat) pertubuhan termasuk resolusi-resolusi yang disebutkan di atas.

Bagaimana Membuat Permohonan ?

>Semua permohonan hendaklah dibuat di bawah seksyen 7(1) Akta yang disertai dengan perkara-perkara seperti berikut:

#6 salinan borang permohonan perundangan (Borang 1)* dengan harga RM 1.00 bagi setiap salinan.

#6 salinan senarai Ahli Jawantankuasa Penaja dalam format spesifik.

#6 salinan perlembagaan dan aturan-aturan pertubuhan.

#6 salinan apa-apa bendera, lambang, lencana atau lain-lain tanda termasuk pengertiannya.

#2 salinan minit mesyuarat yang mengandungi resolusi-resolusi yang tersebut di atas.

#Surat kebenaran menggunakan alamat atau tempat urusan, jika berkenaan ( dalam kes-kes dimana pertubuhan tidak memiliki premis).

#Stem bernilai RM 30.00 yang ditampalkan diatas salinan pertama sahaja borang permohonan (Borang 1).

Tiap-tiap salinan di butir-butir (i) - (v) di atas hendaklah ditandatangani oleh dua orang pemegang utama pertubuhan. Pemegang jawatan utama bermaksud Yang DiPertua, Pengerusi, Timbalan Yang DiPertua, Timbalan Pengerusi, Naib Yang DiPertua, Naib Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha

borang-borang permohonan (Borang 1) dapat diperolehi daripada Ibu Pejabat dan mana-mana Jabatan Negeri di atas bayaran.

Di Mana Kemukakan Permohonan ?

Permohonan untuk pendaftaran pertubuhan hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di mana pertubuhan yang dicadangkan itu hendak diwujudkan.

maklumat lanjut kat jabatan pendaftaran pertubuhan malaysia

Edited by eKIN_SYIeRULLe

Share this post


Link to post
Share on other sites

besh arr korang sumer.. mekacih for the info.. tapi bole dak bagi maklumat sket ape yang perlu dimaktubkan di dalam perlembagaan kelab.. kalau sesapa yang ade contoh deraf perlembagaan mana2 pertubuhan yang aku bole refer.. harap dapat membantu.. kalau ade info2 tambahan jgn ler segan2 silu yer..

Share this post


Link to post
Share on other sites

perlembagaan kelab...huihh....banyak tue isi2 dia...

nanti pk sat, camne nk taruk....

Share this post


Link to post
Share on other sites

okeh camni laa first ko mesti ada dan ini just info lelain kalau nk tambah silakan

1) pengenalan

2) obejktif

3) visi dan misi

4) aktiviti

5) keahlian

6) AGM - mesyuarat

7) Struktur organisasi - bidang tugas

8) sumber kewangan

9) lain yg ko nk sebut...

okok tu jerk aa cadangan aku just kena ingat ini mungkin bab dan mesti ada sub topik atau fasal untuk setiap bab yang aku cadangkan tuh jerk laa...so kalau ada yg nak tambah silakan...

Share this post


Link to post
Share on other sites

haa...lebey kurang la tue...cme ko kne wat detail.....jgn pendek2...

Share this post


Link to post
Share on other sites

ini contoh yang aku ada...

sila baca dan pinda mana-mana yang sesuai.

begini perlembagaan nya ...

" Perlembagaan "NAMA PERSATUAN/KELAB"

PERLEMBAGAAN

"NAMA"

FASAL 1: Nama

Persatuan akan dikenali dengan nama, " NAMA PENUG (NAMA RINGKAS)

selepas ini disebut APersatuan@.

FASAL 2: Alamat Berdaftar dan Tempat Mesyuarat

i) "ALAMAT PENUH"

ii) "ALAMAT PENUH - jika berlainan"

Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftaran Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3: Objektif-objektif

Objektif-objektif ialah untuk:

i)

ii)

iii)

iv)

...

...

FASAL 4: Kelayakan Keahlian

i) Semua "SIAPA YANG LAYAK" layak menjadi Ahli Biasa

ii) Bekas "SIAPA YANG LAYAK" yang telah bersara layak menjadi Ahli Bersekutu. Ahli ini tidak berhak mengundi dan memegang jawatan di dalam Persatuan.

FASAL 5: Permohonan Keahlian

Permohonan dibuat dengan mengisi borang permohonan dan membayar yuran tahunan.

Jawatankuasa berkuasa melulus atau menolak sesuatu permohonan tanpa memberikan alasan.

FASAL 6: Penarikan Diri Keahlian

Sesorang ahli boleh menarik diri daripada menjadi ahli dengan memberitahu Setiausaha secara bertulis dua minggu terlebih dahulu dan menjelaskan segala hutangnya.

FASAL 7: Pemecatan dan Penggantungan

Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

FASAL 8: Kesan Berhenti Menjadi Ahli

Mana-mana ahli yang berhenti daripada menjadi ahli persatuan di atas sebab pemecatan atau pengunduran maka ia akan hilang hak atau tuntutan ke atas harta dan tabungan persatuan.

FASAL 9: Yuran

i) Yuran tahunan ialah "RINGGIT MALAYSIA"

ii) Yuran ini hendaklah dibayar kepada Bendahari dalam tempoh tiga bulan selepas Mesyuarat Agung Tahunan

iii) Mana-mana ahli yang gagal membayar yuran dalam tempoh enam bulan selepas Mesyuarat Agung Tahunan akan terkeluar keahliannya secara automatik

FASAL 10: Mesyuarat Agung Tahunan

i) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Eksekutif.

Agenda mesyuarat ialah:

a) Laporan daripada Jawatankuasa Eksekutif mengenai Persatuan pada tahun sebelumnya

cool.gif Laporan daripada Bendahari dan laporan mengenai akaun Persatuan yang telah diauditkan

c) Pemilihan 2 tahun sekali Ahli Jawatankuasa Eksekutif dan perlantikan Juruaudit bagi 2 tahun tersebut

d) Perbincangan mengenai perkara-perkara yang timbul

ii) Satu notis awal mengenai Mesyuarat Agung tentang tarikh, masa dan tempatnya serta pelawaan mengemukakan usul untuk perbincangan dan usul meminda peraturan akan dihantar oleh Setiausaha kepada semua ahli tidak lewat daripada 6 minggu sebelum tarikh mesyuarat

iii) Penyerahan usul untuk perbincangan pada waktu mesyuarat hendaklah sampai kepada Setiausaha tidak lewat daripada tiga minggu sebelum tarikh mesyuarat

iv) Setiausaha akan mengirim kepada semua ahli satu agenda mesyuarat termasuk salinan Minit Mesyuarat yang lalu, usul-usul dan akaun Persatuan bagi tahun sebelumnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung dijalankan.

FASAL 11: Mesyuarat Agung Luar Biasa

i) Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa akan dipanggil:

a) Jika difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Eksekutif.

cool.gif Atas permintaan bersama secara bertulis daripada tidak kurang daripada 1/3 ahli dengan menyatakan tujuan dan sebab mesyurat itu perlu diadakan.

ii) Mesyuarat Agung Luar Biasa minta oleh ahli akan dipanggil pada satu tarikh dalam masa 30 hari selepas penerimaan permohonan tersebut.

iii) Setiausaha akan mengedarkan notis dan agenda mengenai Mesyuarat Agung Luar Biasa pada semua ahli sekurang-kurangnya 15 hari sebelum tarikh yang ditetapkan.

FASAL 12: Korum dan Penundaan Mesyuarat Agung

i) Korum bagi Mesyuarat Agung ialah 1/2 daripada bilangan Ahli Biasa, termasuk sekurang- kurangnya 5 orang ahli Jawatankuasa Eksekutif.

ii) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika koram tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Persatuan dan membuat keputusan yang melibatkan semua ahli.

FASAL 13: Jawatankuasa

1) Satu jawatankuasa mengandung jawatan-jawatan berikut, yang dipanggil anggota Jawatankuasa Eksekutif, akan dipilih sewaktu Mesyuarat Agung Tahunan untuk tempoh

2 tahun:

i) Seorang "KETUA - NAMA JAWATAN"

ii) Seorang Timbalan "KETUA"

iii) Seorang Setiausaha

iv) Seorang Penolong Setiausaha

v) Seorang Bendahari

vi) "BILANGAN AHLI" orang Ahli Jawatankuasa Biasa

2) Nama-nama bagi jawatan-jawatan tersebut di atas dicadangkan dan disokong ; pemilihan dibuat berdasarkan undi terbanyak yang diperolehi daripada bilangan ahli yang hadir di mesyuarat.

3) Cara pemilihan adalah menggunakan undi rahsia atau mengangkat tangan.

4) Tugas Jawatankuasa Eksekutif ialah mengelola dan menyelia aktiviti-aktiviti harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara yang melibatkan pentadbirannya. Ia akan menyediakan satulaporan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan mengenai kegiatannya tahun yang lepas.

5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan hendaklah diberitahu 7 hari sebelum mesyuarat. "KETUA" secara bersendirian , atau sekumpulan ahli yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga orang, boleh bertindak memanggil mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif pada bila-bila masa. Bilangan ahli yang mesti hadir ialah sekurang-kurangnya separuh, barulah korum dianggap mencukupi dan segala tindakan dianggap sah.

6) Seorang ahli Jawatankuasa Eksekutif yang gagal menghadiri mesyuarat selama 3 kali berturut-turut tanpa penjelasan yang memuaskan dianggap sudah mengundurkan diri dari Jawatankuasa.

7) Ahli Persatuan hendaklah mematuhi keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif kecuali dan sehingga keputusan itu dibatalkan oleh satu resolusi yang dipersetujui sewaktu Mesyuarat Agung.

FASAL 14: Tugas-tugas Pegawai

i) "KETUA" dalam tempoh perjawatannya akan mempengerusikan semua Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat Eksekutif dan akan bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat-mesyuarat tersebut. Beliau boleh mengundi dan akan menandatangani minit-minit mesyuarat yang diluluskan.

ii) Timbalan "KETUA" akan mewakili "KETUA" jika beliau tidak hadir.

iii) Setiausaha bertanggungjawab menguruskan hal surat-menyurat dan menyimpan semua dokumen dan persuratan kecuali rekod akaun dan kewangan. Dia harus menghadiri semua mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat.

iv) Penolong Setiausaha membantu Setiausaha menjalankan tugasnya dan mewakilinya jika tidak hadir.

v) Bendahari bertanggungjawab ke atas hal kewangan Persatuan. Dia hendaklah merekodkan semua urusan kewangan dan memastikan segala catatan adalah betul.

vi) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa Eksekutif dalam menjalankan tugas yang diarahkan.

FASAL 15: Peruntukan Kewangan

i) Tahun kewangan Persatuan akan bermula pada 1 Januari tiap-tiap tahun.

ii) Bendahari boleh menyimpan wang tunai ditangan tidak melebihi "RINGGIT MALAYSIA (NILAI DALAM PERKATAAN)" pada satu-satu masa. Bakinya hendaklah disimpan dalan bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Eksekutif dalam tempoh 7 hari selepas penerimaannya.Akaun bank hendaklah atas nama Persatuan.

iii) Semua cek atau penyata pengeluaran akaun Persatuan hendaklah ditandatangani oleh dua daripada tiga orang ahli Jawatankuasa Eksekutif berikut:

a) "KETUA"

cool.gif Setiausaha

c) Bendahari

iv) Perbelanjaan melebihi "RINGGIT MALAYSIA (NILAI DALAM PERKATAAN)" pada satu-satu masa tidak dibenarkan tanpa persetujuan Jawatankuasa Eksekutif dan perbelanjaan yang melebihi "RINGGIT MALAYSIA (NILAI DALAM PERKATAAN)" pada satu-satu masa tidak dibenarkan tanpa persetujuan Mesyuarat Agung. Perbelanjaan yang kurang daripada "RINGGIT MALAYSIA (NILAI DALAM PERKATAAN)" boleh diluluskan oleh "KETUA" bersama dengan Setiausaha dan Bendahari.

v) Satu penyata pendapatan dan perbelanjaan serta lembaran imbangan bagi sesuatu tahun hendaklah disediakan oleh juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 16 pada tiap-tiap akhir tahun kewangan. Akaun-akaun yang sudah diauditkan akan dibentang di Mesyuarat Agung tahun berikutnya untuk pengesahan.

FASAL 16: Audit

i) Seorang pegawai atau lebih yang bukan ahli Jawatankuasa Eksekutif akan dilantik menjadi Juruaudit Kehormat oleh Mesyuarat Agung Tahunan. Beliau/mereka akan bertugas selama 2 tahun.

ii) Juruaudit dikehendaki mengaudit akaun-akaun Persatuan bagi satu tahun dan menyediakan satu laporan atau sijil untuk Mesyuarat AgungTahunan. Beliau/mereka boleh juga dikehendaki mengaudit akaun-akaun Persatuan pada bila-bila masa dalam tempoh perjawatannya dan membuat laporan kepada Jawatankuasa Eksekutif jika diarahkan oleh "KETUA".

FASAL 17: Jawatankuasa Kecil

Jawatankuasa Eksekutif berkuasa melantik jawatankuasa-jawatankuasa kecil untuk membantu Jawatankuasa Eksekutif melaksanakan dan menjayakan objektif-objektif Persatuan jika difikirkan perlu dan Jawatankuasa Eksekutif juga berkuasa mengamanahkan jawatankuasa kecil dengan kuasa yang dianggap perlu dan berpatutan dan menarik balik daripada jawatankuasa itu semua atau mana-mana kuasa yang diamanahkan kepadanya dan membatalkan semua perlantikan itu. Dalam mentadbirkan kuasa-kuasa yang diamanahkan kepadanya sesebuah jawatankuasa kecil yang dilantik hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang mungkin dikenakan ke atasnya dari masa ke se masa oleh Jawatankuasa Eksekutif. Setiap jawatankuasa kecil akan dipengerusikan oleh seoarang ahli Jawatankuasa Eksekutif.

FASAL 18: Penaung-penaung/Penasihat-penasihat

Penaung-penaung/penasihat-penasihat boleh dilantik sewaktu Mesyuarat Agung atas cadangan Jawatankuasa Eksekutif.

FASAL 19: Peruntukan-peruntukan Khas

i) Semua ahli Jawatankuasa Eksekutif dan setiap pegawai yang menjalankan fungsi eksekutif dalam Persatuan hendaklah warganegara Malaysia.

ii) Persatuan tidak boleh bergabung atau berhubung dengan mana-mana persatuan di luar Malaysia.

iii) Persatuan atau ahli-ahli tidak boleh terlibat dengan aktiviti-aktiviti Kesatuan Sekerja seperti yang tercatat dalam Ordinan Kesatuan Sekerja 1959.

iv) Persatuan tidak boleh campur tangan dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan MARA.

FASAL 20: Pentakrifan Peraturan

Jawatankuasa Eksekutif boleh mentakrif fasal-fasal dan bila perlu membuat keputusan ke atas fasal yang kurang jelas.

FASAL 21: Pemindaan Fasal

i) Fasal tidak boleh diubah atau dipinda melainkan dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari daripada tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan perubahan atau pindaan tersebut. Perubahan atau pemindaan tersebut berkuatkuasa pada tarikh kelulusannya oleh Pendaftar Pertubuhan.

ii) Notis mengenai pemindaan yang dicadangkan hendaklah diedarkan kepada semua ahli dalam tempoh sebulan.

iii) Persetujuan rasmi 2/3 daripada ahli yang hadir di Mesyuarat Agung diperlukan.

FASAL 22: Pengundian

i) Untuk Resolusi: Setiap Ahli Biasa hanya mempunyai satu undi kecuali "KETUA" yang akan menggunakan undinya hanya sebagai kuasa kata putus.

ii) Untuk pemilihan pegawai-pegawai: Semua ahli termasuk "KETUA" mempunyai satu undi yang pengundian dilakukan secara undi sulit atau hitungan tangan.

FASAL 23: Pembubaran

Persatuan boleh dibubarkan, semua hutang dan tanggungan rasmi Persatuan hendaklah dijelaskan dan baki tabungnya diuruskan mengikut keputusan Mesyuarat Agung.

Disahkan Benar oleh: Disahkan Benar oleh:

"

sekian. nak senang, cut & paste je

rakan muda selalu muda.

Share this post


Link to post
Share on other sites

mekacih banyak.. baru ler terbukak sket pemikiran aku berkenaan perlembagaan nih.. aku akan guna ranka perlembagaan nih dan sesuai kan ngan kehendak kelab yang bakal aku tubuhkan kelak... mekacih banyak yer.. nak aku belanja mekdonel ker... kfc ker.. kalau nak jgn segan2.. hehe..

Share this post


Link to post
Share on other sites

waduh2..kbvc heabt tul..sampai complete ko letak semua...bagusz2..camni laa kita nk putranian serba boleh..letak jerk kat mana pun leh idup.. cool.gif ..hurm..harap lepas boleh laa ko buat...first skali ko kena ingat thefandangel perlembagaan nih bkn leh buat sesuka ati...kean detail then ayat kena betul..lepas tuh kena laa buat beberapa bacaan..sebab kalau sekali bacaan korang dah setuju then masa depan kelak maybe akan menjadi masalah kepada persatuan korang...so kalau seseorang atau sesatu kumpulan nak perlembagaan mesti satu kena ada ciri2 ni..

1) menjaga nama atau kredibiliti persatuan.

2) jaga kebajikan ahli persatuan yang menyertai persatuan.

3) memastikan persatuan mempunyai usia yang panjang...

tu jerk kot...ada sesapa nk tambah

Share this post


Link to post
Share on other sites

hurm....rate tu bergantung pada ko laa....sbb kalau yuran tu untuk management nyer urusan..so depend la kalau ko nk ikut tapi persatuan ko ni untuk buat income atau untuk kebajikan atau seronok2..so kalau ikut biasa registration dlm RM 10...ke apa2 hal bergantung pada ko..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...