Jump to content
lestari

Berita Terkini-apa Pendapat Anda...

Recommended Posts

Utusan Malaysia 16 may 08

Internet lebih pantas - * Komunikasi cepat berkali ganda * Impak besar kepada rakyat

KUALA LUMPUR 15 Mei – Pengguna Internet di negara ini bakal menikmati kemudahan lebih pantas berkali ganda, setanding dengan komuniti maya negara-negara maju melalui projek pembangunan infrastruktur jalur lebar yang diumumkan oleh kerajaan hari ini.

Kemudahan baru itu bakal melonjakkan Malaysia ke tahap dunia siber seperti di Hong Kong, Korea dan Singapura yang memberi impak besar kepada sosioekonomi rakyat.

Ia umpama pembukaan sebuah lebuh raya yang akan memudahkan pelbagai aplikasi dimanfaatkan sepenuhnya seperti e-kerajaan, e-kesihatan, e-pendidikan, telekerja (bekerja dari rumah), e-pembayaran dan TV dengan Protokol Internet (IPTV).

Melalui kemudahan itu, orang ramai akan lebih mudah berurusan dengan kerajaan secara dalam talian.

Penekanan juga akan diberikan kepada aspek pembangunan kandungan dan pelbagai aplikasi dalam talian seperti perkhidmatan perbankan dan pembelian tiket.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor semasa mengumumkan projek mempertingkatkan jalur lebar itu di bangunan Parlimen di sini hari ini berkata, ia akan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat, industri dan kerajaan.

Menurutnya, ia juga secara tidak langsung mewujudkan sehingga 135,000 peluang pekerjaan baru menjelang 2010.

Kata beliau, aplikasi e-kesihatan juga dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan kerana pesakit boleh berurusan secara dalam talian dengan pakar perubatan tanpa perlu bersemuka melalui persidangan video.

“Bagi golongan petani dan nelayan, mereka misalnya boleh menyemak harga hasil tani secara dalam talian dan memasarkan hasil pencarian secara terus tanpa menggunakan perkhidmatan orang tengah,†jelasnya.

Beliau berkata, pengguna juga kelak hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk memuat turun dokumen bersaiz 10 Megabait (MB) berbanding lima minit sekarang.

Mengulas lebih lanjut, Shaziman berkata, jika dahulu perkhidmatan bekalan air dan elektrik merupakan faktor utama untuk menarik pelaburan, kini perkhidmatan jalur lebar pula menjadi keperluan asas.

Beliau berkata, keputusan itu diambil memandangkan kadar penembusan jalur lebar negara iaitu 18 peratus, amat rendah berbanding negara-negara maju di Asia seperti Singapura (78 peratus), Hong Kong (80 peratus) dan Korea Selatan (93 peratus).

“Pembangunan jalur lebar terbaru ini menyasarkan penembusan jalur lebar bagi isi rumah sebanyak 50 peratus menjelang 2010 dengan nilai pelaburan keseluruhan sebanyak RM11.3 bilion,’’ ujarnya.

Shaziman menambah, peningkatan penembusan jalur lebar juga merupakan pemangkin yang mampu mencetuskan pertumbuhan ekonomi daripada segi peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Hasil penilaian awal daripada aspek sumbangan ke atas KDNK ialah RM6.68 bilion atau satu peratus pada tahun 2010,†katanya.

Beliau berkata, bagi memenuhi aspirasi tersebut, usaha-usaha perlu ditumpukan dalam memastikan perkhidmatan jalur lebar disediakan kepada orang awam dan mengenal pasti kawasan-kawasan yang berimpak tinggi.

Menurutnya, projek pembangunan berkenaan akan dilaksanakan secara berfasa-fasa dengan peruntukan awal hanya melibatkan fasa satu meliputi 1.3 juta premis dengan pelaburan kerajaan RM2.4 bilion, manakala bakinya oleh Telekom Malaysia Berhad .

Kata beliau, pembangunan itu dibahagikan kepada tiga zon dengan Zon 1 diliputi infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dan jalur lebar orang awam (BBGP) bagi kawasan berimpak ekonomi tinggi seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Timur Laut Pulau Pinang.

Zon 2 pula merupakan kawasan yang diliputi dengan infrastruktur BBGP sahaja, manakala Zon 3 meliputi luar bandar yang tidak ekonomik, bertujuan merapatkan jurang digital dan memerlukan pembiayaan dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP), katanya.

Kerajaan, kata beliau, memutuskan untuk menumpukan dua kategori iaitu BBGP pada kelajuan 2 megabait sesaat (Mbps) dan HSBB pada kelajuan antara 10Mbps dan 1Gbps memandangkan pelan pembangunan pelaksanaan jalur lebar ke seluruh negara dijangka menelan belanja RM56 bilion.

Menurut Shaziman, bagi jalur lebar kategori HSBB di Zon 1, ia akan dilaksanakan secara usaha sama antara kerajaan dan TM memandangkan syarikat berkenaan memiliki 95 peratus infrastruktur komunikasi sedia ada.

Bagi liputan untuk orang awam di Zon 2, jelasnya, majoriti inisiatif peluasan jalur lebar akan diteruskan di bawah strategi-strategi sedia ada termasuk galakan persaingan antara teknologi wayarles seperti generasi ketiga (3G) atau Capaian Paket Pindah Turun Berkelajuan Tinggi (HSDPA), WiMax dan talian tetap.

Katanya lagi, cadangan kos projek bagi membangunkan infrastruktur HSBB dalam tempoh 10 tahun akan datang berjumlah RM15.2 bilion.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kalo 2mbps tu guna fiber, memang aku sokong la dan amat bagus sekali. Tapi kalo still guna copper, aku rase tak efisien la.

p/s: ada tak orang curi fiber nak pegi jual?

Share this post


Link to post
Share on other sites

bestnyer klu internet lg...leh aku download mcm2 citer kat torent aku ni

klu setakat 4g tu...15 minit dh siap..1000mbps.. :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku harap boardband tu guna fully fiber to the home. Baru takde interperence.

sokong2 !! huhu..kl still pakai copper..feh..baek xyah...t byk lak mulut yg nk bising..hehehe... :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

mmg la ...dorang akan guna FTTH....fiber to the home...macammane pon...johor akan ada priority sbb nak compete ngan singapore...adios

Share this post


Link to post
Share on other sites

line laju exchange macam hantu tak gune gak. kejap2 kehjung server, terlalu banyak request, laju sgt. persoalanyer, dah bersediakah malaysia menerima perubahan?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kalo server pakai unix/linux pastu core switch jenis yang power, takde masalah bila line dah laju. Tapi adakah kadar bayaran terlalu mahal atau setara dengan kelajuan yang diberikan. Itu yang sering menjadi persoalan pengguna internet di Malaysia.

Share this post


Link to post
Share on other sites

mcm kat tempat aku ni line lebih 1mbps je dia bling2 teruk... 1mbps pon kadang teruk, nk stable amik 512... hurm... apakata pihak tmnut ni baiki masalah2 melibatkan ni... sbb line laju2 tp saluran kabel teruk mmg masalah, jgn fikir keuntungan semata dgn mengaburi pihak lain dgn speed je...

Share this post


Link to post
Share on other sites

anyway jalur lebar kapasiti tinggi mmg dah ada dlm negara .ada beberapa link metro e .. cuma tidak diselaraskan penggunaan dgn harga .. node2 yang ada dlm malaysia ni mmg sedia untuk di linkkan .. tunggu la diselaraskan ... insyaAllah semua dpt manfaat... bangunan2 baru mungkin boleh dijadikan contoh. Bangunan yang tak de kemudahan FTTH atau FTTO boleh link guna wimax as backbone..

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku harap sgt internet negara kita setanding dgn negara asia lain mcm singapore, korea, japan etc... tp jgn la banding dgn indon...hehe

Share this post


Link to post
Share on other sites

salam..

Metro e bukan macam lease line ker. Cuma dia lebih laju dan guna fibre optik.

Aku takut kalau dah laju nanti mula la naik harga pula.

Kecurian takde kot. Nak jual fibre optik kat besi buruk mana ada harga. hehe..

Setakat ni aku guna 1mb stimix takda masalah lagi.

Tapi kalau up lagi lagi bagus.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tempat aku..Ada gak yang bodo curi kabel fiber optik ni. Pastu tengok bukan copper, tinggal je kat tepi jalan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tempat aku..Ada gak yang bodo curi kabel fiber optik ni. Pastu tengok bukan copper, tinggal je kat tepi jalan.

org mcmni layak panggil sampah je... :angry:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pricing pasti akan naik punya..nk carik blik dana yg dah dipakai..huhu

Inilah hakikat ISP Dominan..Klu ader competitor bru la ade kepuasan vs services vs harga..

Mmg patut pon buat at least 1Mbps untuk bandwith kat Malaysia ni..

Doa² penyelarasan tak membebankan rakyat dah la..gadoh lagi kat parlimen..Oh Malaysia ku..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tempat aku..Ada gak yang bodo curi kabel fiber optik ni. Pastu tengok bukan copper, tinggal je kat tepi jalan.

Itu da tahap Gaban

org mcmni layak panggil sampah je... :angry:

Panggil manusia lagi.

Cuma jawatan dia "sampah masyarakat"

Share this post


Link to post
Share on other sites

Laju pun mmg la akan laju. pastu bile dah laju mula la nak start block sana, block sini. Situ takleh access, sini takleh access. pastuh bagi limit bandwith per month. Benda2 camni berkemungkinan besar akan berlaku. amacam?

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku tak percaya benda ni semua. beberapa bulan lepas sudah ada rancangan tm dapat kontrak berbilion juta ringgit meningkatkan capaian jalur lebar seluruh negara sampai tahun 2020 ? apa perlu lagi dgn rancangan yg ini pulak ?

Share this post


Link to post
Share on other sites

1mb pun xleh nak bukak webpage simple2 , nak buat laju2 tapi service ntah hape2 .Ada baik nya dorang setelkan masalah service dorang yang sekarang ni sebelum nak buat apa2 yang baru .

Share this post


Link to post
Share on other sites

High Speed Broad Band ni speed dia brapa Mbps? Aku dengar citer 1000 Mbps, Betul ker?

lebih kurang la tu..minimum speed adalah 2mbps>10mbps>100mbps>10gbps untuk satu isi rumah @ homepass.

mmg telekom akn mggunakan fully fibre to the home technology (FTTH) untuk projek ini,projek ini sudah dirancang lama jgk dan thn 2008 diorg dh hampir siap diorg punya masterplan utk HSBB ini. Ini bkn calang2 projek bg TM,TM telah melaburkan kira rm15.2 bilion termasuk bntuan kerajaan 2bilion lbih itu.

projek HSBB ini lah yang akan memberi nafas baru kepada TM yg hampir xbernafas ekoran penceraian TM dgn CELCOM. TM hanya bergantung kpd perkhidmata fixed lin& steamyx shj skrg, kalo xde dua2 ni..alamat..hmpir nk arwah TM..jd utk pengetahuan saudara2 semua,projek ini lah yang akan menghidupkan TM untuk mengahadpai keadaan yang kian mencabar.

:)

ade lg,dlm 2010 @ after, TM akan menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam bentuk IP ADDRESS. TM akan ade IP PHONE,IP TV,BROADBAND dan macam2 lagi,perkhidmatan ini dijangka akan menyaingi ASTRO yg menjalankan perkhidmatan satelit tv di malaysia..

antara kebaikan produk IPTV ialah..mempunyai saluran dan program yang lebih banyak dari astro, bila hujan, kita x akan menghadapi masalah..cth ny la..bila kt tgh bes2 layan bola..tiba2 ujan lebat...kat kaca tv terpamapang 'not available la ape la' ,...btul x sedara2 semua..?

jd byk perkhidmatan dan kemudahan berupa interaktif dari pihak telekom ini..

ok..harapan saya agar tm terus maju jaya,,dgn pelanggan yang akan bertambah dari masa ke semasa..

p/s : saya tau la skit2 sbb sy ni EX- TA kat TM dlu,..sempat juga pegi kursus induksi HSBB 2008,hihihih

Share this post


Link to post
Share on other sites

Haii, bilalah Seremban ni ada Internet 4mb.

Seremban je ke??

Seeloknya seluruh Negara baru best kan.. :lol:

Edited by Geekspro

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...