Jump to content
cikgureza

Bisnes Bertema Kan 'server Clone'

Recommended Posts

Kita semua sedia maklum bahawa bisnes jual computer ni margin nya rendah. Dan tambah pulak dgn saingan yang banyk,serta kos after ssales service yg perlu di tanggung sepanjang tempoh warranty.

Aku ada satu idea untuk sesiapa yg betul2 hardcore dlm bisnes jenis hardware mahupun pemasangan pc ini. Idea ni timbul dari permintaan yg mendadak kebelakangan ni kat syarikat aku. Apa yg aku maksudkan adalah seperti di tajuk di atas, iaiatu permintaan terhadap "server jenis clone".

Dalam kategori hi-end untuk server, company2 besar2 akan memilih untuk mengunakan server branded seperti IBM, Dell dan lain2. Namun, secara tak sedarnya, client2 aku yg bukan terdiri dari company besar, amat selesa dengan spec2 dari server yg clone ini. Ini kerana, dua sebab:

1) Quotation harga untuk server sahaja (tak termasuk setup server OS dsbgnya), amat rendah, berbanding dengan branded, yg mana sudah pun mahal sebelum di kira sekali dengan setup server os dsbgnya.

2) Mereka menerima suggestion dari vendor (cthnya, aku vendor).

3) pernah mengalami mimpi ngeri masa nak dapatkan warranty dari vendor server branded itu,sebab helpdesk nya terletak jauh dari malaysia, dan jobsheet paling cepat pun 1-2 hari baru boleh keluar (bukan semua branded server).

Permintaan memang mendadak kebelakangan ini, dan aku percaya trend ini akan berterusan memandangkan copmany2/oragnisasi2 ini lebih selesa mempunyai sebuah server yg boleh menampung email,files, dsbgnya untuk organisasi mereka, berbanding dari berkongsi dengan server orang lain. (bulan lepas 5 bijik server berserta appps dan segala setup telah di order dan telah pun di deliver).

Idea ini timbul kerana, sepanjang tempoh pembelian ni, jenuh aku nak mencari vendor2 melayu yg blh men supply spec server kepada company aku, dan aku percaya company software yg lain pun menghadapi masalah yg sama. Vendor yg ada hanyalah vendor caa yaa yg memang tarak hal kalau diorang nak supply.(mungkin ada vendor melayu untuk server clone, tapi aku sure tak ramai)

Jadi, apa kata, bagi yg hardcore tu, ambil peluang ini dan create kan niche bagi bisnes korang. Focus kan bnyk pada men supply server jenis clone ni, dan jadikan korang sebagai pakar dlm bidang tersebut.

Ini kerana, server punya margin agak tinggi, dan parts nya kurang/jarang rosak (emngikut pengalaman aku). Provided, korang guna parts2 yg memang intended untuk server lah.

di tambah pulak,kalau korang boleh setup complete server (software2 yg berkaitan),maka, semakin bertambah lah harganya dan bertambahlah value added nya.

illustration parts yg korang kena cari:

1) Rack mount Chasis : stand by untuk 1u,2u,4u,---> suggestion Intel rack mount Chasis

2) intel server board : ---> lebih tahan berbanding ASUS server board dan value for money (jangka masa panjang,dan full running operation): 1 processor,dual processor,8 processor.

2a) Board yg support RAID serta hotswap. sata board juga ada orang mintak/order.

3)server PSU (ikut size chasis)

4) Processor untuk server: minimun Xeon Dual Core

5) RAM: ECC boleh, DDR pun boleh.(tgk pada permintaan client)

6) Rack (pigeon hole rack): 5u, 12u,24 u <---- ni pun ada orang order oh..jgn tak caya..

7)Switch berserta bracket untuk rack mounted.

8) UTP cables .

9) Patch panel untuk rack.

Kelebihan clone server bagi aku (personally) adalah, server clone ni kalau parts dia melingkup, kita boleh dapat terus dari mana2 supplier (kecuali board dan processor yg pelik2 lah). Jadi, client tak perlu nak tunggu principal vendor bagi parts ataupun loaner units yg baru.

Mcm aku cakap, kalau dapat focus dlm niche ni memang bagus, namun,bukanlah bermakna terus tinggalkan jualan PC, walaupun caa yaa yg aku biasa amik barang kat lowyatt tu dia memang takde jual PC,tapi concentrate 100% kat server clone ni.

Aku rasa,kalaulah setiap negeri ada satu vendor yg boleh supply server clone dan parts2 nya ni kan ke bagus. Mudah sikit local companies nak buat order samada nak guna untuk in house ataupun jual semula.

Harap2 ada yang sudi nak terima idea ini. Company aku focus on appplication software, jadi memang takde masa nak handle hardware2 ni.Order je kalau nak pakai server ke apa ke..Jadi,memang buat masa ni, aku sendir tak possible nak start niche ni...

er..ada yg dah dapat gambaran bisnes ni?

IMHO

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam,

Biasanya saya quote branded dulu baru clone.

Branded ni ada banyak modules. KVMIP, DRAC, IPMI, HP Remote Management etc. Kalau yang clone punya susah sikit nak dapat module. Dan some hardware tak compatible. Server jalan tapi tak mantap.

1. Air cooling. Sun server, hp compaq air cooling memang best

2. Server modules (IPMI, DRAC, HP Management - aku lupa nama dia apa)

3. On-site warranty. Depa datang baiki server. Kalau clone jenuh nak angkut server

4. Remote hardware admin assistant. Kalau server rosak, depa boleh check via online

5. Warranty takyah nak gaduh dengan supplier

6. Tahan lasak. Ada server hp kat sini online untuk 2.5 tahun. Ada satu clone pun 2 tahun gak. Tapi kipas dah start bunyi

7. Rack modules berlambak. rack rail, rack cable tray etc. Banyak choice

Tapi kalau customer tuh nakkan clone, aku buat jek.

sekarang ni ada 40 server clone kot ... 4 jek branded under fivio heh.

Salam,

Share this post


Link to post
Share on other sites

sekarang ni ada 40 server clone kot ... 4 jek branded under fivio heh.

heheh.. tgk statistik pun dah tau permintaan bnyk kat mana, walaupun kita takleh abaikan aspek yg branded server ni pun di mintak oleh client, cuma nya, hanya big guns je yg akan mintak spec2 tinggi gitu..

server yg di pakai oleh aku sendiri serta clients2 yg membeli web apps dari aku juga telah mencecah hampir 3 tahun. Dan takat ni takde problem lagi.Alhamdulillah...

jadi, apa lagi,sapa company hardware yg ada hajat nak fulfil kan niche market ni.

p/s: kalau 3 tahun boleh run tanpa shutdown, dengan harga suku dari branded server, apa lagi yang di perlukan?Takleh buat untung ke gitu?

Share this post


Link to post
Share on other sites

tambahan dlm niche ni adalah:

resell balik co-location rack korang tu. maksud aku, data center(IDC) TM ada pakej yang membolehkan korang mendapat 5u hanya dengan bayaran RM500 je sebulan, iaiatu penjimatan setengah,sebab harga biasa 1u= RM200 sebulan.

malah, dengan tambahan RM100 setahun, korang boleh mendapat 8 fixed IP untuk di gunakan..

jadi, untuk bisnes ni,korang kena baik dgn orang sales IDC (mana2 idc) dan dapatkan tawaran pakej yang baiiik punya, pastu korang resell balik pada client,mengunakan invois company korang..

Share this post


Link to post
Share on other sites
server? hrmmm.aku buat masa ni buat home servis@onsite servis bab2 server ni jarang plak aku nak join.satu server untung berapa?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...