Jump to content
Sign in to follow this  
rockbebeh

Bercakap Dengan Malaikat?

Recommended Posts

sebuah kisah benar.....

(Suatu hari nanti, akan dengar berita akan Penulis kereta mayat menjadi mayat...)

Aku sedang tidur, tiba tiba Hand Phone aku bergetar serentak ring tone korus lagu Cromok ‘I’m not belong here’ berkumandang, aku capai telephone, tekan butang hijau dan dengar suara sorang lelaki, aku cam itu adalah suara seorang peminat blog aku, setelah berbalas salam dan bertanya tujuan, aku dengar suara seorang wanita pula, merangkap kakak dia yang menyatakan telah minta izin suami terlebih dahulu untuk berdialog dengan aku. (Hmm, wanita beriman selalu begitu.)

Depan mata aku terlihat dua anak lelaki aku sedang berlari-lari bermain-main, kat tangan ada objek mainan, sorang umur 4 tahun, sorang nak masuk 3 tahun. aku melilau mencari sorang lagi anak aku, pusing kepala 360 darjah, baru nampak ada kat belakang kerusi rupanya sedang sepahkan surat khabar, umur baru setahun lebih.., mana isteri aku? Bisik dalam hati..

Kakak dalam tepon cerita kisah dia dapat mimpi menjadi mayat, masa sakaratul maut memang menyakitkan dan roh dia tetap berdiri disebelah jasad dan menangis mengenangkan nasib dah jadi mayat sambil menyesal dan takut..... kemudian kakak tu dapat lihat jasadnya dimandikan dan dikapankan..... dan dihantar untuk disolatkan hinggalah dikebumikan.... selepas 7 langkah terakhir suami beliau meninggalkan kubur lalu datanglah malaikat menyoal, dia dapat dengar suara malaikat azab tapi tak nampak wajah, malaikat menyoal dengan baik dalam bahasa arab dan kakak tu faham pulak soalan yang diajukan.... tapi tak tau apa nak dijawab kerana mulutnya dikatakan tertutup rapat seperti digam.

Kemudian kakak tu dipukul dengan tali yang di objekkan daripada petir dan kilat.... beliau dipukul sampai hancur dan jatuh daging dari jasad dan terbenam dalam tanah, masa malaikat soal beliau sedang posisi duduk (bukannya berbaring macam mayat) lalu malaikat menarik rambut kakak tu keluarkan dari dalam tanah yang terbenam dan tercantum semula daging yang hancur tadi tapi sakit dan perit sekali memang tak dapat dilupakan..... dan sampai sekarang ketika berdialog dengan aku beliau melaprkan masih ‘terasa’ sakit!!

Aku tengok anak perempuan aku sepahkan surat khabar, tengok kat mulut dia takut-takut termakan sesuatu yang bukan makanan, air liurnya nampak meleleh, aku dekati dia, kemudian sapu air liur itu dengan hujung bajunya, kalau bini aku nampak tentu kena tegur.. Mana bini aku?

Kakak dalam telefon teruskan cerita yang beliau merintih dan menangis sepanjang di azab dalam kubur, beliau menjerit kesakitan sambil menyebut Allah hu akbar sakitnya kenapa aku di siksa macam ni sedangkan semasa aku hidup aku taat pada perintah allah dan suami (masa tu tetiba sahaja mulut kakak tu boleh berkata-kata pulak lapornya)

Kemudian terdengarlah suara malaikat yang menakutkan mengatakan beliau di azab di atas beberapa kesalahan, antaranya lalai dalam solat, solat lengah-lengah, tidak tutup aurat sempurna, tidak ikhlas dalam bersolat dan tidak buat dakwah pada rakan-rakan dan jiran-jiran serta adik beradik walaupun tahu mereka buat dosa.

Aku terkejut juga bila dengar wanita yang tidak buat dakwah kena azab, dahsyatnya.. apatah lagi jika aku seorang lelaki?! Oh!, tapi aku masih selamba dan cool, baru bangun tidur.., dalam asyik dengar cerita, anak nombor 2 aku menangis, si abanglah yang usik, aku jenggilkan mata pada anak sulung aku dan terus pasang telinga..

Dalam kakak tu kena azab, beliau cerita bahawa siang malam beliau merayu pada Allah supaya dikembalikan ke dunia, nak jaga solat, nak tutup aurat sempurna dan nak buat dakwah.., tapi malaikat bagitahu semua ahli kubur mintak perkara yang sama iaitu nak balik ke dunia, dan semua tak dapat.., tapi kakak tu dalam azab dan derita siang malam mintak dengan Allah supaya di kembalikan ke dunia..

Pada waktu itu, segala dosa terbayang dan teringat, kata Kakak tu tentang dosa yang dia lakukan semasa di dunia antaranya masa beliau tengok tv dengar azan , beliau fikir solat boleh qadak, tapi kalau cerita tv habis tak tau kesudahan nanti.... (ada orang cam gini rupanya) dan kadang rasa beban kerana baru je solat dah nak solat lagi.... dan rajin dengar radio mencari hiburan didunia yang melalaikan....., (aku selalu gak dengar radio..oh) kakak tu terus merayu untuk dihidupkan kembali dan memanggil ya Allah ampunkan dosa ku , ya Allah hidupkanlah aku 1 kali je lagi, aku janji takkan lalai lagi.... dan beliau masih dipukul tapi dengan permintaan yang sama beliau tetap merayu tanpa jemu, lalu di herdik malaikat dengan suara yang menakutkan iaitu, betapa semua ahli neraka minta perkara yang sama dihidupkan semula.... tapi bolayan..!!!!

Aku tanya bilakah beliau dapat mimpi tu? Katanya tahun lepas, (oh baru lagi,) dan beliau teruskan cerita, iatu tak lama selepas beliau merintih dan mengadu, akhirnya terdengar satu suara lain yang memberi peluang untuk beliau kembali ke dunia, beliau lantas di pukul malaikat lalu tercampak dari kubur yang meletup dengan kain kapan yang masih berdarah......, terjaga dari tidur, beliau tersentak bangun dan rasa tubuh seperti baru kena tuang air panas, walaupun mimpi tapi terasa benar-benar terjadi...., beliau terus menangis tanpa henti-henti...dan memohon keampunan dari Allah keatas dosa yang telah dilakukan.....

Aku dengar suara isteriku dari dapur, juga suara wanita wanita lain, wanita kaya yang nampak sungguh bersih juga ada barangkali. Anak aku sudah berhenti menangis dan mulai menyambung permainan, menghabiskan tenaga libido.., oh! Baru aku synchronize bahawa aku sebenarnya kat rumah orang, bersempena kenduri pertunangan anak saudara bini aku, aku dah jamak solat, dan aku tertidur keletihan dan kekenyangan kerana baru habis majlis Akikah anak perempuan aku serentak dengan majlis pertunangan anak saudara sabit,

Abang ipar aku ni ada bela banyak lembu, dan sempena pertunangan anak sulung dia, aku tumpang satu bahagian sebab anak aku perempuan, eh!, Anak bongsu (setakat ini) aku sedang menangis pulak, aku hampirinya, dan tepuk-tepuk pujuk. Sedang telinga terus menerima gelombang dari handphone..

Cerita Kakak tu tiba ke fasa seterusnya, pada mulanya beliau menjalani kehidupan seperti biasa tanpa rasa apa-apa lagi. Mimpi is mimpi, dan life goes on, dan beliau masih tengok tv dan dengar radio... (manusia selalu ada iktiar hidup bukan?) tiba-tiba masa sedang tengok tv beliau 'dengar' satu suara datang bertanya dimana janji kamu? beliau tersentak dan terus matikan tv dan beristifar..... malam tu kakak tu bermimpi bertemu dengan suara tu dan suruh beliau tepati janji masa di azab dalam barzakh tempoh hari....jangan lalai tengok tv dan dengar radio sampai lupa Allah....

Anak aku masih menangis, aku selak lampin dan intai bontot, manalah tahu kot-kot ada tahik ke apa?, takde, tapi lampin dah berat, kencing banyak dah ni, aku dukung dia dan cari bini aku sambil terus pasang telinga..

Tidak lama selepas mimpi itu beliau kini dapat mendengar suara ghaib yang akan menegur beliau jika buat salah dan akan menasihat beliau bila ada kemuskilan.. sebagai contoh, jika kakak tu lengahkan solat, suara tu akan ingatkan balik janji dari dalam kubur, jika lalai dan lagha, suara tu akan sound supaya tidak lagha.., bila di tanya suara siapakah ini?, maka suara itu mengaku bahawa dia adalah malaikat dari alam hakikat, bila di tanya dalil?, lalu suara itu merujuk ayat Al Quran surah (aku tak ingat) dan ayat (juga aku tak ingat,), masa tu bini aku datang ambik anak dan gerakkan mulut tanpa suara bertanya dan angkat kening yang bermaksud;

“abang cakap dengan siapa?â€

Dan aku hanya tunjuk tapak tangan dengan jari kembang yang bermaksud;

"kejap, abang sedang cakap dengan kawan abang, nanti abang bagitahu siapa dia, lagipun ini perempuan, nanti banyak soalan pulak, pergi tukar lampin anak dan tengok anak kita yang dua orang lagi tu, abang sibuk ni, sedang menambah ilmu di dada, dah-dah jangan buat muka konfius, pergi kemas barang, jap lagi nak balik kuantan.â€

Bini aku angguk tanda paham, walaupun aku cakap dalam hati.., kami bercakap menggunakan gelobang magnetik.(tipu)

Akak tu cerita lagi tentang diri dia yaitu bila dia nak tengok TV atau dengar lagu, suara itu akan sound dan remind balik janji dalam kubur, dan bila akak tu cuba beralih arah dengan dengar lagu Nasyid pun suara tu ingatkan bahawa ZIKIR lebih bagus... lebih eloknya zikir sendiri bukan dengar radio ikut zikir....dan disuruh menutup yang sebenar aurat dengan sempurna dan disuruh membaca tafsir alquran sebenar-benar firman Allah dan hadith rasullullah untuk berdakwah bukan main ikut suka hati nak berdakwah ikut hadith yang tak sahih...

Walaupun cerita Akak ni pelik dan jarang-jarang aku dengar, tapi aku tetap berwajah dan bersuara selamba, tidak menunjukkan aksi seperti mat minah foward yang mendapat email forward lalu ulas ntah apa-apa dan bagi ancaman jika tak sebarkan, jadi, aku memang cool.(perasan baguslah pulak)

Aku pernah dengar ustaz cerita tentang ada ulamak ulamak bila nak buat keputusan dalam bermusyuarat melantik pemimpin, akan keluar kenyataan seperti: â€siapa yang tak dapat tengok Malaikat, sila keluar. (Yang tinggal dialah yang akan jadi pemimpin sekian-sekian.)†Ok, jangan tanya dalil cerita tu, kerana aku dengar dari BUZNAMA dan dengar setakat itu.., dan aku tak payah ulas benda yang aku tak paham, balik kepada dua penduduk Malaysia yang sedang berbual-bual di telefon bimbit tadi, mari kita dengar lagi apa akak tu bercerita..

Antaranya:-

* Kita bukan di utus untuk berdakwah, tapi di perintah untuk berdakwah.

* Alif Lam Min bermaksud, Alif untuk Allah, Lam untuk Jibrail, Mim untuk Muhammad,.kitab ini alquran tidak ada keraguan padanya jadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.

* Doakan orang islam yang mati dalam kubur di ampunkan Allah, termasuk dosa syirik kecil.

* Tidak boleh bunuh orang kapir sewenang-wenang.

* Banyakkan baca Tafsir Al-Quran, dan berhati hati merujuk hadith.

* Kerahmatan Allah mendahului Kemurkaan Allah.dan kiranya sesiapa bertanya tentang ku (Allah) katakanlah aku terlalu hampir dengan mereka.

* Dalam doa kena selalu mintak Rahmat Allah

* Seksaan Allah amat pedih bagi yang engkar dengan perintah Allah.

* Seorang manusia yang melalaikan manusia yang lain daripada mengingati Allah akan di azab dengan teruk.

* Kasih Sayang Allah amat besar mengatasi kemurkaannya.

* Jangan berdakwah tentang ancaman semata mata. katakan sesungguhnya Allah maha pengasih dan pengampun.

* Khabarkan kepada pendosa bahawa Allah Maha pengampun asal kamu bertaubat.

* Jangan perasan bagus dan riak fikir dah banyak buat amal.

* semasa berita nurin disiarkan suami aku tak kasi anak-anak aku gi kedai aku pulak memang malas nak keluar....tengah aku susah hati malaikat tu datang bagitau tak payah susah hati boleh suruh anak kamu gi kedai pastu berdoalah kat Allah ya Allah aku serahkan anak-anak ku dibawah lindungan mu ya Allah, selamatkanlah anak-anak ku dengan rahmat mu ya Allah dan suruh anak-anak kamu baca suruh surah an nas dan falaq pergi dan balik tanpa ragu dan yakin dengan Allah.

Sedang asyik pasang telinga, Tiba-tiba, aku teringat, dari bangkit tidur tadi dan sedang asyik bersembang, aku belum solat asar rupanya, oh, alangkah laghanya aku, nanti aku kena azab dalam kubur baru tahu, kena azab kerana solat lengah-lengah, di panah kilat dan petir, di pukul lalu daging di badan tanggal dan tulang temulang terbenam dalam tanah, tempat yang cedera bertambah sakit seperti di jirus air panas.. oh oh oh!

Aku tamatkan panggilan dengan alasan ada 'tetamu’.., padahal aku nak pergi solat Asar, maafkan aku kakak, kirim salam kat suami..

Petang tu ketika aku nak solatkan Asar, tiba-tiba terdengar suara dari hati aku sendiri..

"hamka, bukankah kau sudah solat asar tadi sebab dan buat jamak takdim?â€

"ye tak ye jugaâ€.

Lalu aku pergi ke dapur minum teh tarik yang bini aku buat, sebelum berangkat pulang, aku bersalam dulu dengan abang ipar, kemudian, dari dalam kereta, anak bini lambai tangan insyarat 'bye’ kepada ipar duai dan anak buah, lalu aku membunyikan hon sejurus menghilang dari pandangan mata mereka....

Sekian.

(Berlaku pada 7 syawal, petang)

Ps: Nanti, suatu hari nanti, jika aku sudah tidak update blog lagi, ketahuilah bahawa aku sudah berjumpa dengan Malaikat...

sebarang komen sila ke keretamayat just to share only......

http://keretamayat.blogspot.com/2007/11/be...n-malaikat.html

http://rockbebeh.blogspot.com

http://www.youtube.com/watch?v=6rH4PihCmGk

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...