Jump to content
Sign in to follow this  
Syila6903

Tolongla.pakai Steamyx Kacau Networking

Recommended Posts

assalamualaikum..

Ni first time aku nak kongsi & tanya pendapat kat forum internet nih. Harap2 bolehla bantu aku ni yang dalam kesusahan.

Citenye gini. aku ade 1 server 7 switch dan 1 adsl modem dan satu dlink router.

diantara 7 switch tersebut ada 2 switch layer3. 2 switch aku kat bilik server dan yang lainnya tu kat empat lainlah.guna fiber optic. Dulu2 aku guna jaring dial up ..ntah camner boleh plak router jaring tu rosak..nak carik ganti router jenis tu dahtakde dalam pasaran..nak tak nak kitaorg pun try ler guna streamyx 384 ( itu jer yang mampu tmnet bagi kat tempat aku nih) router pun pakai router broadband lah ( Dlink)

Yang menjadi masalah nyer ialah internet ( streamyx) tempat aku nihhh huh.gif kalau berinternet ..networking lembab seolah2 kene pilih salah satu plak sedangkan kitaorg nak network dan nak internet.

aku tengah konpius ape benda yang mengacau network aku nih..aku dah matikan salah satu switch layer3 ( kot2 la konflik ngan layer3 yang satu lagi) tapi langsung takde perubahan..sekajap jer ok pastu langsung tak jumpe server..

haiiiitolonglah boleh gile kalo macam nih...kesian aku ..lupe nak bagitau komputer tempat aku nih yg hubungkan network lebih kurang 100pc lah

barand switch aku tu..3 intel, 4 lagik 3com..

kesian kat aku ni..panjang betul story...

Share this post


Link to post
Share on other sites

waaa, ni dah luar keupayaan aku, sapa yg ade CCNA tu tolong dia, bab layer 3 aku tak katam. or perhaps AZUAN leh tolong since dia banyak pengalaman dalam networking ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites

gila dahsyat punya networking sampai pakai fiber. besar sangat ke ruang kat situ sampai guna fiber? yang bestnya intranet fiber tak ingat tapi gateway internet slow je.

sekarang ni kat situ guna DHCP ka statik ip? pastu guna ip address kelas mana? cuba cek router tu dia on DHCP ka, pastu dia pakai ip kelas mana?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Gini...

1. Ko pakai 384k Streamyx.. so aku assume ko memang takder proxy.

Ko try check ngan TMNet or Telekom Exchange/Node diorang untuk internet nih stable atau tidak.. kengkadang tuh system diorang.. atau FMX atau fiber card ada problem.. so akan jadik intermittent connection streamyx ko..

2. Cuba check kat layer 3 switch ko routing table untuk keluar. Kalau macam ko punyer kes.. dah kira static route nih.. dedicated.

3. Ngape ko pakai fiber ?? Core ko berapa speed ? 155M ke ?? dan satu lagik.. ko sekrang nih kalau OFF kan layer 3 switch yang satu lagik.. dah takder redundancy.. kang kalau down..?? tak ker naya nak jawab ngan bos..

Tapi kan.. kalau mengikut kata ko... sekarang ko ada lebih kurang 100 host +- pc and printer.. dari 4 layer 2 switch.. lepas tuh ko pergi ke satu layer 3 switch.. kendian pi ke satu Fast Ethernet port Streamyx.. mesti ada drop packet.. comfirm... akan ada bottleneck.. mesti high utilisation laa..

Pendapat aku.. ko cuba carik router Jaring semula.. pasal Jaring ISP bai... TMNet lain.. tak pun ko try TIME.. sekang diorang jadik ISP dah..

tak pun, ko upgrade speed Streamyx ko.. aku dengar dah ada 45M..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tempat saya menyelenggarakan opis ini menggunakan lebih kurang 30 buah computer. Kebanyakkan computer yang digunakan terdiri dari intel Pentium 166 hingga 500 Mhz cap ayam. (letih kalau nak format pc ni) Tapi ada la jugak Pentium 2 dan 3. OS yang digunakan terdiri daripada Win 95, Win 98, WinME dan WinXP pro SP1. Yang pakai XP tu pun baru la beli Intel Pentium 4 2.66 512 ram mobo intel dengan VGA ATI Radeon 128 . Satu digunakan untuk server tapi untuk software access saja. – untuk simpan data base saja la (intel Pentium 2 saja). Bukan berat mana pun. Untuk sambungan, saya mengunakan 2 switch 10/100 kerana opis ini terdiri daripada dua tingkat. Letih nak wiring kalau guna satu switch. Antaranya jenis D-Link 24 port dan 16 port cap apa tah .. segan nak pi tengok kat bawah. Saya menggunakan kaedah peer to peer untuk menyambungkan antara dua switch. Semua pc kat sini disambungkan menggunakan network card cap ayam saja dan UTP cable dan RJ45. tak lupa juga dalam satu di antara printer menggunakan Print Server HP1200. sambungan terus dari switch ke printer tanpa melalui pc.

Untuk sambungan ke internet saya menggunakan ADSL Router Aztech Twinstar dengan talian streamyx 512.

Kebanyakkan computer ni pun pakai network sebab nak sharing printer saja la. Tidak semua pc dia sini saya salurkan ke internet sebab internet banyak virus. Letih ooo nak format pc ni .. dah la cap ayam. Cuma ada lebih kurang 7 bijik pc saja yang boleh access ke internet. Lagi pun dok layan internet kalu kerja tak jadi la sat gi..

Tapi kalau nak update anti virus barula computer tu di sambung ke internet. Tu pun nak setting pun bukan payah pun .. sat saja … pas tu buang balik bagi tak leh masuk internet.

Kalau staff nak masuk gak internet saya cadangkan gi saja guna pc kat meeting room. So semua staff yang tak ada talian internet kat kompiter dia boleh pi guna nak meeting room.

Kalau bercakap pasai talian network selo sebab guna internet pun saya rasa tempat saya ni ok saja. (bergantung pada kelajuan internet) Nak kata laju tu tak la laju sangat .. padan la pc pun Pentium tahun 1996. tapi kalau nak banding pc yang ada internet access ngan networking di gunakan pada masa serentak nak kata selo pun tak jugak.

Saya juga tidak menggunakan apa apa software untuk control networking Cuma menggunakan applikasi asas yang terdapat dalam windows saja. Tapi nak kata selo sangat tu tak la. Setakat nak copy 10 fail MP3 dari pc sebelah pun rasanya tak ada masalah. PC boleh masuk internet pun ok saja . tak selo pun. Boleh menggunakan kedua duanya serentak tanpa masalah.

Tapi sebelum saya membuat penyelenggaraan kat opis ni memang pc kat sini hampeh. Ada yang set semua ok tapi tak leh masuk ke dalam network. So solutionnya saya terpaksa format kesemua pc yang ada sebab rasa banyak yang kena virus. (anti virus pun cap ayam.. tak pernah update) . Selepas itu semua pc ni ok saja. Sudah hampir setahun selepas penyelenggaraan semua , perjalanan pc kat opis ni ok saja. Selalu saya membuat pemerhatian kat pc pc ni sekiranya saya mendapati ada masalah perkara utama saya buat adalah cabut RJ45 kemungkinan pc ni kena virus nanti jangkit habis kat pc lain.

Maaf kalau penjelasan saya panjang tapi tak ada apa apa info – hanya sebahagian daripada pengalaman networking computer. Kalau ada sapa sapa nak perbetulkan silakan. Tanpa prasangka.

Share this post


Link to post
Share on other sites

yang bertanya soalan tu tak reti reti ka nak respon? takkan setakat lepaskan batuk atas eskalator je?

Share this post


Link to post
Share on other sites

la hai sorilah..aku takde intenet..........ketensenan yang teramat nih..aku dah check2 kan apa yg berlaku adalah sebab satu alat tu..namanya router.

reply for azuan..sekarang ni kat situ guna DHCP ka statik ip?statik ip... pastu guna ip address kelas mana?kelas C .....cuba cek router tu dia on DHCP ka, tak on dhcp huh.gif pastu dia pakai ip kelas mana? huh.gif kelas C jugak

sblm ni aku setkan dhcp server ..bila aku cucuk je router dlink tu ke switch..kat komputer server aku kate running dhcp stop.. >< No running DHCP..sedangkan kat router tak berfungsi sbg DHCP)..

Aku pun test stop kan DHCP server dan bagi router tu bertindak sbg DHCP server. amatlah malang sekali..network tak jln intenet pun takd apat..disebabkan kentensenan yg terlampau..aku pun disable kan DHCP server kat router tu...so aku pun pakaila static ip.. network aku masih lagi cam cibai..semalam aku surf forum ni..terjumpalah cara2 nak setkan modem zte tu jadik router..aku pun cabutle dlink router tu..network aku berjalan dengan baiknye..internet kat komputer client aku tu masih tak bole jugak..aku tengok configure tu kat sini..Modem ZTE sebagai router

..semalam aku test utk satu pc aku ( win me) ok jalan ..best betul..aku ingatkan panas berpanjangan rupenyer hujan petang ler kat kuantan nih..aku test kat pc lab aku ( pakai win 2000) tak reti lah plak nak seting..dan pagi ni dengan penuh ketensenan dah tak bole internet..network ok..sekarang ni kalo korang nak tau..aku cucuk direct ker modem zte tu...aku pun dah lemah semangat nih...nak test2.. letih betul.. huh.gif

AKU MINTAK MAAF BEBANYAK SEBAB TAK MEREPLY REPLY..JGN MARE..NANTI KENE JUAL..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya ada masaalah tentang networking nih.

Saya ada 7 PC dan saya gunakan talian streamyx.Sebelum stremax online networking idup dan semua pc dapat deteck tetapi apa bila beberapa hari networking dah tak boleh lagi.Masaalahnya semasa print document dari pc 1 atau mana2 pc.Untuk print dari mana2 pc terpaksa gunakan disket.Boleh bantu kepada sesiapa yang tau puncanya.

Terima kasih.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saudara syam .. sila beri lebih detail atau info terhadap komputer yang anda gunakan.

saya bukanlah pakar dalam bidang ini tetapi Mungkin saya boleh memberikan khidmat nasihat untuk anda memandangkan saya mempunyai sedikit berpenggalaman (walaupun bukan pakar tapi kerja part time repair kompita) dalam bidang ini.

Berikan detail sistem operasi anda.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saudara syam .. sila beri lebih detail atau info terhadap komputer yang anda gunakan.

saya bukanlah pakar dalam bidang ini tetapi Mungkin saya boleh memberikan khidmat nasihat untuk anda memandangkan saya mempunyai sedikit berpenggalaman (walaupun bukan pakar tapi kerja part time repair kompita) dalam bidang ini.

Berikan detail sistem operasi anda.

Terima kasih ace , saya mengunakkan komputer jenis celeron .Problem saya sudah settle Saya terlupa add NETBEUI dalam Mynetwork place.

Share this post


Link to post
Share on other sites

hmm.. dah masuk zte tu sebagai router .. so setkan la ip internal die sama ngan internal yg lama.. kalau tak nangis la nak setting kat setiap pc untuk samakan router baru tuh!! ehaks.. better setting kat router.. pc lain tak payah setiing.. smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...