abixpert 0 Report post Posted August 13, 2007 (edited) SETIAP hari ada saja kemudahan baru yang diwujudkan bagi memanfaatkan teknologi sedia ada. Kemudahan baru akan lahir apabila ia menepati tiga perkara iaitu prasarana, peralatan dan perisian.Banyak model telefon bimbit yang dilengkapi kemudahan Wi-Fi atau capaian Internet tanpa wayar. Jika pejabat anda mempunyai kemudahan Wi-Fi, pengguna boleh melayari laman web dengan mudah dengan hanya menggunakan telefon bimbit.Dengan adanya telefon bimbit berupaya Wi-Fi, di pejabat pula ada kemudahan perkhidmatan Wi-Fi, setakat ini kita masih tidak membuat panggilan menggunakan telefon bimbit menerusi kemudahan Wi-Fi kerana sebelum ini tidak terdapat perisian yang membolehkan kita berbuat demikian.Penantian kita sudah berakhir apabila perisian yang membolehkan kita membuat panggilan telefon menerusi kemudahan Wi-Fi menggunakan telefon bimbit sudah wujud. Kemudahan itu dinamakan Wi-Fi Mobile dan boleh diperoleh di www.wifimobile.comDengan kemudahan ini, prasarana Wi-Fi sedia ada boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon.Oleh kerana nombor telefon didaftarkan ketika proses memindah turun perisian, maka nombor itu juga boleh digunakan untuk membuat panggilan dari telefon ke telefon yang lain.Ikutilah langkah berikut untuk memindah turun perisian seterusnya menggunakan kemudahan Wi-Fi untuk membuat panggilan telefon secara percuma.1. Lawati laman web www.wifimobile.com2. Pilih, pilihan untuk kegunaan persendirian (Consumer Service). Pindah turun perisian untuk telefon bimbit. Terlebih dulu hendaklah dipastikan model telefon bimbit anda terdapat di dalam senarainya. Masukkan negara, alamat e-mel dan nombor telefon.3. Isikan huruf sekuriti yang dipaparkan4. Satu capaian untuk anda memindah turun perisian Wi-Fi Mobile akan dihantar ke telefon bimbit melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).5. Apabila anda mengklik di atas capaian, perisian OneFone akan dipasang di dalam telefon bimbit anda.6. Pilih sambungan Internet yang diinginkan dengan menekan menu > IAP, anda boleh memilih untuk menggunakan sambungan Wi-Fi atau sambungan 3G.5. Selepas memilih sambungan, masukkan nombor telefon yang hendak dihubungi seperti biasa. Pastikan Ikon telefon berwarna hijau sebelum membuat panggilan. Apabila panggilan dijawab, bercakaplah seperti biasa. Kualiti suara bergantung kepada kualiti sambungan Internet yang digunakan. Jika anda melanggan perkhidmatan 3G Data tanpa had, perisian ini juga boleh membuat panggilan melalui sambungan Internet 3G itu.6. Telefon rakan anda yang sudah dipasang dengan perisian OneFone ini akan berdering seperti biasa dan perbualan boleh dilakukan seperti biasa tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.7. Selepas membuat panggilan tekan Options dan pilih Hang Up untuk menghentikan panggilan.Oleh kerana teknik panggilan ini menggunakan kemudahan Internet, anda boleh berbual di mana saja asalkan ada kemudahan Wi-Fi tanpa dikenakan bayaran panggilan telefon seperti yang biasa.Anda boleh membuat pertanyaan mengenai artikel ini melalui SMS dengan menaip: AZLI hantar ke DAPAT|32728source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMe...cle/indexp_htmlsapa penah try? Edited August 13, 2007 by abixpert Quote Share this post Link to post Share on other sites
adminets 0 Report post Posted August 13, 2007 camtu baik guna skype pun boleh... Quote Share this post Link to post Share on other sites
diamondclow 0 Report post Posted August 13, 2007 same konsep ngan pc to pc call...calling using internet...wifi kan internet gak.. cume wireless....no possible utk call dr ym ke no phone (setakat ni aku tau celcom provide la, x tau la kalo maxis ngan digi ader provide ke x) Quote Share this post Link to post Share on other sites
abixpert 0 Report post Posted August 14, 2007 6. Telefon rakan anda yang sudah dipasang dengan perisian OneFone ini akan berdering seperti biasa dan perbualan boleh dilakukan seperti biasa tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.ingat boleh kol ke sebarang no.... rupanya hanya bole kol ke nombor yang ada OneFone jugak$15.99 €11.99 £7.99 Per Month - Calls over oneFone are limited to the countries below (termasuk Malaysia) tapi ada bayaran setiap bulan pulak. Quote Share this post Link to post Share on other sites
amerul 0 Report post Posted April 4, 2008 ingat boleh kol ke sebarang no.... rupanya hanya bole kol ke nombor yang ada OneFone jugak$15.99 €11.99 £7.99 Per Month - Calls over oneFone are limited to the countries below (termasuk Malaysia) tapi ada bayaran setiap bulan pulak.aaskum.oitttt kenapa lak kena bayaran ,...kata free tadi,ni kes tipu ne..kata free...aku dah try dah ne......dah separuh jalan tigggal nak call jer..bis kalo kene charge baik tak usah ...ermm leh tak sifu sifu mane konfirm .......... Quote Share this post Link to post Share on other sites
prontoxp 2 Report post Posted April 21, 2008 Bukan semua org boleh bagi free pun... sbb infra nak kena bayar... Quote Share this post Link to post Share on other sites