Jump to content
Sign in to follow this  
AyahCu_87

Forex Leh Kna Ban Ker?

Recommended Posts

Semua maklum pelaburan internet akan di 'ban' olh SC

11 Jun ni

ada yang kata forex tak leh di ban

coz forex is global and its've license in us

ada yang kata boleh..

coz malaysia boleh sekat akses malaysian kat forex tu mcm yang dilakukan oleh Thailand yg menyekat akses rakyatnya dr melawat youtube

so, newbies or senior plz give your comment...

TQ

-peace yo- ^_^

Edited by AyahCu_87

Share this post


Link to post
Share on other sites

SIARAN AKHBAR

Kuala Lumpur, 31 Mei 2007

PERINGATAN PELABUR: SC sekat akses ke laman web skim pleaburan tidak sah, pelabur digesa tutup akaun serta merta

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengumumkan bahawa ia akan memulakan operasi menyekat akses kepada laman-laman web yang menawarkan skim pelaburan tidak sah kepada orang ramai di Malaysia. Operasi ini akan bermula pada 11 Jun 2007.

Semua pelabur sedia ada skim melalui Internet tersebut adalah digesa agar mengeluarkan pelaburan mereka dan menutup akaun mereka serta merta. Pelabur tidak akan boleh memasuki akaun mereka apabila akses ke laman web berkenaan disekat.

SC bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan CyberSecurities Malaysia untuk menjejak, mengenal pasti dan menyekat akses kepada laman-laman web tempatan dan asing yang mempromosikan skim penipuan pelaburan.

Langkah terkini oleh SC ini adalah rentetan daripada siri amaran berulang dan peringatan kepada pelabur mengenai skim pelaburan tidak sah. SC telah mewujudkan satu pasukan petugas dalaman dan telah memulakan kempen kesedaran pelabur yang menyeluruh mengenai skim penipuan pelaburan internet. Walaupun amaran berulang telah diberikan, masih terdapat mereka yang terus melabur dalam skim pelaburan tidak sah ini. Antara bulan April dan Mei 2007, SC telah menerima kira-kira 720 pertanyaan dan aduan berkaitan dengan skim pelaburan internet tidak sah yang mana sesetengah orang ramai melaporkan bahawa mereka telah kehilangan sejumlah wang yang banyak.

Skim pelaburan tidak sah yang dipromosikan di Internet adalah tidak dilesenkan oleh SC untuk memberikan nasihat pelaburan yang berkaitan dengan aktiviti sekuriti atau niaga hadapan atau menjalankan aktiviti pengurusan dana di Malaysia. Orang ramai adalah diingatkan bahawa mereka hendaklah hanya melabur dengan pihak yang dilesenkan oleh SC agar mendapat perlindungan yang disediakan di bawah undang-undang sekuriti.

Senarai syarikat dan individu yang dilesenkan oleh SC untuk terbabit dalam aktiviti pelaburan boleh didapati di www.sc.com.my . Laman web SC juga menyediakan senarai yang dikemas kini secara berkala syarikat dan laman web yang diketahui yang tidak diberi kuasa atau tidak diluluskan di bawah undang-undang sekuriti untuk berurusan dalam sekuriti, memberikan nasihat pelaburan dan/atau perkhidmatan pengurusan dana yang berkaitan dengan sekuriti atau niaga hadapan. Pelabur adalah dinasihatkan agar menyemak senarai tersebut sebelum melabur dengan mana-mana pihak.

SURUHANJAYA SEKURITI

FOREX BUKAN SKIM PENIPUAN PELABURAN

Share this post


Link to post
Share on other sites
tahun 2006-2007 ni tahun yang betul-betul mengajar manusia malaysia erti bukan senang nak jadi senang, bagi mereka-mereka yang duduk di kerusi-kerusi empuk, cubalah sekali-sekala duduk di atas kerusi batu, baru mengetahui ape yang di katakan dengan kekerasan...

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalo nak tau pasal porex nie leh pm aku..

tak payahla pm pm..cerita kat sini je, semua orang boleh dapat menafaatnya..

BELAJAR FOREX PERCUMA DI,

babypips.com/( thank you ,still learning from your website )

santaiforex.afcobiz.com/( terima kasih,dapat banyak ilmu di sini )

BUKA AKAUN FOREX PERCUMA DI,

marketiva.com ( buka akaun dapat usd5 real money,usd10,000 virtual money )

belajar guna virtual forex dulu, kalau dah pandai baru guna live forex.

TAK PERLU BELI E-BOOK YANG MAHAL-MAHAL.

TAK PERLU BAYAR KELAS YANG MAHAL-MAHAL.

KEUNTUNGAN PASTI,( ADA TEKNIK-TEKNIK TERTENTU )

( program amal untuk sama-sama jadi kaya )

Share this post


Link to post
Share on other sites

hahaha.. kini aku kembali.. tapi kejap jer.. mod jangan marah aa..

forex belum menubuhkan band dan SC pon belum berminat nak tubuhkan band untuk forex.

mereka tak tahu nak cari penyanyi di mana

yang ada cuma SC 'ban' mana2 website menipu :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

hahaha.. kini aku kembali.. tapi kejap jer.. mod jangan marah aa..

forex belum menubuhkan band dan SC pon belum berminat nak tubuhkan band untuk forex.

mereka tak tahu nak cari penyanyi di mana

yang ada cuma SC 'ban' mana2 website menipu :D

penyanyi xder lagipun drummer dia ketuk x ikut tempo.mmg sampai bila2 la sc x dpt tubuhkan 'band' utk forex :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...