Jump to content
Sign in to follow this  
encik pot pet

Akal 9 Nafsu 1 Dan Akal 1 Nafsu 9

Recommended Posts

sejak kecik lagi, aku selalu dengar ayat ni tapi aku rasa dulu pemahaman aku mengenai perkara ni adalah lain berbanding pemahaman aku sekarang. kalau korang check kat google, http://www.google.com/search?q=akal+9+nafs...lient=firefox-a

korang akan jumpa banyak komen2 berdasarkan ayat tersebut, tapi ada yg kurang betul pada pendapat aku.

yang paling banyak interpretasinya ialah; nafsu tu mcm nafsu seks, nafsu membeli-belah, nafsu tamak haloba, dan sebagainya.

bagi aku simple jer :)akal == pemikiran berdasarkan logik akal, nafsu == pemikiran berdasarkan emosi. oleh itu, secara amnya, orang lelaki pemikirannya lebih kepada logik dan perempuan sebaliknya. sebab itulah lelaki yg paling berhak utk menjadi pemimpin, manakala hak utk menjatuhkan talak jugak jatuh kepada lelaki, dll. kalau salah tolong betulkan.

apakah pandangan anda? boleh diperbincangkan. ;)

p/s: topik ini adalah analogi kepada masalah sosial yg melanda negara kita

Share this post


Link to post
Share on other sites

ni salah satu daripada mukjizat Quran sebenarnye. camner orang ingat ahli matematik dulu2 mendapat konsep peratus?

Share this post


Link to post
Share on other sites
bagi aku akal 9 yang lebih untuk lelaki sebabnye golongan lelaki yang banyak memikul tanggungjawab dari golongan wanita. lelakilah yang akan memimpin wanita ini.

Share this post


Link to post
Share on other sites

dalam kes masalah sosial kat negara kita ni, situasi org lelaki ngan 9 akal dan org pompuan ngan 9 nafsu telah dieksploitasi..

org lelaki durjana menggunakan kelebihan 9 akal mengatur strategi memerangkap atau menggoda.. manakala org pompuan dgn 9 nafsunya dgn mudah cair dan hilang dlm angan2nya kononnya lelaki ni benar2 ikhlas..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sekarang ini banyak lelaki dan menggunakan akal yang banyak tu untuk mengatur strategik dan mendapatkan idea baru atau teknik2 untuk memuaskan nafsu yang sikit dan tahu perempuan mempunyai akal yang sedikit tu manakala perempuan yang mempunyai nafsu yang banyak akan mudah menuruti dengan idea-idea lelaki yang banyak termasuk dalam menggunakan teknik2 baru yang dicadangkan oleh lelaki disebabkan perempuan mempunyai akal yang kurang untuk daripada lelaki...huhuhu

Edited by matrik02

Share this post


Link to post
Share on other sites

nyibuk.... :P;) gue membantah pompuan jd politician.. nnt x pasal2 pete mesie kale pink kat pete dunie..:P

Share this post


Link to post
Share on other sites

belum diskus apa2 lagi, han77 dah jump straight kepada conclusion ehehehe. anyway, ada lagi benda yg aku nak tulis, tapi di kemudian hari :)

he..he.. :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum.

yg sy tahu.lelaki ada 9 akal 1 nafsu coz lelaki tanggungjawbnya sbg ketua keluarga asanya.agpn lelaki rmi yg jd pemimpin.perempuan 9 nafsu 1 akal coz perempuan lbh kpd emosi dan perasaan cnthnya sbgi ibu,kakak,serta isteri.

Mutiara Kata

Rasulullah s.a.w ada menjelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksudnya:

“Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambil dengan niat akan membinasakannya dengan tidak membayarnya maka Allah akan membinasakan diaâ€.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Lelaki ada 9 akal 1 nafsu... tapi kalau yang 1 tu sebesar dan sekuat kereta kebal, yang 9 tu hanya hanya orang yang membawa lastik tanpa batu..menang yang 1 gak (Istilah ni)

Perempuan : yang 1 akal ialah 'Malu'..kalau malu 2 hilang..musnah la perempuan 2. sebab tu bagi perempuan, haram berdua duaan di tempat yang mendatangkan syak. kerana 'lelaki' dan membernya (setan) menggoda dan ingin memusnahkan perisai yang 1 tu (malu)

-------------tegur kalau salah-----------

Edited by malayNUX

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku belum bersedia nak mengeluarkan pendapat atau pandangan dari kaca mata aku. aku taknak kena condemn nanti sebab bagi pendapat yg jauh menyimpang. :lol:

mintak maaf yer kawan-kawan. sementara aku belum bersedia, korang sembang2 la dulu ek :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

ler bagi je la. nak kene fire pon takot ish memalukan

SAY SORRY!

Share this post


Link to post
Share on other sites

ni salah satu daripada mukjizat Quran sebenarnye. camner orang ingat ahli matematik dulu2 mendapat konsep peratus?

encik,

bleh explain? nak gak tahu cemana.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ni salah satu kata-kata karut yang tidak berasal dari Al Qur'an mahupun Sunnah yang Sahih. Ia hanya mitos yang disebarkan oleh para penceramah motivasi yang tidak mempelajari 'Uluum al Hadiith (Sciences of HAdiith)

PAra cendikiawan Islam tidak pernah mewarwarkan dongengan sebegini.

Share this post


Link to post
Share on other sites

sebenarnya, aku pun tak tak tahu dari mana asalnya ayat tersebut. tapi ayat macam tu memang banyak kali diperkatakan jugak. terima kasih kepada cili atas peringatan, kalau cili boleh bagi penjelasan lanjut mengenai perkara di atas, saya sangat menghargainya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Artikel pendek ini saya tulis dua tahun lepas:

Sering sekali kita mendengar di kalangan masyarakat kita kata-kata bahawa wanita itu mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. Kita tidak pasti dari mana kata-kata ini diambil. Yang pastinya Al-Qur’an dan As-Sunnah tidak menetapkan begitu.

Kata-kata ini seolah-olah menggambarkan bahawa wanita itu kurang 80 peratus akalnya berbanding lelaki padahal ini bukan hakikatnya.

Memang terdapat hadith Nabi saw yang sahih yang menyebut tentang kekurangan akal wanita berbanding lelaki. Nabi saw bersabda dalam hadith dari Abi Sa’eed Al-Khudriyy r.a yang menceritakan : Nabi saw keluar pada hari ‘Iid Al-Adha atau Al-Fitr** ke tempat solat. Kemudian baginda lalu di hadapan para wanita lalu berkata: Wahai kaum wanita, bersedekahlah kerana sesungguhnya aku melihat bahawa kebanyakan ahli neraka adalah dari kalangan kamu (wanita). Maka para wanita itu bertanya: “Mengapa wahai Rasul Allah,†Nabi saw berkata: “Kamu suka melaknat dan kamu kufur (tidak berterima kasih) kepada suamimu. Aku tidak pernah melihat sesiapa yang lebih kurang akalnya dan agamanya berbanding kamu. Seorang lelaki yang waras boleh dipesongkan oleh kamu.†Maka para wanita itu bertanya: “Apakah kekurangan akal kami dan agama kami wahai Rasul Allah ?†Nabi saw bersabda: “Bukankah kesaksian wanita itu menyamai separuh kesaksian lelaki ?†Maka para wanita itu menjawab: “Ya†Lalu Nabi saw menyambung lagi: “Maka itulah kekurangan akalnya. (Dan) bukankah bila wanita itu datang haidh dia tidak solat dan tidak berpuasa?†“Para wanita menjawab: “Ya.†Maka Nabi saw berkata: Maka itulah kekurangan agamanya.†[sahih Al-Bukhari, Kitaab Al-Haidh]

Imam Ibn Hajar yang mensyarahkan hadith ini menyebut bahawa terdapat juga wanita yang lebih pandai berbanding lelaki dan perkara ini kita semua sedia maklum akan kebenarannya.

Malah Allah swt merakamkan kisah pemerintah Saba’ yang merupakan seorang wanita yang bijaksana dalam Suurah An-Naml ayat 22 hingga 44. Para isteri Nabi saw juga adalah tokoh-tokoh yang bijaksana dan mahir dalam hukum-hakam agama. Mereka itu mengajar para sahabat Nabi saw dari kalangan lelaki dan nasihat-nasihat mereka sering diambil oleh Nabi saw dalam pelbagai problematika kehidupan.

Mitos bahawa wanita mempunyai hanya satu akal dan sembilan nafsu adalah kata-kata yang tidak ada sumbernya dalam agama ini dan tidak wajar sama-sekali disebarkan.

WAllahua’lam.

** Keadaan tersebut disebut syak rawi dimana perawi

hadith tidak pasti sama ada keadaan tersebut berlaku

pada hari raya 'Iid Al-Fitr atau 'Iid Al-Adha

Share this post


Link to post
Share on other sites

ni pendapat aku la..

laki 9 akal tapi 1 nafsu...tapi tgk kejadian rogol berluasa..ia tak menngambarkan laki ada 1 nafsu....sebenarnya yang 1 nafsu itu adalah lebih kepada nafsu seks..mungkin sebab itula...nafsu paling kuat lelaki adalah seks..lelaki senang terangsang berbanding pompuan kan?

perempuan lak 1 akal 9 nafsu..dan 9 nafsu itu adalah berbagai..contoh seperti perhiasan barang kemas,komestik,baju.shopping,tamak,bercerita or mengumpat,menunjuk2 dan banyak lagi...

sorryla pasal aku hanya menyentuh soal nafsu..

just my 2 cents...if wrong sila betulkan..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...